29.8.08

Siri 4 MERDEKA: Perjuangan Tak Pernah Selesai…

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Tanpa disangka-sangka, tetiba aku mendapat maklumbalas untuk siri ketiga MERDEKA, menyatakan isu yang aku sentuh ketika itu kurang sengat dan kurang hangat. Ada pula yang mencadangkan supaya aku bersifat lebih patriotik berbanding sekadar mencari sensasi sempena sambutan kemerdekaan negara kita yang ke-51 tahun ini.


Susah nak baca hati orang ni. Apatah lagi untuk memuaskan semua pihak. Dan ini bukanlah perkara baru yang aku pelajari, malahan ia telah menjadi satu halangan paling getir yang perlu diharungi pejuang kemerdekaan kita dahulu.


Pendapat aku: Sekiranya kita (mahu) menganggap diri kita patriotik dan mengaku sayangkan negara; maka kita perlu mengambil berat terhadap senario politik semasa. Politik di sini yang membawa maksud pembangunan urus tadbir negara melalui cara berdiplomasi berjunjungkan prinsip demokrasi; merupakan satu entiti penting yang akan mencorakkan perkembangan negara dari hari demi hari.


Dengan bermaksud mengambil berat; bukanlah bermakna menunggu maklumat itu datang kepada kita. Politik adalah sejenis cabang ilmu, dan tiada ilmu yang datang percuma (aku bukan bercakap dari sudut kewangan). Ia perlu disulami dengan usaha untuk mencari dan ditimba.


Bergantung harap pada media arus perdana yang mengaku mereka saluran yang terbaik mendapatkan berita yang telus, amanah dan benar ternyata bukan pilihan bijak. Ini kerana media arus perdana tertakluk di bawah dasar kerajaan atau lebih tepat lagi Kementerian Penerangan. Dan kementerian ini diterajui oleh ahli politik (berbibir tebal) yang mewakili sesebuah parti politik memerintah. Walaupun mulut sebegitu manis dan ‘berbuih’ mencurahkan janji untuk tidak bersifat berat sebelah dalam soal pentadbiran negara, tetapi umum kita mengetahui janji seorang ahli politik itu amat berat untuk dipegang.


Kenapa? Berbalik kepada rumusan awal aku tadi; sukar untuk kita puaskan hati semua pihak. Ahli politik perlu menjaga hati para pengundi serta pelobi-pelobinya. Kerana itulah demokrasi diatur untuk mengangkat suara majoriti. Sekiranya pendekatan ini tidak digunapakai, maka selama-lamanyalah sebarang penyelesaian takkan tercapai.


Aku tidak katakan perkara ini sesuatu yang baik, tetapi setakat ini itulah cara paling optimum yang boleh kita praktikkan di zaman ini. Seperti setiap perkara dalam dunia ini, semua benda tetap ada positif dan negatifnya. Ada pro dan kontranya. Ada ‘Yin’, dan juga ‘Yang’nya. Penggunaan sistem ‘suara majoriti memerintah seluruhnya’ yang kita amalkan hari ini sebenarnya akan menimbulkan sentimen pemberontakan pada pihak minoriti. Inilah yang kita kenali sebagai ‘golongan pembangkang dalam sidang parlimen negara.


Setelah aku jalankan kajian (tangkap muat) untuk mendengari suara dua pihak bertelagah ini, aku dapat rumuskan kita sedang di ambang golongan majoriti dan minoriti hampir seimbang dan sama lantang (50-50) sekaligus meramalkan pergolakan yang lebih sengit dalam keghairahan ahli-ahli politik kita merebut kuasa.


Berbekalkan semangat cintakan kemerdekaan yang tertanam dalam diri kita, adalah amat penting untuk kita mengambil bahagian sekurang-kurangnya sebagai pemerhati (andai kita belum layak mengundi) yang aktif dan bersifat adil. Idealisma ‘merdeka’ yang dibawa oleh pejuang kita setengah abad yang lalu menyeru kita untuk bangkit mempertahankan kedaulatan negara, perpaduan kaum dan institusi demokrasi negara kita tercinta ini. Maka, atas dasar itulah, 4 siri entri ini dihasilkan sehingga tibanya kita di kupasan terakhir yang berkisarkan erti kemerdekaan sebenar.


Kempen pilihanraya Permatang Pauh berbunyi ‘Merdeka Dari UMNO/BN; Merdeka Dari Kesengsaraan’. Ia turut dicanang di seluruh negara oleh negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Di pihak UMNO pula (kerajaan pusat dan pembangkang di 5 negeri), usaha ini ditempelak kerana menafikan jasa perjuangan kemerdekaan yang dirintiskan oleh pemimpin UMNO 50++ tahun yang lepas.


Sudah tentu kedua-duanya mempunyai kepentingan parti politik masing-masing. Namun bagi pihak kita (rakyat), kita harus sedar kewujudan parti-parti politik ini bukannya bertujuan untuk memberi kekuasaan pangkat dan kekayaan harta pada mereka yang terlibat, sebaliknya hak kita yang harus dibela.


Pengundi di Permatang Pauh membuktikan betapa relevannya perjuangan PKR di sebalik kempen serangan agresif hasil konspirasi-konspirasi belakang tabir oleh pihak BN. Bermula dengan kes liwat, pertikaian hak kuota bumiputera di UiTM, pertembungan ideologi dalam PR, sumpah menyumpah, isu rasuah, kesemuanya tampak ralat kerana seringkali PKR yang menjadi mangsa akhirnya. BN dihukum keras apabila bukan sahaja kalah kerusi, tetapi terdapat peningkatan pula dalam majoriti undi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nampaknya mereka masih belum belajar tentang keperkasaan kuasa rakyat Malaysia yang masih kenal erti simpati serta mahu menegakkan keadilan hakiki; bukan dengan hanya menyokong pihak-pihak yang mampu memberikan kekayaan harta dunia semata-mata.



Semalam Datuk Seri Anwar sudah menjejakkan kaki ke dewan rakyat buat kali pertama semenjak tempoh sepuluh tahun. Memberikan tamparan hebat terhadap pengaruh monopoli BN kerana Datuk Seri pernah berjanji untuk menang dan menjadi ketua pembangkang. Kedua-dua perkara ini dicapai dalam masa 2-3 minggu. Tarikh keramat 16 September yang bakal tiba 2-3 minggu lagi pasti menjadi igauan ngeri pucuk tertinggi pemimpin negara khususnya Datuk Seri Mohd Najib yang mencanang bertilamkan kamar Kompleks Seri Perdana Precint 10 Putrajaya. Baginya tilam di Sri Satria Precint 16 sudah terlalu hapak dengan lelehan cairan Botox memenuhi bantal Datin Paduka Rosmah selaku teman tidur (andai tiada urusan di Mongolia).


Kini yang menjadi isu utama bukanlah peranan Datuk Seri Anwar selaku ketua pembangkang kerana sidang akan mula bercuti mulai esok selama satu setengah bulan walaupun pembentangan Belanjawan akan dibuat petang ini (aku taknak guna perkataan Bajet sebab ia adalah bahasa penjajah dan tidak relevan dengan semangat kemerdekaan serta perjuangan parti kerajaan). Tetapi hala tuju negara serta Barisan Nasional menghadapi 16 hari yang akan datang ini. Semalam Datuk Seri Shafie Afdal mewakili ahli-hali parlimen di Malaysia Timur telah memulakan kempen perang terhadap provokasi Anwar ini dengan mengajak pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menandatangani ‘akujanji’ untuk terus setia pada kepimpinan Pak Lah dan Najib. Dipercayai dua minggu akan datang ini, kita akan terus disajikan dengan perang saraf antara dua pihak yang masing-masing mahu menjadi parti pemerintah.


Tsunami politik dalam PRU-12 yang masih disebut-sebut sehingga ke hari ini dikatakan berpunca dari permuafakatan luarbiasa parti-parti pembangkang. Walhal ini bukanlah perkara baru. Pada PRU-11, PAS dan DAP pernah membentuk gagasan Barisan Alternatif yang ketika itu masih penuh dengan kepincangan. Hatta PKR yang terbentuk sebelum kemenangan besar PRU-12 pun sebenarnya merupakan gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia. Kini sebuah gagasan baru yang lebih dinamik dipancarkan menerusi imej Pakatan Rakyat. Nak tak nak aku terpaksa bersifat skeptikal melihat sejarah penubuhan Parti Perikatan (nama asal Barisan Nasional) berulang kembali.



Hairan? Tak pun. Kerana rata-rata pemimpin PKR merupakan bekas ahli UMNO dan BN. Merekalah yang dikatakan bertanggungjawab membawa semangat perpaduan di kalangan pemimpin tertinggi DAP dan PAS. PKR bukan bercorak ‘ke arah Negara Islam’ ataupun ‘menuju Negara Sekular’. Mereka ini masih berjuang atas prinsip sama dengan UMNO/BN, cuma direformasikan perjuangan mereka lantaran melihat ada kepincangan serta penindasan dalam wadah politik Barisan Nasional serta UMNO khususnya.


Cabaran untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang dan calon yang dicanang-canang selaku Perdana Menteri Malaysia keenam kini, adalah bagaimana untuk memuaskan hati kedua-dua pihak yang tidak selari; PAS dan DAP. Untuk membawa erti perpaduan yang telah dipacu BN selama ini ternyata tidak masuk akal kerana mereka pada dasarnya telah membantah idea ini semenjak setengah abad yang lepas. Maka PKR perlu merumus idea baru dan segar agar diterima kedua-dua parti ini sekaligus mengutamakan penjagaan hak pembelaan rakyat seiring dengan nama gagasan ini. Barulah ‘reformasi’ namanya! Apatah lagi PRU-13 masih jauh dihadapan, terlalu banyak ruang yang boleh dieksploitasi ‘bakal pembangkang’ mereka nanti. Susah, cukup susah nak puaskan hati semua pihak.


