25.1.10

CHEERLEADER

Aku kaki bangku. Lihat, aku mulakan entri ini dengan pengakuan berani mati.

Seandainya kamu bermain bersama atau sekurang-kurangnya menyaksikan aku bermain bola, pasti terbit persoalan dalam benak. “Mamat neh masa kecik dulu kaki tak bedung ke apa?”

Aku menekankan fokus pada kaki kerana yang bangku adalah kaki aku. Bukan tangan. At least tangan aku neh boleh jugak laa memaparkan aksi-aksi goalkeeping yang agak boleh tahan (ceh, poyo).

Baiklah, aku sendiri pun dah kompius apa kaitan cerita aku main bola dengan cheerleading pulak neh. Begini, ketika aku kecil, kakak aku ada meminta pertolongan dari mak aku untuk menghasilkan pom-pom dari tali rapia dan kertas warna. Dan aku saksikan mereka bermain pom-pom untuk sukan sekolah mereka. Aku bertanya pada mak aku, “Mak, Ani dengan Oni (kakak aku) tu tengah buat apa?”.

“Dorang tengah bersorak.” Ooh. Bersorak namanya. Kakak-kakak aku bersekolah di St. Theresa, Brickfields jadi korang leh bayangkan laa betapa aku khusyuk melihat rakan-rakan kakak aku memakai skirt-dress berwarna biru gelap sambil terloncat-loncat cuba menunjukkan betis siapa lagi putih. Eh, kecik-kecik pun dah gatal ke?

Sejurus meningkat remaja dan akil baligh, aku dapat tahu ahli pasukan sorak atau cheerleaders ini merupakan fenomena yang dicetuskan dari Amarika. Secara perlahan-lahan, ia mula menyerap secara senyap untuk berkembang dengan serius di sekolah-sekolah di Malaysia. Mulalah muncul pasukan-pasukan sorak yang bertanding di kejohanan antara sekolah-sekolah. Pada ketika itu aku bertanya pada seorang sahabat aku, “Weh, sejak bila cheerleading dikategorikan sebagai sukan?”. “Ko jangan. Ko ingat senang ke nak buat lompat-lompat bentuk piramid neh. Aku ingat kalo ko masuk cheerleading pun konfem ko failed!” ujar beliau sambil meneruskan penontonan di kaca tv dengan khusyuk yang memaparkan anak-anak dara memakai skirt tengah buat backflip. Huh?!

Hari ini, cheerleading bukan lagi sesuatu yang menghairankan hatta sekolah-sekolah pun dah banyak yang menjalankan majlis graduasi penuh grand beserta ada prom night pula di sesetengah tempat.

Adakah aku nak mengomel mengenai perihal orang kita yang suka meniru budaya asing tanpa mengkaji natijahnya terlebih dahulu? Tidak. Apa yang aku nak cakapkan ini sebenarnya ada kaitan dengan aktiviti aku bermain bola di permulaan entri tadi.

Satu kenyataan bahawa apabila ramai gadis menonton aku bermain futsal, secara tiba-tiba aku menjadi berani untuk membuat diving serta tampanan-tampanan bergaya di gawang gol. Walaupun kebiasaannya pasukan yang aku wakili tidak bertahan lama seperti pasukan lain, tapi dengan adanya ‘semangat keyakinan’ ini, sekurang-kurangnya aku telah menampilkan persembahan bertenaga jika dibandingkan waktu ‘takde semangat’ yang mana aku tak ubah seperti sebatang pokok balak menanti masa untuk di-chainsaw di hadapan tiang gol tersebut.



Bayangkan sekiranya Malique memberikan kebenaran untuk bininya, Melissa Maureen Rizal memakai uniform cheerleaders melompat-lompat sambil menjerit nama aku, pastinya persembahan aku bak Iker Casillas atau sekurang-kurangnya seperti Sharbinie Alawee.

Ooh, marilah kita sama-sama bayangkan.



~Dah berkurun aku tak layan Samarinda. Tetiba jadi syok pulak nak layan Nigina. Entah laa kenapa~

8 KoMen:

Intan and The Boys said...

:)
hehehe. aku pon suka tgk cheerleader.

Unknown said...

nigina cite apa???

Mak Su said...

budaya oh budaya... ikut2an corak hidup orang puteh tak sunat tu adalah norma sekarang ini.... barulah namanya advance. huhuhu (betoi ker depa tak sunat?)

(tiba2 jer komen pasal sunat, hairannyer)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

princesstortoise : aiyarkkk!

epal : citer samarinda yang baru. skang tgh bersiaran. kat uia takde tivi ekk? :P

maksu : tu laa tuu maksu. ahhahaha.

err, rasenye (neh agak je tau) dorang dah sunat gak laa kot. lalalala...

AkubukanSofiaJane said...

hahaha.tak lain sbb melissa la tuh tgok nigina.takkan sbb jalaluddin hassan kot.hee.

i willing jd cheerleader pd rugby team jek.yg len xmo.haha.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

american football pun berasal dari ragbi. so boleh laa dikatakan cheerleading (mostly utk american football team across US) berasal dari cheerleader untuk ragbi juga. haha.

cuma kalo player american football pakai seluar panjang, sementara player ragbi pakai short pendek, maka camne gamaknya rupa uniform cheerleader ragbi ekk?

wakakaka. nak youtube jap.

Mohammad Al-Aiman said...

haha
alah
kalau iye la si bini malik ni nk jd cheerleader time futsal
ko tu iye ke nk main betul2
ntah2 bkn pandang bola,tp pandang dier jer
chit!
poodah!
=D

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

gile dowh. aku leh diving tahan bola sambil kenyit mata kat die tu. wa cakap lu.

wakakakaka....

Post a Comment

Any Comment? Anybody?