29.5.08

Rentetan Dahulu

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Ini adalah lanjutan persoalan (tanpa disengajakan) dari entri ku yang lepas bertajuk Good Boy Gone Bad.


Petang semalam (28 Mei 2008) aku dalam perjalanan menghantar barang pada sorang customer neh. Disebabkan kelewatan petang, aku menyusuri jalan yang agak jem berikutan ramai pihak sedang pulang dari tempat kerja.


Tibanya di Jalan Semenyih (sebelum balai polis, jalan menghala ke rumah Wanark, ehem ehem) selepas traffic light di hadapan masjid itu bertukar hijau, aku memecut pedal minyak Kancil 850 yang entah bila bos aku nak convert enjin turbo itu.Baru beberapa meter bergerak, aku terlihat kelibat objek yang bergerak-gerak di atas jalanraya.


Atas dasar kaget mahupun refleks, aku bertindak untuk cepat-cepat mengelak. Mana laa tau bom ke hape ke, tak pasal-pasal gajiku setahun habis just untuk bayar ganti rugi kereta bos je.


Sekilas dalam tempoh kurang satu saat aku melintasinya, aku baru perasan objek tersebut sebenarnya adalah seekor kucing. Di bahagian perutnya hancur melekat ke permukaan tar dengan kesan gelekan tayar dan bahagian belakangnya pula senget 90 darjah dari kedudukan asal. Bagaimanapun mata kucing itu masih terbuka seperti keadaan normal dengan kakinya begitu ligat menguis-nguis jalanraya. Cuba mahu melarikan diri dari terus terdampar di atas tar yang penuh sesak dengan kereta itu mungkin.


Ohh, sememangnya aku tersentap! Yang amat sangat, oke! Aku rasa aku mengucap dalam kereta tu sorang-sorang je dah lebih 10 kali, belum campur sambung mengucap dalam hati lagi.


Aku menyesal tak sudah. Aku dok berharap agar ada laa hamba Allah yang sanggup ataupun tanpa sengaja melanggar kucing tersebut untuk menamatkan riwayatnya secepat mungkin. Sangat kejam membiarkan makhluk tu terus menderita macam tu.


And then aku terpikir:


“Wait, tu baru kucing. Kalo manusia macam mana pulak?”


Sejurus mengingatkan aku kembali pada koleksi-koleksi video ngeri yang pernah aku saksikan kebanyakannya datang dari ogrish.com dan pelbagai lagi.


Dan yang terbaru dari sumber 3gp handai taulan; babak seorang pompuan yang dipijak beramai-ramai lalu mati (wallahu’alam) akibat dihempas batu simen di kepalanya. Aku pasti ramai yang menyedari kewujudan video ini tapi tak ramai yang berani nak tengok.


Ya, memang aku turut tersentap tapi aku cuba nak mengkaber kekacauan jiwaku dengan memikirkan alasan paling layak untuk pompuan tu diseksa sebegitu rupa. Sekadar cuba nak menenangkan hati yang sedikit lara ini.


Namun, perkara yang tak dapat disangkal berlaku di depan mata seperti cerita kucing ini tadi amatlah berjaya menusuk sanubariku akhirnya.


Baik sangat ke aku neh? Berperikemanusiaan? Berperikebinatangan?


Sebelum ni pernah je aku membuat statement-statement keras berbunyi seperti ini:


“Kalo aku dapat mamat tu, memang aku cincang lumat-lumat! Tapi sebelum tu aku nak pijak-pijak perut dia sampai dia muntah darah. Pastu aku nak rejam kepala dia dengan lembing biar otak dia terburai. Pastu aku nak hempuk-hempuk dia dengan mesin basuh LG. Pastu bla bla bla…”


Hoh! Aku memang ganas. Tapi tu dalam pemikiran je laa. Rasanya tak tergamak kot aku nak buat betul-betul.


Tapi kan, rasa kesianku pada kucing tu pun sebenarnya cuma dalam pemikiran aku jugak. Adakah aku sanggup meng-u-turn balik untuk melaksanakan apa yang aku hajati dalam hati tadi? Rasanya tak. Kalo aku try pun pasti menggigil-gigil lutut aku nak menekan pedal kuat-kuat masa tu.


Membuatkan aku kembali kacau bilau. Bukan disebabkan perihal kucing tu, tapi analisis aku terhadap pendirian aku yang sentiasa berubah-ubah ni; aku ni baik ke jahat sebenarnya?


Bila tengok manusia kena bunuh, aku cuba merasionalkan keadaan itu supaya aku tak mengalami gangguan jiwa yang kronik, tapi bila tengok kucing tu, terus aku takleh nak terima pulak?


Pulak tu, dalam pada kesian, first thing come to mind adalah untuk menamatkan riwayatnya. Tak pulak terfikir nak cuba angkat bawak ke klinik haiwan, mana tau masih ada harapan. Sedangkan kalau manusia yang eksiden, sudah pasti perkara pertama yang kita lakukan adalah call ambulance.


Jadi, apa masalah jiwa aku sebenarnya neh? Adakah aku telah mengalami gangguan jiwa/mental yang kronik tanpa ku sedari? Adakah aku perlu dirawat di hospital psikologi untuk memulihkan pemikiran aku yang serba tak menentu ini?


Ohh, AKU KOMPIUS!!!




Minyak Oh Minyak

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Melihatkan pada senario pergelutan kerajaan dalam menghendel isu subsidi minyak kebelakangan ini, sungguh laa aku melihat isu ini sebagai sangat rapuh untuk dirungkai.

Banyak pihak di parlimen berpendapat agihan subsidi ini haruslah dilakukan dengan telus dan bukan seperti sekarang di mana setiap rakyat (mahupun bukan rakyat) menerima subsidi minyak sama rata yang mungkin mencecah belanja 60 bilion ringgit satu hari nanti.

Isu ini bukan baru, malah telah diperkotak-katikkan sendiri oleh pakatan pembangkang (ketika itu) sehingga mampu membuatkan kerusi-kerusi pemimpin UMNO jadi panas tak menentu.

Aku tak suka bercerita hal politik. Sebab aku seringkali tak berpendirian tetap untuk menyokong mana-mana dasar. Semuanya aku lihat ada kepincangan tersendiri (ceh, kepincangan aku tanak pulak aku perhati).

Baru-baru ini aku terpanggil dengan idea seorang ahli parlimen yang mencadangkan subsidi ditarik-balik; maka wang tersebut bolehlah diagihkan pada golongan sasaran dengan lebih efektif lagi. Memetik ayat-ayat beliau “kita bagi sorang atau satu rumah elaun sebanyak RM500 ke untuk menampung perbelanjaan harian mereka.”

