31.10.08

TIGA

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Sambungan lagi :


Aku ada 4 orang kakak, dan aku anak bongsu. Biarpun 3 daripadanya sudah berkeluarga dan kami semua sudah berpisah menduduki rumah masing-masing, tapi tak kira lah biarpun sorang kat Kepong, sorang kat Senawang, sorang kat Hulu Kelang, sorang kat Hulu Langat dan sorang kat Kajang; bila ada sebarang bantuan yang diperlukan, jarang kami mengomel dan mengomplen. Benar, ada masanya tidak semua permintaan dapat dipenuhi. Namun ia cukup berbeza besar dengan hubungan kami dengan sahabat-sahabat kami. Di antara kami, tidak pernah timbul soal “Nak tolong ke taknak?”. Ia cuma antara ‘dapat tolong atau tidak’ sahaja.


Saya percaya anda dan adik beradik anda juga begitu. Samada dalam keadaan anda sedar ataupun tidak. Mengikut pengamatan yang telah dikaji, fenomena ini berlaku melangkaui sempadan. Di negara-negara barat juga hubungan sesama adik beradik ini mempunyai nilai intimasi yang hampir serupa; tidak hanya terbatas kepada masyarakat Melayu kita sahaja. Kerana ia timbul bukan akibat dari kesedaran; tetapi naluri dalam diri itulah yang memacu kita sebenarnya. Maka apabila terdapat kes-kes adik beradik yang mengabaikan sesama sendiri, malahan ada yang lebih parah bergaduh dengan ibubapa mereka; wajarlah dikatakan orang ini tidak berperikemanusiaan kerana naluri yang sepatutnya timbul dalam hati mereka sebagai seorang manusia tidak berfungsi dengan normal.


Apakah keterbitan naluri kekeluargaan ini memiliki sifat mistiknya tersendiri? Apakah ia wujud semata-mata kerana mereka sedarah? Teori ini diragui kerana saya melihat bentuk hubungan yang serupa terjalin antara keluarga angkat sama seperti yang dialami keluarga kandung. Jadi jawapannya mungkin satu; faktor tempoh masa.


Seandainya kita terpisah dengan keluarga kandung sekalipun; sekiranya kita baru sahaja dipertemukan dengan ahli keluarga kita, agak sukar untuk naluri ini terhasil dalam batin kita. Memang tak mustahil, tetapi tetap juga mengambil satu tempoh masa. Maka bolehlah saya menggunakan alasan ini bagi menyokong teori keterbitan naluri tadi.


Hasil keseluruhan dari kajian saya ini, saya merumuskan hubungan antara keluarga adalah hubungan yang paling mendominasi jiwa kita. Malah dalam agama pun, seorang muallaf yang baru memeluk Islam ditegah dari memutuskan hubungan dengan keluarganya yang tidak seagama. Begitu hebat dan sucinya hubungan kekeluargaan ini biarpun ada kalanya tidak dihubungkan secara biologi.


Berdasarkan penerangan saya dan muhasabah diri anda sendiri, tidak keterluan untuk saya mengatakan adalah amat sukar dan tidak masuk akal untuk kita memupuk naluri hebat seperti ini untuk diberi pada orang asing berbanding dengan adik beradik kita sendiri yang dah bertahun kita kenal hati budi mereka; biarpun kita gunakan alasan ‘demi kepentingan bangsa dan agama’. Kecuali bagi mereka yang sebenarnya sekadar taksub dan tidak berjuang di atas landasan yang betul. Betul tak? Heheheheheheheheheheheh...




~Kias Fansuri itu adalah tajuk lagu M. Nasir~

3 KoMen:

Mak Su said...

mmg komplikated hubungan kekeluargaan, padahal simple sajork

nur'ain said...

yup itu pasti..

tapi byk jgk kes adik beradik tak ngaku sedara.. sadis kan. sape lagi nak saling ikhlas menyayangi kalau bukan family sendiri

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : kekomplikatedan itu sering disalah dientepretasi

cahay ain : setuju!

Post a Comment

Any Comment? Anybody?