Kesian Anwar!


Kita merdeka, bererti kita (atau orang-orang kita) layak untuk memimpin negara sendiri. Rakyat pula diberi peluang untuk memanfaatkan hasil tanah bumi kita serta menjalankan tanggungjawab selaku khalifah sebaik-baiknya. Simple bunyinya, tetapi perjuangan untuk mendapat dan mempertahankannya tetap bukan mudah, tidak kira setengah abad yang lepas mahupun setengah abad yang akan datang.


MERDEKA!!!


Oh ye. Aku turut teruja untuk ‘mengopi-pasta’ sebuah artikel yang aku terserempak ketika melawati laman web tranungkite.net sewaktu ghairah mahu melihat keputusan di Permatang Pauh pada hari Selasa yang lepas. Enjoy…




Selama sepuluh hari berturut turut akhirnya konsert "Jom Liwat" di Permatang Pauh melabuhkan tirainya hari ini. Konsert yang ‘julung julung’ kali diadakan anjuran Barisan Natang ini disiarkan secara langsung oleh media elektronik dan media cetak negara ini.

Selama sepuluh hari penonton dan pendengar didendangkan dengan lagu lagu baru dan lagu evergreen menyentuh jiwa dan raga.


Konsert dimulakan dengan diva wanita masa kini iaitu Sherry Zatt membawa lagu menaikkan semangat 'berjihad Lah' khas untuk putera dan puteri, dan disusuli dengan rapper muda berbakat besar, C.fool, artis yang sedang meyinarkan B****tnya bagi menggamatkan lagi suasana konsert tersebut yang sememangnya gamat. Beliau mendendangkan lagu nasyid kotemporari berjudul “Wata'alahi”, yang menjadi siulan dan ikutan masa kini.


Ariff Nyah artis tempatan, tidak melepaskan peluang selaku tuan rumah turut menyumbangkan 2 lagu kanak kanak 'Mari Mengaji (hingga dapat beli PhD)’ dan lagu ‘Raja Kenduri'.


Konsert diteruskan dengan penampilan Ejam, bekas vokalis kumpulan G.E.R.O.K terus menghangatkan kedinginan malam dengan lagu balada rock lama yang diberi nafas baru iaitu 'Ku Kehilangan Kotak' dan diakhiri dengan berduet bersama ahli kumpulan lama beliau iaitu N.D.Nalla menyanyikan lagu'Kenangan Terindah'.


Konsert tidak bermakna tanpa kehadiran Kera Jantan (K.J) kerana vokalnya yang "underground" itu menjadi sandaran pihak penganjur untuk menarik minat muda-mudi tempatan. Jika lagu top nya sebelum ini ‘Pade Doh’ tidak mendapat sambutan di Klate, kali ini beliau membawa satu lagu baru yang berjudul 'Aku Penggali Kubur' ditujukan khas untuk pengundi Barisan Natang. N. Ajis selaku lead vokal kali ini turut memecah rekod membuat penampilan tanpa henti sepuluh hari berturut turut, masih lagi tidak jemu-jemu mendendangkan lagu hits lamanya, 'Misteri Mimpi Altantuya' sambil berjalan jalan menemui makcik dan pakcik yang tangkap leleh dan karat biru itu.


Akhir sekali di penghujung konsert, ketua pihak penganjur iaitu P.diddyLAH (juga dikenali dengan alter-ego sebagai The Sleepers dan Raja Janji) berharap penonton akan terhibur dan berjanji lagi akan membangunkan taraf konsert di Permatang Pauh setelah konsert mega “MERAWAT KELANTAN TOUR” gagal mendapat sambutan tidak berapa lama dahulu.


Sama samalah kita saksikan dan nantikan kesudahan konsert ini.


(di-edit oleh Mr. Akeji)

26.8.08

Warkah Untuk Pantai

*Nukilan ini adalah rekaan penulis semata-mata :



Lelaki itu melemparkan sejauh-jauhnya permandangan ke hamparan pasiran pantai yang bersempadankan lautan membiru luas terbentang di situ. Sayup-sayup mentari petang kian hilang sengat teriknya, menyajikan pula sehembusan bayu aman menyisir rambut lelaki itu. Lelaki itu…


‘Oh pantai, andai dapat kau perdengarkan sisipan hatiku

Andai kau mengenali rohaniah jiwaku

Andai kau memperakui keikhlasan cintaku

Andai kau mampu menyelami benakku.


Kan dikau ketahui seribu satu perkara tentangku

Tak tercapai akal mana-mana insan sebelum kamu

Kan dikau tahu sejauh mana hasrat dan cita-citaku

Tak tercapai angan bagi mereka yang bermimpi terdahulu.


Aku ini insan hina, aku ini tiada rupa.

Aku ini kotor jiwanya, aku ini tak layak berharta.


Yang mampu ku persembahkan untukmu wahai pantai,

Hati yang dirudum seribu kecewa

Hati yang bergolak seribu nada

Hati yang meronta penuh bertenaga.


Cuma dikau yang mampu mendengarinya

Cuma dikau yang tak tahu untuk mengata

Cuma dikau yang takkan memujuk paksa.


Aku ikhlas, aku sedar.

Layananku selama ini tak menggambarkan erti buatmu

Bicaraku sering tak seiring lakuku

Aku juga tak mampu membahagiakanmu.


Namun perdengarkanlah,

Usah cuba berbalah

Usah menegakkan benang yang basah

Kau tahu dan ku tahu

Betapa ku ikhlas mencintaimu.


Luahanku tak bererti meminta untuk dibalas

Kerna itu ku luahkan padamu wahai pantai yang satu

Agar dapat kau hanyutkan dariku buat selama-lamanya…’


Oh, betapa jiwangnya ‘lelaki itu’



“Woi Komeng! Ko buat ape termenung sorang-sorang neh? Jom ikut aku pergi pukul orang.”


“Wokeh, set. Gua follow je beb.”



Di saat lelaki itu bangkit dari santaiannya, sayu pandangan kembali dilempar pada pantai itu…


‘Oh pantai, betapa beribu rahsiaku telah kau dengari dan selami.

Di kala geloramu, di kala tenangmu, tidak sekali pun pernah kau khianati kepercayaanku…’




Nukilan,

Komeng Kaki Pukul a.k.a Gangster Kampung Lembah Pantai

22.8.08

MERDEKA Siri 3: Hidup Melayu!

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Fasal 3(a): Hidup Melayu



Agak memeningkan kepala tatkala aku mendengar para pejuang dalam parti UMNO hari ini lantang menyuarakan slogan ‘Hidup Melayu’ termasuk soal ‘Ketuanan Melayu’ dan ‘Hak Bumiputera’.


Anehnya kerana mereka ini orang yang sama muncul di media massa mengatakan mereka mendukung konsep perpaduan kaum-kaum majmuk di Malaysia. Mereka jugalah parti perintis dalam politik negara yang bersatu padu bersama parti-parti berteraskan kaum-kaum majoriti di Malaysia yang lain untuk membentuk sebuah kerajaan ‘campuran’ dan gagasan ini diberi nama Parti Perikatan (kini dikenali sebagai Barisan Nasional).


Ketika pembentukan negara ini, sebuah dasar perlembagaan telah dibentuk untuk dijadikan panduan bagi pemimpin-pemimpin termasuk di generasi akan datang. Panduan ini penting agar masyarakat (termasuk wakil-wakil rakyat yang berkuasa) memahami apa yang diperjuangkan ‘pendekar’ politik kita terdahulu dalam mencapai kemerdekaan yang kita nikmati hari ini.


Dan betapa kita (maksud aku rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam) cukup menyedari tentang kewujudan hak kita yang dipelihara bersama-sama kaum bumiputera (orang asli semenanjung serta penduduk asal Sabah dan Sarawak).


Inilah yang menjadi canangan para pemimpin UMNO ketika zaman pra-merdeka dahulu.


Umum menyedari Tanah Melayu yang pernah dikenali satu ketika dahulu telah menjadi Tanah British ketika Imperialis Inggeris berkuasa di sini.


Ini bermakna British berkuasa dalam menentukan perkembangan ekonomi negara lantaran hasil bumi menjadi salah satu sumber pendapatan mereka.


Terhasillah satu pendekatan beristilah ‘Divide & Conquer’ di mana komuniti rakyat India dan China (kini dikenali sebagai Cina) diimport bagi tujuan melaksanakan aktiviti ekonomi. Bagi pihak British yang sentiasa mendapat tekanan dari penduduk tempatan, adalah tidak bijak bagi mereka menyusun aktiviti meneroka sumber ini sekiranya mereka bergantung harap pada orang melayu supaya bekerja memberikan hasil bagi pihak mereka.


Maka, rakyat India ditempatkan di ladang-ladang pertanian untuk mereka lakukan kerja buruh kasar sementara rakyat Cina diberi pengurusan lombong-lombong bijih yang berkeuntungan lumayan kerana mereka memiliki kepakaran menguruskan kewangan.


Bagaimanapun, setelah beratus tahun dijajah di bumi sendiri, mula terbit cendekiawan-cendekiawan melayu yang berilmu menyedari bahawa mereka perlu mengambil tindakan andai mahu penguasaan British ini ditamatkan supaya masa depan orang melayu di negeri sendiri terjamin kelak.


Ketika proses kemerdekaan, tokoh melayu yang lantang memperjuangkan slogan ‘Hidup Melayu’ amat sedar bahawa Tanah Melayu tidak dapat dikembalikan kepada keadaan asal sebelum kedatangan penjajah dahulu. Lantas, penubuhan Parti Perikatan merupakan resepi terbaik ketika itu untuk pembangunan struktur politik negara kita yang baru nak lahir. Dimana di dalam parti ini, dikumpulkan 3 parti utama iaitu UMNO, MCA dan MIC yang masing-masing berperanan menjaga kepentingan dan hak setiap kaum berpengaruh di Tanah Melayu di zaman baru ini.