Menarik…

Wait, wait! RM500 je?

Lepas tu sambung beliau lagi;

“Saya pasti kerajaan tidak akan membazir dengan begitu banyak seperti hari ini. Mungkin kalau hari ini kita berbelanja RM40 ke RM 60 bilion, mungkin dengan cara ini sebenarnya kita cuma berbelanja RM 20 bilion sahaja.”

Erkk? Ada agenda di situ nampaknya.

Cetek akal ke? Mari kita kaji permasalahan sebenar yang menyebabkan tradisi subsidi minyak itu masih bertahan digunapakai hingga kini. Pertama, rakyat nak bekerja takde duit. Kedua, nak bekerja memerlukan minyak. Ketiga, setiap pekerjaan memerlukan perniagaan sebagai asas, dan meniaga memerlukan minyak. Maka, tanpa minyak = rakyat takleh bekerja.

Tu je ke? Yang sepatutnya lah. Namun isu yang tak sepatut timbul pun timbul gak. Bila harga minyak naik, semua harga barang naik. Sampaikan roti canai dan teh tarik yang tak berdosa itupun dijadikan mangsa kenaikan harga. Nak pulak ke kita bukak citer apa akan jadi pada rakyat kalau semua harga barang naik?

Memang tak dinafikan, simpati jugak pada kerajaan yang terpaksa bertungkus lumus cuba mencari jalan penyelesaian tentang perkara ini. Tapi, harus diingat, kita sebenarnya sedang hidup mewah tidak menepati ciri-ciri ekonomi kita yang sedia ada sekarang neh.

Kita adalah dalam kelompok negara membangun, tetapi nilai ekonomi kita berada pada tahap negara maju. Kita berbelanja seolah-olah orang Amerika tapi bergajikan nilai petani Argentina. Kan dah nampak tak balance di situ?

Bagaimanapun perbelanjaan ini perlu. Kerana negara ada target yang perlu dicapai. Kita semakin menghampiri 2020 jadi segala usaha untuk memantapkan pembangunan negara perlu dilakukan secara ekspress. Lantas, subsidi minyak ini diperlukan rakyat untuk memajukan ekonomi sendiri serta dengan harapan mampu memberi tempias pada negara satu hari nanti.

Masalah, tetap jua satu masalah. Sebelum ni timbul isu harga beras. Sampaikan ada yang menyarankan makan kentang or keledek menggantikan nasi. Sarapan kentang lemak, makan tengahhari keledek ayam dan makan keledek berulamkan kentang diwaktu malam. Kejadahnya semua ini?

Kini minyak pula dilarang dijual pada warga asing dalam lingkungan 50 kilometer sebelum sempadan.

Tak terfikir ke untuk mereka-mereka yang berulang-alik di sekitar 50 kilometer itu? Macammana pulak kalau ada emergency? Tambang bas pun sekarang sudah mula dipersoalkan berikutan tak dapat bekalan minyak dalam negara untuk menjalankan perniagaan ke luar sempadan. Selepas ni apa pulak?

Ideologi pengagihan subsidi secara telus kepada golongan sasar adalah amat oke! Namun perlaksanaannya dilihat sangat membimbangkan. Sedangkan agihan zakat dan baitulmal pada ketika ini pun masih diragui, masih banyak yang perlu diperbaiki, inikan pulak pensubsidian minyak yang tak pernah-pernah dipraktikkan ini.

Apa pula jenis golongan sasar? Apa nasib untuk peniaga-peniaga bumiputera yang baru nak up? Terpaksa menyusun semula strategi perniagaan dan dinafikan hak pensubsidian semata-mata kerana mereka telah mampu membuat income 5 angka sebulan? Taknak kaji ke berapa pulak modal pusingan yang mereka perlu susun semula dan diperuntukkan untuk survive perniagaan diorang? Siapa yang nak kaji? Dari aspek mana yang nak diberi perhatian kalau istilah “mungkin dengan cara ini sebenarnya kita cuma berbelanja RM20 bilion sahaja” digunapakai?

Okeh, cuba kita berangan kejap dalam kepala hotak kita yang dengkal neh. Kita bayangkan kerajaan kita jadi peniaga, dan peniaga kita sekarang neh jadi kerajaan. Tapi ingat, tanggungjawab masing-masing tak berubah tau.

So, bayangkan kerajaan (peniaga) nak memaksimakan keuntungan, maka dorang naikkan harga minyak sebab tanak menampung kerugian yang tak diperlukan itu. (adat laa kalau dah namanya meniaga, kan?)

Jadi si peniaga (kerajaan) mahu tak mahu terpaksa menerima keadaan ini. Maka mereka mula menyusun atur strategi untuk meminimakan kerugian, dengan menaikkan harga produk jualan yang paling boleh diterima pelanggan (rakyat) agar mereka tak hilang punca rezeki (undi). Yang terseksa; pelanggan = rakyat.

Okeh, sekarang kita kembalikan golongan ini kepada kedudukan asal. Ada nampak perbezaan tak antara dua golongan neh masa kita tukarkan dorang tadi?

Huh, takkan lah sampai begitu sekali cetek ilmu kerajaan kita dalam usaha nak menyelesaikan persoalan ini? Tak mungkin. Kerajaan kita sangat kukuh dengan dasar-dasar pembangunan negaranya yang mahu memantapkan ekonomi rakyat. Anggota kabinet dibariskan dengan satu senarai tokoh-tokoh mantap yang mampu memacu arus pembangunan negara. Sesungguhnya usaha mereka itu bukanlah mudah. Tidak semudah untuk memrealisasikan impian pengagihan subsidi yang lebih telus itu,

mahupun tak semudah untuk mereka nak merangka jalan terbaik menyelesaikan penanggungan subsidi yang semakin berlipat kali ganda.

Kesian Pak Lah!



~Ai Tak Mau Masuk ISA, Ai Blom Kawen, Oke!~

26.5.08

AsTAGa Kuasa Dua

Bila Sang Pujangga bermadah kata :

Tak ku sangka aku akan di tag jua akhirnya. Terima kasih (bebanyak) pada cik Tyrark yang (terlebih) sudi untuk mengetag aku di kala aku tengah rancak mengkopi pasta emel-emel terpilih untuk dijadikan entri. Macam dia tau-tau je aku tengah takde keje (lain) skang neh kan? :-w

Ada dua tag yang aku terhutang dengan minah neh, maka aku nak langsaikan dalam satu entri atas dasar menjimatkan kuota entri aku bulan Mei ini (hah! kan aku dah cakap; aku mana ada nak kejar buat entri bebanyak ganti cuti sabatikal setahun aku tak ber-blog itu… :-“).

