31.10.09

HMI : IMELDA MAY

Hiburan untuk minggu ini pula menampilkan Imelda May, artis dari Ireland. First time aku dengar lagu dia masa tengok videoklip kat 8TV Jukebox (versi tengah malam). She’s got a very wonderful voice, dan aku suka tengok cara dorang group jamming. Masing-masing nampak enjoy main instrumen masing-masing tak kira yang tua atau muda. Dan rentak upbeat-nya berbunyi sangat catchy.

Oke, aku ngaku yang aku mula meng-youtube videoklip neh sebab aku merasakan Imelda neh agak jelita dalam versinya tersendiri. Dengan fesyen rambutnya, hidung mancungnya, putih melepaknya, baju leopard-nya, bla bla bla…

Tapi itu tetap bukan alasan untuk aku menidakkan bakat nyanyian beliau. Yang penting, asal korang dapat enjoy the song pun cukup laa…

30.10.09

SURROGATES

Not the best one I’d seen, but surely interesting enough.




Diarahkan oleh : Jonathan Mostow

Teraju utama :

Bruce Willis (susah nak mati),
Radha Mitchell (calon ibu mithali dalam cerita Silent Hill),
Rosamund Pike (gadis Bond yang pernah bersifat talam dua muka),
James Cromwell (warden penjara dalam The Green Mile)

Oxford memberitahu aku, surrogates membawa maksud “a substitute, especially a person deputizing for another in a specific role or office”.

Dalam filem ini, ia diterjemahkan sebagai sebuah robot yang akan dikawal dengan minda oleh si pemiliknya, bagi menggantikan tugas kehidupan seharian. Inovasi ini bermula sebagai satu langkah keselamatan. Apa pendapat anda bila anda terpaksa menaiki kereta ke tempat kerja sedangkan anda terdedah dengan risiko kemalangan jalanraya? Bagaimana pula dengan risiko disamun atau diragut di tempat awam? Dan pelbagai lagi kemungkinan yang lain apabila kita bercakap tentang risiko dalam kehidupan seharian.

Di dalam cerita ini, fenomena teknologi robot surrogate ini telah menular ke seluruh dunia dan berbillion manusia sedang menggunakan surrogate masing-masing untuk tujuan peribadi mereka. Dari asalnya aspek keselamatan yang diberi tumpuan utama; kini ia beralih arah untuk membolehkan mana-mana individu tampil di khalayak ramai dengan rupa paras yang lebih muda, lebih menawan ataupun jantina berlainan sekalipun. Kerana hanya pemilik robot ini sahaja yang benar-benar tahu siapa dan bagaimana rupa diri mereka secara realitinya.

Anda minat cerita Matrix trilogy? The 6th Day? I Robot? Ye, ia adalah gabungan ketiga-tiga cerita ini jika tidak keterlaluan untuk aku simpulkan.

Di dalam dunia yang penuh kepura-puraan ini, Tom Greer (Bruce Willis) adalah seorang ejen FBI dan sedang menyiasat sebuah kes pembunuhan. Tujuan utama surrogate diwujudkan kerana mereka ini hanyalah robot mekanikal yang boleh rosak atau jahanam tanpa mengancam keselamatan nyawa pemiliknya. Namun dalam suatu kes, dia dapati terdapat surrogate yang telah dirosakkan dan pemiliknya juga mati pada masa yang sama. Senjata apakah yang digunakan bagi membolehkan perkara ini berlaku? Tom Greer berazam mahu mendapatkan jawapannya. Kerana dengan kewujudan senjata ini, berbillion nyawa sedang diancam bahaya.

Setelah penyiasatan terperinci dilakukan yang dipenuhi dengan seribu rintangan dan pembongkaran pelbagai konspirasi, akhirnya beliau temui jawapan siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas kematian-kematian ini. Dan orang itu adalah… Eh, apahal lak aku nak citer. Pi laa tengok sendiri… :p

Kalau anda semua tanya aku, aku bagi 3 setengah bintang je untuk filem neh. Tapi sila tunggu sehingga ending cerita untuk anda fahami mesej sebenar yang cuba disampaikan mereka.

Oh ye, secara ironinya aku terasa kita juga sedang menggunakan surrogate masing-masing di alam siber. Kita gunakan emel untuk menghantar surat, blog untuk berceloteh seperti kita anggap ia sebagai diari peribadi seumpamanya, myspace pula untuk bertemu rakan-rakan sosial, dan facebook dengan sebegitu ketagih kita jadikan sebagai alat mainan bagi menghiburkan diri di masa lapang.

Hmm, I wonder what comes next?

29.10.09

ARSENAL 2 – 1 LIVERPOOL

Ada berita gembira dari Emirates setelah melihat Wenger menurunkan barisan skuad muda mereka ketika menentang Liverpool yang membariskan Kuyt, Babel dan antaranya Ngog yang menjaringkan gol ketika menentang Manchester United di Anfield tempoh hari.

Terdapat beberapa nama menarik yang perlu diberi perhatian di sini. Fran Merida, Craig Eastmond serta Kerrea Gilbert menampilkan aksi bertenaga dan cemerlang terutama di babak masa pertama.

Liverpool dan Arsenal mengimbangi perlawanan pada awalnya dengan pemain tengah Arsenal serta pertahanan Liverpool masing-masing mencorak dan mencipta peluang serangan. Philip Degen adalah antara yang paling menyerlah menggoyahkan benteng pertahanan Arsenal yang dikawal Mikel Silvestre dan Philippe Senderos. Bermain dengan posisi 4-3-3, Bendtner, Eduardo dan Nasri saling bergabung tenaga untuk mencipta pencak serangan. Aaron Ramsey di bahagian tengah telah beberapa kali cuba membawa bola ke dalam kotak penalti tapi gagal memanfaatkan peluang mahupun memberi hantaran cantik pada Bendtner dan Eduardo.

Fran Merida kemudiannya mengejutkan pelawat dengan serangan kaki kiri yang menarik menemui tiang dan masuk ke dalam gol. Cavalieri, penjaga gol Liverpool tertewas dengan sepakan yang deras dan mengelirukan ini.

Namun kegembiraan tidak lama apabila pertahanan Liverpool, Insua menghasilkan lob cantik yang tidak dapat disambut langsung oleh Fabianski. Tamat separuh masa pertama.

Fran Merida dan Craig Eastmond di dalam separuh masa ini begitu cemerlang dengan Merida beberapa kali berjaya melolosi pihak pertahanan sementara Eastmond pula menjalankan tugas yang baik untuk membantu Ramsey sedikit di bahagian bawah. Dia lebih kelihatan seperti defensive midfielder biarpun posisinya sebagai sayap kanan tidak diabaikan.