Namun, yang paling penting dalam penyusunan caturan politik ketika zaman ini adalah usaha pemimpin-pemimpin UMNO yang ingin memastikan ketuanan melayu akan kekal tidak digugat lalu menghasilkan sistem Raja Berpelembagaan yang masih kita praktikkan hingga ke hari ini.


Dalam kepincangan tuntutan hak antara kaum serta pergelutan mereka melobi kemerdekaan dari pihak British pada waktu itu, adalah satu penghormatan dan penghargaan tertinggi harus kita berikan kepada mereka kerana tidak lari dari perjuangan asal walaupun terpaksa berkompromi dalam menghadapi cabaran ini.


Bagaimanapun hari ini; setelah hampir 51 tahun merdeka, nampaknya ada pihak yang mula mempertikaikan perlembagaan ‘antik’ kita ini. Bukan satu kejutan sebenarnya, memandangkan negara kita ini kian maju dari hari ke hari dan telah melahirkan ramai tokoh pemikir dari setiap golongan bangsa. Sedangkan perlembagaan yang sebenarnya telah termaktub ini dilihat sesetengah orang tak ubah seperti satu rang undang-undang yang boleh digubal sesuka hati demi kepentingan semua pihak. Ada juga yang menganggapnya lebih kepada sekadar satu garis panduan yang mana sekiranya dianggap tidak relevan lagi dengan keadaan semasa, hendaklah dimansuhkan tanpa banyak bicara.


Frasa ‘Hidup Melayu’ hari ini pula dijadikan satu slogan memancing hati pengundi UMNO lalu dianggap satu provokasi terhadap parti lawan terutama parti-parti yang tidak berteraskan konsep ‘Ketuanan Melayu’.


PRU-12 pada Mac yang lepas menunjukkan kemerosotan sokongan terhadap parti UMNO; dinilai pula oleh para pemimpin yang sikit lagi nak kalah ini sebagai satu petanda bahawa melayu akan berpecah-belah. Kerana bagi mereka; sejajar dengan slogan yang dicanang mereka; jika tak undi UMNO, maka ‘Mati Laa Melayu’.


Apakah ini bentuk dasar politik yang dimahukan segenap pelusuk rakyat Malaysia berbilang kaum ini?


Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, rata-rata ramai yang tdak lagi menyokong UMNO bukan kerana mereka ingin jadi melihat melayu hancur. Ramai yang berpendapat terdapat kepincangan dalam ketokohan pemimpin-pemimpin UMNO sekarang. Maka wajarlah aku berpendapat pengundi zaman kini tidak melihat sesebuah parti itu sebagai tanda kekuatan untuk diberi sokongan sebaliknya lebih memilih individu yang bertanding untuk diberi kepercayaan.


Terlalu banyak kesilapan yang dibuat para pemimpin UMNO ini yang menyangkakan merekalah yang bertanggungjawab membawa kemerdekaan pada negara kita.


Kita sudah setengah abad merdeka. Berapa ramai sangat pemimpin kita yang pernah hidup ketika zaman kemerdekaan dahulu? Kita sudah di zaman baru. Agak tak masuk akal lagi untuk mencanang strategi lapuk pengukuhan bangsa melayu di kala golongan masyarakat lebih minat untuk melihat wakil-wakil rakyat mereka benar-benar membuat kerja.


Dengan sentiasa melemparkan kenyataan-kenyataan ‘syok sendiri’; masyarakat Melayu hari ini yang celik ilmu namun masih lagi sensitif ini sedikit sebanyak terkilan dengan sifat segelintir pemimpin UMNO yang masih beranggapan seolah-olah kita sedang di ambang mencapai kemerdekaan. Menjadi satu persoalan samada mereka menganggap rakyat itu bodoh ataupun mungkin mereka sendiri yang bodoh.


Hak orang melayu dan bumiputera ini adalah perkara termaktub, tidak perlu dijadikan modal berkempen lagi. Pemimpin UMNO zaman dahulu berkempen untuk mengwujudkan perlembagaan ini. Kerja kita sekarang cuma mengikut panduan yang telah diwariskan ini.




Fasal 3(b): Penyatuan Melayu



1) Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi

2) Tun Dr. Mahathir Mohamed

3) Datuk Nik Aziz Nik Mat

4) Datuk Seri Anwar Ibrahim



Keempat-empat nama yang disebut di atas adalah tokoh-tokoh politik melayu yang mendominasi percaturan politik semasa dalam negara buat waktu ini. Penglibatan mereka serta sumbangan mereka adalah sangat besar nilainya tidak kira dari sudut positif mahupun negatif yang telah berjaya aku kaji.


Maka dengan itu tidak dapat tidak, rakyat Malaysia menyedari kepentingan ketokohan keempat-empat watak ini lantas menimbulkan rasa hormat ke atas sifat kepimpinan yang telah mereka tonjolkan.


Baru-baru ini (tak laa baru sangat sebenarnya) mufti dari Perlis ada mencadangkan agar keempat-empat pemimpin ini bertemu semeja untuk berbincang bagi memperkasakan kembali ketuanan melayu serta menyatukan ummah bangsa seperti yang pernah dilakukan tokoh politik ketika zaman pra-kemerdekaan negara kita setengah abad yang lepas.


Pentingnya usaha ini untuk dijayakan adalah bersandarkan kemakmuran Malaysia yang dinikmati hasil usaha pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita dahulu. Ini kerana Malaysia memang tidak pernah terkecuali dari pergolakan politik tetapi sentiasa berjaya mengatasinya hasil dari perbincangan serta tolak ansur pelbagai pihak.


Walaupun ada yang tergadai, namun ada pula manfaat yang diganti lalu menjadikan masalah yang telah timbul itu hilang dan negara kembali aman dan makmur.


Jika dilihat idea ini sangatlah ikhlas dan membina. Malangnya seperti kebanyakan kelemahan yang kita dapati dalam negara kita; di sebalik percambahan idea-idea bijak dari golongan cendekiawan negara, seringkali perlaksaannya menjadi satu kekangan yang serius untuk dihadapi.


Keempat-empat tokoh ini pernah menjadi kawan dan lawan. Sudah menjadi adat politik; sukar untuk kekal bersahabat tatkala isu kuasa menjadi titik pertaruhan. Bagaimanapun tema yang ingin dikembangkan di sini bukanlah soal politik, tetapi tentang keperkasaan bangsa Melayu.


Jadi, wajarlah kan andaikata ia berjaya diadakan? Heh, tidak semudah itu…


Ahli politik hidup mencari makan dengan cara berpolitik. Sekiranya terang-terangan bangsa melayu dijadikan permainan politik bagi keempat-empat tokoh ini, maka bagaimana mereka nak sependapat kalau agenda politik mereka sendiri tidak sealiran?


Lihat saja bagaimana Pak Lah mengumumkan pertemuan beliau dengan pemimpin PAS selepas pilhanraya lalu. Terpekik terlolong para pemimpin UMNO menyuarakan pendapat mereka tersendiri yang mahu melihat PAS menyertai Barisan Nasional. Seperti kata Rais Yatim; ‘win-win situation’ di mana jika mereka terpengaruh dengan strategi UMNO ini, UMNO akan kembali kuat. Jika tidak, sekurang-kurangnya mereka telah berjaya mengganggu-gugat kesepakatan Pakatan Rakyat atau barisan kepimpinan PAS itu sendiri.


Itu baru kisah dua parti politik yang masing-masing memperjuangkan hak melayu dan Islam. Bagaimana pula sekiranya perbalahan ini dilakukan secara empat penjuru seperti yang dicadangkan mufti Perlis tadi?




Fasal 3(c): Kuota Melayu & Bumiputera



Manusia tak ada yang sempurna. Ramai yang melakukan kesilapan tanpa disedari. Ada yang merelakan kesilapan ini untuk terus berlaku atas nama menegakkan prinsip yang mereka bawa. Ada pula yang menyesal kemudian hari terutama saat mula menyedari dia sudahpun kehilangan kuasa.


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengejutkan negara apabila membuat kenyataan tentang cadangan pembukaan kuota 10 peratus bukan bumiputera untuk memohon belajar di UiTM. Hah, terpekik terlolonglah sekali lagi penyokong-penyokong UMNO cuba membawa isu membela nasib melayu.


Di sebelah penyokong PKR pula, ramai yang tempelak dengan sifat agresif orang UMNO ini yang kelihatan pantang diberi peluang, nak melompat aje kerjanya. Macam kera terkena belacan. Sedangkan bagi mereka, ini sebenarnya cumalah satu cadangan. Mereka juga tak setuju, tapi takde laa sampai nak melatah tak tentu pasal. Cadangan boleh ditolak. Sedangkan hakikatnya Tan Sri Khalid pun memang tak ada kuasa terhadap universiti awam yang dtubuhkan dibawah perlembagaan menjaga hak melayu ini.


Namun yang menjadi persoalan aku, kenapa Tan Sri Nampak begitu beria-ia mempertahankan cadangannya itu? Apakah sekadar satu retorik untuk memberi tekanan pada pihak UMNO dalam menyatakan “kamilah kerajaan sekarang, PKR. Bukan lagi UMNO! Terimalah kenyataan!”


Mereka boleh berbalah. Kita yang jadi tukang perhati. Selagi mereka membincang isu-isu kepartian politik, biarkanlah mereka terjun dengan labu-labu mereka. Yang penting kita boleh tidur lena mengetahui perlembagaan negara kita masih terjaga rapi. “Usah jolok sarang tebuan”, kata naib canselor UiTM. Sarang apa yang dimaksudkan sebenarnya ni? Sarang orang-orang UMNO yang kini menganggur tanpa dapat imbuhan rasuah lagi?


