21.3.07

Bekpes : Bujang Style

Bila Sang Pujangga bermadah kata :


Pagi semalam (Selasa) aku terasa lapar yang amat sangat. Huhu. Nak makan apa ek? Makan megi cukuplaa. Kemudian aku terserempak seplastik keropok dalam cabinet dapur yang digoreng mak aku hari Ahad yang lepas. Sayang jugak mak aku neh kat aku. Sekurang-kurangnya dia ada tinggalkan sikit untuk aku merasa.

*Bahan-bahan : Sepeket mi maggi kari, sebijik telur ayam, dan beberapa ulas keropok rangup...

*Maggi dan air sirap! Muahahahaha... Bujang sungguh aku neh.
*Nyum nyum...

Tiba-tiba henset ku berbunyi,

“Jai, aku macam ada terbau megi laa kat umah ko. Aku nak datang lepak sana boleh?” Kurang hajo punya member.

Lantas aku pon reply,

“Harap maaf, nombor yang anda cuba hubungi telah ditamatkan perkhidmatannya. Sila cuba lagi tahun depan. Mana laa tau kot-kot tuan punya nombor tersebut tergerak hati untuk mengaktifkan semula nombor tersebut.”

Henset di-off kan. Makan time.

~Erkkk, alhamdulillah kenyang… Ya Allah, berkatilah rezeki ku ini dan kenyangkanlah daku dengan nikmat-nikmatmu selama aku masih bernyawa, Ya Allah~



Petang itu,

“Atan!!! Mana keropok yang mak tinggal semalam, nak hantar kat Kak Aina (anak buah aku) tuh?!!!”

Adesss…

3 KoMen:

Anonymous said...

uishhhh...teruja aku tgk megi ko....huhuhu...lama betul aku tak mkn megi rupanyer.....ayah aku ler ni...dia tak bg beli megi langsung.....waaaaaaaaaaaaaaaaa

MakcikMuda said...

nampak sgt mak abg x sayam abg...muahahahahahhaha!

sape suh dekot dgn member...

LadyTiz said...

mesti kopok tu dh lembik rendam dlm megi.

nk mintk otograf kwn ko tu?
hebat r.. dr jauh leh sium bau megi.

Post a Comment

Any Comment? Anybody?