Separuh masa kedua melihat Bendtner sedikit hambar apabila tidak mengambil peluang keemasan sebaik-baiknya. Namun semua itu ditebus melalui jaringan cantik dari sebelah kiri gol. Bendtner selepas itu kelihatan lebih banyak berada di posisi sayap kanan cuba untuk membuat hantaran kepada Eduardo. Bendtner dan Eastmond kemudiannya digantikan dengan Sanchez Watt dan Mark Randall. Randall tampak masih belum cukup pengalaman dan kelihatan terpinga-pinga di tengah padang tetapi Watt yang bermain selaku sayap kiri kelihatan berpotensi besar biarpun saiz badannya yang kecil tidak dapat mengatasi pertahanan Liverpool. Beliau banyak menggelecek bola ke dalam kotak tetapi sepakan lemah membuatkan Arsenal gagal mencipta gol biarpun Eduardo ada di atas untuk membantu. Watt juga seringkali tewas memenangi bola terutama bola tinggi. Tapi kelincahannya dan umurnya juga yang masih muda membolehkan kita menjangka beliau bakal menjadi sayap yang cukup berbahaya satu hari nanti.

Di minit-minit akhir Merida digantikan dengan Francis Coquelin. Tetapi permainan sebenar belum tamat apabila gandingan Voronin dan Babel beberapa kali menguji keupayaan sebenar Fabianski. Gilbert dan Gibbs banyak melakukan tackle-tackle yang menarik tetapi Gilbert lebih menunjukkan prestasi mengkagumkan apabila beliau menjaga posisi full-backnya dengan begitu kemas tanpa perlu mengharapkan pemain sayap kanan untuk terlalu turun ke bawah bagi membantu beliau. Tackling, passing dan handling bola beliau membuatkan jentera serangan Liverpool acapkali hilang punca. Akhirnya tiada hantaran cantik yang dapat menembusi gawang Arsenal sehingga tiupan wisel penamat.

Secara keseluruhannya pemain muda Arsenal cukup mantap. Masih ada beberapa di antara mereka yang tidak konsisten dengan penguasaan bola. Ramsey dan Bendtner seringkali mengecewakan walaupun mereka berjaya memaksa pertahanan Liverpool bekerja keras untuk lebih defensive. Eduardo pula tampak seperti centre-forward sahaja dibandingkan posisi sebenar beliau iaitu striker. Watt dan Gibbs masih kelihatan kurang matang dalam memberi persembahan di posisi mereka. Tetapi Gilbert dan Merida harus dipuji kerana kelihatan komited sepanjang perlawanan berlangsung. Eastmond juga mencuri tumpuan tetapi mungkin kekok dengan kepantasan permainan Liverpool membuatkan beliau tenggelam di separuh masa kedua.

Skuad meriam muda Arsenal berada di landasan yang betul kerana Liverpool bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk ditewaskan biarpun mereka bermain sebagai pelawat.

Sekian saya melaporkan bagi pihak Arsenal Malaysia FC.


Akeji Hiroshi

CANTIK

Kamu rasa kamu cantik?

Kamu rasa Siti Nurhaliza tu cantik?

Kamu rasa aku neh cantik? (hish, korang neh… buat aku blushing je. Aku neh tak lebih dari sekadar hensem je laa)

Cantik dalam definisi aku adalah Xian Mikol, salah sorang model dalam agensi Janice Dickinson :




Ye, beliau cuma cantik dari rupa parasnya yang aku anggap perfect dari semua sudut. Tang matanya, pilihan fesyen rambutnya, hidungnya, suaranya, dan ‘lain-lain’ lagi.

Maaf kerana menyajikan gambar yang membuatkan lelaki-lelaki di luar sana gundah gulana dan tidur tak lena.



~”Aku paham naluri kamu…”~

27.10.09

SENSITIVITISME

Ayat baru. Yes, aku memang tak peduli kalau digelar sebagai pengkhianat bahasa yang suka merubah bahasa atau mencipta terma baru sesuka hati aku je. Walhal hakikatnya DBP sendiri sudah acap kali mencabul kehormatan bahasa melayu.

Oh, aku memang agak sensitif kalau menyentuh bab bahasa. Kerana ia satu-satunya hasil seni yang aku boleh faham dan adapt. Kerana tangan aku ini memang cakar ayam bila masuk bab melukis manakala suara aku pula kasar sedikit dari ayam bila aku diajak berkaraoke. Balik-balik ayam jugak jadik mangsa.

Tapi bila aku cuba menyelami bahasa, ohh, sungguh nikmat tak terkira.

Bayangkan bila Hang Tuah bertemu Gusti Putri di puncak Gunung Ledang, berlatarbelakangkan jeram yang deras tapi nyaman, lantas menerbitkan luahan puitis berbunyi seperti ini :


TUAH : Demi cinta; tiada gunung terlalu tinggi.
PUTRI : Kini kita sama-sama berada di puncaknya. Bagai mimpi rasanya kekanda berkata-kata cinta pada adinda.
TUAH : Suaramu membuka hatiku yang merindu; kini ku rasa deruan angin menusuk di dada.
PUTRI : Mengapa cinta adinda diuji sebegini jauh, kekanda?
TUAH : Kanda lupa cinta dinda seagung maya.
PUTRI : Kalau cinta kekanda; bukan semesta luasnya?
TUAH : Masih kecil berbanding cinta dinda.
PUTRI : Tetapi kanda ke mari juga.
TUAH : Laksana insan haus dahaga, bertemu air satu telaga


Sebenarnya banyak lagi petikan dalam filem hebat tersebut yang lebih enak bunyinya, seperti “Belayar berbelok-belok, sauh dibongkar di tempat tenang; yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang.”

Tapi aku memilih petikan di atas kerana situasi sekitarnya yang cukup sensitif kerana pertemuan itu berlandaskan harapan dan janji, namun terpaksa diketepikan demi amanah yang diberi.

Menariknya kerana ramai di antara kita pernah terjerumus dalam situasi sensitif sebegini dan seringkali kita tenggelam dalam akal yang dengkal untuk cuba mencari bahasa paling masuk akal untuk kita hujahkan. Di pengakhiran, kata-kata kita sendiri (kadangkala disusuli perbuatan) yang memakan diri kita kembali. Yes, we are the enemy of our own.

Aku juga banyak kali melukakan hati mereka-mereka yang tidak sepatutnya atas akibat gagal menangani perkara ini sebijaksana yang mungkin. Maka perlulah kita untuk banyak berfikir sebelum mencelah dengan nada suara kita yang tersemat dalam minda.



Ye, aku sensitif orangnya. Kamu pula tidak? Heh!

26.10.09

KOLAM-HATI = LIVER-POOL

Memetik kata-kata seorang blogger yang macho lagi segak orangnya (tapi tetap maintain sengal), beliau pernah menyatakan bahawa beliau dijangkiti dengan penyakit M, iaitu Manchester United.

Aku sebenarnya tidaklah begitu anti ataupun menyampah dengan pasukan ini mahupun pengurusnya Sir Alex Ferguson. Malah aku cukup menghormati beliau sebagai pengurus berpengalaman luas serta kagum pula dengan ‘beberapa’ bakat yang ada dalam pasukan itu seperti ketajaman sepakan Wayne Rooney mahupun kelincahan pakcik tua bernama Ryan Giggs.



