2.11.09

POLITIKUS

Hah! Ingat aku nak membebel pasal politik laa tu. Lalalala… Takde laa…

Sama ada anda perasan atau buat-buat tak perasan, blog aku neh banyak mempamerkan link-link ke blogger yang berorientasikan politik.

Tapi yang aku nak ceritakan kali ini, adalah mengenai blog seorang ahli parlimen; lebih tepat lagi dari Kulim Bandar Baharu : YB Zulkifli Noordin.

Dalam banyak-banyak blog YB yang aku pernah perhati, hanya beliau seorang sahaja (setakat ini) yang aku lihat benar-benar ikhlas dalam penulisannya. Tidaklah aku ingin memperkecilkan blogger-blogger YB atau ahli politik yang lain, tapi penulisan saudara Zulkifli Noordin ini amat menarik untuk dibaca. Bahasa yang digunakan simple, relaks dan lebih general dari sekadar menumpukan pada satu-satu isu semasa. Most of other VVIP blogger kebanyakan nampak seperti ditulis oleh assistant masing-masing.

Terasa macam baca blog member rasanya!

Dan yang masih menariknya, walaupun tanpa ciri-ciri plastik seperti kebanyakan yang ada pada YB lain; isi beliau masih tetap mantap dengan renungan dan pengajaran dan keghairahan membincangkan sesuatu perkara, tak kira dari mana pun lokasi beliau bercerita atau isu apa pun yang beliau cuba sentuh.

Try laa kalau tak percaya…

http://zul4kulim.blogspot.com/

2 KoMen:

dekboy said...

baru nak menyelami dan menghayati...dan untuk cuba memahami bait2 demi bait...maksud tersirat dan tersurat..

politik owhh politik..

knp ek kita tak minat nak baca pasal politik pon..hehehe

anyway...tq...pasni nak cuba jadi follower blog ni plaks...toche!!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kadang2 tersurat itu lebih indah dari tersirat. walaupun yg tersirat seringkali ditafsir sebagai satu bentuk seni, tetapi minda manusia (apatah lagi yg masih fresh mcm kamu tu) tidak akan mentafsir secara kolektif, tapi lebih kepada individual's speculation.

apa pun, we are what we do. memetik kata2 awek batman dalam batman begins "its not underneath you that defines you; its what you do..."

so, prerogatif itu tetap adalah hak masing2 empunya minda.

welcome to the big world, dekboy. :p

Post a Comment

Any Comment? Anybody?