Biaq pi laa sama depa!




Fasal 3(d): Forum Terbuka Perihal Hak Keisitimewaan orang Melayu dan Islam



Kalau isu Kontrak Sosial berjaya mereka anjurkan dengan gaya gangster itu, kini mereka nak mencabar pula tahap kesabaran orang Islam. Inilah sifat yang ada pada Majlis Peguam atau Bar Council. Sekurang-kurangnya itulah yang aku diberitahu dan baca dalam dada akhbar-akhbar tempatan.


Ya ke? “Ya ‘kera’…” jawab ahli-ahli politik berkepentingan tersendiri ini. Oh, itu bukanlah sifat aku; untuk hanya mendengar lalu install dalam kepala otak. At least sebagai rakyat yang sayangkan negara dan perpaduan khususnya, aku sedar betapa seringkali kita dibohongi manusia-manusia yang percaya mereka menegakkan kebanaran hakiki. Dalam rumus penghakiman, sebelum satu-satu keputusan dibuat, hendaklah mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak terlebih dahulu.


Forum ‘Memeluk Islam’ yang cuba dianjurkan baru-baru ini memberi impak yang besar terhadap masyarakat Islam seluruh negara lalu menyaksikan ia terpaksa dihentikan atas gesaan empat tokoh pemimpin masing-masing mewakili PKR, PAS, GPMS dan PEKIDA. Forum ini juga mendapat kritikan keras dari menteri-menteri Kabinet walaupun cuma sekadar macam gula-gula M&M’s tamat tempoh; ‘keras di mulut, tidak di tangan’. Mungkin mereka ini dah terbiasa bersuara lantang dalam kaca TV ataupun ceramah kepartian tapi bila masuk office, tangan masing-masing terikat tak mahu/tak reti membuat kerja.


Perihal perundangan yang cuba dibawa adalah berkenaan nasib dua wanita berbangsa India yang diceraikan suami masing-masing kerana suami mereka mahu memeluk agama Islam. Majlis Peguam berkali-kali memberi jaminan bahawa mereka tidak mempersoalkan akta perlembagaan, tetapi mahu mencari cara bagaimana untuk membela nasib wanita-wanita ini dari segi perundangan. Oh, sucinya, murninya, ikhlasnya hati.


Bagaimanapun, sekiranya hak mereka ini diberi laluan untuk dibela, maka ini bermakna mereka mahu suami wanita tadi kalah dalam soal tuntutan mahkamah apabila kes ini difailkan. Maka, ini bermaksud mahu mencabar perlembagaan agar mereka dapat menemui jalan untuk ‘mengalahkan’ akta perlembagaan ini. Jadi, hasrat mereka yang ‘tak mahu mempersoalkan perlembagaan’ tadi bolehlah dimaksudkan sebagai ‘cakap tak serupa bikin’.


Dalam begitu pedas sekalipun para menteri Kabinet menasihatkan agar forum ini tidak dijalankan, mereka sedar bahawa mereka sebenarnya tiada kuasa untuk menghalangnya. Betapa lemahnya kerajaan kita yang sibuk melaung-laungkan ‘Hidup Melayu’ ini sedangkan kekuasaan atau ‘Ketuanan Melayu’ itu tidak dapat dipraktikkan melalui sistem pentadbiran pemerintahan negara.


Apakah benar pendapat aku yang beranggapan UMNO memperjuangkan Melayu (tanpa mengira AGAMA) dan PAS yang memperjuangkan Islam (tanpa mengira bangsa)? Sekiranya ini didapati benar, maka masa depan kita (sekali lagi, MELAYU DAN ISLAM) sebenarnya dalam keadaan tidak terjamin?


Jadi, bagaimana perkara seperti ini seharusnya kita tangani?


Yang aku nampak silapnya di sebalik drama bersentimenkan perkauman dan agama ini; adalah pendekatan yang digunapakai semua pihak terbabit.


Dari sudut Majlis Peguam, mereka sedar pekara berbangkit ini merupakan isu sensitif. Kedegilan mereka untuk terus menganjurkannya dipercayai didorong sifat kegelojohan dalam cuba menegakkan hak mereka. Mereka tidak mahu menuruti nasihat supaya perbincangan dibuat secara tertutup kerana bagi mereka, suara mereka nanti tidak akan didengari. Apapun alasannya sekalipun, sudah menjadi adat resam melayu; masuk kandang kambing mengembek. Dah tu, jangan laa masuk kandang harimau tapi tanak mengaum pulak. Kesudahannya diri sendiri yang kena makan nanti.


Di pihak kerajaan dan Kabinet, mereka tahu mereka tidak ada kuasa. Tetapi mereka tidak boleh bernada mengiyakan saja apa yang diminta majlis peguam ini kerana nanti kemarahan orang Islam akan tempias kepada mereka. Jadi pendekatan serampang dua mata ini digunapakai; menyokong pun tidak, menghalang pun tidak. Habis tu buat apa dok panggil diri tu sebagai ‘pejuang’ bangsa dan agama kalau sanggup bersifat pasif semata-mata takut kehilangan undi?


Di pihak masyarakat beragama Islam atau pihak-pihak yang menentang penganjuran forum ini, pendekatan yang lebih berhemah tetapi tegas perlulah menjadi tatacara dalam kita menangani isu ini. Rasionalnya di sini, adakah kita mahu dianggap bangsa dan agama lain sebagai ‘pihak yang takut untuk berbincang tentang agama kita’ kerana kita was-was kita mungkin kalah? Ini akan menimbulkan lebih banyak persoalan dan cakap-cakap oleh pihak mereka. Kini Majlis Peguam nak mempertikaikan Akta Hasutan pulak. PKR nak cakap apa? Takkan nak join sekaki kot?


Sepatutnya kita ikut cara Islam ketika berdakwah. Kita perjelaskan, bukannya menafikan. Dengan cara penafian inilah terbitnya rasa berontak dalam hati mereka yang rasa tertindas. Perkara ini jika tidak diberi perhatian teliti dan sebijak mungkin, bakal menjadi penyakit berjangkit yang mampu melumpuhkan bangsa, agama dan negara. Sepatutnya kerajaan (dorang laa yang kena bertanggungjawab… makan gaji buta ke hape?) perlu mengadakan forum bersemuka dialog dua hala dengan Majlis Peguam untuk menjelaskan isu-isu yang timbul. Kalau diorang tak buat, samalah erti tindakan mereka tu dianggap mahu memecah-belahkan perpaduan bangsa dan agama. Erk? Haa, kan dah kena balik. Padan muka!




Fasal 3(e): Sumpah Melayu



Sumpah, aku tak buat!” Biasanya sumpah itu sering disebut oleh mereka yang dituduh melakukan sesuatu. Sedangkan yang menuduh selalunya hanya menggunakan ayat “Eleh, aku tau ko buat punya. Toksah bohong laa. Aku nampak, dan aku boleh rasa sendiri ***** ko dimasukkan ke dalam lubang ***** aku!”


Tapi, dalam dunia zaman baru yang serba mencabar minda ini, apa yang dianggap tak mungkin berlaku pun akhirnya boleh berlaku juga.


Berkenaan sumpah laknat yang dilafaz Saiful Bukhari Azlan pada hari Jumaat minggu lepas, lebih dianggap gimik politik berbanding perkara serius yang cuba dibawa ke tengah oleh pihak Saiful ini. Pak Lah dan Najib sama-sama bersatu suara mengajak pandangan umum menilai sendiri sejauh mana keikhlasan dan seserius mana dakwaan yang dibuat mamat bernama Saiful ini tadi.


“Sumpah ini bukan bermotifkan politik.”


“Kalau tak serius, takkan dia sanggup nak bersumpah untuk dilaknat seluruh keturunan?”


“Secara kebetulan pula esok adalah hari penamaan calon. Sedangkan laporan polis yang saya buat sebenarnya sebelum Anwar mengkhabarkan diri untuk bertanding di Permatang Pauh lagi…”


Kepincangan demi kepincangan diperhiaskan depan mata dan di sisi telinga masyarakat yang mengambil perhatian tentang isu ini. Kalau budak darjah satu tu takpe laa kot kalau korang nak ‘kencing’ sekalipun.


Komen pertama : bukan motif politik? Walhal ko tu sendiri tengah ceramah politik kat Seberang Jaya! Kalau tak bermotifkan politik buat apa ko bawak isu ni sampai ke sana?


Komen kedua : Alahai Pak Lah oi! Manusia neh, kalau dah bersifat zionis (kalau laa) mana ingat tuhan lagi dah. Kalau seseorang tu memang jahat dan busuk hati, apa ingat takut api neraka ke? Takut kena laknat satu keturunan ke? Kalau dia betul berniat jahat, dia tak akan anggap sumpah dia itu sebagai sesuatu yang serius. Dan kalau dia serius, dia akan berfikir panjang tentang soal ini. Bukan dengan hanya menunggu ‘masa yang sesuai’ baru nak buat sumpah.


Komen ketiga : Kepala hotak hang laa… Malas aku nak layan mamat gila kuasa, gila glamour, gila seks macam ko neh. Memalukan bangsa dan agama je.




Fasal 3(f): Rumusan Siri 3



Di sebalik pandangan aku yang bersifat individu ini, tidak pula aku mendabik dada mengatakan aku di pihak yang benar. Ada tuduhan-tuduhan yang aku lemparkan bersifat ‘bias’ (sebelah pihak). Tetapi, pengalaman mengajarku untuk memerhati dan menilai sendiri sebelum bertindak menegakkan sesuatu. Entahkan benar, entahkan silap, itu bukanlah kerjaku. Tugas aku hanyalah menjalani ujian Yang Maha Esa di atas muka bumi ini. Kita buat laa sehabis baik, lepas tu tunggu result keluar ye adik-adik…




~Bangsaku... Negaraku~

15.8.08

MERDEKA Siri 2: S.H.A

Bila Sang Pujangga bermadah kata :


Ini bukanlah entri pengumuman aku untuk menubuhkan kumpulan pop-duo bergelar S.H.A bagi menandingi kumpulan popular yang kiut berasal dari Taiwan, S.H.E.