Tag pertama bertajuk Lima Hadiah Yang Paling Diingini. Apa lagi, masa untuk berangan sampai ke awan-awanan laa jawabnya:


1. Jawatan CEO untuk some establish company yang aku boleh explore marketnya secara global serta improving dari segi R&D dan mempatenkan kualiti produk terbaik untuk dibekalkan di pasaran di samping mengekalkan harga mampu milik agar syarikat yang aku pegang itu menjadi nadi dalam menjana kerancakan pertumbuhan ekonomi negara secara dinamis. Neh kira hadiah ke apa neh? Amacam?

2. RM2.5 juta atau lebih supaya aku boleh menyetelkan hutang piutang yang aku ada skang neh lalu melabur bakinya dalam ASB (atau yang seangkatan dengannya), pembelian tanah dan rumah, beli kereta baru dan modal untuk carik bini (baru). Dengan harapan aku mampu hidup selesa berpendapatan tanpa pekerjaan sampai aku mati. Wakakaka, cam haram je perangai.

3. Super Komputer yang mana teknologinya boleh bertahan ‘up-to-date’ untuk tempoh 15-20 tahun akan datang supaya aku tak perlu meng-upgrade hardware-hardware PC seperti yang aku lakukan sekarang sebab dah banyak menelan duit saving aku. Huhu…

4. Porsche 911 Carrera Turbo (tak kesah model tahun bila) lengkap dengan road-tax 30 tahun serta bekalan minyak percuma juga selama 30 tahun.

5. Kasih sayang sejati dari seorang wanita yang sporting tak pilih bulu; sanggup sehidup semati dengan aku. Tanpa sebarang kompromi! Kelakar bukan? Huh, tapi bab neh tetap susah nak carik sampai aku list-kan sebagai hadiah sebab perhubungan memerlukan konsep ‘give & take’ dan pompuan yang sanggup give sampai macam neh kebanyakannya dah pupus atau telah dimiliki. Adehhh…



Tag seterusnya yang telah agak basi ini bertajuk Lima Perkara Pertama Kali Dalam Hidup Aku:


1. Pertama kali ditahan di wad hospital – masa aku kekecik dulu badan aku separuh/sebahagian melecur terkena air panas dari cerek yang tertumpah waktu aku ligat bermain kat dapur kacau mak aku tengah masak gulai masam tempoyak. Aku tak ingat sebab time neh umur aku 3-4 tahun je tapi doktor risau takut kulit aku susah nak sembuh. Alhamdulillah kesakitan aku tak melarat dan kini cuma tinggal sebahagian parut saja sebagai bukti ke-hyper-aktifan aku satu masa dulu. Dan selepas itu aku tak pernah masuk wad lagi, maka boleh laa dikatakan aku takde (memori) pengalaman masuk wad buat masa ini.

2. Pertama kali minum teh tarik kat kedai mamak – masa tu aku berumur 7 tahun lebih kurang kot. Aku teman bapak aku jumpa kawan dia kat brickfields masa kitorang dok kat Kg. Kastam dulu. Bapak aku dengan member aku pekena teh tarik yang lumayan dengan buihnya. Aku menggatal nak merasa dan order satu cawan. Disebabkan aku manja dengan bapak aku, dia layankan aje kehendak aneh aku tu. First time minum, rasa macam nak melecur lidah, membuatkan aku heran camne bapak aku ngan member dia rilek je teguk air panas camtu. Sekarang baru aku tau skil nak menghirup air panas…

3. Pertama kali membelasah dan dibelasah – zaman tu zaman cerita Dash Yankuro (kereta mini) sedang hangat menjadi bahan kegilaan kanak-kanak sampaikan kat tempat aku kat Pahang dulu pun turut terpengaruh walaupun tak macam kat bandar-bandar kat KL. Kitorang cuma pakai trek buatan sendiri belakang estet kelapa sawit dan menggunakan kereta model Audi sebab tak mampu nak beli model Tamiya. Ceritanya, setelah aku habiskan duit simpanan bulanan sebanyak RM10 ketika itu untuk membeli bateri Energizer 4 biji, dengan takburnya aku mencabar sorang kenalan aku sebab aku yakin prestasi bateri mahal itu mampu membantu kemenangan enjin Audi aku yang tak berapa boleh blah sangat itu. Tapi akhirnya aku tewas. Aku terima kekalahan seadanya sebagai nasib diri namun bila aku dapat tau dia curi baki bateri Energizer aku untuk perlumbaan tersebut, aku terus takleh terima hakikat dan mula mencarik pasal dengan merejam selipar jepunku ke mukanya. Walaupun aktiviti saling membelasah itu dileraikan ustaz yang mengajar kitorang mengaji kat masjid yang kebetulan lalu kat situ, namun ketika di saat-saat akhir babak pertarungan, aku sedang dihantuk-hantuk oleh budak tu dengan kelapa tua kat kepala. Maka boleh laa dirumuskan aku turut kalah untuk kali kedua berturut-turut pada hari yang sama. Ohhh…

4. Pertama kali bekerja – lebih kurang seminggu sebelum kertas akhir SPM aku untuk subjek Prinsip Akaun, aku memang takde aktiviti lain melainkan dok kat umah je study sepenuh masa. Aku dapat tau tempat kerja bapak aku sebagai guard kat Putrajaya ada kekosongan. Aku mintak nak start kerja. Aku tau tempat yang bakal aku jaga tu (Kelab Sukan Air Precint 8) baru je siap waktu tu dan belum ada staf/pelawat. Lokasi pulak kat sebelah tasik menghadap pejabat Tun M (ketika itu) maka amatlah sesuai untuk aku menenangkan perasaan di samping study sambil buat duit sikit.

5. Pertama kali bercintan-cintun – percaya atau tak, even masa aku sekolah dulu memang ada skandal-skandal dengan gadis sekelas, tapi aku tak pernah ada awek sampai umur aku 20 tahun. Loser bukan? Gadis malang yang berjaya aku cairkan itu adalah member chatting masa zaman aku ligat main IRC dulu. Ketika itu dia masih bergelar student untuk pengajian kejururawatan, aku amatlah berpuas hati dengan prestasi aku sebagai pakwe idaman Malaya sepanjang peng’kapel’an itu. Namun, jodoh tak panjang agaknya, aku terpaksa melepaskan dia atas alasan tak mau terperangkap dengan sindrom ‘Cinta Jarak Jauh’ sebab dia nak balik dan duduk kat Perak sementara aku tetap nak stay kat Selangor selagi termampu.


