3.12.09

EPAL – KATALIS KEPADA TEORI GRAVITI

Resmi daya graviti; membolehkan manusia sedar bahawa mereka perlu berpijak di dunia nyata. Dari teori yang dicetuskan Sir Isaac Newton ini, manusia belajar bahawa mereka perlukan satu daya atau tenaga untuk melawan kuasa graviti ini sekiranya mereka mahu berkebolehan untuk terbang di awangan.

Err, entri kali ini tidaklah rumit dengan segala equation E = MC kuasa dua bagai-bagai. Aku bukan saintis. Sebenarnya aku cuma ingin menimbulkan satu persoalan. Adakah aku lebih sesuai bergelar Encik Oren ataupun Encik Anggur?

Kerana baru-baru ini aku dikejutkan dengan ketibaan Cik Epal dalam blog aku yang bukan sahaja tidak kedekut untuk meluangkan masa membaca bebelan aku yang meleret-leret ini, tetapi beliau juga sempat drop komen. Untuk pengetahuan mereka yang masih tidak tahu, aku terjumpa profil Cik Epal ketika sedang membaca komen-komen dalam blog Maksu. Komen beliau ketika itu agak selari dengan apa yang aku ingin nyatakan; tapi hal yang itu tidak penting. Yang membuatkan aku teringat akan peristiwa ini kerana aku terpesona dengan kecomelan gambar profil beliau itu.


“Hah, apa lagi. Pergi laa usya. Ko kan solo + sepi…”
“Hish, gila engko. Nak menggatal meroyan pun agak-agak laa.”


Lalu aktiviti melompat blog dilakukan. Setelah meneliti blog beliau lebih kurang sekilas pandang, aku tersenyum sendirian memikirkan kenaifan diri apabila mengetahui beliau seorang blogger yang cukup terkenal dan berpengaruh. Follower beliau pun mencecah 1000 orang. Aku ada hati nak ngorat pulak tu? Huh, memang benarlah daya tarikan graviti itu lebih kuat dari daya tarikan seorang gadis comel yang membuatkan aku ingin terbang di awangan sambil berangan yang bukan-bukan. Aku PERLU berpijak di bumi nyata.

Lagipun Cik Aini (seorang blogger yang baru sahaja mengenali blog aku ni) juga pernah menyatakan bahawa blog seringkali menjadi medan alter-ego bagi si penulis blog. Di dalamnya terdapat macam-macam bentuk persona yang ingin kita gambarkan kepada orang lain tak kira laa samada kita sekadar syok sendiri ataupun tidak. Beliau juga sempat membangkitkan isu perihal mereka-mereka yang mem-fotosyop gambar seperti yang telah aku lakukan dalam banner blog aku ni (heh heh heh).

Secara tak langsung ia berjaya membuat aku sedar bahawa apa saja yang aku coret atau paparkan dalam blog aku, tidak akan menggambarkan perspektif sebenar orang lain dalam menghakimi personaliti aku di alam realiti. Aku perlu sedar bahawa aku seorang yang tak hensem, selekeh, takde duit dan belajar setakat SPM yang mana slip peperiksaannya mencatatkan beraneka gred dari A sampai G. Jadi aku tak boleh nak mengharap untuk mengorat blogger yang lain, apatah lagi berangan pula nak tukar nama kepada Encik Buah-Buahan pula; konon nak nampak macam sweet and cute gitu (ceh!).

Kepada Cik Epal yang sedang membaca (kalau baca laa), saya ingin jelaskan bahawa ini bukan kiriman surat cinta. Ini cuma satu bebelan kosong yang selalu berlaku dalam minda kepala otak saya yang banyak berfikir benda yang tak perlu. Oleh itu anda tak pelu gusar atau khuatir bahawa saya ini akan menjadi penggugat hidup anda atau blog anda di masa depan. Tidak, setakat ini saya belum pernah lagi disabitkan dengan dakwaan mengganggu ketenteraman awam. Sila jangan ambil hati atau terasa apabila nama anda di-mention dalam blog saya yang hina dina ini.



~Lepas ni aku nak berangan kalau-kalau aku dapat berkapel dengan Alizee pulak…~

8 KoMen:

Umi Nazrah said...

g blajar bhasa sepanyol dulu :P

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

sepang-nyol ke perang-cis?

Mak Su said...

wow! 1000 follower... dahsat giler....

maksu ni gini-gini aje ler... slowly slowly slowly

Mak Su said...

eh, lupa plaks... dah buat dah n3 berkenaan 2012 :)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : slow2 pun ganda 10 gak dari saya (gedegum - bunyi efek guruh)

tahniah maksu, pengisian ringkas (tak meleret2 cam saya) tapi penuh dgn makna2 yg mantap dan terkesan. ceritakosong yg sememangnya 'tak kosong' sebenarnye.

nz said...

alizee tu sape laks huhuhu

anyway, like i mentioned on the right side of my blog, dont just blog for others, u should take blogging as a tool to practice a lot of things. insyaAllah.

=)

if u get what i mean.

Unknown said...

uihhh...susah la hidup sekarang...kadang kadang rasa dulu lagi best....tak de sape nak kesah...now..nak buat apa semua asyik kena kutuk aje...huhuhu

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

huhu, sape yg kutuk epal tu. meh aku babap die.

(mula dah aku nak gune ayat ngengada neh)

adat laa epal. bile kite popular (cewah cewah) orang akan pandang setiap yg kite buat. dan ramai pulak tu yang suke nak 'ambik berat'.

so dalam ramai2 tu, tak logik pulak kalo semuanya baik-baik, sweet-sweet gitu.

maklum laa, dalam seikat daun sireh, mana boleh tak boleh jumpa sehelai sireh bertemu urat. kan?

Post a Comment

Any Comment? Anybody?