Vokal Jaclyn Victor dikenali ramai kerana kemantapannya. Ia juga kekal konsisten apabila Jac perlu menyanyi lagu yang mempunyai nada tinggi. Tapi Jac belum ada kosert solo seperti yang pernah dijayakan Datuk Siti Nurhaliza. Jadi kita tak tahu samada kualitinya benar-benar teruji atau tidak.
Beliau kini sudah bergelar artis profesional maka persoalan itu tidak sepatutnya timbul. But it’s nice kalau kita dapat menguji semaksimum yang mungkin sejauh mana Jac boleh menarik pitchingnya.
Dalam album terbaru Jac, beliau ada menyanyikan semula lagu Gemilang, disertai juga dengan medley puluhan lagu lain yang antaranya pernah tersenarai dalam anugerah-anugerah tertinggi seni nyanyian negara.
Walaupun video yang aku tampilkan ini rakaman di dalam studio, tetapi aku tetap harus memuji beliau terutama bila beliau menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu. Ye, aku tau ramai lagi artis yang beliau cover memiliki kehebatan vokal masing-masing tetapi kalau anda terasa ingin nak berkaraoke lagu Amy Search, haruslah anda tepuk dada tanya selera berulang-ulang kali.
Tak sabar nak menunggu beliau menyanyikan lagu ini secara live.
“Terima Kasih Beri Job Yang Tak Di Sangka-Sangka..” – Datuk Red Jadi Model
Jakel, Ramai Terkejut Rupanya Ada Bakat Terpendam
-
Suami kepada penyanyi popular Adira Suhaimi iaitu Datuk Red yang sedang
menjadi bualan ramai kini kembali meraih perhatian apabila diumumkan
menjadi mode...
1 hour ago
0 KoMen:
Post a Comment