13.1.10

PEE-WAN



Bagi mereka yang belum tau, aku berhubung dengan dunia internet melalui bantuan jalur lebar yang popular dengan nama P1 atau nama penuhnya Packet One Data.

P1 diperkenalkan pada aku oleh sahabat aku saudara Amarizal. Di mana beliau sebelum itu ada melanggan Maxis Broadband tetapi line slow nak mampus. Promosi besar-besaran ketika P1 baru dilancarkan berjaya menggamit dirinya untuk menjadi pelanggan terawal. Pada mulanya aku agak skeptical dengan wireless broadband ini kerana pernah melanggan fibre-optic broadband iaitu Streamyx satu ketika dulu tetapi line tetap jugak tak stabil apatah lagi ketika itu kebetulan baru sahaja berlaku gempa bumi di Taiwan yang menyebabkan gangguan talian kabel di bawah dasar laut.

Setakat nak donlod video kat P2P seperti Kazaa atau Limewire, tak sah kalau tak makan masa lebih 24 jam. Bayaran permulaan bulan pertama juga sangat tinggi dan tak masuk akal bagi aku. Belum lagi kalau nak cerita bab kontrak perjanjian langganan minimum selama setahun itu.

Unlimited bandwidth? Ye, memang sungguh unlimited sehingga menggalakkan ramai puak (seperti aku juga) yang mengonlinekan desktop mereka selama 24 jam sehari semata-mata untuk download movie atau album artis. Membuatkan traffic bandwidth semakin sesak dan memberi kesusahan kepada pelogin baru.

Oh ye, sebelum aku memasang Streamyx, aku juga sedar akan risiko yang perlu aku tanggung akibat lebihan bil apabila aku dipaksa untuk memasang talian telefon sekiranya mahu memohon talian Streamyx. Talian telefon juga ada yuran pemasangan pada bulan pertama, menambahkan lagi pening kepala untuk aku membayar bil mereka.

Dan, selaku seorang lelaki yang agak buaya dulunya (sekarang tidak lagi), bergayut dengan mana-mana awek di hujung corong telefon tanpa mengira di mana lokasi mereka berada hatta Sarawak sekalipun, tidak membantu aku untuk kekal konsisten menanggung segala bebanan hutang yang ada.

Yang aku hangin tu, sebab ketika aku mula nak mendaftar, aku mendapat tahu TM ada melancarkan talian telefon tetap prabayar, yang mana mungkin boleh membantu aku mengawal segala nafsu buas aku dalam proses mengayat awek di sana sini itu; namun bila aku dah siap isi borang, baru laa petugas TM mengatakan “Kalau awak nak pasang Streamyx, awak tak boleh pakai line prepaid neh.” Cam haram tak?

Dengan polisi perniagaan mereka yang entah apa-apa tuh, tambahan pula ketagihan aku dalam ber-online, membuatkan aku rasa marah yang amat pada mereka kerana berjaya menarik aku ke lembah menanggung kredit hutang menimbun pada usia muda di kala aku masih naïf dan tak tau apa-apa.

Okeh, mungkin pandangan aku neh bias sikit dan penuh kontroversi kerana aku masih tersenarai sebagai salah seorang penghutang tegar mereka yang cukup liat nak melunaskan sejumlah lebih RM1000 hutang kepada mereka. Namun aku percaya antara-antara faktor yang aku sebutkan di atas, berserta juga dengan fenomena gempa bumi yang lalu yang membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia terputus hubungan internet selama 2 hari (tidak ada akses untuk online banking, credit card payment hatta nak buat video conference meeting antara syarikat dengan pelanggan sekalipun) membuka mata banyak pihak supaya TM tidak lagi dibenarkan untuk memonopoli pasaran jalur lebar negara. Maka mula laa muncul pelbagai Wimax yang ada termasuk P1 dan Amax.

Kini barulah TM beria-ia mula memperkenalkan polisi baru seperti teknologi wireless dan pengecualian pemasangan talian tetap di rumah.

Huh!

Setelah lewat beberapa bulan sahabat aku melanggan P1, aku meneliti kawasan liputannya untuk dijadikan panduan dan mendapati kawasan tempat aku bekerja di Cyberjaya telah dirangkumi. Untuk tidak melakukan kesilapan kali kedua, aku mengumpul sejumlah RM200 terlebih dahulu sebelum melanggan kerana aku tak mahu lagi tertipu dengan pujukan “Ambik je dulu bang, bayar kemudian” seperti yang pernah berlaku ketika aku gatal nak pasang Streamyx dulu.