Hakikatnya ketika di saat-saat aku ligat memerhati komen-komen balas Tun Mahathir selaku pemerhati politik ke atas situasi politik negara yang sedang berlangsung ketika ini melalui laman web chedet.com, Tun ada menyatakan bahawa beliau memang telah melakukan kesilapan memilih Datuk Seri Abdullah sebagai pengganti beliau.



Memanglah Tun Mahathir terkenal dengan kesilapan memilih pembantu kanan dalam urusannya mentadbir negara dengan pemilihan-pemilihan tokoh seperti Anwar, Musa Hitam dan lain-lain. Dapatlah aku rumuskan bahawa Tun Mahathir sebenarnya tidak ada pekerja yang beliau anggap benar-benar kompeten melainkan petugas-petugas sektor awam yang tidak dipengaruhi elemen ‘perlu mencari undi untuk terus bekerja’.


Polisi yang diamalkan ketika zaman Mahatirisme yang disifatkan sebagai keras, diterjemahkan oleh akal cetek aku ini sebagai satu keperluan yang Tun Mahathir terpaksa praktikkan. Umum mengetahui parti politik (bukannya politik itu sendiri) menjadi mainan pihak-pihak tertentu dalam usaha mereka melayakkan diri untuk ditemuduga bagi menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan. Usaha-usaha memancing undi ini sejak dahulu lagi diperoleh dengan cara membuat ceramah-ceramah menabur janji agar rakyat negara berprinsipkan demokrasi ini memberi mereka peluang untuk kenaikan pangkat, taraf gaji serta limpahan kuasa.



Jika di zaman pra-kemerdekaan dulu, wadah yang diperjuangkan serta dijanji-maniskan oleh ahli-ahli politik adalah kemampuan bangsa mereka melaksanakan tugas memerintah lebih baik dari bangsa pihak British, di zaman ini sudah tentulah serangan diajukan pada mereka yang masih sedang memegang kuasa tanpa mengambil kira lagi bangsa dan agama mereka.


Istilah ‘berbangga sebelum berbuat kerja’ ini yang dipandang Tun Mahathir sebagai sesuatu yang tidak sihat bagi pembangunan negara. Sebagai pemikir ekonomi yang memang terbukti kualitinya, Tun Mahathir tahu negara memerlukan khidmatnya dalam merencana pembangunan ekonomi, or at least beliau dapat mempertingkatkan sendiri ekonomi beliau; yang mana aku anggap kedua-dua perkara ini turut sama penting dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Contoh paling mudah dilihat; dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan, peniaga-peniaga kita yang berstatus warganegara mengalami kerugian. Maka, ekonomi negara perlu sejajar membangun andaikata ekonomi diri kita dan keluarga mahu turut sama dipertingkatkan.


Namun, untuk menjadi pemerintah negara Malaysia yang mendukung prinsip demokrasi, Tun Mahathir sedar beliau perlu turut sama bermain politik bersama-sama ahli-ahli parlimen yang lain. Bukannya macam zaman dahulu di mana sultan memiliki kuasa pemerintahan monarki. Andaikata tuan puteri diculik lanun, maka gadaikanlah dirimu untuk menyelamatkan Si Tuan Puteri itu, nescaya akan dikurniakan tempat dalam istana agar kalian dapat membantu pula memajukan negeri yang sedang diperintah itu.


Mengulang penekanan aku ke atas isu keperluan untuk Mahathir bersifat keras ketika era pemerintahannya; Tun Mahathir tahu sekiranya tidak berbuat demikian, beliau akan menjadi mangsa buli pemain-pemain yang lebih ‘licik’ menguasai permainan. Dalam arena politik, kekuatan berpidato amat diperlukan kerana unsur inilah yang banyak memainkan peranan ketika sedang memancing undi. Tanpa perlu dibentangkan ‘report card’ permarkahan seseorang ke atas kerja dan usaha yang sedang dirancang (belum pun dilaksanakan), seseorang itu sudah mampu diterima bekerja di peringkat menteri andaikata bijak menarik minat pengundi.


Tun Mahathir tidak memiliki sifat itu. Beliau adalah seorang yang membuktikan kehandalannya melalui cara ‘membuat kerja’. Hakikat ini memang tidak dapat disangkal, setelah acapkali beliau tersilap membuat percaturan politiknya. Mungkin pattern ini tidak dapat lari dari seorang tokoh ekonomi kerana aku turut nampak corak yang sama sedang berlaku dalam pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor hari ini. Ada pihak yang menimbulkan pendapat bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim lebih bertindak sebagai C.E.O Negeri berbanding dengan tugasan beliau selaku menteri besar a.k.a wakil rakyat.


Menimbulkan cetusan baru dalam minda aku; mungkin golongan seperti Tun atau Tan Sri Khalid Ibrahim ini layaknya sahaja tempat mereka sebagai pemacu kapitalis dalam negara yang membekalkan kewangan pada wakil rakyat seperti Anwar dan Pak Lah untuk diagih-agihkan kepada rakyat. Mungkin cara itu akan tampak lebih prakikal, kemas dan lebih cantik berbanding sekarang.


Namun seperti yang aku sebutkan tadi, politik itu umpama mainan. Maka semua orang ingin bertanding merebut kekuasaan. Menjadikan sistem demokrasi yang sepatutnya telah disusun cantik ini tidak begitu menampakkan hasil yang optimum.



Tun Mahathir memilih untuk turun padang menyertai permainan politik ini walhal beliau tahu beliau tidak ada kekuatan yang diperlukan untuk jadi pemenang. Satu-satunya cara adalah dengan bertahan dari asakan pihak lawan sambil membuat bentesan-bentesan keras. Tatkala refree melayangkan kad merah kepadanya, beliau layangkan kembali kad merah, putih, hijau dan kuning pada refree tersebut membuatkan refree terpinga-pinga lalu keluar padang sebab dah malas nak masuk campur dengan permainan pelik ini.


Tun melobi pula seorang refree yang baru yang hadir masuk ke padang sambil membawa alasan;


“Sori laa semua, kad merah saya tertinggal kat umah laa. Anak saya pinjam sat tadi sebab dia tak cukup kad nak main UNO.”



Mungkin inilah yang berlaku ketika zaman itu memperlihatkan ramai yang tak berpuashati dengan cara kepimpinan Tun.


Sebenarnya, aku merasa sedikit sebak ketika menyaksikan ucapan Tun Mahathir dalam mesyuarat agung UMNO sewaktu beliau mengumumkan pengundurannya. Bukanlah bermaksud aku terlalu taksub dengan Tun Mahathir sehingga tak boleh hidup tanpanya lantas melaungkan slogan ‘Hidup Mahathir’ serta mengusulkan kepada speaker mesyuarat untuk menarik balik perletakan jawatan Tun itu; tapi kerana pada ketika itu aku sedar Malaysia belum ada pengganti Mahathir yang benar-benar berwibawa dan membawa misi pembangunan yang sama seperti yang telah dipraktikkan Tun Mahathir 2 dekad lamanya.



Jadi, sebagai seorang manusia yang sentiasa cuba mencari nilai positif dalam setiap perkara; orang kanan beliau ketika itu yakni Pak Lah mungkin boleh dipersiap-sediakan bagi memikul tugas berat ini memandangkan Tun Mahathir bukannya cakap nak pergi mati sampai memerlukan sokongan ‘Hidup Mahathir’, beliau cuma nak mengundurkan diri atas sebab musabab yang dirahsiakan namun sebenarnya agak jelas di mata aku (kita bincang lain kali).


Pak Lah yang disifatkan Mr. Clean oleh Tun ketika itu membawa maksud beliau tidak dipengaruhi ketamakan jawatan dan merebut undi berdasarkan sifat low-profilenya sepanjang berkhidmat sebagai timbalan di bawah kelolaan Tun. Ini mungkin resepi kejayaan buat Tun andaikata mahu memastikan segala program yang telah disusun atur untuk negara dapat dilakukan dengan jayanya tanpa campurtangan pemain-pemain politik yang lain yang lebih berpeluang untuk merebut kerusi tertinggi itu.


Namun, melayu memang mudah lupa tentang perjuangan mereka yang belum selesai. Kesilapan ini turut melibatkan Tun Mahathir tatkala bermulanya episod Jambatan Bengkok yang menyaksikan pemulaan perang saraf antara Tun Mahathir dengan Datuk Seri Abdullah. Anwar yang disangka sebagai duri dalam daging buat diri Tun dulu, nyata tidak sebertuah Pak Lah yang berjaya menempatkan diri sebagai Perdana Menteri untuk membuat keputusan-keputusan membelakangi kehendak warisan rancangan pembangunan Tun Mahathir.



Persoalannya di sini, andai Tun Mahathir tidak memiliki keupayaan dalam merencana warisan perjuangan politiknya, maka setelah Tun tiada lagi dalam tampuk pemerintahan kini, siapakah sebenarnya yang wajar mengganti keperkasaan beliau dalam tugas memajukan negara?


Di dalam laman web blognya chedet.com, ada disebut dua nama yang mungkin relevan dengan perjuangan Mahathir sebagai memenuhi permintaan penyokong setianya (aku merupakan salah seorang) yang dambakan nasihat dan pandangan dari beliau dalam memilih pemimpin yang masih berorientasikan UMNO . Beliau meletakkan nama Rais Yatim dan Ku Li sebagai gandingan yang strategik tanpa menekankan aturan kekananan kuasa. Bermakna tak kisahlah sama ada Rais Yatim sebagai perdana menteri dan Ku Li sebagai timbalannya ataupun sebaliknya.



