6.1.10

3 IN 1

Satu – bila aku bawak kereta Iswara aku yang tengah tunggu masa nak roboh tu melewati tol SILK Bukit Kajang;, haramkan nak senyum, bila aku ucap terima kasih (aku tak kira, aku memang suka thanks kat orang) menjawab pun dorang tak mau. Tapi bila aku ‘tolong’ drive kereta Lancer member aku, mak aih, masa bayar tol singgit, dorang senyum sampai ke telinga biarpun ketika itu aku cuma pakai baju pagoda dengan tak bercukur jambang serta tak mandi petang pula tu.

Dua – setiap hari membawa sebotol air masak/air kosong ke tempat kerja membuatkan tekak aku hilang selera. “Mak, buatkan Atan sebotol sirap. Boring laa balik-balik air kosong,” pintaku manja. Sejurus siap, aku mengambil sebotol lagi air kosong di dalam peti sejuk untuk dibuat bekap sebab aku tau air sirap aku tu akan cepat habis. “Eh, ko nak bawak air sirap ke air betul neh?” Tanya mak aku dalam nada kompius. “Kenapa, air sirap tu air tipu ke mak?” Kuang kuang kuang…

Tiga – Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed diwawancara Datuk Manja Ismail, editor kumpulan Berita Harian di TV3 hari isnin yang lalu. Bila ditanya “benarkah ada tekanan dari ahli politik dalam SPRM cuba menyiasat sesuatu kes?” beliau menjawab, “Kita kena ingat bahawa kerja sebagai petugas SPRM sememangnya satu kerjaya yang begitu pressure. Dalam tinjauan Jobstreet pun menyatakan kerjaya ini menduduki tangga ketiga dalam kerjaya paling mencabar di Malaysia selain kerjaya Perdana Menteri dan surgeon (doktor bedah)”. Eh, neh menjawab soalan ke atau putar alam? Sudahlah acapkali apabila ditanya mengenai kes berprofil tinggi; beliau mengalih perhatian supaya isu itu tak disentuh kerana sedang dalam pemerhatian mahkamah. Paling tak boleh blah apabila beliau mengatakan “masyarakat harus tahu bahawa kerja kami bukan nak mendakwa orang, kami cuma menyiasat. Kami tiada hak untuk mendakwa.” Ye la tu, tapi siapa pulak peguam negara dan hakim-hakim kalau bukan geng diorang gak?



~Killing three musketeers with one sword.~

9 KoMen:

Mak Su said...

1. depa memandang kepada jenis kereta? nyampahlah ngan orang mcm tu

cendawanintim said...

anak sape neh, rajin bawak bekal air sirap kat opis....siap ada bekap air lagk tuhhhhhhhhhhhhhh...kagum!

dekboy said...

nak gelak plak baca entry ni..nak bab air sirap tu..hahaha

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : biasa lah maksu. manusia sudah menjadi hamba persepsi di zaman ini. tidak adal lagi sifat merendah diri dan berbaik sangka.

termasuk lah saya.


ibu cendawan : harus lahhhh...


dekboy : keh keh. sebenarnye ade scene kene lempang ngan mak pasai kuang hajo tapi malas nak diceritakan. boleh gitu?

Intan and The Boys said...

satu-orang tol pon pandai pilih kasih oh!

dua-air putih, air jarang, air betul. nama air kosong/sky juice yang tiada perisa tapi elok diminum selalu. hehehe.

tiga-itu olang macam ular. hahaha!

Unknown said...

musketeers??? teringat cerita yang ada lagu jai ho tuu :)

Anonymous said...

hahahaha...

kelako jwpn SPRM ithu..

sgt kelako..

blajo knfm tggi jwpn nak lari..

nur'ain said...

hahaha...suka entry ni. kurang melalut :)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

puteritortoise : haha. selalunya kat umah panggil air putih. tu yg heran bila mak tiba2 guna istilah air betul.

cik epal : belum tgk. err, slumdog millionaire ke ape?

antu-satu : sarcasm mu terserlah!

ain : byk lagi entri pendek camneh. cuma tak sesuai ngan konsep banyak bunyik.

ini pun dah compile 3 story baru brani nak publish. hahah!

:P

Post a Comment

Any Comment? Anybody?