15.5.10

MY NAME IS NOT KHAN, AND I’M NOT A DATUK

Siapa pernah menonton Kuch Kuch Hota Hai?

Bagaimana pula dengan Kabhi Kushi Kabhi Gham?

Karan Johar pernah mengarahkan kedua-dua filem ini. Dan kini beliau tampil pula dengan sebuah cerita yang memiliki tajuk omputeh; tidak lagi berbahasa Hindi seperti biasa. Sepertinya sudah menjadi regularity pula bagi pembikin/pelakon/penyanyi arena Bollywood semakin melupakan bahasa ibunda mereka yang aku kira sebagai indah dan mengasyikkan itu.

Seperti yang kita tahu, filem My Name Is Khan (MNIK) merupakan sebuah projek mega; apalagi jika ia membariskan kerjasama antara Karan Johar, Shah Rukh Khan dan Kajol. Seringkali entah bagaimana hasilnya tetap akan menjadi.

Untuk filem ini, aku mungkin agak skeptical lantas mengambil masa yang agak lama sebelum memutuskan untuk menontonnya jua. Ini kerana pengalaman menonton beberapa filem (terutamanya melibatkan Amitabh Bachan) dalam era pasca millennium ini seringkali mengecewakan aku kerana melihat betapa terdesaknya pengkarya-pengkarya filem sana cuba menerapkan unsur kebaratan dengan melambakkan adegan-adegan seks serta mengupah pelakon kaukasia yang tak berapa boleh blah untuk ikut menari bersama mereka.

Kadang-kadang, rasa cam nak mencarut je aku tengok.

Namun menerusi trailer filem ini, kita sudah boleh menjangka MNIK adalah sebuah garapan yang serius mengenai isu yang lebih besar dari sekadar cinta tidak kesampaian dan bla bla bla dan sebagainya. Aku pula memang menggilai lakonan Shah Rukh walaupun keperibadian beliau sebenarnya agak tak boleh pakai sangat. Ayat manis je lebih mamat tuh.

Tetapi untuk beliau membawa watak seorang pengidap Asperger’s Syndrome? Ia memerlukan lebih dari sekadar paras rupa macho atau sifat keanak-anakan yang ada pada Shah Rukh untuk membuat orang percaya dan simpati dengan beliau.

Makanya, aku boleh rumuskan bahawa MNIK kelihatan seperti sebuah filem Bollywood yang cuba lari dari pentas Bollywood, namun sebenarnya masih tidak dapat menyembunyikan bayang sebenar mereka.

Kaedah naratif ketika permulaan cerita ternyata harus dipuji kerana ia membawa penonton lebih dekat dengan watak dan jalan cerita. Tidak perlu lagi konsep intermission yang sering mereka gunapakai sebelum ini. Watak Shah Rukh sebagai muslim liberal juga tampaknya memberi kesan seperti yang ingin disampaikan Karan Johar. Tiada lagi musical number atau babak-babak berguling dekat padang golf sambil miming menggunakan suara Udit Narayan dan Alka Yagnik – sesuatu yang membuatkan aku selesa. Ini kerana muzik background sebenarnya sudah cukup untuk memainkan emosi penonton agar memahami apa yang sedang dialami sesuatu watak itu. Sekaligus ia menjimatkan masa tontonan kepada lebih kurang 2 jam setengah sahaja.

Namun ceritanya masih padat, tidak pula terlalu meleret-leret seperti kebanyakan filem Hollywood yang cuba menampilkan durasi tayangan sedemikian. Boleh dikatakan kalau aku nak cerita plot dia kat sini pun belum tentu cukup 10 mukasurat (keh keh).

Namun kalau dah namanya Bollywood, Bollywood laa jugak jadinya. Scene ketika Shah Rukh sedang membaiki gereja di Georgia yang menjadi tempat perlindungan mangsa hurricane, kemudian disertai pula segenap masyarakat berbilang bangsa dan agama yang muncul dari serata Amarika – kelihatan sangat familiar dan orthodoks di mata aku bagi sesebuah filem Bollywood seperti ini.

Apa pun, jangan risau, filem ini tetap maintain dengan happy endingnya. Di mana akhirnya Shah Rukh berjaya menemui presiden Amarika untuk menyampaikan message ‘Howdy’ seperti yang diminta seorang pegawai Homeland Security (lebih kurang macam Kementerian Dalam Negeri laa) ketika awal cerita. All well, ends well laa kiranya except that his stepson died horribly. Kah kah. Tak kena pulak aku wat lawak neh.

By the way, adik ipar Shah Rukh dalam filem ini sangat hot ok. Pelakon Perancis berketurunan Pakistan yang bernama Sonya Jehan. Sila pergi google image beliau untuk tentukan sendiri dakwaan aku neh. Untung adik dia (dalam filem tersebut). Mementang laa hensem. Cis!

Okeh, out.

5 KoMen:

Kak Lia said...

tk minat SRK...mama minat Amir Khan ajer...hehehe....& masih terbayang2 cite Mann....

Mera mannnnnnnn....(uuu...nangessss...tskk tskk)

Intan and The Boys said...

best eh? tu la. masuk ko, dah 2 org kata citer ni best.

kena tgk ni.

Mohammad Al-Aiman said...

ye ke best?
cerite tamil lagi syok kot?

kalau betol best bagi aku la copy
nnt aku nk buat review
kalau tak best aku sekeh kau
amacam?

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

mama : tgk citer mann kat tv3 ari tu membuatkan saye terasa tua. sepertinya seolah-olah saya dah anak lima. keh keh...


intan : the idea of this review adalah utk pembaca menilai sendiri best ke tak best citer neh. tapi kalo ko baca rasa cam best, maka aku rasa mmg best laa tu kot. :P

aku tak janji ape2 k. hahahah.


aiman : nak tgk citer tamil ko pergi carik tajuk House Full. mmg syok.

aku boleh bagi ko copy. tapi ko tu ego sgt takmo tgk citer hindustan konon. padahal dulu ko jugak yg karaoke lagu hindustan kat impian maju. keh keh.

Umi Nazrah said...

skrg mmg tak bleh nk layan industan..huhu..dh ilang kot hormon tu :P

Post a Comment

Any Comment? Anybody?