Jo Anna Sue Henley Rampas merupakan peserta akhir Bintang RTM tahun ini. Beliau kalah; tempat kedua kot kalau tak silap.
Ye, aku mengenali beliau kerana rupa parasnya, bukan kerana suaranya. Kalau bukan kerana rupa, apa barang aku nak melayan RTM. Keh keh. Padahal entri HMI neh pun ciplak dari dorang gak. Muahaha…
Tapi, sila laa anda jangan skeptikal sangat. Di sebalik tema program yang cliché, dan sound RTM yang buruk (aku pernah tengok Rentak Juara secara live kat Angkasapuri, jadi aku tahu kualiti sebenar persembahan di atas pentas sangat berbeza bunyinya dari yang anda lihat di kaca tv RTM), Jo Anna Sue masih mampu memberikan persembahan suara yang mantap. Bayangkan sekiranya beliau peserta Akademi Fantasia, pasti sudah berderet iklan di kaca tv swasta yang mempamerkan wajah beliau serta nyanyiannya.
Tak percaya? Anda tentukan sendiri…
Oh ye, beliau di Sabah juga sebenarnya sudah ada MTV-nya sendiri sebelum menyertai Bintang RTM. Tapi lagu dalam bahasa ibunda dia laa. Jangan hakimi dari sudut bahasa, tapi hayatilah vokalnya. Lagu ini merupakan ciptaan dan nyanyian dia sendiri ketika berumur 15 tahun. Hmm... memang boleh tahan jugak bakal bini aku neh rupanya. Erk?! Terkantoi sudah…
Much better sound quality and vocal...
“Apa Yang Rosak Kita Perbaiki Saja” – Cukup Beristeri Satu, Datuk Red
Nasihat Para Suami Jangan Kahwin Dua
-
Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan suami kepada
penyanyi hebat, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red memberi pesanan kepada para
suam...
17 minutes ago
0 KoMen:
Post a Comment