Aku melihat Tun Mahathir cuba lari dari stereotaip beliau dalam menyatakan pandangan berhubung isu ini kerana nyata-nyata pemilihan nama Tengku Razaleigh Hamzah menimbulkan tarikan tersendiri buat pengkomen-pengkomen di blognya. Mungkin Tun cuba ‘thinking outside of the box’ memandangkan beliau sendiri memang sudah berada di luar kotak parti UMNO.


Pendapat aku secara individu namun masih berteraskan konsep pro-Mahathir; cadangan beliau ini dibuat sambil lewa kerana seperti kebanyakan penyokong setia beliau, kami sebenarnya masih tercari-cari watak yang sesuai dan berpotensi untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Abdullah yang jelas-jelas banyak membuat kesilapan ketika menentukan nasib masa depan negara ketika ini.


Harus diambil berat bahawa terdapatnya kekucar-kaciran dalam parti UMNO di peringkat atasan hingga membawa tempias ke peringkat akar umbi sekaligus memungkinkan tragedi perpecahan UMNO bakal berulang. Jadi selaras dengan kehendak Tun Mahathir yang mahu Pak Lah meletak jawatan, beliau perlu memfokuskan pada paksi pemimpin yang terarah untuk mempertikaikan Pak Lah daripada memilih tokoh parti yang terang-terang menyatakan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Pak Lah. Ini penting kalau beliau mahu Pak Lah terpaksa meletak jawatan.


Aku melihat perkembangan Datuk Seri Anwar ingin bertanding di kerusi lamanya parlimen Permatang Pauh yang telah dipanaskan terlebih dahulu oleh isteri beliau, adalah sesuatu yang sihat untuk melihat perubahan dalam barisan pemerintah kerajaan pusat ini. Bagaimanapun Tun pasti tidak akan bersetuju dengan rancangan ini kerana Anwar merupakan musuh ketatnya yang dipercayai takkan melupakan dendam keramat selama 10 tahun ini. Apatah lagi nasib parti yang dibentuknya sendiri itu pasti gelap masa depan sekiranya Anwar berkuasa.



Maka aku memandang dari sudut realistik pula andaikata pendekatan positif sukar diterima pakai. Sehingga 1415 patah perkataan termasuk 8908 buruf yang telah aku taipkan ini, pasti korang yang masih setia membaca hingga ke peringkat ini tertanya-tanya apakah motif aku meletakkan tajuk entri S.H.A seperti di atas.


Sebenarnya di samping aku menggalas harapan agar Datuk Seri Anwar berjaya melaksanakan hasrat beliau menggantikan Pak Lah, aku juga telah turut membuat penilaian tersendiri terhadap menteri-menteri kabinet yang dirasakan sesuai bagi urusan menggantikan Pak Lah andaikata Anwar gagal dalam melaksanakan misi beliau. Biarpun agak kurang rasional, namun seperti yang pernah aku ulas dalam siri pertama; di dalam politik ini, segalanya adalah bersifat mungkin.


Mungkin Anwar menang di Permatang Pauh lantas melaksanakan pelan rahsianya untuk melompat memanjat tingkap Pejabat Perdana Menteri menjelang 16 September ini. Mungkin juga Tun Mahathir membuat keputusan drastik lagi dramatik bertanding di Permatang Pauh atas tiket bebas agar dapat mengekang Anwar sekaligus menyelamatkan maruah UMNO milik beliau itu biarpun terpaksa mengorbankan hasratnya untuk melihat Pak Lah jatuh. Mungkin juga Anwar ditangkap dan disabit kesalahan ataupun ditahan di ISA untuk membolehkan UMNO di Permatang Pauh menang mudah. Mungkin Permatang Pauh dilanda banjir sekaligus mengakibatkan peti undi hanyut dibawa arus dan membuatkan keputusan tak dapat diumumkan. Mungkin sekalipun pilihanraya kecil Permatang Pauh ini tidak menyumbang apa-apa bentuk perubahan dalam kerajaan pusat namun akhirnya UMNO berpecah dan berpuak-puak dek akibat perebutan kuasa.


Segalanya mungkin…



Bagi aku, S.H.A atau lebih tepatnya Datuk Seri Syed Hamid Albar mungkin ada masa depan untuk tampil sebagai pengganti Pak Lah di sebalik kemelut politik negara ketika ini.


Extreme bukan? Pasti ramai yang tertawa dan tak bersetuju dengan aku berikutan peranan S.H.A ketika ini yang kelihatan terlalu banyak bercakap bagi pihak UMNO serta pernah membuat keputusan-keputusan yang menimbulkan keraguan. Belum kira skandal pemilihan cawangan lagi tu.


Tetapi, semuanya mesti ada sebab. Dalilnya untuk aku membuat pernyataan tentang beliau ini, adalah kerana;


  1. Selaku bekas Menteri Luar, beliau telah menjalankan tugas yang cemerlang di peringkat antarabangsa ketika era Pak Lah menjadi pengerusi OIC dan NAM. Ramai yang beranggapan beliau terlalu banyak membuat penampilan ketika ini yang diintepretasikan sebagai cubaan untuk mengampu Pak Lah. Yang aku nampak S.H.A ni memang dari dulu suka melontarkan pandangan beliau. Cuma bezanya dulu beliau Menteri Luar, lantaran itu hanya pihak luar yang mendengar celotehan beliau. Kini beliau Menteri Dalam Negeri. Kita je laa yang dok dengar hari-hari.


  1. Dilihat ‘keprihatinan’ beliau dalam membuat statement berjela-jela ini berpunca dari daya kreatif beliau dalam seni penulisan kerana beliau pernah menghasilkan buku sastera. Mungkin itu sebab aku memetik nama beliau kerana sikit sebanyak aku pun lebih kurang 2x5 jugak asyik banyak nak bercakap je. Tetapi faktor ini penting dalam politik. Kalau aku ada sebut pemidato mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ini dalam siri pertama dahulu; maka mereka yang ada terlibat dengan minat dalam bidang sastera ini juga memiliki kemampuan yang hampir sama. Sebagai wakil rakyat (orang tengah rakyat dan kerajaan), tugas utama adalah dengan membawa aduan suara rakyat untuk dipanjangkan pada kerajaan dan kembali semula ke kawasan parlimen masing-masing memberi penerangan tentang dasar dan polisi yang dipilih kerajaan kepada rakyat jelata. Ini adalah falsafah yang perlu didukung seorang wakil rakyat. Ramai ahli politik dan penganalisis pun rata-rata orang yang berilmu falsafah. Maka, atas alasan kekuatan falsafah sastera ini, aku rasa beliau memiliki kelayakan yang diperlukan.


  1. Tugasan beliau setakat dua portfolio yang aku ketahui ini, memerlukan kemahiran perhubungan awam (public relations) dan buat masa ini aku berpuashati dengan cara penjelasan beliau berhubung setiap isu yang seringkali beliau susun dengan teratur, jelas, confident dan tegas dengan pendirian. Ini merupakan satu bonus untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang baik agar disokong oleh segenap lapisan masyarakat di seluruh negara. (“Itulah tanda kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya…” Hehehe)


  1. Beliau dari Johor. Aku tatau kenapa tapi sepanjang pemerhatian aku, pemimpin dari Johor kurang mendapat serangan dari ahli pembangkang atau dalam erti kata lain pun; kalau kena serang pun tak berapa nak lut. Melihatkan Tun Hussein Onn yang membawa pendekatan pendidikan untuk negara sehingga digelar Bapa Pendidikan; tak banyak perkara negatif yang disebut tentang beliau berbanding Tunku Abdul Rahman (perpisahan Singapura), Tun Abdul Razak (Dasar Ekonomi Baru) Tun Mahathir (campurtangan dalam kuasa kehakiman), Datuk Seri Abdullah (pengurusan kewangan dan pentadbiran yang tidak cekap dan tangkap muat). Maka, mungkin di sebalik keagresifan beliau bercakap; mungkin inilah ‘Mr. Clean’ yang dicari-cari Tun Mahathir yang boleh menyatukan kembali bangsa Malaysia bermasyarakat majmuk ini untuk mencapai keharmonian menerusi kepimpinan berjiwa rakyat (memajukan ekonomi dan tahap etika rakyat) yang berskala tegas untuk membuat sebarang keputusan seperti yang pernah dilaksanakan Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahannya.


  1. Perkara terakhir sekali sebab mengapa beliau layak menjadi Perdana Menteri adalah kerana ketika ini beliau Menteri Dalam Negeri dan ada kuasa untuk menutup blog ini. Heheh, rilek laa Tuan Syed. Gurau-gurau je, jangan le mare…




Nantikan kemunculan siri terbaru minggu hadapan yang akan mengupas isu penyatuan Melayu yang ketika ini dikatakan berpecah belah.


Demi bangsaku, dalam meraikan ulangtahun ke-51 kemerdekaan kita, renung-renungkanlah kembali perjuangan kita untuk terus hidup dan turut sama memimpin bangsa-bangsa lain agar seiring maju dengan kita, demi menuju Tahun 2020 (walaupun Pak Lah kata tahun 2050).


~Wallahu’alam~

12.8.08

CARTA 20 WANITA TERHANGAT DAN 10 WANITA TERHANGIT

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Bertemu kita dalam rancangan ‘Carta Wanita Yang Sesuai Untuk Dijodohkan Dengan Encik Akeji Hiroshi’.

Luangkan sedikit masa anda bersama saya, Ajai, untuk mengikuti senarai terbaru carta yang dikemaskini untuk tempoh Julai-Ogos 2008 ini

Berikut adalah senarai yang mendahului ‘Top 20’ carta berserta dengan butiran naik turunnya kedudukan wanita-wanita tersebut sepanjang pemerhatian saya yang dipantau sendiri oleh Encik Akeji Hiroshi.



