29.10.08

Dua

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Sambungan dari episod yang lalu:


Saya mahu cuba memfokuskan pandangan anda terhadap konsep keluarga seperti huraian saya dalam episod yang lepas. Rata-rata berpendapat keluarga itu lebih penting dari orang luar. Walhal hakikatnya orang luar juga boleh menjadi keluarga kita. Selain contoh keluarga angkat yang telah saya sentuh sebelum ini; adalah harus diingat sekiranya teman anda (berlainan jantina) dijodohkan untuk menjadi pasangan suami/isteri anda, maka secara automatiknya hubungan itu akan diangkat ke tahap yang lebih tinggi iaitu keluarga. Maka di sini, konsep keluarga itu tidak bersifat pemalar (wah, dah macam eksperimen Sains laa pulak).


Di dalam kumpulan keluarga ini, (mengenepikan hubungan suami dan isteri kerana saya kekurangan maklumat dan fakta yang jelas berikutan saya ini masih bujang trang tang tang lagi. No phone saya adalah seperti berikut…) terdapat dua bentuk hubungan yang cukup berbeza sekali. Ibubapa dan adik beradik. Naluri hubungan keibubapaan dengan anak seringkali hadir dari sifat tanggungjawab manakala naluri adik beradik timbul dari sifat melindungi dan menyayangi. Bunyi agak serupa tetapi hakikatnya tidak sama.


Semua orang memiliki ibubapa, tapi tidak semua orang memiliki adik beradik. Jadi saya pasti ramai yang jelas dengan hubungan ibubapa ini tapi masih ramai yang tidak sedar signifikan hubungan adik beradik. Adik beradik ini sangat berbeza nilai intimasinya; walaupun kadangkala kita melihat seseorang individu itu lebih rapat dengan sahabatnya berbanding adik, kakak atau abangnya sendiri. Antara adik beradik, tidak timbul soal menyusahkan di antara satu sama lain. Tidak kira seberat mana pun permintaan untuk berkorban di antara adik beradik ini, ia seringkali berjaya dipenuhi. Sedangkan melalui sahabat, kita selalunya mengambil kira banyak sudut sebelum kita meminta sesuatu dari sahabat kita. “Berbaloikah aku menolong dia?” “Apa jasa-jasa dia kat aku selama neh?” soalan-soalan seperti ini tidak dapat lari dari hati kecil kita biarpun di pengakhirannya kita tetap hulurkan juga sebarang bantuan dengan seikhlas hati.


Bagi adik beradik pula, biarpun pernah bertumbuk sesama sendiri, pernah melempar buku teks sehingga menghinggap kepala, pernah mengeluarkan kata-kata kesat malah pernah tidak bertegur sapa dalam rumah; namun apabila tiba masanya untuk kita menjalankan tugas sebagai adik beradik, biasanya tak pernah gagal.


Sewaktu aku melarikan diri dari rumah ketika berumur 12 tahun, kakak aku kat Melaka lah yang banyak menolong. Ketika topup tak berisi tatkala emergency, kakak aku kat Hulu Kelang lah yang membantu, Tatkala aku hampir-hampir failed subjek Matematik Moden sewaktu SPM, kakak aku kat Bangi lah yang sibuk membelikan buku latihan. Basikal pertama yang aku miliki, kakak aku kat Brickfields lah yang hadiahkan dulu.




Bersambung…

3 KoMen:

kakpiah said...

subjek yg menarek..
yg paling menarek part kakak2 ko di pow secara halus oleh ko.. ko pasan x dik? huh...

nur'ain said...

hubungan kekeluargaan memang sukar nak putus. biar tunggang terbalik camne pon, zir yg di cincang takkan putus. oleh itu, keluargalah yang paling ikhlas menyayangi kita..dan menerima kita seadanya^_~

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kak piah : huh, bukan takat perasan je kak, mmg awal2 pon saya yang plan... kuang3x...

cahaya'ain : zir yang dicencang mmg takkan putus... huhu...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?