Padahal di satu ketika dulu aku sendiri pernah berbangga menyarung jersi Manchester United dan mengaku sebagai peminatnya ketika era sebelum David Beckham dicampak dengan but hingga mencederakan matanya sekaligus dihalau pula keluar untuk menyertai Real Madrid. Aku cuba-cuba berjinak untuk mengikuti pula perkembangan Galacticos tetapi persembahan taktikal oleh pengurus mereka ketika itu sangat mengecewakan dan melayan bintang-bintang seperti Zidane, Figo, Ronaldo (Brazil), Roberto Carlos dan Beckham sendiri seperti bintang filem dan bukan pemain bolasepak.



Melihat kebangkitan bintang muda bernama Thierry Henry di Arsenal yang berjaya menggugat keangkuhan Manchester United tak berapa lama selepas itu, aku terus teruja untuk mengenali kehebatan pengurus mereka yang berasal dari Perancis dan banyak belajar mengenai konsep seni kejurulatihan dan pengurusan sehingga membuatkan aku jatuh cinta dengan kelab Gudang Senjata yang dipenuhi dengan bakat-bakat muda ini.



Ketika itu barulah aku dapat melihat dengan jelas ke’poyo’an para penyokong Manchester dalam ke’fanatik’an mereka apabila dimainkan dengan isu pergaduhan antara Vieira, Ljungberg, Nistelrooy dan Roy Keane. Ramai dari mereka yang mengeluarkan statement syok sendiri dan TERLALU berat sebelah. Aku tak kisah sangat malah aku amat memahami, tetapi apabila unsur hinaan mula diselitkan, maka ia tampak terlebih bongkak dan bagi aku orang-orang yang bongkak, takbur, angkuh ini harus ditumbangkan sehingga maruah mereka tercalar dengan begitu parah sekali. Itu saja cara untuk mengajar mereka agar kembali berpijak di bumi nyata.



Malam tadi berlangsung sebuah perlawanan penting bagi pasukan Liverpool menentang Manchester United atau lebih tepat lagi pertarungan ‘kalah-mati’ untuk karier pengurus Sepanyolnya – Rafael Benitez. Mereka telah kalah berturut-turut dalam empat perlawanan sebelumnya sementara Manchester pula beraksi dengan sangat cemerlang selepas sekadar seri dengan Sunderland beberapa minggu yang lalu.



Di Malaysia umumnya, untuk mencari penyokong Manchester United adalah berpuluh kali ganda lebih senang berbanding mahu mencari penyokong slogan ‘1 Malaysia’. Ini bukan sahaja meliputi pengunjung di kedai mamak, tapi juga melibatkan setiap golongan masyarakat di Malaysia. Pernah lihat kebanjiran penonton memakai jersi merah ketika Manchester berkunjung ke sini baru-baru ini di kaca TV?



Tak hairan pun, fenomena sama pernah berlaku 7 tahun lepas. Cuma yang aku terasa hairan apabila membaca sisipan akhbar Kosmo – EPLX yang membuat ulasan sebelum perlawanan mega di awal musim ini. Memang banyak ramalan dari orang ramai yang menyebelahi Manchester, tapi aku paling tak tahan bila salah seorang penulis menyatakan Liverpool adalah pasukan bawahan yang hanya bergantung harap pada Gerrard dan Torres. Malah mereka digambarkan sebagai Blackburn yang cuma ‘menyamar’ sebagai Liverpool (untuk makluman Balckburn baru saja dibelasah 0-5 oleh Chelsea). Terlalu banyak kritikan hina dilemparkan dengan mengatakan Lucas cuma berpeluang untuk bermain semata-mata kerana Rafa, Dirk Kuyt pula tidak boleh diharap, malah Mascherano digambarkan sebagai pemain yang tidak komited dan tidak sabar-sabar mahu dijual pada pasukan Barcelona.

Aku pun tak sukakan Liverpool kerana mereka mempromosikan arak, menggaji pemain Israel dan saham mereka dimiliki rakyat Amerika Syarikat, tapi hinaan angkuh yang dilemparkan terhadap mereka berjaya membakar semangat aku untuk melihat Liverpool memalukan Manchester United – sekurang-kurangnya untuk mendiamkan penyokong mereka yang membuta tuli itu.

Liverpool menewaskan Manchester United 2 – 0 dengan jaringan bergaya oleh Torres dan serangan counter oleh Ngog di masa kecederaan. Tahniah aku ucapkan!



“Arsenal pulak macam mana Jai?”

“Seri 2 – 2 dengan West Ham. Tapi kitorang main away game tau! Kira gempak gak laa sebab tak kalah…”

“Seri tetap seri. Ko pun 2 X 5 gak rupanya…”

Ye, Arsenal juga pernah dihukum banyak kali akibat keangkuhan mereka.



*Orang lain semua dah balik. Korang bila nak habis melepak neh?

24.10.09

HMI : HIBURAN MINGGU INI

Masihkah anda ingat tak berapa lama dulu RTM1 pernah memiliki sebuah program yang sangat tinggi ratingnya dan ditunggu-tunggu oleh peminat saban malam Sabtu? Entah apa yang berlaku, mungkin kemunculan Akademi Fantasia menenggelamkan rancangan tersebut; mungkin. Entah laa. Aku bukan penkaji sejarah dan arkib RTM pun.

Atas dasar nostalgik (macam laa aku neh veteran sangat) aku ingin mengembalikan zaman tersebut di ruang blog aku yang bughok ini, agar dapat diceriakan dengan suara-suara merdu para artis buat dendangan halwa telinga anda. Dan ye, siap visual sekali, terima kasih buat Encik Steve Chen, Encik Chad Hurley dan Encik Jawed Karim yang menghasilkan Youtube.

Idea ini tercetus secara tiba-tiba tanpa sebab yang pasti ketika aku terserempak dengan video lama Jewel yang berjaya aku postkan di blog ini beberapa hari lepas. Namun, aku malas untuk menjadi DJ mahupun VJ yang menyediakan hiburan berdasarkan kehendak peminat (haha?!). Maka seleksi video yang akan aku pilih nanti akan berteraskan keunikan, versatile dan jarang didengari semua orang. But it doesn’t hurt to give urself a try rite?

Artis jemputan (tidak berbayar) minggu ini adalah Jewel - sekali lagi. Haha. Sebenarnya sewaktu tengah ‘melompat-lompat’ mencari lagu lama Jewel, aku terjumpa klip video beliau bertajuk Intuition. Bagi yang kurang arif, lagu ini adalah antara lagu terbaru beliau yang hit biarpun dah bertahun yang lepas berkumandang. Actually aku tak berapa suka lagu neh sebab agak lari dari konsep asal Jewel yang famous dengan genre ‘folk songs’ beliau. Tapi sebab it’s still her voice, aku layan gak laa kan.

Uniknya, tak tersangka rupanya ada version yang lebih menarik apabila Jewel menyanyikan lagu ini secara live bersama orkestra. Try laa tengok…




Nampak sangat dia dah tua kan? Ini video 2006 tau… Huhu…

22.10.09

FASHAK SANDHAK VS UMMI NAZEERA

“Tak habis-habis lagikah bicaramu tentang Nur Ya Kasih wahai Encik Ajai oi?!”