Bayaran pertama RM210 dengan pembelian modem sebanyak RM50 atau RM100 (aku dah tak ingat) dan bayaran bulanan RM99 dengan kontrak 24 bulan. Tak banyak berbeza dengan zaman aku pakai Streamyx cuma kali ini aku tak disemakkan dengan pembayaran bil telefon sementelah aku lebih selesa memakai henfon prabayar saja.

Speed? Sekiranya anda dalam lingkungan liputan, P1 mampu untuk melayan kehendak speed yang anda perlukan biarpun seandainya kesemua isi rumah adalah pelanggan P1 dan sedang online, anda mungkin berdepan dengan sedikit kesesakan bandwidth. Bagaimanapun itu agak mustahil kini kerana P1 bukan pemonopoli pasaran jalur lebar seperti TM satu ketika dulu.

Lagipun mereka ada polisi fair usage yang mana sekiranya anda telah memenuhi kuota bandwidth bulanan anda (dalam kes aku 20GB sebulan) speed anda akan dikurangkan untuk memberi laluan bagi mereka yang masih belum penuh kuota serta mereka yang membayar pelan yang lebih mahal. Ramai yang menganggap ini satu kesulitan tapi bagi aku cukup adil laa tu berbanding Streamyx dulu.

Kawasan liputan? Masih terlalu kecil jika dibandingkan broadband yang ditawarkan pengguna Maxis atau Celcom tetapi kerana berkapasiti 4G, maka speed yang anda perolehi lebih hebat dari mereka. Anda juga masih akan dapat signal sekiranya berada dalam jarak radius 500 meter dari kawasan liputan terdekat walaupun speed anda terhad.

Setakat ini, khidmat pelanggan mereka masih cemerlang (mungkin kerana pelanggan belum ramai) membuatkan aku tak lokek nak buat bayaran setiap bulan. Boleh dikatakan setiap kali aku telefon P1 Careline, mereka sedaya upaya membantukan cuba menyelesaikan masalah dan setiap e-mail feedback yang aku hantar pasti akan direply dalam jangkamasa kurang seminggu.

Cuma aku belum pernah menghadapi masalah yang besar maka aku tak tau bagaimana mereka akan meng-handle masalah aku di kemudian hari. Setakat ini, kunjungan aku ke service center mereka pun hanyalah sekali kerana aku tertukar modem (kesilapan sendiri) dengan sahabat aku tadi yang membuatkan aku tak dapat online kerana beliau tak bayar bil. Hampeh ko Ijal!

Aku tidak kata kualiti atau polisi P1 adalah yang paling berkualiti, tapi bagi aku mereka tetap adalah terbaik buat masa ini berbanding pesaing mereka, membuatkan aku mahu setia memilih mereka. Walaupun aku tak dapat potong; sebab aku dah pernah ‘kena’ potong, tetapi potong atau tak, kenikmatannya tetap terasa.

Dan baru-baru ini aku dapati kawasan bilik di rumah aku dah ada line walaupun cuma signal kuning (medium speed).

Menambahkan lagi keterujaan!

Lalalala…



*Gambar neh tade kena mengena sebab neh gambar promosi Wiggy sedangkan aku cuma pakai Desktop Modem sahaja. Tapi suka aku laa nak upload gambar apa pun, kan? :P



Boss-boss P1 sekalian, anda bolehlah membayar royalti pada aku sejumlah RM2.5 juta sahaja berikutan penyiaran entri ini. Kemurahan hati anda amat dihargai.

12 KoMen:

Intan and The Boys said...

kehkehkeh. siap mintak royalti lak tu.
(psst. kalau kod dapat royalti tu, sila open table okeh! hehehe)

Mak Su said...

mmg ramai komplen streamyx... maksu bercdg nak guna pee wan, tapi baru pasang niat, kira oklah tu, ek. kena beri royalti ker?

Unknown said...

nak jual laptop ke jual awek tu?? :D

dilot said...

haha..betul tu cikepal..nak jual barang ke jual orang tu...

