29.5.08

Rentetan Dahulu

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Ini adalah lanjutan persoalan (tanpa disengajakan) dari entri ku yang lepas bertajuk Good Boy Gone Bad.


Petang semalam (28 Mei 2008) aku dalam perjalanan menghantar barang pada sorang customer neh. Disebabkan kelewatan petang, aku menyusuri jalan yang agak jem berikutan ramai pihak sedang pulang dari tempat kerja.


Tibanya di Jalan Semenyih (sebelum balai polis, jalan menghala ke rumah Wanark, ehem ehem) selepas traffic light di hadapan masjid itu bertukar hijau, aku memecut pedal minyak Kancil 850 yang entah bila bos aku nak convert enjin turbo itu.Baru beberapa meter bergerak, aku terlihat kelibat objek yang bergerak-gerak di atas jalanraya.


Atas dasar kaget mahupun refleks, aku bertindak untuk cepat-cepat mengelak. Mana laa tau bom ke hape ke, tak pasal-pasal gajiku setahun habis just untuk bayar ganti rugi kereta bos je.


Sekilas dalam tempoh kurang satu saat aku melintasinya, aku baru perasan objek tersebut sebenarnya adalah seekor kucing. Di bahagian perutnya hancur melekat ke permukaan tar dengan kesan gelekan tayar dan bahagian belakangnya pula senget 90 darjah dari kedudukan asal. Bagaimanapun mata kucing itu masih terbuka seperti keadaan normal dengan kakinya begitu ligat menguis-nguis jalanraya. Cuba mahu melarikan diri dari terus terdampar di atas tar yang penuh sesak dengan kereta itu mungkin.


Ohh, sememangnya aku tersentap! Yang amat sangat, oke! Aku rasa aku mengucap dalam kereta tu sorang-sorang je dah lebih 10 kali, belum campur sambung mengucap dalam hati lagi.


Aku menyesal tak sudah. Aku dok berharap agar ada laa hamba Allah yang sanggup ataupun tanpa sengaja melanggar kucing tersebut untuk menamatkan riwayatnya secepat mungkin. Sangat kejam membiarkan makhluk tu terus menderita macam tu.


And then aku terpikir:


“Wait, tu baru kucing. Kalo manusia macam mana pulak?”


Sejurus mengingatkan aku kembali pada koleksi-koleksi video ngeri yang pernah aku saksikan kebanyakannya datang dari ogrish.com dan pelbagai lagi.


Dan yang terbaru dari sumber 3gp handai taulan; babak seorang pompuan yang dipijak beramai-ramai lalu mati (wallahu’alam) akibat dihempas batu simen di kepalanya. Aku pasti ramai yang menyedari kewujudan video ini tapi tak ramai yang berani nak tengok.


Ya, memang aku turut tersentap tapi aku cuba nak mengkaber kekacauan jiwaku dengan memikirkan alasan paling layak untuk pompuan tu diseksa sebegitu rupa. Sekadar cuba nak menenangkan hati yang sedikit lara ini.


Namun, perkara yang tak dapat disangkal berlaku di depan mata seperti cerita kucing ini tadi amatlah berjaya menusuk sanubariku akhirnya.


Baik sangat ke aku neh? Berperikemanusiaan? Berperikebinatangan?


Sebelum ni pernah je aku membuat statement-statement keras berbunyi seperti ini:


“Kalo aku dapat mamat tu, memang aku cincang lumat-lumat! Tapi sebelum tu aku nak pijak-pijak perut dia sampai dia muntah darah. Pastu aku nak rejam kepala dia dengan lembing biar otak dia terburai. Pastu aku nak hempuk-hempuk dia dengan mesin basuh LG. Pastu bla bla bla…”


Hoh! Aku memang ganas. Tapi tu dalam pemikiran je laa. Rasanya tak tergamak kot aku nak buat betul-betul.


Tapi kan, rasa kesianku pada kucing tu pun sebenarnya cuma dalam pemikiran aku jugak. Adakah aku sanggup meng-u-turn balik untuk melaksanakan apa yang aku hajati dalam hati tadi? Rasanya tak. Kalo aku try pun pasti menggigil-gigil lutut aku nak menekan pedal kuat-kuat masa tu.


Membuatkan aku kembali kacau bilau. Bukan disebabkan perihal kucing tu, tapi analisis aku terhadap pendirian aku yang sentiasa berubah-ubah ni; aku ni baik ke jahat sebenarnya?


Bila tengok manusia kena bunuh, aku cuba merasionalkan keadaan itu supaya aku tak mengalami gangguan jiwa yang kronik, tapi bila tengok kucing tu, terus aku takleh nak terima pulak?


Pulak tu, dalam pada kesian, first thing come to mind adalah untuk menamatkan riwayatnya. Tak pulak terfikir nak cuba angkat bawak ke klinik haiwan, mana tau masih ada harapan. Sedangkan kalau manusia yang eksiden, sudah pasti perkara pertama yang kita lakukan adalah call ambulance.


Jadi, apa masalah jiwa aku sebenarnya neh? Adakah aku telah mengalami gangguan jiwa/mental yang kronik tanpa ku sedari? Adakah aku perlu dirawat di hospital psikologi untuk memulihkan pemikiran aku yang serba tak menentu ini?


Ohh, AKU KOMPIUS!!!




5 KoMen:

ijad said...

kenapa confuis tu...

Rynn Cowbra said...

anda bukanlah berperikemanusian mahupun berperikebinatangan tetapi seorang yang berperibahasa.

hahak!

aisehh!maybe sbb kite rase nyawa manusia lebey penting kot. the fact that manusia tanggung byk dosa,whereas kucing x tanggung dosa,membuatkan kita btindak mbawa manusia itu ke hospital.

mcm kat sepital gak la. bile doktor suruh pilih antara menyelamatkan ibu atau anak yg bakal dilahirkan.

ofkos kita mengikut fikiran normal akan menyelamatkan ibu. kenapa? sebab anak yg bakal dilahirkan itu,sememangnya suci dari dosa sedangkan ibunya itu yg hidup di dunia,mst ada menanggung dosa.

camtulah kisahnyer.
sekian komen berunsurkan entry dari saya.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

ijad: welkam welkam... namun, komen mu amat meragukan wahai encik ijad

rynark: ade relevannya di situ... so maknenye hidup kite sentiasa dipacu oleh naluri laa? even time kita di bawah separa sedar? abam tak cacat mana laa rupenye, heheh!

Tyra said...

pendapat aku lebih kurang cam rinak. maybe kau rasa nyawa manusia lagi berharga dari kucing. bukanlah nak kata nyawa kucing tak berharga, cuma kurang sahaja.

kalau kau jumpa manusia perut terburai dan menggeletik atas jalan seperti kucing itu adalah kau akan u-turn dan tolong dia?

kalau aku la.. seriously, aku tak sanggup beb. aku lemah semangat dan mungkin aku akan jatuh pengsan/histeria. aku akan telefon pihak2 tertentu.

kalau kucing pun aku tak akan u-turn balik gak. sebab aku takut kucing dan aku lemah semangat tengok keadaan kucing tu.

aku rasa kau normal. tahniah. hehe.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

aku normal sebab ko same pikiran ngan aku? or ko juz sakit as aku jugak?

hmm, moskel neh...

wakakaka, sesuka hati aku je...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?