Hmm… pasneh malas nak main tag-tag lagi dah. Main layang-layang lagi best! :-p



~EndOfTag~

25.5.08

Kalo Nak Menjadi Dokter Haruslah PANDAI!

Bila Sang Pujangga bermadah kata :


Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor," kata pensyarah itu.

"Pertama, kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat," katanya.

“Sebagai contoh…” pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat," kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata…

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk…”



“SEKARANG… TUMPUKAN PERHATIAN BETUL-BETUL… PAHAM!!!!!”

22.5.08

Rahsia SangPria23.com The Series (Episode 1)

Bila Sang Pujangga bermadah kata :


Pada hari ulangtahun kelahiran ku yang ke-23 lepas, aku ada berlawak-lawakan bersama mak aku;

“Mak, Atan nak kawen!” ujarku dengan penuh konfiden sekali.

“Kepala hotak ko! Muka tak hensem. Gemuk. Sape laa nak kat ko neh,” ish mak neh, tak baik betul tipu pembaca blog kata muka Atan tak hensem pulak. Dorang bukan taknah tengok sendiri gambar kat mespes. Sebijik cam Timberlake tu wa cakap lu. Dah ramai dah yang ‘cair’. Ish, ish, ish…

“Dah laa degil nak mampus. Nasihat mak satu pun tak pernah nak dengar. Takde displin. Nak buat apa ikut suka kepala otak sendiri je…” sambung beliau lagi. Sabar Jai, sabar…

“Harta takde, apa takde. Keje pemalas,” Erk! Ni yang aku takleh nak dengar ni. Sape kata aku malas nak kerja? Aku malas nak bangun pagi je (haha?!).

Fakta: orang yang takde rasa gatal nak kawen dalam dunia ini adalah orang utan.

Umurku makin lanjut. Member aku ada bertanya pada aku ketika kami sedang bercerita-ceriti dongeng di bawah pohon bambu;

“Ko nak kawen bile umur ko berapa, Jai?”

“Bila jodoh dah sampai,” sempoi tak jawapan aku?

“Buatnya kalo dah terlajak sampai 40 still takde sape nak berlakikan engko?” Aku terdiam. Sial engko!

“Tu takpe lagi. Kalo ko kawen lambat esok, anak ko camne pulak? Ko nak antar dia pegi sekolah time ko tengah bertongkat, berjanggut bagai?” sambung mamat sial ini lagi. Eh, ke situ pulak dia. Jodoh kan di tangan tuhan; apatah lagi rezeki nak dapat anak. Walaupun kita merancang, tak semestinya dapat. Yang penting kita redha dengan segala pemberian-Nya, kan?

Sape kata kawen lambat neh susah bagi laki macam aku? Tak pernah lagi aku dengar istilah Anak Teruna Tua. Setakat title Bujang Lapuk tu adat laa kan, hehe… Zaman P. Ramlee pun dah ada istilah tu.

Aku yakin walaupun umur aku makin lanjut mencecah 30-an nanti, kejambuan aku neh takkan hilang begitu saja, sebaliknya digantikan dengan ke-macho-an seorang lelaki matang. Itu lah beza lelaki dan perempuan. Laki-laki neh makin tua makin laku; orang yang kata. Tak percaya tanya Dato’ Siti Nurhaliza.

Tapi tu laa kan… Semenjak dah mula mencongak usia neh, dah mula terasa menggatal bila agaknya aku nak berumahtangga. Nak dok umah sendiri dengan bini tercinta. Bila balik umah ada orang tolong masakkan. Bila letih ada orang tolong urut. Bila ada masalah ada orang yang sudi kongsi dengar dengan kita. Bila nak tidur pulak ada orang jemput masuk bilik (heheh!).

Memang bukan dalam masa terdekat pun aku dapat mendirikan rumahtangga (yang bahagia, mudah-mudahan). Itu aku pasti. Sebab haluan hidup aku nampaknya masih belum nampak-nampak lagi. Rasanya masih banyak yang perlu aku kejar dan capai sebelum berani mengajak mana-mana awek; “Jom kita kawen, nak?”

Al-maklum laa. Dunia zaman sekarang. Pompuan nak tengok laki yang encom aje, mak bapak mentua nak tengok laki yang kayer aje, sedara mara nak tengok bakal keluarga yang educated aje.

Heheh! Tiga-tiga aku takde! Tapi tak bermakna aku takkan kahwin. Kalo umur aku panjang; insya-Allah ada rezeki jugak aku nak beristeri. Dan jugak tak bermakna aku akan kahwin lambat. Benda-benda ni semua tak boleh diramal. Kalau tetiba dia datang, dia main redah jer…

But, seperti yang kita semua sedar; ataupun tak sedar tapi tetap buat jugak, kita sentiasa cuba nak bersiap sedia menghadapi masa depan. Kan? Betul laa jugak, kita memang suka merancang, tapi tuhan jugak yang menentukan. Bagi para kaum lelaki, perkara ni rumit sikit sebab banyak benda nak dipertimbangkan. Banyak nak dikira, banyak nak dicari, banyak nak dikejar.

Bukanlah bermaksud aku ni seksis ke apa. Pompuan pun banyak gak tanggungjawab yang perlu ditimba nanti. Cuma peranan lain-lain. The important question is how kita nak memainkan peranan kita memasing kat atas muka bumi neh.

Nak menjadi seorang suami, tanggungjawabnya amatlah besar, oke! Sebab tu aku seringkali brainwash member-member aku yang tetiba gatal nak menikah then makbapak pulak sanggup keluar duit untuk dorang bagi mengelakkan dorang tambah maksiat kat tepi pantai Tanjung Bidara. Bukanlah aku tak setuju dengan plan dorang nak mendirikan masjid; tapi nak bina masjid neh kena laa paham betul-betul selok belok pembinaannya. Takut piling tak cukup kuat nanti, tak pasal-pasal roboh lak masjid tu. Kesian para jemaah nanti.

Ilmu yang aku ada, memang tak cukup banyak untuk mengajar dorang bab-bab neh. Maka ada jugak kes yang heart-stone takmo dengar langsung nasihat dari ‘abang’ mereka yang lebih dulu meratah asam dan garam neh (muahahaha).

Kalo kes macam tu, memang aku tak salahkan mereka. Salah diri aku jugak. Sape suruh tak belajar habis-habis? Cuma, siap laa dorang kalo start bergaduh laki bini ke, main Frisbee pakai pinggan arcopal kat rumah ke; memang aku sound tepat je laa;

“Kahwin ni memang le camtu. Apa ko ingat kahwin ni senang-senang? Tak cukup ilmu di dada, jangan berumah di tepi pantai,” lebih kurang laa peribahasa yang aku dah ubahsuai ni.

