24.8.09

PENYAKIT ‘M = MASALAH’

Aku ada penyakit M = Malas nak mampos!
Aku ada penyakit M = Mental tak hengat!
Aku ada penyakit M = Melatah tak tentu pasal (selalu nervous tanpa sebab = Parkinson?)
Aku ada penyakit M = Membuta tak kena masa (berjaga 20 jam, tido 12 jam berikutnya)
Aku ada penyakit M = Memandai nak berlagak pandai walhal memang sedar yang diri sendiri tu bodoh sombong.
Aku ada penyakit M = Mencari masalah baru bila masalah yang ada dah setel (kadang-kadang tak sempat setel pun dah start usya masalah baru yang lebih mencabar jiwa)
Aku ada penyakit M = Muka dan perangai sama-sama tak hensem!



Aku nak penyakit M = Mula belajar berdikari (“Baru sekarang nak start ke Jai?”)
Aku nak penyakit M = Mesti bertambah rajin cari fulus bayar hutang!
Aku nak penyakit M = Maju dan jaya supaya boleh bongkak dan takbur di kemudian hari.
Aku nak penyakit M = Meng’hipnosis’kan diri untuk tidur dan bangun pagi sepertimana manusia-manusia normal yang lain.
Aku nak penyakit M = Merubah diri sendiri dahulu sebelum berlagak cuba merubah orang lain.
Aku nak penyakit M = Memperisterikan anak billionair (perlu ‘maintain’ sifat keji dalam diri)
Aku nak penyakit M = Menghargai NYAWA sendiri bila berhadapan satu-satu masalah.



Tapi, aku takut akhirnya aku akan terkena penyakit M = Mati Akal!
Dan penyakit M = Masih terpinga-pinga mencari landasan kehidupan.
Serta penyakit M = Mudah menyerah kalah.
Termasuk penyakit M = Mengharapkan terjumpa cara untuk LARI dari masalah.
Dan juga penyakit M = Menyusahkan pihak-pihak yang tak sepatutnya disusahkan.
Tidak lupa pada penyakit M = Merempat seorang diri tanpa haluan setelah orang-orang yang pernah mengambil peduli satu ketika dulu sudah tinggal pergi.
Yang mana akhirnya akan membawa aku ke penyakit M = Meninggalkan dunia tanpa sebarang legasi yang membawa makna ‘gagal dalam tugas selaku khalifah yang telah diamanahkan’.



Episod kedua : Aku = emo? Aku = raja ‘tacing’? Aku = suka ‘buat muka’?

a) Seorang yang memiliki emosionaliti menandakan beliau ada perasaan. Dan perasaan itu hanya wujud pada manusia. Jadi ‘Aku + Emo = Berperikemanusiaan’

b) Semua orang ada masalah. Tetapi tak perlu untuk kita compete siapa yang memiliki raja segala masalah untuk bergelar ‘raja tacing’. Ini kerana beban masalah mungkin tak banyak beza, tapi kemampuan mental setiap individu untuk meng’counter-strike’ masalah mereka yang akan menentukan tahap ke’tacing’an seseorang. Sebagai contoh kalau ada dua orang mengangkat dua kampit beras 10 kilo; yang seorang mungkin rilek tak keluar peluh siap sempat hisap rokok lagi, tapi yang seorang lagi mungkin berdiri terhoyong-hayang atau patah tulang bahunya. Jadi kalau kita nak menyatakan equation seperti berikut; ‘Aku + Penyakit Mental = Raja Tacing’, maka aku 100% bersetuju dengan pendapat itu.

c) Kenapa perlunya untuk aku mempamerkan senyum plastik tatkala aku merasakan tidak mahu berbuat begitu? Aku tau laa aku dilahirkan dengan muka begini tapi tak perlu laa korang nak suruh aku buat pembedahan plastik supaya korang rasa senang hati setiap kali bila terpaksa mengadap muka aku ni. Sila fahami hukum alam ini: senyum = gembira, tak senyum = tak gembira. Nak tengok aku tersenyum memanjang? Sila laa buat aku gembira setiap masa!



“Mmmmmmm… its not always good!”

3 KoMen:

cik.fifie@xtra.co.nz said...

saya pun ada perasaan cmni gak..
tp perasaan mls yg melampau tu belum ada lg la hehe
tp lantakla org nk kata saya emo pun, janji dpt perhatian hahahaha

Mak Su said...

maksu ada gaks penyakit m dan keperluan m itu, tapi yg penting, senyu[m] kena ikhlas barulah dunia ni indah :)

Umi Nazrah said...

fuiyoh, byk nya ^_^

Post a Comment

Any Comment? Anybody?