20.10.08

4 SYARAT JE…

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Kalau kumpulan KRU boleh sesuka hati je nak buat syarat untuk jodoh dorang melalui lagu ‘4 Syarat’ mereka (Sila gugel sendiri. Saya malas nak distribute, takut kena saman), kenapa tidak aku?


Tapi aku tidaklah sekejam mereka untuk menggariskan figura-figura menyerupai artis-artis wanita terkenal sebagai memuaskan nafsu keparat mereka yang tak bertempat itu. Syarat aku agak mudah je sebenarnya:


  1. Pakai spek mata (Supaya mata nampak lebih seksi gitu, hehe)

  2. Berkerjaya ataupun menganggur (Tak berapa suka nak layan budak sekolah/student, takut kena 16 sebatan, har har har!)

  3. Cikgu (Kalau boleh. Cikgu-cikgi neh biasanya ada sifat keibuan, hehe. Kalau dapat kerani kerajaan pun okey gak. Yang penting banyak cuti senang aku nak bawak keluar jenjalan)

  4. Hug-able (Kalo kurus sangat takut patah riuk pulak tulang tu nanti, kalo terlebih gemuk pulak takut tangan tak sampai. Senang citer nak yang sedang-sedang je)


Aku tak ambik peduli pasal ukuran dan bentuk tubuh badan (Body straight ke, segitiga ke, trapezium ke), tak kisah pada paras rupa, tak skeptikal tentang ketinggian (Biarpun aku pendek) dan takde masalah mengenai umur. Bab-bab yang tu semua aku tolak tepi; aku anggap semuanya sebagai ketentuan Illahi. 4 syarat kat atas tu pun sebenarnya sekadar garis panduan untuk mak aku andaikata aku dah masuk zaman ‘Bujak’ (Bujang Terlajak bak kata Cik Tyrark) nanti dan kot-kot mak aku nak tolong carikan jodoh ke… Hehe…


Ada sesiapa yang memenuhi walaupun salah satu dari kelayakan di atas? Berminat? Sila hubungi emel saya dengan kadar seberapa yang segera.


Oh ya, sekiranya anda seorang yang tak pandang paras rupa mahupun harta, suka tengok wayang, lebih prefer main SMS atas dalil dapat menjimatkan kredit henset memasing, sanggup berdating tak lebih sekali dalam seminggu (Saya agak malas nak keluar sebenarnya), tatau masak tapi ada keinginan untuk belajar; kelebihan-kelebihan ini akan mendapat pertimbangan yang lebih serius oleh pihak saya. Good luck!



Pesanan untuk Encik Suparjo yang mengaku Kachak : Selepas membaca entri saya ini, silalah CHreT dengan nada sejeles yang mungkin. Saya tidak marah kerana saya faham daya seksualitas saya tidaklah sebuas anda yang mendambakan Vanidah Imran selaku pelengkap pasangan. Saya ini amat merendah diri orangnya. Betul-betul Hau Liau!




~Sesuka hati aku je…~

9 KoMen:

Unknown said...

sangat bertimbangrasa syarat2 tersebut.

to supar! sila contohi si akeji neh!

TQ ;)

nur'ain said...

lu mmg suke ati. ahahahah!

err syarat2 tu.. err..

LadyTiz said...

Syarat tu cam seswai untuk Ain je... *larikkkk...

(nasib baik aku bukan cikgu.. lalalala..)

Mak Su said...

saya mendoakan anda dikurniakan jodoh yang akan membahagiakan anda vice versa, dan kekal selamanya

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kema : wakaka... marilah kita sama-sama membahan suparjo!

cahaya ain : err... err...

tyrark : oit oit! ramai pe cikgu lam mesia neh... rynark ngan wanark pon nak jadi cikgu gak... so peluang utk semua org masih terbuka sebenarnya...

wakakaka...

maksu : amin ya rabbal al'amin. first time dgr pkataan 'vice versa' dalam doa. keh keh keh...

Brader Black said...

Si Kachak Suparjo menjawab:

Ko nak tag team ngan Kak Kema? Silakan. Aku xde hal. ha ha.


Dude, sharat2 ko mmg best. Permintaan yang rasional, sementelah ko sendiri tidak kachak seperti aku. ha ha.

Tapi tu la, aku pon macham Tyra gak sebenonye.
Aku syak sharat2 yg ko tetapkan tu macam ntuk Che'gu 'Ain je.

aku syak la.

Dan sesungguhnya aku tidak jeles. Nehi!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

suparjo : oit! neh lagi sekor nak sertai pakatan pempitnah.

ramai lagi cikgu lam dunia neh. sebenarnya, si tirah tu cuba nak pesongkan fokus korang sbb die takut terkena ngan syarat pertama aku.

che'gu ain tak pakai spek mata, oke! (rasenya laa... ntah, aku blom pnah jumpa)

sementelah lagi syarat2 di atas tidaklah mandatori. kalo dapat salah satu pon aku dah puas hati. harus diingat, kuota kekosongan adalah empat org, oke. paham2 sendiri sude! muahahaha!!! (gelak keji)

cendawanintim said...

owhhhhhhhhh..nak yang sedang2 ajer yer..

bagus333!!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

cendawan : macih kak!

Post a Comment

Any Comment? Anybody?