Aku tidak mahu menjawab soalan itu. Keh keh. Sebenarnya perbincangan yang ingin aku bawa ke depan kali ini agak lari konsep dengan segala macam bicara tentang drama Nur Kasih yang pernah aku tempikkan di blog ini sebelum ini.

Arakian nak dijadikan cerita, betapa impak Ummi Nazeera selaku pembawa watak Sarah dalam siri tersebut memiliki keistimewaannya sendiri dalam lingkungan minda beberapa rakan seperjuanganku (dalam dunia realiti, bukan dunia siber).

Anda bayangkan, di satu ketika Ummi Nazeera pernah membawa watak ala-ala comel tak ingat dunia dalam siri Ali Din. Nama beliau disebut-sebut sebagai gadis hot yang menjadi peneman tidur setia ketika jejaka-jejaka ini nyenyak bermimpi.

Apa yang berlaku dalam tempoh masa itu? Ummi diberi watak antagonis dalam siri Nur Kasih yang sebegitu cepat merubah pandangan mereka sehingga tergamak mengatakan “Aku menyampah gila menengok pompuan tergedik-gedik macam tu.”

Tidak keterlaluan pula bagi mereka untuk menganggap Fasha Sandha dalam drama cerekarama yang disiarkan sabtu tanggal 10 haribulan 10 yang lepas (sori, aku jarang tengok cerekarama sebab waktu ini tengah layan EPL kat kedai mamak) sebagai “Boleh tahan gak!”

Sungguhlah aku terkesima bagaimana fenomena citer hindi panggung Sabtu yang bersiaran jam 2 petang kembali melanda anak-anak muda zaman sekarang.

Masih aku teringat bagaimana mak aku menangis bila tengok heroin Hindustan diperaniaya dan bagaimana kakak aku naik meroyan bila melihat Salman Khan berjoget tanpa memakai baju. Malah Maksu sendiri begitu beremosi bila menonton rancangan di kaca TV (eh, neh dah lari topik neh). Ku sangkakan generasi muda atau lebih tepat ku gelarkan sebagai generasi Disney (generasi seterusnya nanti digelar generasi Nicklodeon sebab Spongebob dan Wonderpet sangat memberi kesan kepada mereka) akan lebih terbuka sifatnya untuk menilai hasil seni yang diberi nama ‘lakonan’.

Tapi ia tidak berlaku.

Kenapa perlunya aku mempertahankan watak Sarah ini? Adakah Ummi Nazeera ini awek aku? (sila sebarkan gossip ini ke murai.com, oh bulan, oh artis dan beautifulnara agar blog saya makin fofular ye…) Adakah sifat kasihan aku pada watak beliau terbit dari simpati setelah merenungi nasib diri yang kelihatan sama dengan je dengan watak beliau? Atau adakah aku sekadar jahil tidak mahu memperakui kejelikan perangai beliau?

Tidak. Bila bercakap tentang Ummi Nazeera, aku tidak tahu untuk berkata apa-apa. Tetapi kalau watak Sarah yang menjadi topik debat, aku rela memberi komen berjela-jela.

Kenapa nama Fasha Sandha pula dipetik dalam tajuk entri aku kali ini? Jawapannya mudah. Pertama kali aku benar-benar menghayati watak lakonan beliau adalah dalam drama bersiri Natasha. Masih anda ingat akan kisah tersebut? Ye. Kisah yang membuatkan mak aku mengeluarkan statement berbunyi, “Ish, kesiannya Natasha tu tak pasal-pasal kena kahwin dengan orang tua.” Kesian? Kesian? KESIAN?!

Kalau lah orang tua itu adalah Nasir Bilal Khan dalam drama Si Penggali Kubur, wajarlah kot untuk aku kesiankan. Huhu. Ini Datuk pula tu (sejurus mimpi ngeri melihat persandingan si duda dan si dara di TV3 menggamit semula dalam memoriku). Untuk dua musim aku menemani mak aku menonton Natasha; persoalannya, kenapa sampai ke hari ini aku masih tidak terpengaruh untuk mengatakan bahawa Fasha Sandha itu seorang gadis yang baik lagi suci lagi mulia lagi sebagainya?

Dan tidak, aku tidak berdendam pula pada beliau. Beliau pun tidak kenal aku dan aku pun tidak hingin kenal beliau. Sepertimana sama jugalah aku tidak membenci Ummi Nazeera, atau jatuh cinta dengan Tiz Zaqyah. Sejujurnya, aku merasakan seseorang artis itu hanya perlu dinilai pada hasil kerja beliau, bukan watak yang beliau dukungi, bukan genre lagu yang dibawa, bukan jenis berus lukisan yang beliau pilih, dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya.

Ada pula ke suara nak muncul mengatakan pada aku bahawa Fizz Fairuz adalah lelaki paling baik dalam dunia dan menantu idaman semua mak-mak di Malaysia? Memang aku akan berhenti berdebat dan hanya gelak tak ingat.

Haih~

20.10.09

BARANG KEMAS

Sila selesaikan equation berikut:

Suara seksi (ala-ala budak bawah umur tapi unik) +
rambut bersinar (dah nama pun blonde) +
mata kuyu (cam nak nanges gitu) +
bakat menulis lagu (sesuatu yang jarang ada kat artis Malaysia) +
senyuman paling memikat (perhatikan di hujung video) = ?



Jawapannya:





"Oohh, I miss her good old days..."

17.10.09

EDISI RE-POST SPECIAL : TEKAK-TEKIK KEJIK DI HARI DEEPAVALI

PostScript : Teka teki jawab sendiri yang bersifat keji (kopi-pasta dan di-edit dari blogger indon)


Apakah beza bulan madu pertama dan kedua?
Bulan madu pertama, si isteri berkata: “Wow, besarnya…”
Bulan madu kedua, si suami berkata: “Wow, besarnya…”

Haiwan apa yang bersaudara?
Katak dua beradik.

Kenapa spender superman berwarna merah?
Lupa pakai pad.

Apakah ayat pertama akan dituturkan si bisu apabila kali pertama dapat bercakap?
Testing, testing, 1 2 3…

Ikan apa yang mempunyai seribu mata?
Ikan bilis satu kilo.

Binatang apa yang paling dibenci anjing laut?
Kucing laut.

Kenapa ayam berkokok memejamkan matanya?
Dah hafal lirik.

Telur apa yang paling sedap?
Telur yang sudah gatal lagi digaru-garu pulak tu.

Kenapa anak babi bila jalan, kepalanya menunduk ke tanah?
Malu kat ibu dia.

Kenapa anak katak jalan terlompat-lompat?
Sebab dia seronok dia bukan anak babi.

Kenapa mayat dikafan kain putih?
Kalau warna hitam orang tak nampak, dah tak takut pulak nanti…

Beza cenderawasih dan perempuan?
Cenderawasih burung syurga,
perempuan syurga burung.

Buah apa yang berakhir dengan huruf ‘k’?
Mangga busuk, rambutan busuk, pisang busuk…

Macam mana nak pergi terbang ke matahari tanpa terbakar kepanasan?
Pergi waktu malam.

Daun apa yang tak boleh disentuh?
“Daun touch me!”

Hitam, kecil, tapi kalau disentuh silap-silap boleh kena pukul. Apa dia?
Taik lalat Mike Tyson.

