3.5.10

LELAKI BESI 2

Sebelum aku berceloteh panjang (macam biasa) aku nak bukak mukadimah entri neh untuk encik Aiman.


“I don’t play tag because I’m cool.”

Kah kah kah.

Dia bagi aku tag 10 soalan untuk dijawab 5 perkara. Aku berfikir, “kalo aku jawab satu perkara sampai 1 page karang, tak pasal-pasal single entri aku nanti boleh jadi 50 page.” Wakakaka. Gila haramjadah. Ingat aku nak buat tesis ke apa?





Bercakap pasal tag, aku sertakan embedded video di atas dari youtube berkenaan iklan Nike yang bagi aku sangat cool. Aku rasa ini je lah tag yang aku sanggup main pun. Kah kah! :P

Okeh, kembali pada topik asal entri. Korang dah tengok Iron Man 2? Belum? Nah, korang layan trailer dia je dulu.





Tony Stark adalah satu watak yang sangat menarik. Apatah lagi ia dimainkan oleh Robert Downey Jr. Bagi mereka yang tak familiar dengan hasil kerjanya, aku cadangkan anda menonton Sherlock Holmes. Walaupun cerita Sherlock Holmes kurang menarik bagi aku – sebab agak linear dan sudah boleh dijangka – tapi lakonan beliau dalam filem itu menggambarkan bakat sebenar beliau. Atau korang boleh sedikit santai melihat beliau membawa persona sebagai orang kulit hitam dalam filem Tropic Thunder. Cuma filem itu agak main-main sebab ia dark comedy.

Mengikut cerita dari Stan Lee – pencipta Iron Man – watak Tony ini mendapat rujukan dari Howard Hughes, seorang jutawan Amarika di pertengahan abad ke-20 yang terkenal dengan kontroversi serta perangainya yang pelik. Memetik kata-kata Stan Lee: "Howard Hughes was one of the most colorful men of our time. He was an inventor, an adventurer, a multi-billionaire, a ladies' man and finally, a nutcase". Untuk anda mengenali si Howard ini pula, aku sarankan korang menonton The Aviator lakonan Leonardo DiCaprio.

Kalau orang tanya aku “apakah impian kamu yang paling besar?” aku akan jawab “untuk hidup bebas tanpa perlu terhimpit dengan bebanan keperluan mencari pendapatan; berbelanja mengikut suka hati, meluangkan masa melayan perkara-perkara yang aku suka, dan menghiburkan mereka-mereka di sekeliling aku.”

Maka melihat Tony Stark yang terkenal sebagai genius yang sukakan sarcasm dalam memuaskan ego berlagak beliau, aku rasa seperti melihat déjà vu pula. (ceh, poyo!)

Watak antagonisnya diperkenalkan dengan nama Ivan Vanko (diinspirasikan dari Whiplash, tapi digabungkan dengan sedikit elemen seakan-akan Mandarin dan beberapa seteru utama Iron Man dalam komik) dibawakan oleh Mickey Rourke – satu lagi nama besar yang terkenal dengan stail lakonan luarbiasa, penuh professional dan komited untuk menjayakan watak yang didukungi.


War Machine, yang pertama kali menonjolkan diri dalam filem ini; merupakan watak sidekick Iron Man, iaitu sahabatnya sendiri Kolonel James Rhodes. Untuk filem sequel ini, watak tersebut digantikan dengan pelakon Don Cheadle (asalnya ia dimainkan oleh Terrence Howard).  Seorang pelakon yang cuma aku kenali menerusi filem Ocean’s Eleven. Secara peribadinya, aku tak suka apabila satu-satu produksi yang menghasilkan filem sequel atau spin-off tanpa membawa pelakon lama bagi menghidupkan semula watak tersebut – tidak kira apa alasan sekalipun. Ia agak potong thrill la. Antara filem terkenal yang pernah mengulangi kesilapan ini adalah seumpama Batman : The Dark Knight menggantikan watak yang dilakonkan Katie Holmes dengan Maggie Gyllenhaal. Walaupun aku akui pemilihan pelakon-pelakon professional ini membantu untuk mempotretkan kembali watak tersebut pada skala yang hampir serupa (apabila tona suara, gaya berjalan, postur badan kesemuanya kelihatan hampir sama) tapi ia tetap satu kecacatan yang sepatutnya boleh dielakkan; bagi aku laa.

Justin Hammer, pesaing Stark Industries dalam membekalkan peralatan ketenteraan dilakonkan oleh Sam Rockwell, adalah watak yang agak comical. Di mana beliau digambarkan sebagai ‘loser’ apabila gagal mendapat perhatian media berbanding Tony. Serta suka pula buat lawak-lawak sarcastic yang tidak kena tempat dan tidak menjadi. Watak ini kurang siginifikan bagi aku, tapi Sam Rockwell ini aku kenali menerusi watak Wild Bill beliau dalam filem Green Mile. So secara overall aku berpuashati dengan pembawakan karakternya yang berjaya mewarnakan plot Iron Man 2 ini.

Pepper Potts dan Nick Fury aku malas nak elaborate. Sebab watak ulangan. Tapi watak baru yang diperkenalkan iaitu Black Widow atau Natasha Romanoff yang menampilkan Scarlett Johansson sebagai pelakonnya, ternyata satu bonus buat peminat seperti aku. Kenapa tidak? Isteri Ryan Reynolds yang berusia 26 tahun ini dan mempunyai ukuran badan 36C-23-35 tampil dalam beberapa adegan sambil memakai kostum Black Widow – baju kulit ketat bergetah yang memaksimumkan visual asetnya di layar skrin pawagam gergasi. Aku rasa ia sudah cukup untuk diberi kredit kepada produksi filem ini atas ‘hasil usaha dan kerja keras’ mereka. Tahniah!