Ye, kahwin memang susah. Tapi semua orang nak kahwin. Nak ada anak, ada keluarga, ada harta, ada berbagai lagi nikmat bersuami dan beristeri. Namun, bila muncul satu-satu masalah, ramai yang melupakan peranan dan tanggungjawab yang diikrar untuk dipikul ketika gatal nak menikah dulu. Mula la nak ikut keras kepala batu konkrit simen memasing.

Ingatlah, walaupun penceraian itu halal, namun ia adalah perkara terakhir yang dinasihatkan Nabi S.A.W bagi pasangan yang menghadapi masalah kerana penceraian ini tidak kira apa pun alasannya tetap dilaknat Allah S.W.T kerana ia berpunca dari nafsu syaitan yang berjaya menguasai diri kita jugak sebenarnya.

Sesungguhnya, manusia itu tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Jadi, sebelum melakukan sesuatu kesilapan, hendaklah kita memikirkan natijah dan kesan, akibat serta masalah yang bakal menyusul di kemudian hari.

Maka, sebelum kahwin, kena pikir panjang, pikir bebanyak…

Ye, marilah kita berpikir beramai-ramai andai korang juga dah terasa gatal nak kawen macam aku skang neh…

~EndOfPart1~

Ten Ways To Tell ‘Their’ Feelings

Bila Sang Pujangga bermadah kata :


HOW TO TELL IF GUYS LIKE GIRLS:

1. The guy will be nice to you.

2. He will tell you that you did well, even if you did horrible.

3. He might make fun of you.

4. He'll want to be your friend.

5. He might compliment you on your hair, even if you wear it that way everyday.

6. He'll stick up for you.

7. He will start hanging out with your friends.

8. He'll flirt with you.

9. He'll call you for no good reason.

10. He'll make eye contact with a happy grin on his face.


HOW TO TELL IF GIRLS LIKE GUYS:

1. They always talk about the different varieties of guys.

2. They stare at you with a smile on their face.

3. They always seem to be talking about how nice you are.

4. They laugh at all your jokes.

5. They ask you who you like, continuously.

6. They talk to your friends a lot.

7. They always are flirting with every other guy, except you.

8. They always try to make you jealous.

9. They beg you to do everything for them.

10. They always ask you what to do in a bad situation.



Comment? Anyone?

18.5.08

Pengumuman!!!

Bila Sang Pujangga bermadah kata :


Sukacita saya ingin memaklumkan saya telah menukar nickname saya dengan sesuka hati saya tanpa mendapatkan persetujuan majoriti dari mana-mana geng.

Jika sebelum ini anda menggelar saya dengan panggilan seperti:


Ajai,

Ajai Lee adik Bruce Lee,

mahupun Ajai Lee Kuan Yew.


Kini nama gelaran untuk saya adalah seperti berikut:


Akeji Hiroshi (please pronounces it as A-Key-Jee, oke!)


Tengs to ms. Wanark dengan ucapan berikut:

"Dikau lah sumber inspirasiku..." wakakaka, takleh tahan...

and also to ms. Rynark yang tak sengaja mengambil bahagian dalam proses penghasilan nama ini setelah menjelaskan maksud sebenar 'jaik' dalam bahasa Sarawak. (please don't ask!)


Harap maklum.


Regards,

Akeji Hiroshi
Daerah Shokubutsu
Jepun Darul Matahari Terbit

Ini Baru Petua Namanya

Bila Sang Pujangga bermadah kata :


Aku teringat dekat orang yang nak cari ‘petua lantai licin’ tapi tersangkut dekat blog Tirah (Wakakaka). Kat sini aku nak kongsi petua tahan lama yang aku dapat dari forwarded email.




KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.

Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.

Gunakan sebelah pada 31 Disember 2008. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2009. Wah...tahan sampai 2 tahun kan? Amazing!!!


NASI/LAUK

Biar tahan lebih lama,

Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.

Sebab tu lauk cepat basi.

Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke. (Adab sivik pun nak kena ajar ke?)


BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Kalau untuk lebih 'tahan lama',

Bayar le zakat utk barang kemas tu atau pakai je.

Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.

Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...


PAKAIAN.

Nak tahan lama

Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat, elak guna washing machines.

Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.

Jangan bawa mandi kat beach.

Gantung bila disimpan.

Cuci guna air jeram/hujan.

Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.

Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...

....BAJU SENDIRI SIMPAN.


KERETA

Nak tahan lama.

Lepas beli, simpan kat garaj. Tutup elok2. jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk.

Bayar loan bulan2. sampai abis loan. Gerenti tahan lama.


KENYANG

Kalau nak tahan lama,

Sebelum makan baca bismillah dan doa akhir makan. Doa dan ucap alhamdullillah...


UMUR

Umur nak tahan lama?

Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (Bukan sebab rokok tu bukan bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah. Macam mana nak senyum selalu?).


ROKOK

Rokok nak tahan lama?

Jangan hisaplah......!!!!, Letak atas meja dan pandang je.

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat haaaa....


TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam

Rajin-rajinlah tidur siang. :-p


HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,

Jujur dan ikhlas je!!!!



Petua Tercekik Tulang



Ini pun petua jugak. Tapi petua yang lagi best. Tak nyesal kalo korang baca. Sebagaimana yang korang boleh amati, ini bukanlah hasil tulisan aku. Sebab aku takde ciri-ciri macam penulis ni (heheh!) Tapi, kalau dah namanya ilmu tu, apa salahnya pass kat orang lain, kan?


---> Aku datang dari keluarga yang besar; 16 adik beradik. Bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yang suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup ‘pulang ke pangkal jalan’... Maka adalah yang tak kena sana sini... Oh

Masa makan, aku pun duduklah cara Nabi (sila rujuk ustaz anda) Lalu ada yang sound:

"Apahal duduk macam nak berlari ajer..."

"Tak baik lutut tinggi pada makanan"

"Ni duduk ke nak berak nie?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen... Aku pun basuh tangan

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan, sunnah Nabi adalah basuh kedua-dua tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. - Hutang kereta/rumah/kahwin/study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir, ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak orang miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke Inconnel 601? Nak pakai colour camne? Metallic ke cooper? Kan susah tu!!! Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja Bentuk bulat ke bentuk heksagon? Oktagon? Nanagon? Nak kena pergi kedai perabot buat ansuran mudah! Jimat! Hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh

Biasa korang belajar doa makan macam ni:

"Allahummabariklana” (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi). Kemudian, ada pulak suara-suara yang sound:

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"

Aku kata:

"Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok-elok habis nasi satu pinggang!!!"

Tapi oleh kerana aku sorang jer yang makan dengan tiga jari, orang lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5... Oh Tepuk dada tanya iman

Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh...