Perbezaan bola sepak dan kahwin?
Kalau bola sepak, gol dulu baru peluk.
Kalau kahwin, peluk dulu baru gol.



16.10.09

SAYA DUNGU TWITTER

"P1 WIMAX Service has been restored to full operations in all affected areas. 1 day will be waived in your next bill because we're sorry. Enjoy your P1 WIMAX!"



So far... So goooooood!

15.10.09

EDISI RE-POST : STUDENT @ WORKERS?

PostScript : Tarikh asal penulisan adalah pada 24/8/2009. Kenapa ia tidak jadi disiarkan? Korang speculate laa sendiri. Tapi terasa macam tak kena pada masanya ketika itu. Kini ia telah basi dan aku percaya entri ini tidak akan melukakan hati sesiapa. Keh keh…



“Ada yang nak kat ko, ko pegi reject. Yang tak nak kat ko, ko terhegeh-hegeh pulak.”

Ye, di sebalik tajuk entri yang berbunyi seperti ingin memperdebatkan soal isu hak asasi, sebenarnya entri kali ini tak lebih dari sekadar jiwang semata-mata.

‘Ramai’ sungguh peminat aku yang tertanya-tanya: “Kenapa ko neh memilih sangat Jai? Kalo hensem ke, banyak duit ke, takpe laa jugak…”

Aku bersifat memilih kerana aku yang mencari. Sepertinya jika aku ingin membeli busana, sudah tentu aku akan memilih persalinan yang paling hensem untuk dipadankan dengan skala body aku yang macho seperti Awie ini.

Tapi kalau ada nak yang bagi t-shirt free kat aku, dan ‘muat untuk aku pakai’, dengan selambanya aku menerima dengan hati terbuka tanpa sebarang perasaan malu. Tak kisah laa kalau baju tu nampak buruk dan kotor sekalipun. Yang penting selesa untuk aku sarungkan. Sebab aku bukan gila berfesyen pun.

Boleh tangkap tak metafora di atas? Ye, aku seorang yang memilih tetapi tidak memilih. Sebarang pilihan yang aku buat adalah bergantung pada situasi semasa dan selalunya ia bersifat spontan. Faham?

Tapi, satu-satunya perkara yang aku sukar berkompromi adalah untuk memutik perhubungan berbait-baitkan ayat bunga-bunga cinta dengan mereka-mereka yang bergelar student.

Kerana itu aku lebih gembira sekiranya mengetahui target bakal mangsa… eh silap, calon jodoh aku sedang bekerja atau menanam anggur. Kenapakah fenomena ini berlaku? Adakah kerana faktor ekonomi?

Ohh, aku bukanlah mata duitan atau bercirikan dasar materialistik biarpun aku mengidam nak memiliki 9 buah kereta pelbagai segmen, 2 motor superbike, banglo dua tingkat setengah beserta 7 bilik tidur 5 bilik mandi, lengkap dengan swimming pool dan bilik karaoke; hakikatnya aku tidak memilih calon jodoh yang kaya raya. Kerana aku sedar aku pun papa kedana je.

The thing is; aku neh cepat rimas oke! Tak boleh laa selalu nak berkepit je. Berdasarkan kajian semasa dan pemerhatian terhadap orang sekeliling sebelum ini, aku dapati perhubungan emosi antara dua jantina yang masing-masing memiliki komitmen kerja tersendiri, adalah lebih sukar untuk menghabiskan masa bersama-sama berbanding mereka-mereka yang bergelar student. Bentuk perhubungan ini adalah sangat penting untuk aku pilih kerana aku seorang yang lembab membuat kerja. Maka apabila jarang bersama, adalah masuk akal untuk aku mengambil masa yang panjang dan secukupnya untuk mengenal hati budi masing-masing sebelum memikirkan untuk mengambil langkah selanjutnya. Setiap hasil ‘kerja’ aku yang bersifat terburu-buru seringkali membinasakan diri aku sendiri. Disebabkan perhubungan itu melibatkan dua jiwa, maka aku tak mahu ketidaksempurnaan aku ini turut membinasakan pihak si dia pulak nanti.

Dan yang paling merisaukan aku, soal fokus. Di antara dua insan bercinta yang masing-masing mempunyai kerjaya, fokus mereka terhadap dunia romantis selalunya berlandaskan konsep ‘try and error’; kalau dah takde jodoh nak buat cam mana. Sebaliknya pula dengan para-para student ini yang selalunya hilang fokus terhadap pelajaran, sedangkan semua orang setuju bahawa ilmu itu lebih penting dari berbini/berlaki.

Dan kalau laa aku ni good enough or worth for, takpe laa jugak. Masalahnya aku sendiri pun tatau apa nilai terbaik yang aku miliki. Jadi untuk mendamba cinta yang sejati dari mana-mana insani yang sedang menuntut di kolej atau universiti, aku memang tak berani. Sedangkan yang aku cuma boleh offer pun adalah: ‘cuba try test tengok sekali’ (sambil angkat-angkat kening dengan gaya menggoda).

Jadi, bila aku cakap aku lebih prefer membina hubungan dengan non-student, sila laa jangan cepat sangat tuduh aku shallow atau mengamalkan prinsip diskriminasi. Aku tau aku bukan insan terbaik untuk menilai diri kamu, tapi aku tau keperluan untuk aku menilai diri sendiri terlebih dahulu. Mencegah lebih baik dari mengubati. Dan sepi tak bermakna tak boleh mencari.



~”Belum tiba masanya lagi…”~

13.10.09

EDISI RE-POST : PENDET-NYA AKAL MANUSIA

PostScript : Asalnya entri ini ditulis sebelum raya dan sebelum gempa bumi melanda di Padang. Ia tercetus setelah aku menonton petikan video klip di malingsia.com dalam usaha aku cuba memahami masalah yang berlaku antara dua negara berikutan satu tarian yang diberi nama tarian pendet. Alhamdulillah perkara ini telah berlalu dan kini kita pula digamit untuk menghulurkan sadaya upaya bantuan kita terhadap saudara kita di sana yang dirundung malang.



Kerisauan menjadi pemangkin kepada entri aku kali ini berhubung isu konfrontasi Malaysia-Indonesia yang hangat berlangsung minggu lepas. Mendengar berita tentang pelajar-pelajar Malaysia di Yogjakarta yang tidak ketentuan hujung pangkal nasib mereka, secara peribadinya aku merasa sedikit tempiasnya kerana terdapat salah seorang insan yang aku ambil berat sedang berada di sana ketika ini.

Insya-Allah semuanya akan selamat. Insya-Allah polemik ini akan berlalu sepertimana kisah-kisah konfrontasi dua negara berjiran ini seperti sebelumnya. Insya-Allah negara Indonesia tidak ditimpa bala lagi seperti di Acheh (3 tahun lepas) dan Jawa yang berlaku baru-baru ini. Insya-Allah di bulan mulia ini tambahan Syawal bakal menjelma memberi kita hidayah untuk bermaaf-maafan sesama kita.

