1.6.08

Rahsia SangPria23.com The Series (Episode 2)

Bila Sang Pujangga bermadah kata :


Gaji aku masuk lambat bulan ni. Aku pi cek kat bank tadi, masih belum ada penambahan nilai lagi. Walaupun aku mampu berlagak di depan khalayak ramai dengan menayangkan kad ATM aku yang ade 4 keping neh, tapi setelah aku congak-congak balik belen yang ada, aku kira-kira aku cuma memiliki RM30++ je. Itupun aku takleh nak buat belanja sebab tu baki minimum kesemua ATM aku. Hampeh!!!

Hari tu ada dua orang member aku yang tanya aku soalan yang hampir sama bunyinya:


Mamat A : “Jai, ko tanak apply credit card ngan aku ke?”

Mamat B : “Jai, ko tanak amek insurans takaful ngan aku ke?”


Aku jawab, “TANAKKK!!! Aku dah banyak hutang, oke!”


Mereka pun berkata:

“Itu laa silap ko Jai. Ko jangan anggap benda ni semua hutang yang membebankan. Ini untuk pelaburan masa depan ko jugak. Banyak kelebihannya bla bla bla…” Lantas mereka pun mula start bercerita benefit insurans takaful mahupun credit card ini.


Aku bukan tak mengakui kebenaran kata-kata mereka itu. Aku pun banyak gak termenung tentang masa depan aku sebenarnya. Sumpah! Tapi…

Aku terus belahhh…


Sebenarnya, aku seorang yang sangat berani berhutang ketika aku muda-muda dahulu (ceh, macam dah tua sangat je). Kalo takat pau member sepoh hengget buat beli topup or rokok tu takpe laa jugak. Mampu sangat laa aku nak bayar pun. Tapi, fixed hutang yang aku tanggung skang neh…

Kalo nak dikira balik hutang-hutang yang aku ada, huhu…

Hutang dengan TM = RM1600 (yang mana aku takkan bayar dalam masa terdekat)

Hutang Astro = RM100 (kongsi bayar dengan akak aku)

Hutang kereta = RM300 (monthly installment sahaja)

Hutang motor = RM150 (pun monthly gak)

Hutang rumah = RM100 (kalo nak diikutkan RM500, tapi aku kongsi-kongsi bayar dengan parent aku. Hehe, anak manja laa katakan)

Hutang loan bank untuk sijil ASB = RM160 (still termasuk lam monthly gak)


Okeh, hutang TM tu kita boleh buat-buat pejam celik je laa sebab memang aku takde cash sebanyak tu pun skang neh. Jadi mari kita survey calculation belanja bulanan aku pulak.

Purata aku bawak duit untuk layan aku punya kerja sehari dalam RM15. Ini dikira berdasarkan duit rokok, duit nak beli air tatkala haus, serta minyak moto aku yang full tank nya boleh bertahan kira-kira 2-3 hari.

Biasanya menjelang Sabtu aku akan memiliki extra belen sebanyak RM10 lebih kurang. Duit ini lah yang aku gunakan untuk topup andaikata takde emergency memerlukan aku topup lebih sekali dalam seminggu.

Namun di hari Sabtu dan Ahad ini la duit aku paling banyak kena kikis (oleh napsu aku sendirik!). Walaupun aku tak nafikan time aku cuti dari bekerja ni time aku takde stress dan memang aku kurang merokok atau kadang-kadang rasa macam tak merokok je (sebatang dua je dalam satu hari), tapi biasanya aku akan makan kat kedai or berjalan-jalan bersama handai taulan ke destinasi tanpa tujuan.

Tontong minyak kereta, duit tol, beli topup andai tuan punya kereta tersesat entah ke mana dan berbagai lagi; boleh dikatakan purata aku habis dalam RM30-RM40 untuk hari Sabtu dan Ahad.

Tak campur dengan nafsu serakah aku lagi kalau-kalau nak main boling ke, futsal ke, tengok wayang ke, beli seluar jeans kat uptown ke, tali pinggang yang memikat kalbu ke, menggantikan beg sandang yang dah berlubang ke, kasut-kasut yang syahdu mata memandang ke, beli DVD pirate untuk dibuat my collector’s edition ke, planning nak belanja awek gi dating ke (takat planning je laa sebab takde sape pun yang sudi, wakakaka).

Beli deodorant, bedak cap gajah, shave+face wash cream, mata pisau cukur Gillette (ai amat minat Thierry Henry, oke!), perfume, conditioner rambut (belum start beli lagi sebab belum ada bajet nak rebonding rambut, hehe) dan etc.

Okeh, maintenance kereta pulak; lebih kurang RM100 sebulan (tu siap kira untuk road tax ngan servis). Minyak tak pakai banyak, bergantung kepada keperluan penggunaan dan duit lebih yang ada. Maintenance motor lebih kurang RM15 sebulan.