Diorang tegur:

"Essh..pengotor betullah."

Aku kata:

"Apa pulak kotor; aku makan nasi, bukan taik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat-jilat jari nie? Lucah betul!!" tanya diorang lagi pada aku

"Makan ayam sedap sampai ke kaki... Makan sate sedap sampai ke lidi, heh heh heh," kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan; err maksud aku cara Nabi makan... Aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya:


Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?”

Abang aku kata:

“Sebab tengkuk lembu berat... bla bla bla

Aku kata:

"Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!! Ha ha ha!!! (tak lawak)"

Aku menyambung:

"Penting makan cara Nabi sebab kita hari-hari makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer. Namun bila korang makan macam Nabi S.A.W makan, maka di kira ibadat Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yang bagi kenyang Hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah."

Tiba-tiba mak aku tercekik tulang ikan (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, mak aku mendapat nasihat secara berperingkat; ada yang sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal dan lain-lain. Tapi masih tak berjaya

Kesian mak aku...

"Huh! Hamka, takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne? Cakap terer" kata abang aku.

Aku kata:

"Senang sajer... Mak angkat kedua-dua tangan ke atas"

Mak aku pun buat Tapi masih tak jadi

Aku kata:

"Lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus...!!!" (bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa-sisa nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas)

Aku kata:

"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! " HA HA HA (semua org ketawa) Nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa Sehingga tulang yang tercekik itu terkeluar Semuanya dari Allah!!!

He he he... Selamat mencuba, ni bukan hadith Just pengalaman.

P/S: Sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk), sesungguhnya penulis tidak bertanggungjawab!!!

~EndOfKopiPasta~

16.5.08

Masalah Dan Masalah

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Tersilap post lak ari tuh... Macam tak relevan jek aku letak gambo kat entri mp3... Hehe...




14.5.08

LIMA BINTANG

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Untuk entri kali ni aku cuba nak merehatkan diri dari menaip cerita panjang-panjang. Saje nak bagi head start kat Pish untuk kejar aku. Wakakaka. Walaupun aku tau mamat tu memang hebat dalam pengisisan penulisan beliau yang mana membuatkan beliau mampu mencipta sajak hanya dengan memerhati cicak mengawan di atas siling, namun aku tak nafikan gaya kemeleretan penulisan aku memang diakui mampu untuk membantu aku memanjangkan cerita yang sebenarnya kurang panjang. Sebagai contohnya ayat yang korang baca tadi tu sebenarnya ada 46 patah perkataan sebelum titik noktah. Sangat hebat, oke! Itulah sebab sebenar MENGAPA SUBJEK BAHASA MELAYU TIDAK DICATATKAN DALAM SIJIL SPM SAYA; sebab terlalu panjang meleret-leret tapi dapat markah kosong bila pemeriksa kertas nak carik isi yang cuba disampaikan.


“Mungkin pengisian ko kurang menepati kesedaran ko,” hmm… Eh, iklan laa pulak. Tetiba je aku neh.


Tapi actually untuk beberapa entri seterusnya memang aku cuba berazam untuk berpuasa dari melakarkan cetusan minda aku ke dalam blog ini atas alasan takut sel otak aku ni nanti kering disebabkan asyik dok kerap sangat perah idea. Sian lak aku nanti. So aku akan banyak postkan entri-entri kopi-pasta. Diharapkan takde laa sape-sape nak tuduh page aku ni huduh; sehuduh muka aku pulak lepas neh disebabkan tindakan malas aku tu nanti. Adesss laa…


Di entri ini aku nak memperkenalkan LIMA LAGU TERBARU yang sedang hangat Bertakhta Di Hati aku kat korang semua. Sape-sape yang pernah dengar atau dah ada lagu neh semua, meh kita nyanyi sama-sama. Yang belum pernah dengar pulak, apa tunggu lagi? Donlod le, jangan tak donlod.


Pembukaan; macam biasa laa, korang bukan tatau aku tengah start nak belajar fanatik kat Meet Uncle Hussein laa neh. Lagu neh mempunyai kekuatan tersendiri dari segi lirik; bukan lagunya, oke! Aku teringat zaman M. Nasir buat lagu masa dia busker kat CM 10-20 tahun yang lepas. Sangat mendalam, oke!




~Meet Uncle Hussain – Pura Pura~


Intro: (Lirik starting yang paling tak boleh blah! Wakakaka…)

Lapan tahun tunggu bas tak sampai

Akhirnya aku pergi jalan kaki

Tiba LRT berduyun dara

Muka masam, kelat macam cuka

Oh sombongnya...

Anak-anak dara

Anggap ku bagai tunggul dihias


(Pura-pura)


(Pura-pura) Jalan tengok sana sini

(Pura-pura) Sorokkan mata dan minda

(Pura-pura) Wah! Ramainya orang berpura


(Pura-pura) Belah sana dedah sini

(Pura-pura) Banyaknya belukang darat

(Pura-pura) Wah! Ramainya orang berpura


Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Kota tari


Keras hati, keras hidung

Kerana mata buta, kerana hati mati

Keras lutut, keras rahang

Pukat terlabuh jauh, tapi ikan tak dapat


Keras hati, keras hidung

Kerana mata buta, kerana hati mati

Keras lutut, keras rahang

Pukat terlabuh jauh, tapi ikan tak dapat


(Pura-pura) Lagak bagai orang kaya

(Pura-pura) Dah murah nak murah lagi

(Pura-pura) Wah! Ramainya orang berpura


(Pura-pura) Semuanya serba tak kena

(Pura-pura) Nak sempurna buat sendiri

(Pura-pura) Wah! Ramainya orang berpura


Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Kota tari


Keras hati, keras hidung

Kerana mata buta, kerana hati mati

Keras lutut, keras rahang

Pukat terlabuh jauh, tapi ikan tak dapat


Keras hati, keras hidung

Kerana mata buta, kerana hati mati

Keras lutut, keras rahang

Pukat terlabuh jauh, tapi ikan tak dapat


(menjerit whoaaa 3 kali dalam intonasi yang tak dapat dikenalpasti)




Lagu ni pulak aku tributekan untuk semua wanita yang ada di luar sana. Kamu memang sangat chantek, oke! Tengkiu…




~Altimet feat. Adeep Fabulous Cats - Chantek~


Intro: (Parap parap macam lagu 60-an)


(Hey wanita)

Gembira dapat berjumpa

Teringat kembali kali pertama kita bersua

Ingat bila kita bersepatu serupa

Tak lama dahulu jangan kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata

Kau paling menyerlah di antara mereka

Rambut hitam warna cokelat anak mata

Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apakata kita ambil sedikit masa

Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya

Dan jika kau rasa apa yang ku rasa

Ayuh kita ke bab ke-2 dan seterusnya


Chantek

Dirimu buat ku tertarik

Menghilang segala prasangka… Di jiwa…

Ohh chantek...