Watak Happy Hogan juga kembali dimainkan pengarah filem ini sendiri, Jon Favreau. Aku pernah menonton satu dua filem lakonan beliau (biasanya beliau diberi watak komedi) dan sebenarnya sampai ke hari neh aku masih tak percaya yang beliau ada bakat besar dalam bidang pengarahan. Cuma watak Happy neh aku nampak telah ‘disempitkan’ oleh beliau sendiri dan tidak begitu menyerlah sebagai salah seorang rakan karib Tony. Mungkin kerana plot asalnya iaitu beliau sepatutnya akan menjadi bakal suami Pepper kelak serta mengkhianati kepercayaan Tony, Jon rasakan watak ini tak perlukan pendedahan meluas kepada penonton. Bimbang-bimbang ia akan mempengaruhi minda penonton dari sudut negatif. Aku rasa laa.

Itu je lah watak dominan pun yang aku dapat perhati. Kalau aku ada tertinggal watak lain, sorry ye.

Plot dan skrip cerita tidak lagi begitu menterujakan seperti Iron Man sebelum ini tetapi ada juga satu dua keypoint yang agak menarik. Paling menyerlah adalah apabila Tony cuba mencarik penawar kepada penyakitnya (keracunan darah) yang mana beliau perlu mesintesiskan unsur nuclear yang baru yang pernah ditemui mendiang bapanya lebih 30 tahun yang lalu.

Lain-lain lebih kepada memperkenalkan watak Tony yang sedang berkonflik dengan dirinya. Di khalayak umum, beliau dikenali sebagai playboy popular dan suka mengeluarkan statement-statement menganjeng tetapi di dalamnya terperangkap satu jiwa sensitif yang cuba menilai kembali kehidupannya dari kacamata beliau sebagai seorang manusia normal yang cuma memakai topeng palsu. Pertembungan emosi antara beliau dan Pepper juga semakin detail dalam filem kali ini dan lebih meperlihatkan pada penonton sifat romantik beliau yang sebenar.

Terdapat banyak adegan yang cuba mendefinasikan keperibadian watak-watak superhero ini terutama apabila ia berkaitan dengan organisasi S.H.I.E.L.D.S. Aku percaya Marvel Studios sedang cuba mempersiapkan minda penonton untuk lebih penghayatan kepada filem mega mereka di tahun 2010 nanti – The Avenger. Filem yang akan membariskan beberapa watak superhero itu dipercayai memerlukan pemahaman istimewa dari penonton layar perak secara amnya dan peminat siri komik Marvel, khasnya.

Hollywood neh kalau buat cerita, dorang punya preparation memang diakui sangat detail laa. Kalau tidak masakan cerita Hulk sendiri (salah satu premis yang ada kaitan dengan The Avenger) dibikin sebanyak dua kali dalam masa 5 tahun?

Apa pun Iron Man menjanjikan juga paparan aksi CGI yang cukup menterujakan peminat fanatik komik ini. Jika sebelum ini mereka cuma boleh melihat gambar 2-D atau siaran kartun di TV, kali ini mereka boleh membayangkan pertarungan sengit Iron Man dan War Machine menentang Iron Drone dengan paparan penuh realisitik. Cuma, bagi aku, CGI ketika perlumbaan Monaco agak kartun sikit laa; baik visual kereta lumba itu sendiri mahupun kereta Rolls Royce yang dijahanamkan oleh Whiplash. Lain-lain bagi aku memang dah cukup terbaik.

Oh ye, korang ada tertanya tak macam mana Iron Man pergi toilet bila pakai sut tu? Haa, Robert Downey Jr. ada menunjukkan demonstrasinya dalam filem ini siap dengan mimik muka yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Ahhahaha…

Mereka mengatakan Iron Man 3 akan menyusul selepas ini. Tapi segala kerja penulisan skrip dan pra-produksi masih belum berjalan. Jadi kita cuma terpaksa menunggu lagi sekali dengan penuh saspen apa pula yang akan dipersembahkan mereka nanti.



~Sape nak teman aku pergi tengok 2 Alam?~

5 KoMen:

Mak Su said...

best ker iron man? macam hero tuwa jer.... oops!

Mohammad Al-Aiman said...

aku xbace pon entri kau ni
sbb panjang haram jadah
ahaha
=D

ni aku nk pesan
g tgk movie nnt bwk pampers eh?

oh
patut la entri panjang
kau kn cool?
ahaha

jebus said...

penulisan kau ni macam lancau.

Umi Nazrah said...

hukhuk..blum dpt tngok lg cita ni..kt tmpt keja ni tak leh nk download :(

Unknown said...

1xbet - No 1xbet Casino | Live dealer casino online
1xbet is a reliable casino site that 1xbet 먹튀 offers a great casino kadangpintar games from novcasino the best software providers for the regulated gambling markets. https://septcasino.com/review/merit-casino/ Rating: 8/10 · ‎Review by 출장마사지 a Tripadvisor user · ‎Free · ‎Sports

Post a Comment

Any Comment? Anybody?