  1. Emilda Rosmila (Kedudukan bulan lepas – tiada/BARU)

Juara baru carta yang terus menduduki tempat pertama pada bulan pertama pencalonannya ini sebenarnya telah lama disedari akan kewujudannya oleh Encik Akeji semenjak menonton rancangan Rentak Juara di RTM beberapa bulan yang lepas lagi. Namun ketika itu Emilda yang disifatkan Encik Akeji sebagai kembar Noryn Aziz ini tidak memiliki apa-apa keistimewaan. Cuma baru-baru ini setelah menonton drama ‘Kekasihku Seru’, Encik Akeji memperakui kegebuan unik dan tersendiri dimiliki gadis ini lalu memikat hati Encik Akeji di sebalik hakikat bahawa gadis ini sedang dimiliki oleh saudara Adlin Aman Ramli. “Redah jerrr…” komen Encik Akeji ketika membuat kemaskini carta ini.



  1. Lisa Surihani ‘I Am Not Single’ (Kedudukan bulan lepas – 1)

Jatuh satu anak tangga setelah kemunculan pendatang baru iaitu Emilda dalam carta ini. Di sebalik kerakusan Encik Akeji memilih Lisa sebagai juara buat empat bulan berturut-turut; Encik Akeji berpendapat sudah tiba masa untuk Lisa turun takhta memandangkan watak beliau yang dilakonkan dalam filem pertama beliau bersama Farid Kamil amat berjaya membuatkan Encik Akeji sedikit jeles. Tambahan pula, kedudukan Lisa dalam carta ini yang mula mendominasi semenjak kemunculan Lisa sebagai pengacara rancangan kanak-kanak di NTV7 sudah memadai untuk memperakui kehebatannya dalam mempengaruhi nafsu serakah Encik Akeji.



  1. Joanna ‘Jojo’ Levesque (Kedudukan bulan lepas – 3/tidak berubah)

Menarik kerana terdapat perubahan dalam kedudukan nombor 1 dan 2 namun Jojo masih berjaya mempertahankan kedudukannya di tempat ketiga. Sesungguhnya gadis yang berasal dari Amerika Syarikat ini dipercayai akan terus bertahan dalam kedudukan ranking 20 carta ini untuk tempoh jangkamasa yang lebih lama.



  1. Melissa Maureen ‘Pond’s dan Olay’ (Kedudukan bulan lepas – 2)

Setelah tidak sengaja menonton rancangan pengembaraan percutian yang dihoskan beliau di 8TV berjudul Teman, Melissa diberi pengiktirafan sewajarnya apabila menyandang posisi naib juara bulan lepas. Akan tetapi pengaruhnya yang tidak begitu ketara muncul di skrin televisyen membuatkan kedudukan beliau tergugat. Dilantik sebagai Duta Olay serta kefasihannya berbahasa Melayu memungkinkan beliau untuk kekal berada dalam carta ini buat masa beberapa bulan/tahun akan datang.



  1. Agnes Monica (Kedudukan bulan lepas – 4)

Setelah Encik Akeji terpesona dengan gemersik suaranya mempopularkan lagu Matahariku, nampaknya seperti biasa Agnes mengalami proses turun naik carta. Sekiranya beliau mengekalkan kepopularitian dengan menghasilkan lagi single-single bertaraf ‘killer song’ serta terus berlakon dalam sinetron-sinetron yang disiarkan di Malaysia, saya percaya beliau tidak akan digugurkan dari senarai carta ini dalam tempoh terdekat.



  1. Acha Septriasa (Kedudukan bulan lepas – 10)

Walaupun semakin hilang sengatnya setelah kesuraman filem Love beberapa bulan lepas, Encik Akeji membuat kejutan dengan menaikkan nama gadis ini ke tangga keenam. Sekaligus membuktikan ke’comel-lote’an gadis ini rupanya masih relevan di kacamata Encik Akeji.



  1. Nurul Syuhada Nurul Ain (Kedudukan bulan lepas – 11)

Dihurung dengan kontroversi bersama Dato’ Seri Farid Redzuan, sememangnya sedikit memberi kesan pada kedudukan Nurul sebelum ini. Tetapi tatapan Encik Akeji yang nampaknya semakin setia menonton Majalah 3 sebelum bergerak ke kedai mamak menonton bola setiap hari Sabtu berjaya melonjakkan semula kedudukan gadis bermata bundar ini ke tahap yang lebih tinggi.



  1. Fara Fauzana (Kedudukan bulan lepas – 15)

Naik 7 anak tangga dipercayai setelah Encik Akeji mula menjinak-jinakkan diri menonton Gangstarz yang dihoskan gadis kecil berpeha besar ini. Keletahnya seringkali dilihat oleh Encik Akeji sebagai syok sendiri pada waktu tertentu, namun kerlingan mata yang dianggap sebagai seksi itu seringkali tidak pernah mengecewakan keghairahan Encik Akeji. Bagaimanapun title ‘Mata Paling Sexxy’ tetap dimiliki oleh Anne (pengacara bersama Gangstarz musim pertama) walaupun Anne kini telah kehilangan tempat dalam carta ini.



  1. Raja Farah (Kedudukan bulan lepas – 19)

Lakonan menjelikkan beliau dalam filem ‘Apa Kata Hati’ bersama Dynas digantikan dengan keputusan beliau untuk menyertai senarai pelakon teater Patriot. Muncul sebagai penyumbang suara dalam lagu-lagu latar teater tersebut kembali membuatkan Encik Akeji berasa harus untuk menaikkan kedudukan beliau bagi bulan ini.



  1. Elyana (Kedudukan bulan lepas – 7)

Jatuh 3 anak tangga. Mungkin kerana lakonan beliau dalam siri Renjis di Astro Ria tidak se’sensasi’ drama Dunia Baru. Namun single-single dari album terbarunya sentiasa menggamit hati Encik Akeji pada gadis ini, mempengaruhi kedudukannya sedikit sebanyak.



  1. Mimi ‘One Nation Emcees’ (Kedudukan bulan lepas – tiada/BARU)

Gadis yang baru dikenali ini semakin hari semakin mendapat tempat di hati Encik Akeji selaku gadis gebu bersuara lunak yang pandai menari ala-ala Agnes Monica. Diberi jolokan sebagai ‘Fergie Malaysia’ oleh Encik Akeji; andaikata One Nation Emcees berjaya menjadi juara Gangstarz sekaligus memperlihatkan perkembangan karier Mimi, tidak mustahil beliau bakal bergelar juara carta satu hari nanti.



  1. Maya Karin (Kedudukan bulan lepas – 5)

Pertunangan bersama jejaka kelahiran Liverpool nyata memberi impak besar terhadap kejatuhan era Maya Karin selaku pendahulu senarai top 10 sepanjang tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi agak sukar bagi Encik Akeji untuk terus menyingkirnya dari senarai carta melainkan berlaku lagi perkara-perkara tidak diduga di masa akan datang.



  1. Fiza Elite ‘Natasha’ (Kedudukan bulan lepas – 18)

Memanjat 5 anak tangga adalah sesuatu yang menghairankan buat gadis ini yang semakin tidak kelihatan di kaca tv. Encik Akeji memiliki alasan tersendiri untuk merelevankan kenaikan ini. Mungkin kerana beliau teringat saat-saat beliau terpaksa menahan keperitan menonton aksi lakonan tidak bermaruah si Fasha Sandha dalam drama Natasha semata-mata untuk menatap kejelitaan Fiza satu ketika dulu, membuatkan kerinduan terhadap gadis ini kembali bertaut semula.



  1. Fenda ‘Pengacara MHI’ (Kedudukan bulan lepas – tiada/BARU)

Baru bergelar ibu beberapa bulan lepas, nama Fenda adalah sesuatu yang asing buat Encik Akeji sehinggalah beliau menjadi semakin ketagih menonton MHI sebulan dua yang lepas. Membuatkan Encik Akeji berasa jeles yang amat sangat pada suami Fenda kerana bertuah memiliki gadis semanis dan sekiut Fenda.



  1. Dato’ Siti Nurhaliza (Kedudukan bulan lepas – tiada/penyertaan semula)

Penyertaan semula ini dipertimbangkan dengan sangat berat oleh Encik Akeji; dibuat setelah mendengar single terbaru Dato’ Siti berjudul Wanita. Melodi dan lirik yang disusun cemerlang membuatkan Encik Akeji berasa wajar untuk Dato’ Siti kembali bertandang ke carta ini. Oh ya, di samping membuat pertimbangan setelah melihat Dato’ Siti masih lagi mengekalkan status ‘isteri tanpa anak kandung’… Lalalala…



  1. Vanidah Imran (Kedudukan bulan lepas – tiada/penyertaan semula)

Lakonan beliau dalam filem Sepi mencuit kembali kenangan Encik Akeji ketika mula menggilai pelakon wanita ini sebelum beliau dikebas pelakon Rashidi Ishak yang dinilai Encik Akeji sebagai “agak hensem tapi tak cukup sepadan dengan Vanidah Imran”. Adegan cintanya dalam filem itu bersama Afdlin Shauki menghidupkan kembali fantasi asmara lapuk Encik Akeji satu ketika dulu.



  1. Scha (Kedudukan bulan lepas – 12)

Jatuh 5 anak tangga. Setelah tamatnya drama bersiri Bella yang turut dilakonkan bersama Elly Mazlein, Encik Akeji agak sukar menjejak gadis berlubang hidung besar ini. “Rupa bukan segala-galanya…” kata Encik Akeji, “keluhuran peribadi beliau yang saya nilai sebagai tampak ikhlas dan bersahaja serta ditambah dengan keselambaan beliau membuatkan saya tertawa menjadikan tempat beliau dalam carta ini masih lagi sesuatu yang relevan” ujar Encik Akeji lagi.