Sungguh aku cintakan kamu


(Dia)

Pandai menjaga hati ayah dan ibunya

Kelakuannya sama dengan orang tua ku juga

(Dia)

Bisa cipta yang gula dari yang cuka

Pandai menukar yang duka kepada suka

(Dia)

Bijak mengatur acara dan juga masa

Cekap memasak garam gula secukup rasa

(Dia)

Pandai menjaga harta dan juga duitnya

Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya

(Dia)

Setia pada Yang Esa satu-satunya

Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya

(Dia)

Punya tempat dalam rancangan yang ku rangka

(Kita)

Tak usah lengah

Ayuh kita berumah tangga


Chantek

Se-chantek suria menyinar

Seindah bunga yang di taman… Mekar...

Chantek

Dirimu buat ku tertarik

Menghilang segala prasangka… Di jiwa...

Ohh chantek…

Sungguh aku cinta kamu


(Aku)

Melihat kita bersama di hari tua

(Dia)

Masih satu tiada empat tiga atau dua

Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa

Kau tetap cantik padaku, aku tak lupa

Kita bersama di anjung luangkan masa

Kewangan kita merdeka mampu bersara

Hasil usaha kita dari masa dahulu

Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu

Hidup santai tak perlu terburu-buru

Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu

Anak kita dan ayahya semua sebulu

Aku bilang kau chantek dan mereka setuju


Chantek

Se-chantek suria menyinar

Seindah bunga yang di taman… Mekar...

Chantek

Dirimu buat ku tertarik..

Menghilang segala prasangka… Di jiwa...

Ohh chantek...

Sungguh aku cinta kamu...


Seterusnya dua lagu yang berikutnya memiliki unsur-unsur kejiwangan yang sangat terlampau, oke! Jadi berhati-hati sebelum anda mula men-donlod.


Lagu pertama memiliki unsur jiwang yang agak tangkap meleleh ala-ala Anuar Zain atau Hazami (erk?!) atau yang seperjuangan dengan mereka. Adalah PERLU untuk korang tahu bahawa lagu ini dicipta oleh seorang pencipta dari Indonesia (aku tak ingat nama beliau), jadi susunan muziknya memiliki ketajaman yang agak kuat untuk menusuk kalbu terutama ketika lagu ni nak ke penghabisan. Beware!




~Faizal Tahir – Aku Punya Kamu~


Saat kau tersenyum

Saat itu kau memberi

Saatku rasa bahgia


Selama ku tersenyum

Selama itu ku memberi

Selama yang kamu disini


Namun ku bicara

Hanya pada bulan dan suria

Tak ku punya cara

Untuk menyatakan cinta


Dan kamu hanyalah satu

Ku mahu ada kamu saja

Bisa ku menunggumu

Selamanya aku milikmu

Takkan pernah lelah

Ku menunggu

Hingga aku punya kamu, oh yeah…


Sesaat kau tiada

Saat itu yang ku rasa

Saat hidupku terlena


Selama yang kau ada

Selama itu yang ku rasa

Selama hidupku bahgia


Namun ku bicara

Hanya pada bulan dan suria

Tak ku punya cara

Untuk menyatakan cinta


Dan kamu hanyalah satu

Ku mahu ada kamu saja

Bisa ku menunggumu

Selamanya aku milikmu

Takkan pernah lelah

Ku menunggu

Hingga aku punya kamu, oh yeah...


Selama yang pernah ku merasa

Belum ada rasa yang ku rasa ini

Fahamilah cintaku lebih dari cinta

Tiada mungkin aku kan teruja

Andai bukan kamu yang dihadapanku

Bisa ku buktikan pada kamu... uuuh


Ya, kamu hanyalah satu

Dan tak pernah lelah

Ku menunggumu hingga aku punya kamu

Uuuuuhhh... ahhhhhhhh....


Selamanya aku milikmu

Takkan pernah lelah

Ku menunggu

Hingga aku punya kamu

Woo... yeah...


Takkan pernah lelah

Ku menunggu

Hingga aku punya kamu

Kamu...


Hingga aku punya... Kamu...



Amaran kuasa dua! Jikalau tadi pun sudah bersifat jiwang ‘tak berapa nak boleh blah’, yang berikutnya pasti akan lebih mengganggu-gugat jiwa anda.


Disebabkan lagu ini ada kaitan atau persamaan dengan lagu-lagu yang berjaya menarik minat kita di zaman kita start layan movie Ada Apa Dengan Cinta, Eiffel In Love dan yang seangkatan dengannya, maka lagu ni hanya sesuai untuk mereka YANG sedang hangat bercinta; baru nak hangat bercinta; ataupun untuk mereka yang ingin menggamit kembali kenangan kehangatan cinta mereka dahulu kala.


Lagu ini walaupun sangat slow dan mellow, namun ia menggambarkan keceriaan orang yang sedang bercinta. Happy-jiwang bukan sadly-jiwang, oke! Tangkap sengih bukan tangkap leleh. Slow & steady bukan slow macam nak mati. Hah, apa perumpamaan aku nak pakai lagi neh? Lu pikir laa sendiri. Haih~




~Gita Gutawa – Sempurna~


Kau begitu sempurna

Dimataku kau begitu indah

Kau membuat diriku

Akan selalu memujamu


Di setiap langkahku

Ku kan selalu memikirkan, dirimu

Tak bisa kubayangkan

Hidupku tanpa cintamu


Janganlah kau tinggalkan diriku

Takkan mampu menghadapi semua

Hanya bersamamu ku akan bisa


Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku

Kau adalah hidupku

Lengkapi diriku

Oh sayangku, kau begitu

Sempurna…


Kau genggam tanganku

Saat diriku lemah dan terjatuh

Kau bisikkan kata

Dan hapus semua sesalku


Janganlah kau tinggalkan diriku

Takkan mampu menghadapi semua

Hanya bersamamu ku akan bisa


Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku

Kau adalah hidupku

Lengkapi diriku

Oh sayangku, kau begitu

Sempurna…


(Kau adalah darahku)

(Kau adalah jantungku)

Kau adalah hidupku

Lengkapi diriku

Oh sayangku, kau begitu

Oh sayangku, kau begitu

Sempurna…


Sempurna…


Sempurna…



Muzik lagu neh macam copycat lagu OST dari sebuah romantic movie omputeh dulu-dulu kan? Tapi aku tak ingat atau cam movie yang mana satu.