Maka,

100+300+150+100+160+(15X20 belanja pergi kerja)+(35X4 belanja weekends)+(100 miscellaneous untuk beli barang yang aku kepingin)+50(untuk kecantikan wajah yang memang sampai bila-bila pun takkan boleh blah neh)+115(transportation)


Maka sekali lagi,

100+300+150+100+160+300+140+100+50+115 = RM1515


E’eh, macam kebetulan pulak eyh angka ni ada kena mengena dengan TM? Tau la aku banyak hutang dengan dorang, memang petandanya tak boleh nak larik neh.

Gaji aku sebagai peon RM600 sebulan. Campur side income aku jual Q-She kat apon-apon yang namanya terpaksa dirahsiakan di sini (jangan risau pish, gua kaber lu baik punya beb!) ada laa dalam RM100 ke RM150 sebulan.

So income kasar aku dalam RM750, maka untuk kali ketiga,

750-1515 = NEGATIF 765 (erk?!)


Patutlaa aku rasa duit aku asyik tak cukup je semenjak dua menjak ni.

Hampeh!!!




La la laa la…

Hari-hari kerja

La la laaa...

Bosan dengan kerja, ha ha

La la laa la…

Hidup harus kerja, kerja


Oow… terpinga-pinga

Tak puas lagi beradu

Dengan sesungguh hingga senja

Ah… hari-hari sama saja

Aah… nak bancuh kopi

Tapi gulanya tiada

Minum saja

Kerja bagai nak gila, oh

TAK JUGA KAYA…


La la laa la…

Hari-hari kerja

La la laaa...

Bosan dengan kerja, ha ha

La la laa la…

Hidup harus kerja, kerja


Gelisah

Ku gelisah

Mengenangkan masa depan


Ku harus kerja

Oh mesti kerja

Tiada apa yang percuma

Realiti; jika tiada kerja, owh papa kedana…




~EndOfPart2~

8 KoMen:

EpaL c0keLaT said...

Kalau ikutkan keje mkn gaji nih mmg tak cukup :|

Pekate ajai cbe carik offer yg lebih bagus..

Gaji byk tuh tak cukup utk sara hidup d KL...tambah lg brg sume dh naik..

Itu cme pendapat Lya jer lah :|

Unknown said...

tu pon ko buat kira2...aku yg tak buat kira2 ni pon pening mana la duit aku ilang tiap2 bulan :D

LadyTiz said...

hoh..
negatif!! bahye nih a-keji.

kalau ko blanje awek yg betul2 wujud musti nilai negatif ko lebih tinggi dan mata ko gerenti putih tiap-tiap akhir bulan. *larikkk..

aku rsekan, ko cut je la Astro tu. dan jugak rokok.. *siul siul*

mesti nilai negatif ko akan lagi rendah. dan ko jgk akan happy dan kesihatan ko akan jd lebih baik tanpa rokok. ngeh.. ngeh..

last2 ko jgk yg senng.. yang ektiviti nafsu serakah ko tu aku xtau nk kate ape la.. hehe.. sendiri pikir.

anyway... apsal ko x gitau aku ko pengedar Q-she??? aarghhhh... penat je aku skodeng website dia tp malu nk tnye.. patut r pish ngancam skrg nih.. wakakaaa.. betul2 ko ni a-keji ler. :-J

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

lyark : btol gak tu mmg tak cukup... but tanak tuka keje... so i'll try to survive as long as i can... huhu...

azark : ui... mcm2 kira yang aku buat stiap bulan... tu blom aku wat kira2 gatal nak kawen lagi... heheh...

tyrark : sesungguhnya aku amat bernasib baik sbb blom ade awek yg nak kat aku lagi... huhu

erk, aku dah agak ko akan soh cut bagai2... sbb tu aku mintak maaf awal2 kat ko ari tuh sbb aku tau aku takkan leh cut punyer... wakakaka, cam haram...

aktiviti nafsu serakah tu ko tatau nak kate ape, sbb ko pon terjangkit same kan? eleh eleh... muahaha...

ko tatau lagikah aku dan Q-She sgt berkait rapat? huhu...

Mak Su said...

sian ko, sampai negatif! tapi gaji maksu + gaji paksu = 3 kali negatif, kami lagi terer

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

muahaha maksu... sungguh laa maksu tersalah kira-kira sebenarnye...

MakcikMuda said...

kesian tp nak gelak.

muahahahhahahahah!

apekate g botakkan pale bagai supaya xpayah beli minyak rambut n syampu.

pastu x payah merokok.
dok bakar dwet,mane nak cukup.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

~buat1 tak nampak cadangan bernas rynark tuh~ :-"

Post a Comment

Any Comment? Anybody?