29.10.09

ARSENAL 2 – 1 LIVERPOOL

Ada berita gembira dari Emirates setelah melihat Wenger menurunkan barisan skuad muda mereka ketika menentang Liverpool yang membariskan Kuyt, Babel dan antaranya Ngog yang menjaringkan gol ketika menentang Manchester United di Anfield tempoh hari.

Terdapat beberapa nama menarik yang perlu diberi perhatian di sini. Fran Merida, Craig Eastmond serta Kerrea Gilbert menampilkan aksi bertenaga dan cemerlang terutama di babak masa pertama.

Liverpool dan Arsenal mengimbangi perlawanan pada awalnya dengan pemain tengah Arsenal serta pertahanan Liverpool masing-masing mencorak dan mencipta peluang serangan. Philip Degen adalah antara yang paling menyerlah menggoyahkan benteng pertahanan Arsenal yang dikawal Mikel Silvestre dan Philippe Senderos. Bermain dengan posisi 4-3-3, Bendtner, Eduardo dan Nasri saling bergabung tenaga untuk mencipta pencak serangan. Aaron Ramsey di bahagian tengah telah beberapa kali cuba membawa bola ke dalam kotak penalti tapi gagal memanfaatkan peluang mahupun memberi hantaran cantik pada Bendtner dan Eduardo.

Fran Merida kemudiannya mengejutkan pelawat dengan serangan kaki kiri yang menarik menemui tiang dan masuk ke dalam gol. Cavalieri, penjaga gol Liverpool tertewas dengan sepakan yang deras dan mengelirukan ini.

Namun kegembiraan tidak lama apabila pertahanan Liverpool, Insua menghasilkan lob cantik yang tidak dapat disambut langsung oleh Fabianski. Tamat separuh masa pertama.

Fran Merida dan Craig Eastmond di dalam separuh masa ini begitu cemerlang dengan Merida beberapa kali berjaya melolosi pihak pertahanan sementara Eastmond pula menjalankan tugas yang baik untuk membantu Ramsey sedikit di bahagian bawah. Dia lebih kelihatan seperti defensive midfielder biarpun posisinya sebagai sayap kanan tidak diabaikan.

Separuh masa kedua melihat Bendtner sedikit hambar apabila tidak mengambil peluang keemasan sebaik-baiknya. Namun semua itu ditebus melalui jaringan cantik dari sebelah kiri gol. Bendtner selepas itu kelihatan lebih banyak berada di posisi sayap kanan cuba untuk membuat hantaran kepada Eduardo. Bendtner dan Eastmond kemudiannya digantikan dengan Sanchez Watt dan Mark Randall. Randall tampak masih belum cukup pengalaman dan kelihatan terpinga-pinga di tengah padang tetapi Watt yang bermain selaku sayap kiri kelihatan berpotensi besar biarpun saiz badannya yang kecil tidak dapat mengatasi pertahanan Liverpool. Beliau banyak menggelecek bola ke dalam kotak tetapi sepakan lemah membuatkan Arsenal gagal mencipta gol biarpun Eduardo ada di atas untuk membantu. Watt juga seringkali tewas memenangi bola terutama bola tinggi. Tapi kelincahannya dan umurnya juga yang masih muda membolehkan kita menjangka beliau bakal menjadi sayap yang cukup berbahaya satu hari nanti.

Di minit-minit akhir Merida digantikan dengan Francis Coquelin. Tetapi permainan sebenar belum tamat apabila gandingan Voronin dan Babel beberapa kali menguji keupayaan sebenar Fabianski. Gilbert dan Gibbs banyak melakukan tackle-tackle yang menarik tetapi Gilbert lebih menunjukkan prestasi mengkagumkan apabila beliau menjaga posisi full-backnya dengan begitu kemas tanpa perlu mengharapkan pemain sayap kanan untuk terlalu turun ke bawah bagi membantu beliau. Tackling, passing dan handling bola beliau membuatkan jentera serangan Liverpool acapkali hilang punca. Akhirnya tiada hantaran cantik yang dapat menembusi gawang Arsenal sehingga tiupan wisel penamat.

Secara keseluruhannya pemain muda Arsenal cukup mantap. Masih ada beberapa di antara mereka yang tidak konsisten dengan penguasaan bola. Ramsey dan Bendtner seringkali mengecewakan walaupun mereka berjaya memaksa pertahanan Liverpool bekerja keras untuk lebih defensive. Eduardo pula tampak seperti centre-forward sahaja dibandingkan posisi sebenar beliau iaitu striker. Watt dan Gibbs masih kelihatan kurang matang dalam memberi persembahan di posisi mereka. Tetapi Gilbert dan Merida harus dipuji kerana kelihatan komited sepanjang perlawanan berlangsung. Eastmond juga mencuri tumpuan tetapi mungkin kekok dengan kepantasan permainan Liverpool membuatkan beliau tenggelam di separuh masa kedua.

Skuad meriam muda Arsenal berada di landasan yang betul kerana Liverpool bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk ditewaskan biarpun mereka bermain sebagai pelawat.

Sekian saya melaporkan bagi pihak Arsenal Malaysia FC.


Akeji Hiroshi

6 KoMen:

Mak Su said...

tengok org lwn bola?

tgk pusat lagi best...hahaha

nur'ain said...

kehkeh mak su :))
pusat sendri ka??

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : itu hobi masa lapang tu maksu.

kalo tak lapang baru laa tgk bola...

erk?!

ain : sile jgn menggalakkan ye. :p

Mak Su said...

hark hark hark

Mohammad Al-Aiman said...

ak rasa kiter ni patut buat blog khas utk bola la
amacam?

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

sape nak moderate nanti? heheh...

aku dari taun lepas nak buat blog sepi, tak jalan2 gak.. haha :p

tapi kalo ko ade idea bernas, gua on je beb!

Post a Comment

Any Comment? Anybody?