Okeh, sebagai penutup, aku nak tribute lagu terakhir neh untuk last entry aku di tahun lepas yang bertajuk Please Don’t Call Me Sayang. Heheh! Agak keras statement aku kali neh. Boleh tahan gak rupanya aku neh kan?




~Samsons – Hai Gadis (85)~


Intro: (Siul-siulan tapi takde senggol-senggolan)


Hai gadis85

Tinggalkan kekasihmu

Karena aku

Jauh lebih baik darinya


Hai gadis85

Lupakan kekasihmu

Karena aku

Lebih layak untuk memelukmu, woo…


Hai gadis85

Tunjuklah diriku

Oh karena aku

Pujangga terhebat untukmu (Ya betul!)


Hai gadis85

Pilihlah diriku

Oh karena aku

Memang sempurna untuk dirimu


Andaikan saja kau tahu

Aku mencintaimu, menyayangimu

Lebih dari siapapun

Meskipun engkau miliknya

Aku akan bertahan, tak akan menyerah

Tuk dapatkan hatimu


Hai gadis85

Tinggalkan kekasihmu

Karena aku

Jauh lebih baik darinya


Hai gadis85

Lupakan kekasihmu

Karena aku

Lebih layak untuk memelukmu


Andaikan saja kau tahu

Aku mencintaimu, menyayangimu

Lebih dari siapapun

Meskipun engkau miliknya

Aku akan bertahan, tak akan menyerah

Tuk dapatkan hatimu


(Hai gadis)

(Hai gadis)


Aku tak pernah peduli kau telah dimiliki

Aku tak pernah mengerti kau memilih dia

Lepaskan saja dia dan sambutlah aku

Kan kuberikan semua yang kau inginkan


Aku tak pernah peduli dan menyayangimu

Aku tak pernah mengerti apa yang kau cari

Dan minta saja padaku dan peluklah aku

Kan kuberikan semua yang kau inginkan


Ku takkan pernah menyerah, tetap mencintaimu

Aku akan bertahan, untuk dapatkan hatimu

Ku takkan pernah menyerah, tetap mencintaimu

Aku akan bertahan, untuk dapatkan hatimu


Hey…



Agak ‘pofoyofo’ di situ kan? Erm, takpe laa… Melawak je pon. Tak LEBIH dari itu. Wakakaka…


Kesimpulannya di sini, tak kiralah seandainya anda sedang dilanda jiwang atau tidak, ataupun mungkin anda jenis yang suka menghantuk kepala kat dinding ketika dengar lagu, mahupun melompat-lompat atas katil kayu (bukan spring) hingga menyebabkan katil korang patah lapan; ‘biaq’ pedulikanlah dengan lirik mahupun mesej yang sedang cuba disampaikan sesebuah lagu tu kerana lagu tu kalau dah sedap didengar, tetap sedap laa jugak, kan?


Please don’t call me jiwang, oke!


Asalkan aku tak dengar lagu yang mempunyai lirik macam berikut ni sudah laa:


“Marilah mari, membunuh diri…”



~EndOfCharts~


Opsss… P/S: tak menjadi jugak idea aku nak buat entri pendek-pendek ye? Ngeh heh heh…







3.5.08

Trully...

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Tahukah anda perkataan inggeris ‘truly’ sebenarnya berasal dari sebuah perkataan lama ketika di zaman pertengahan eropah iaitu ‘trully’ (T-rul-ly). Ramai yang berpendapat kewujudan dua huruf L ketika itu adalah atas dasar penekanan kepada maksud ‘true’ itu sendiri.

Umum mengetahui kata dasar bagi ‘truly’ adalah ‘true’. Bagaimanapun ketika di zaman itu para cendekiawan bahasa berpendapat adalah penting dan mandatori untuk memperkuatkan sebutan ‘trul’ kerana rata-ratanya perkataan itu digunakan untuk menjelaskan eksperesi yang sangat lantang kepada pendengarnya.

Contoh:

“I’m trully madly deeply in love with you!” atau;

“I’m trully angry with you right now!”

Namun setelah penyeragaman bahasa dilakukan ketika zaman Raja Charles IX, huruf L tersebut dimansuhkan kerana kurang praktikal bagi memperkenalkan bahasa inggeris kepada dunia luar. Ia dilihat kurang seragam dan sukar untuk diterapkan dalam pemahaman minda anak-anak muda yang baru mula belajar menulis bahasa inggeris. Maka terhasillah perkataan ‘truly’ yang kita kenali pada hari ini.

Akan tetapi di sebalik penggunaan perkataan ini yang menggariskan cuma satu ‘L’ dalam ejaannya, ramai yang masih menyebut perkataan ‘truly’ seakan-akan berbunyi ‘trul-ly’ bagi menjelaskan intonasi dan definisi sebenar perkataan itu apabila digunakan dalam percakapan seharian. Inilah yang dipanggil sebagai ‘loud L’ (L bising) yang merupakan berlawanan dengan ‘silent letter’ yang banyak digunakan dalam bahasa inggeris.

Contoh ‘silent letter’:

Gnome = hanya disebut sebagai ‘nome’ tanpa memperdengarkan bunyi huruf ‘G‘ (silent G) itu.

An hour = disebut sebagai ‘our’ atau ‘ours’ (silent H). Untuk mengelakkan kekeliruan dengan perkataan ‘our’ (kita) perkataan ini digunakan dengan kata bilangan yang bersesuai; ‘an hour’ (an our) membawa maksud satu jam, couple/several hours (beberapa jam) di mana perkataan ‘our’ (kita) tidak memiliki hukum ‘plural’ yang memerlukan huruf S kerana ‘our’ (kita) sudah membawa maksud ‘ramai’. Jadi kekeliruan percanggahan perkataan tidak wujud di sini.

Di dalam kes ‘trully’, loud L ini bukan sahaja seringkali digunakan dalam percakapan malahan kadangkala ia masih diguna dalam penulisan akibat sudah terbiasa dengan perkataan ‘purba’ ini. Masih ramai yang menggunakan perkataan ‘trully’ di seluruh dunia jika anda perhatikan betul-betul.

Jadi, selepas ini, sekiranya anda terjumpa penggunaan perkataan ‘trully’, usahlah terlalu cetek akal untuk beranggapan ada kesilapan ejaan di situ tapi sebaliknya penggunaannya lebih membawa maksud penekanan (emphasis) pada perkataan tersebut.

Gllad to share this useful info with all you guys out there….



Erk?! Typo lagi?



Tahukah anda perkataan ‘glad’ berasal dari bahasa Sanskrit lama iaitu ‘gllad’ bla bla bla bla bla…



~EndOfMentipuk~