21.5.10

KEHILANGAN





Macam biasalah. Tajuk sememangnya selalu tak selari dengan isi. Walaupun tetap berhubungkait jugak sebenarnya.

Aku tak suka tengok cerita Lost. Semenjak aku diperkenalkan dengan siri itu beberapa tahun lepas oleh kakak aku di saluran 8TV, aku sudah menjangka ia akan menjadi sebuah drama bersiri meleret-leret, penuh dengan cliffhanger dan suka mempermainkan perasaan dan emosi penonton.

Aku benci cerita anti-klimaks ok. Macam telenovela Mis Tres Hermanas semua tu.

Filem melayu pun banyak jugak yang macam tu. Kalau tak anti-klimaks pun, bila dapat box-office success sikit je, dah mula berura-ura nak buat sequel. Kalau best takpe laa jugak.

Eh, dah jauh benar aku lari topik neh.

Awal tahun hari tu aku terbaca news headline kat internet pasal Lost musim keenam. Sedar tak sedar dah 6 tahun. Aku dapat tahu ia musim yang terakhir. Maka aku mula laa berjinak-jinak menonton episod-episod ulangan di Astro. Kebetulan pula mereka menyiarkan dari musim pertama. Cuma aku tak dapat nak follow setiap episod laa kan. Macam laa aku ni dah takde kerja lain pun.

Seperti yang aku sangka, seperti yang aku duga, siri tu memang menarik. Tak pelik laa apabila ia dikatakan drama bersiri paling mahal dalam dunia. Penuh dengan unsur mistik, special effect, penulisan yang padat dan detail, penggambaran yang memerlukan lokasi serata dunia. Ia juga cukup thrill dan suspen di samping tak melupakan selingan komedi sikit-sikit.

Sejak dari itu, website wiki/Lost menjadi antara yang paling kerap aku lawati untuk mengenali watak-watak penting dalam cerita tersebut. Kerana sudah sampai ke musim terakhir, maka sudah tentu butiran mengenai watak sudah hampir complete dan boleh dijadikan rujukan berguna di sana.

Tak ada cerita menarik pun sebenarnya aku nak ceritakan di sini. Ia cuma nak menerangkan aktiviti harian aku sehari-hari je.

Namun, bila aku amati semula, aku perasan yang aku juga sedikit ‘lost’ semenjak mengikuti drama ini. Bila mengadap laptop, aku tau ada banyak aktiviti yang boleh aku lakukan. Aku boleh main game, boleh layari internet, boleh buat blog, boleh ehem ehem.

Walaupun ada banyak aktiviti, ada ketikanya aku seperti tak tau nak buat apa. Ada masa aku cuma tercegat keseorangan memikirkan:

“Seriously, aku dah takde benda lain ke nak buat neh?”





3 KoMen:

Kak Lia said...

jom gi jengjalangggg mau ka???

Intan and The Boys said...

tak pernah tgk lost tu. sebab aku pon dah macam ala2 lost bila tgk. hahahaha~

Mohammad Al-Aiman said...

kau punye intro tu mcm tulis tp x serupa bikin
konon konon xsuke drama yg meleret leret
tp aku tgk kau tu layan jgk drama melayu yg meleret leret tu
kan?
hish

p/s : aku pon naik lost bace entri kau ni..

Post a Comment

Any Comment? Anybody?