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

puteritortoise : tgk laa kalo ade belen. wakakaka, keji!

maksu : laa, igtkan maksu dah potong. keh keh. perlu royalti tu maksu, kerana diriku begitu berharga. hak tuihh!

cik epal : due2 kantoi! ahahahaha... nak jual wiggy sbenarnya. laptop sekadar hiasan, begitu juga dgn amoi sekalian.

comel said...

Saiz Diameter 43mm x Tebal 4mm
Panjang tali 260-350mm (Adjustable)

Bungkusan Setiap Pendant di dalam kotak ekslusif beserta sebuah Kad Keaslian.
Setiap Pendant mempunyai nombor siri unik yang dicetak pada kedua pendant & Kad Keaslian.


Untuk makluman, produk ini adalah 100% Original Fusion Excel Quantum Scalar Energy. Ia didatangkan dengan kad aunthencity yang mana ada no siri yg sama dengan no siri dibelakang energy pendant itu.


Saya menawarkan 7 hari 100% moneyback guarantee pada semua pembeli jika mendapati produk ini palsu. Hantar semula kepada saya (pos ditanggung oleh pembeli) dan saya akan pulangkan wang anda 100% tanpa soal jawab.

RM 169.90 siap penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia. Harga market Rm550.00. Kenapa bayar lebih untuk produk yang sama?? Order sekarang!!! Offer terhad!!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

dilot : kalo jual org, ko nak beli ke? ahahaha.


err, mentang2 laa aku buat entri iklan p1, ade je pengiklan2 tegar mula menjengah ye.

haha, lantak laa.

aku tanak beli. tak percaya kat tangkal azimat neh semua. lalalala...

Kak Lia said...

at least ko masih mampu nk beron9 24jam....mama nih???? 8 jam je tau...lagi smekinnn :((

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

adeh mama... sedih dgr.

eh, blog dah kene potong ke ma?

Hami Asraff said...

komen dari gua. gua penah pakai streamyx dan now wimax. 2 minggu pertama memang best. laju. maybe mukadimah nak tarik customer. setelah melalui angin monsun barat daya bersamaan 2 bulan encik wimax ini mula menunjukkan belangnya. nak buka blogku yang hampes tu pun memerlukan kurang 2 minit lagi untuk cukup 1/2 jam. kalau 'bebanbawah' lagi la. the big problem is sharing. and ketrouble sering terjadi apabila tiba waktu dinihari ( peak hour ). pukul 8-9 malam tu jangan harap la ko buleh buka dengan sepantas super saiya. oh gua dok seksyen 7 shah alam. munkin' penduduk sini kebanyakannya telah memilik encik wimax. entah la labu. bila terjadi kehampesan begini, mulalah gua terfikir iklan 'potong'. maybe suruh potong wimax la kot. boleh jadi. oh terkomen panjang la pulak. mungkin mempunyai misi membalas dendam terhadap komen2 yang dilemparkan oleh kamu terhadap blog ku. xiexie ( bahasa mandarin. maksudnya terima kasih ). last but not least, det 2 gurls la maybe punca penarikan keorang untuk memasang wimax? oh why not!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

adeh lu neh mat. memang tak patut laa aku gelarkan ko mat jambu. patutnya mat sengal. ayat memang superb terbaik dari ladang.

a'ah laa member aku yang duduk seksyen 23 (eh ke 28? belakang alam megah) pun sedang mengalami permasalahan yang sama. mungkin user traffic kot.

aku kat cyberjaya riang ria mendownload dua movie satu hari. kalo aku kat umah (kajang) mmg takde coverage jadi aku terpaksa songlap line dari asa jaya atau bandar tek. sebab tu dpt signal ciput. but at least dpt gak laa merasa online.

oh ye, aku lupe nak tekankan satu benda kat entri neh. mobility. boleh online di mana sahaja asalkan ade line. penting utk aku sebab aku jarang dok umah/satu tempat.

dgr cerita streamyx pun nak start wat camtu gak. pasneh takleh laa dorang tayang iklan campak modem dalam tong sampah tu lagi.

huhu, silap besar laa ko bersilaturrahim dengan aku neh. aku akan celen fight tgk sape lagik byk bunyik. tak kira bab tulis entri atau balas komen. haha.

:P

Hami Asraff said...

haha ~ dengan ini gua secara rasminya akan mefollow blog lu. nantikan kemunculan gua mengegarkan wilayah AsCorp kamu nie.

Post a Comment

Any Comment? Anybody?