Tapi yang aku tak boleh nak lari dari ulas adalah mengenai rakaman penjelasan Norman KRU selaku penerbit dokumentari yang menjadi pencetus kontroversi ini. Beliau memang bapa pemodenan arus muzik negara. Beliau memang pelopor industri rap dalam bahasa melayu jauh terdahulu sebelum Too Phat muncul dengan single ‘Anak Ayam’ mereka. Beliau memang idealis yang ingin melihat industri seni kita setanding kemajuannya dengan negara-negara jiran.Beliau memang berani untuk bermain dengan CGI di layar skrin serta mempelbagaikan pula sektor perniagaan yang diceburinya.

Aku pernah kata aku bencikan konsep ‘Ketuanan Melayu’. Adakah kerana aku memiliki motif politik? Kerana aku ingin melobi Pakatan Rakyat supaya akhirnya mereka dapat menggantikan kerajaan pusat? Tidak. Bila aku cakap aku bencikan ‘Ketuanan Melayu’, sebenarnya tak lebih untuk menjaga survival melayu itu sendiri.

‘Ketuanan Melayu’ yang menjadi nadi generasi belia seperti aku hari ini memiliki beberapa ciri utama. Antaranya, bergantung harap pada Dasar Ekonomi Baru, dengki dengan peniaga Cina, menghina bangsa India dengan gelaran-gelaran seperti keling dan Pariah, setia pada raja dan kerajaan tanpa alasan yang munasabah (walaupun mengaku hidup dalam negara demokrasi), dan satu lagi yang tak kurang pentingnya, serta ingin aku perbincangkan di sini; sifat Berlagak Kerana Benar, Gagap Kerana Takut Tersalah Kata. Inilah ciri yang aku dapat lihat dengan jelas ketika sesi temubual media Indonesia dengan Norman KRU ini.

Beliau kelihatan sangat menjaga tuturnya demi memberi penjelasan terbaik untuk menamatkan polemik ini secepat mungkin. Pada masa yang sama apabila diserang dengan soalan-soalan berbentuk manipulasi, dengan pantas beliau menafikan sebarang bentuk penglibatan beliau dan meletakkan tanggungjawab kepada pihak lain. Adakah beliau menipu di situ? Tidak! Seperti yang aku sebut tadi; Berlagak Kerana Benar. Ketika beliau menjawab soalan ‘siapa yang bersalah dalam hal ini’, beliau menyebut “pihak Discovery Channel yang harus bertanggungjawab…” Walaupun beliau ada memberi penjelasan bagaimana isu ini akan cuba diselesaikan kemudiannya, namun kita sebagai penonton sendiri sudah boleh melihat perubahan nada dalam suara beliau yang mungkin samada menyesal akibat terlepas cakap atau bengang kerana dipaksa menjawab soalan sensitif ini.

Hairan aku, bukankah bagi sebuah syarikat bertaraf International seperti KRU Production sepatutnya ada mengupah consultant untuk berhadapan dengan permasalahan seperti ini? Tidak adakah pegawai perhubungan awam yang lebih arif dengan bidang kerja mereka dalam memberi penjelasan kepada media yang sepatutnya menjadi jurucakap rasmi mereka? Itu tak penting. Yang penting apakah impak yang akan diterima buat rakyat dua negara ini akhirnya akibat sikap suka menuding jari kemudian sorok tangan di belakang ini?

Isu polemik yang timbul ini sebenarnya apa? Mengenai budayakah? Mengenai kedaulatankah? Mengenai hak isu asasi manusiakah? Hakikatnya apa yang berlaku sekadar satu plot yang aku anggap sebagai honest mistake.

Seriously, siapa yang melakukan provokasi di sini? Adakah Malaysia kerana ingin membuat dokumentari sejarah budaya yang secara tidak langsung memang akan membabitkan Indonesia? Atau Indonesia yang sangat bergantung harap pada industri pelancongan melihat perkara ini sebagai percubaan untuk mencuri nasi dalam periuk mereka? Mungkinkah Singapura terlibat sama disebabkan promo dokumentari ini dikeluarkan pihak Discovery Channel di sana?

Hakikatnya budaya melayu di Malaysia ini memang datangnya dari Indonesia. Hakikatnya bukan semua petugas di Discovery Channel Singapura itu orang asia dan tahu sejarah pengkaitan budaya dua negara. Hakikatnya memang patut Indonesia merasa berkecil hati lantaran ramai pihak-pihak kita di sini yang memandang rendah pada mereka.

Adakah aku menyentuh pula mengenai isu nasib buruh Indonesia di Malaysia? Atau mengenai orang gaji Indonesia didera orang Malaysia? Mungkinkah mengenai perebutan sempadan pulau-pulau di nusantara? Takpun perihal muzik-muzik Indonesia yang ingin disekat dan dipandang sebagai sampah oleh segelintir rakyat Malaysia?

Hakikatnya mudah; yang menjadi katalisnya adalah persepsi kita sendiri. Jalankan ujikaji anda dengan cara bertanyakan rakan-rakan, sahabat handai anda tentang persepsi mereka terhadap warga jiran kita ini. Pasti ada di antara anda yang akan ternganga mendengarnya. Lihat saja bagaimana Mazidul Akmal Sidek memainkan isu pendatang asing dalam 360 sehingga mengeluarkan komen-komen seperti ‘mereka berlagak samseng, pengotor dan tak sedar diri menumpang di negara orang’.

Walhal mereka juga manusia. Serumpun dengan kita pulak tu. Sepertimana banyaknya kepincangan segelintir rakyat kita yang berdosa dan zalim terhadap kita, begitu jugalah mereka seadanya. Telah diberitahu pada kita sekalian umat Nabi Muhammad; tiada manusia di dunia ini yang sempurna. Mengapa nak dipertikaikan kehadiran mereka dengan 1001 bentuk kebencian? Dan jangan ingat nasihat ini ditujukan pada rakyat Malaysia saja, blogger Malingsia pun patut terasa sama pedasnya.

Jangan kita lupa, melayu di Malaysia hari ini tidak akan wujud tanpa kehadiran anak raja dari kerajaan Majapahit di Indonesia. Yang membataskan kita bukanlah isu kedaulatan sebenarnya, tapi faktor masa akibat kerakusan Imperialis zaman dulu kala yang membuatkan kita seakan berbeda. Kini kita cuma sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita sama-sama ada.


Salam Nusantara dari saya untuk anda semua.

11.10.09

EDIDI RE-POST : SELEPAS 15 JAM

PostScript : Entri yang sepatutnya tersiar sebelum Episod ke-16 Nur Kasih disiarkan. Sudah agak tidak relevan kini kerana twist yang berlaku dalam plot terbaru Nur Kasih setelah kemunculan semula Katrina dengan memakai purdah, sesungguhnya tidak terlintas langsung dalam pemikiran aku dan bakal memberi kejutan lagi untuk episode-episod akan datang. Apa pun anda harus ingat bahawa ini adalah entri sebelum episod Aidil bertemu Aliya buat pertama kali di kedai buku di Jeddah.