  1. Baizura Kahar (Kedudukan bulan lepas – 20)

Dunia Baru The Movie? Sepi? Tidak sebenarnya. Punca kenaikan 2 anak tangga yang dibuat Baizura Kahar ini didorong setelah Encik Akeji mendengar mp3 lagu duet Baizura bersama Duta untuk OST Dunia Baru bertajuk Cinta Antara Kita. Suaranya tidak semerdu Dato’ Siti, tidak selantang Jaclyn Victor mahupun tidak segemersik Misha Omar namun cukup membuai-buai Encik Akeji dalam lamunan asmaranya yang tersendiri.



  1. Nur Fazura (Kedudukan bulan lepas – 16)

Lakonan bermutu rendah dalam drama Ezora diterjemahkan Encik Akeji dengan menghukum Fazura jatuh 3 anak tangga. Bagaimanapun Encik Akeji masih memperakui Nur Fazura sebagai antara wanita (melayu) tercantik yang pernah dilihat Encik Akeji.



  1. Nora Danish (Kedudukan bulan lepas – tiada/penyertaan semula)

Walaupun bakal bergelar ibu, namun kes penceraian ‘Puteri’ ini kembali menempatkan beliau dalam senarai carta. Dalam meniti hari-hari yang sukar; menanti saat kelahiran anak kepada bakal ibu tunggal ini, Encik Akeji bersifat optimistik untuk melihat masa depan Nora samada masih mampu mengekalkan penguasaan Top 20 atau tidak.




Komen Encik Akeji berkenaan kemaskini carta edisi Julai-Ogos : “Saya melihat perkembangan positif setelah kemunculan 3 pendatang baru serta 3 petandang semula ke dalam carta edisi kali ini. Ini sekaligus membuktikan kebuasan nafsu saya sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa dan rasionaliti penilaian saya terhadap bakal-bakal mangsa saya tersebut. Adalah menjadi satu pengharapan agar senarai ini dipanjangkan menjadi ‘Top 40’ seperti carta Rick Dees dalam radio Hitz.FM kerana saya rasa masih terlalu ramai nama-nama wanita lain yang ingin saya calonkan sebagai korban di masa akan datang.




Di bawah ini disenaraikan pula ‘Top 10 Carta Wanita Paling Jelik/Keji Di Mata Encik Akeji Hiroshi’ berserta butiran-butirannya.



  1. Datuk Sharifah Aini (Kedudukan bulan lepas – 1/tidak berubah)

Sebelum kes fitnahan terhadap Dato’ Siti Nurhaliza lagi, Encik Akeji sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena tentang ‘diva negara’ ini. Bermula dari lawak Mat Deris atau Ahmad Busu dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang membuat statement “dulu sebesar kurma, kini sebesar kelapa”, sedikit demi sedikit menimbulkan perasaan menyampah dalam diri Encik Akeji terhadap biduanita negara ini sehingga masih bertahan sebagai Juara Wanita Paling Jelik/Keji Di Mata Encik Akeji Hiroshi hingga ke hari ini.



  1. Dynas Mokhtar (Kedudukan bulan lepas – 2/tidak berubah)

Sering memperlihatkan betis kering yang selanyaknya dibuat kayu penyangkut ampaian sidai kain; Encik Akeji berpendapat Dynas tidak memiliki nilai-nilai murni sewajarnya melalui penampilan imej menyakitkan mata beliau selaku pelakon drama/role model buat anak dara melayu zaman di mana kerosakan akhlak menjadi isu besar ketika ini.



  1. Fasha Sandha (Kedudukan bulan lepas – 3/tidak berubah)

Suara sengau, lakonan ‘gadis baik’ yang disifatkan tidak menjadi, apatah lagi setelah Encik Akeji menonton sendiri kelancangan mulut beliau ketika menyertai Explorace Bersama Selebriti & Media, membuatkan Encik Akeji tanpa prejudis menyokong dakwaan-dakwaan sesetengah pihak yang cuba menonjolkan sifat buruk sebenar yang terdapat dalam diri Fasha. “Cantik? Cantik sangat ke kalo perangai macam tu? So what?!!!”komen Encik Akeji.



  1. Sharifah Amani (Kedudukan bulan lepas – 7)

She’ll look stupid if become lead actress in drama series called ‘Srikandi’ or ‘Puteri’. No…, the title has to sound something like ‘Cinderella’ or ‘Snow White’. This is why she becomes number 4 this month instead of staying at number 7.



  1. Erra Fazira (Kedudukan bulan lepas – 6)

Bercinta, putus, kahwin, cerai; adalah menjadi rutin dalam diari tahunan bekas ratu cantik Malaysia ini. Semua ini takdir ketentuan, maka salahkanlah ia. Jangan salahkan Erra. “Kepala hotak laa…!” balas Encik Akeji pula. Naik satu anak tangga.



  1. Ella (Kedudukan bulan lepas – 4)

Andartu? Gediks terlampau? Tak kisahlah. Cuma bagi Encik Akeji, gelaran Ratu Rock bukan sahaja menjadi satu persoalan namun dilihat semakin tidak relevan dengan sifat Ella yang kelihatan ‘kurang-matang’ itu. Bagaimanapun rasa menyampah ini sedikit demi sedikit kian menghilang kerana dah malas nak melayan orang tua gila glamour ini.



  1. Diana Rafar (Kedudukan bulan lepas – tiada/penyertaan semula)

Setelah menyepi dari dendangan menyakitkan hati lagu Hakmilik Kekal bersama kakaknya di corong-corong radio, kini Diana berlakon pula dalam filem Susuk. Tak pasal-pasal nama beliau masuk kembali dalam senarai ‘Top 10 Wanita Terhangit’. Dah takde pelakon lain yang betul-betul ada bakat ke yang boleh diberi peluang berlakon? Tak payah laa nak claim filem berkualiti tinggi andaikata ada kecacatan dalam mutu lakonan salah seorang pelakon utamanya nanti.



  1. Sari Yanti (Kedudukan bulan lepas – tiada/BARU)

Lakonan bertudung dalam drama Kisah Kaisara berjaya mengaburi mata Encik Akeji akan kualiti sebenar bakat gadis kecil molek bernama Sari ini miliki. Menonton segmen gua.com.my yang dihoskan beliau dalam rancangan MHI membuatkan Encik Akeji naik menyampah dengan senario artis muda zaman sekarang. “Harapkan muka je lawa, persembahan langsung takde kualiti. Tak kemas, tak kreatif dan tak koser aku nak menengok minah ni bercakap meleret berjela-jela…” memetik kata-kata Encik Akeji.



  1. Zila Bakarin (Kedudukan bulan lepas – 8)

Turun satu anak tangga setelah melihat ada nilai positif yang cuba dipersembahkan artis ‘konon seksi’ ini apabila beliau menyertai pementasan teater Patriot baru-baru ini. Ini merupakan peluang yang baik untuk Zila menajamkan lagi bakat berlakon supaya beliau tidak dicap ‘artis bermodalkan payudara’ di masa akan datang. Usaha yang harus disokong dan dipuji walaupun Encik Akeji masih belum bersetuju untuk menyingkirkan nama beliau dari senarai ‘Wanita Terhangit’ ini.



  1. Intan Ladyana (Kedudukan bulan lepas – tiada/BARU)

Pengakuan beliau yang menyatakan ada kebenarannya artis muda seperti beliau mendapat tawaran berlakon kerana paras rupa berbanding bakat; dipandang keji oleh Encik Akeji kerana tidak langsung menggambarkan keikhlasan beliau membuat pengakuan. Mengapa ia dianggap tidak ikhlas? Ia umpama seperti menyatakan “a’ah, saya memang lawa” sedangkan di mata Encik Akeji tak ada langsung daya penarik di wajah gadis poyo nak pakai nama Princess D ini melainkan keputihan mukanya semata-mata; yang mana boleh dicapai melalui proses penataan mekap yang mahal dan profesional.




Komen Encik Akeji berkenaan kemaskini carta ‘Wanita Tethangit’: “Tidak boleh tidak, di dalam pada saya mengkagumi akan nilai tarikan seseorang wanita itu; saya tidak boleh lari dari melihat sifat negatif yang wujud dalam segelintir golongan wanita. Ini amat menyedihkan kerana bagi saya, wanita dicipta untuk kaum lelaki. Begitu juga sebaliknya. Maka lelaki harus memiliki sifat pandangan yang mempunyai nilai tarikan yang positif berbanding apa yang berlaku sekarang di mana lelaki seperti saya ini pun ada sifat menyampah terhadap sesetengah perempuan. Memungkinkan telahan sesetengah pihak yang berpendapat bahawa sifat saya yang tulus ikhlas untuk mencabuli nama-nama wanita tersebut dalam sistem ranking carta saya ini sebagai tidak adil dan satu provokasi, mungkin ada asasnya. Tetapi, selaku lelaki yang mendukung nama Akeji dengan bangganya, anda boleh bertanya pada saya samada saya peduli dengan pandangan itu atau tidak; dan saya akan lantang bersuara: PI LANTAK LAA!!!”

Komen penutup dari saudara Ajai: “Proses kemaskini ini tidak akan disiarkan lagi bagi edisi-edisi akan datang kerana saya mengkhuatiri akan mendapat tentangan keras dari Cik Wanark (bekas kekasih saya), Cik Rynark (bakal kekasih saya) ataupun Cik Tyrark (kekasih saya yang tak mau mengaku kekasih saya) kerana ada kemungkinan setelah terlibat dalan projek seperti ini bersama Encik Akeji, tidak mustahil satu hari nanti saya juga akan menjadi keji, sekeji Encik Akeji. Sekian, terima kasih.”




Disediakan oleh,

Saudara Ajai yang Bijak Pandai

Rujukan sumber: petikan lisan oleh Encik Akeji Hiroshi