Persoalannya, benarkah Adam telah berubah? Persoalannya, sanggupkah Nur Amina melupakan segala seksaan batin yang pernah menyeksanya? Persoalannya, apakah nasib Katrina dan siapa yang akan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku padanya? Persoalannya, apakah benar Aidil sudah membuang perasaan cintanya terhadap gadis bernama Nur Amina ini?

Episod seterusnya akan merungkai rentetan perjalanan hidup Nur Amina dan Adam selaku suami isteri yang sah hanya pada syarak. Di sekeliling beliau, begitu banyak kedapatan suara yang mahu dia menerima kembali Adam. Termasuk dari Ummi dia, mak mentua dia, Aidil malah Adam sendiri begitu mendambakan untuk menjalani kehidupan bahagia bersama Nur. Apakah ‘happy ending’ itu wujud dalam dunia mereka berdua?

Mari kita merungkai konflik yang berlaku. Fakta : Adam pernah mengatakan bahawa Nur Amina “is not my type”. Fakta : Nur terpikat dengan kehenseman dan kemachoan Adam semenjak beliau mengenalinya di bangku sekolah lagi. Fakta : Adam memaksa Nur menipu kedua orangtuanya dan meninggalkan Nur keseorangan tanpa wang dan hala tuju selama empat tahun, walhal segala kebajikan Nur ketika itu sepatutnya terletak di bawah tanggungjawab dia. Fakta : Aidil masih lagi mencintai Nur setelah bergelar adik iparnya sendiri. Fakta : Nur lebih selesa bersama Aidil dan banyak terhutang budi dengan beliau.

Jadi apa yang bukan faktanya? Masih ingatkah anda ketika Nabila cuba mengusik Nur dengan mengatakan Nur menyimpan perasaan terhadap Aidil? Nur menafikan dan membalas dengan kata-kata seperti “aku anggap dia macam abang aku sendiri laa”. Padahal Nabila merasakan hubungan beliau dengan abang beliau sendiri pun tidak semesra dan romantik macam Nur dan Aidil.

Dan ketika Adam mengetahui tentang kisah kemesraan mereka berdua yang diceritakan Sarah, Adam ada berkonfrontasi dengan Nur perihal isu ini. Nur dengan yakinnya menyebut “tidak ada sedetik pun perasaan cinta Nur untuk abang Aidil, percayalah”.

Apakah patut kita percaya dengan semua ini? Sedangkan semua orang setuju dengan ironi bahawa ini semua sekadar lakonan semata-mata (heh!). Namun, persoalan yang berbangkit, apa akan berlaku sekiranya Aidil menekan butang send selepas mencoretkan emel bernada ingin mengorat Nur secara terbuka beberapa tahun lepas? Bagi anda yang masih samar-samar, antara petikan emel beliau berbunyi seperti berikut : “Setiap hari, abang semakin tertunggu-tunggu berita dari Nur. Mungkin perasaan abang terhadap Nur kini telah berubah.”

Tetapi Aidil tidak menghantar emel tersebut. Maka kita tidak akan tahu apa yang mungkin berlaku selepas itu. Tapi kita masih boleh membuat spekulasi. Mungkin Nur tahu bahawa Aidil seorang yang warak dan arif mengenai hukum hakam agama. Mungkin Nur tahu Aidil merupakan lelaki yang lebih sesuai untuknya. Tapi mungkin Nur tidak mahu mengharap apa-apa kerana Nur merasakan dengan reputasi Aidil itu, tidak mungkin Aidil tergamak untuk merampas beliau dari adiknya sendiri. Meskipun begitu Nur masih tidak tahu Aidil sebenarnya ada menyimpan perasaan cinta terhadapnya. Nur masih tidak tahu betapa Aidil pula sanggup berkorban segala-galanya demi Adam. Nur masih tidak tahu segala perhatian dari Aidil yang pernah dia miliki sebelum ini datangnya dari perasaan cinta dan sayang tidak berbelah bahagi. Apa akan berlaku seandainya dia tahu?

Yang dia tahu dia tetap masih terpikat dengan Adam yang dikenalinya sebagai kacak, sensitif dan romantik itu. Cuma situasi semasa dan setelah dipermainkan perasaannya dengan begitu zalim sekali, membuatkan Nur lebih berhati-hati sebelum mengambil apa-apa keputusan. Kita semua sedia maklum bahawa Adam telah berubah. Maka sepatutnyalah bagi Nur untuk membantu Adam melengkapkan penghijrahannya.

Benarkah Adam hari ini bukan lagi Adam yang dahulu? Adam yang dahulu membenci Nur Amina dengan menganggapnya sebagai gadis bodoh dan mengikut kata-kata orangtua secara membabi buta. Adam yang dahulu berpeleseran dengan gadis bukan muhrim, tidur sekatil dan meneguk arak sesuka hati. Adam yang dahulu menganggap segala kaedah pendekatan mendidik yang digunakan arwah ayahnya sebagai kolot dan tidak masuk akal.

Apa yang menyebabkan Adam berubah? Kematian anaknya? Muhasabah diri ketika beliau menghabiskan masa dalam penjara di Australia? Ketenangan hati yang beliau perolehi setelah mendekati Islam? Dalam jangka waktu peristiwa-peristiwa ini, aku tidak dapat melihat katalis yang membuatkan Adam sedar bahawa dia kini telah ‘jatuh cinta’ dengan Nur Amina. Perasaan menyesal dan bersalah itu mungkin. Mungkin juga dia merasakan perlu untuk dia bertanggungjawab atas segala kesilapan. Mungkin dia merasakan dia berhutang dengan Nur untuk memberi Nur kebahagiaan yang sepatutnya dia miliki dulu. Tapi cinta? Cinta tidak akan berputik dalam masa sehari. Cinta itu perlu dipupuk, diberi baja, dibelai dan diberi zat secukupnya supaya ia berkembang mekar untuk selama-lamanya. Apakah benar kini dia mencintai Nur Amina melebihi Katrina sendiri sedangkan di satu ketika dia pernah meninggalkan Nur bergantung tak bertali demi berdamping dengan Katrina dua sejoli? Apakah perasaan yang begitu mudah berubah-ubah boleh didefinisikan sebagai cinta sejati?

Beliau mengakui akan kelemahan dirinya ini ketika menceritakan pada Aidil. Sepatutnya, ketika mengerjakan Umrah, beliau tahu beliau perlu ikhlas untuk meniti ke jalan Allah dan bukannya kepingin untuk bertemu semula dengan Nur setelah berpisah selama setahun. Dan Aidil secara tipikalnya memandang perkara ini dari sudut positif. “Seandainya cinta Adam pada isteri Adam membawa Adam ke jalan-Nya, maka cinta itu lebih mulia sifatnya,” memetik kata-kata Aidil.

Apakah ini menjawab persoalan samada Adam benar-benar telah berubah dan takkan kembali pada sifatnya selaku orang yang panas baran dan mementingkan diri sendiri? Di episod seterusnya (mengikut firasat aku) anda akan diperkenalkan dengan satu watak baru bernama Aliya yang dimainkan Ayu Raudhah yang seterusnya akan disunting oleh Aidil sebagai isterinya yang sah.

Selepas itu cuma tinggal 10 episod sahaja lagi sebelum kita tahu kesudahan cerita ini. Namun apa yang akan berlaku dalam episod-episod ini? Mungkinkah Nur akan mengetahui rahsia hati dan perasaan Aidil yang sebenar terhadapnya? Apa akan berlaku kemudian? Apakah nasib Adam dan isteri baru Aidil nanti? Adakah mereka akan dipaksa pula menyertai upacara ‘mari korbankan perasaan masing-masing and live miserably’ atau mungkinkah Nur dan Aidil pula yang akan terus diminta berkorban tanpa kesudahan? Apa pula yang sanggup mereka korbankan demi cinta selepas ini?

Samaada mereka ini memang merupakan pelakon-pelakon handalan yang berjaya mempotretkan emosi watak-watak yang didukungi mereka dengan baik, atau mereka sebenarnya memang tak reti berlakon sehingga membuatkan aku salah interpretasi terhadap drama bersiri ini. Apa pun aku tidak akan tahu jawapannya sehingga menonton episod ke-26 nanti.

“Ko memang dah tade keje lain ke Jai?” Keh keh keh.

10.10.09

EDISI RE-POST : ALTER EGO

Aku tidak pernah berhenti menulis. Aku cuma berhenti menge-post sahaja sekali-sekala. Kebanyakan entri aku yang tak ter-post adalah kerana faktor masa dan teknikal. Sebagai contoh, pernah terjadi beberapa minggu lepas di mana aku tak dapat akses internet dan tambahan pula blog aku neh dilumpuhkan pula akibat spammer yang mencuri password id aku ketika aku mengakses youtube (ye, aku gunakan google account neh almost for everything).

Hakikatnya aku tiada penyesalan untuk tidak menceritakan apa yang sudah basi (outdated) tetapi selaku seorang blogger yang lebih suka menulis berjela-jela berbanding cuba mencari isi, aku dapati ada keperluan untuk aku mempamerkan juga hasil penulisan ini berikutan aku sedang mengalami satu masalah yang paling aku takuti semenjak 2 minggu lepas.

Writer’s block – yes, it’s a real disease guys! Selama neh selalunya aku anggap ia sebagai penyakit mitos semata-mata; seperti amnesia dan lain-lainnya. Namun kini setiap kali aku membuka aplikasi MS-Word dan membuka kalimah bicara, akhirnya ia akan tamat dengan seribu satu karut marut, ayat-ayat yang tunggang langgang tatabahasanya serta tiada isi konkrit untuk dibahaskan.

Jadi kita ambil jalan mudah. Satu ketika dulu aku pernah sibuk meng-kopi pasta forwarded email tetapi zaman itu telah berlalu. Kini kalau aku bukak inbox, yang tinggal cumalah spammers yang tak sudah-sudah nak suruh aku klik iklan mereka agar mereka dapat beberapa sen dari penaja. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk merehatkan minda aku seketika jika tidak beberapa minggu sekalipun; dengan cara menyiarkan semula artikel-artikel berhabuk dalam hard disk aku yang belum sempat anda baca. Entri pertama yang aku pilih kali ini bertajuk ‘Alter Ego’

PostScript : Entri asal untuk comeback yang sepatutnya bertarikh 1 Ogos 2009 tapi digantikan pula dengan entri ini ‘Permulaan Sekali Lagi’ yang lebih detail dan masuk akal dengan situasi semasa.



ALTER EGO



Alter seperti yang digambarkan oleh kamus Oxford Digital kat desktop aku bermaksud perubahan dari sudut karekter, penampilan ataupun komposisi. Sementara ego pula lebih bersifat self-esteem atau sifat kendiri. Dalam kata mudahnya maruah diri yang kita dukungi laa. Jadi adakah alter ego bermaksud nilai maruah kita yang sifatnya boleh diubah-ubah? Adakah ini bermakna bila aku memiliki alter ego selaku Akeji Hiroshi, maka nilai maruah aku berlainan berbanding ketika aku menjadi Ajai?

Entahlah, aku pun dok tiru orang je sebenarnya ni. Apa orang lain nak buat, aku pun gatal ikut nak buat. Orang kutuk Michael Jackson, aku ikut gelak sama. Orang sanjung R.I.P Mikail Jackson, aku pun gatal-gatal pergi download balik lagu-lagu lama dia. Orang lain ada masalah kekeliruan identiti sampaikan ada alter ego, aku yang takde masalah neh pun tetiba buat-buat macam ada masalah sama jugak. Masalah betullah…

Yang penting, dalam sudut penulisan aku bagi penggal baru blog aku neh (siap ada penggal-penggal pulak dah) aku akan cuba menulis dari dua perspektif bergantung kepada isu-isu berbangkit. Perspektif Ajai yang merupakan seorang yang berfikiran simple-minded, banyak menggunakan istilah “entah laa…” serta kuat berangan dan berimaginasi mengalahkan Mat Jenin.

Perspektif Akeji pula akan lebih kompleks dari itu. Dah macam ahli falsafah pun ada. Semua benda dia nak ada falsafah, prinsip tersendiri yang mana orang lain tak boleh tegur atau sentuh. Kalau try jugak konpem dia mengamuk pastu keji caci maki apa-apa yang patut. ‘Azwan Ali wannabe’ laa kot si Akeji neh (keh keh).

Tapi tak kira apa pun alter ego aku, aku tetap adalah insan sama yang korang kenali dulu. Mamat super romantik yang sifat jiwa-jiwanya tak boleh dinafikan lagi, serta suka buat lawak pervert tanpa mengira tempat dan masa. Touching, emo dan sensitif masih lagi antara sifat yang dibawa-bawa hingga kini. Dan penghargaan ke atas kehidupan serta benda-benda seni di sekelilingku masih menjadi pegangan. Tidak ada istilah baik atau perangai cam iblis dalam kamus hidup aku. Yang ada cumalah orang yang suka melawan arus. Kalau semua orang tengah berbaik-baik; tetiba aku cucuk jarum bagi bikin panas sama semua orang. Dan tatkala aku dikelilingi makbapak setan; tetiba aku jadi penceramah motivasi memberi nasihat hitu nasihat hini agar mereka tidak jauh tersesat dan kembali semula ke pangkal jalan yang benar.

Siapakah aku sebenarnya? Akulah bukti ketidaksempurnaan makhluk tuhan, di mana aku menyedarkan semua orang bahawa di dunia ini tidak ada orang baik yang tak pernah buat jahat dan tidak ada orang jahat yang tak pernah terfikir benda-benda baik. Akulah pemberi keseimbangan, akulah ‘yin’ dan aku jugalah ‘yang’ dalam dimensi korang. Akulah pelengkap segala-galanya. (Nampak tak ayat neh? Haa, neh ayat berunsurkan perspektif Akeji laa neh)

Sebagai penutup bicara, kalau korang perasan, aku memang jenis yang banyak bunyik. Bukan bermaksud aku ni peramah ke or suka bercakap; tapi ada je benda yang nak dikomplen atau tak puas hati. Ada je isu nak dijadikan renungan. Sampaikan ada member aku bertanya, “Ko nak tulis apa sampai berjela-jela kat blog ko Jai?” Aku kata, “Tunggu aje lah nanti…”