13.12.12

CREME FREICHE



Siapa kat sini minat South Park? Angkat tangan!

Siapa pernah tengok episod dorang yang bertajuk “Crème Freiche”? Sila gelak!

Episod Crème Freiche memperkenalkan aku dengan Shake Weight. Sila lah google atau youtubing sendiri. Namun di samping itu ia juga mengisahkan obsesi Randy Marsh terhadap Food Network Channel yang mana Randy melayan channel tu umpama porn gamaknya.

Memandangkan pada ketika aku aku cuma ada saluran AFC, maka tak pelik laa kalau aku turut bantai gelak ngan kebodohan Randy tu. Ye lah, AFC ada apa lah sangat. 75% of the time aku lebih rela tukar channel kot.

Sekarang aku dah ada Food Network. Ditambah dengan sekali sekala bukak channel TLC untuk tengok Man vs. Food atau BeTV yang ada Top Chef, aku jadi teruja untuk tengok proses penyediaan makanan yang kreatif dan kadangkala genius ini.

Baik, bercerita mengenai selera makan aku. Lidah aku tidak memiliki toleransi yang baik terhadap beberapa jenis makanan. Bawang dan sayur misalnya. Halia. Durian. Lobak. Nenas. Malahan sotong dan variasi kepah. Dan beberapa benda lain lagi yang aku memang tak pernah sentuh sejak aku kecik sampai laa besar neh.

Dalam banyak-banyak tu, bawang dan sayur menjadi halangan paling besar sebab ia adalah bahan penting dalam masakan. Dalam kes bawang misalnya, ia lebih kronik kerana mampu membuatkan aku termuntah kalau tergigit manakala sayur pula lebih kepada pilihan peribadi. Bila aku kunyah sayur, takde rasa apa so aku rasa macam redundant dan buang masa.

Sehinggalah satu hari, akibat kerana terlalu lapar mungkin atau ketagih nak mengunyah, sewaktu aku melantak KFC, aku gagahkan diri untuk memakan coleslaw. Sebab macam aku cakap, bukannya aku tak boleh makan, aku cuma memilih untuk tidak makan sayur.

Dan pada ketika itu,baru aku tahu yang sayur jika digaul dengan mayonis dengan resepi yang baik,membolehkan aku berselera nak membaham sayur. Dari itu, aku mula bereksperimentasi.

Jika aku tak boleh mengunyah bawang atas risiko muntah, maka mungkin aku boleh menghancurkannya terus supaya aku tak perlu gigit. Cara terbaik adalah menggunakan bawang putih yang ditumbuk dalam batu lesung. Aku cuba try tumbuk bawang merah tapi aku tak dapat konsistensi hancur yang baik. Dan aku pulak tak reti pakai blender pun. So aku give-up part tu. Aku maintainkan pakai bawang putih aje dulu dalam masakan aku buat masa neh.

It does taste good. Ia mengkayakan lagi rasa sardin atau nasi goreng yang aku masak. Dan dari situ, aku tahu bahawa makanan yang tidak sedap bagi aku satu masa dulu pun boleh menjadi enak kalau aku tahu cara memasak yang sesuai dengan anak tekak.

Hari ini, aku nak cerita pasal telur dadar. Telur dadar goreng adalah komoditi penting dalam rumah aku sebab ia murah, senang dan cepat dimasak, dan memiliki portion yang agak besar untuk menampung keperluan jumlah nasi yang aku makan setiap hari.

Masalahnya, aku seorang yang perlukan karbohidrat, protein serta yang paling penting kuah yang cukup untuk melengkapkan hidangan. Dengan hanya menggoreng telur dadar kosong, aku perlukan kicap bagi membasahkan nasi. Masalah dengan kicap pula, jika terlalu sedikit ia akan kering, jika terlalu banyak ia boleh membunuh rasa protein itu tadi.

Jadi, mak aku memperkenalkan kepada aku telur dadar separa masak,yang mana dimasak dengan api perlahan, telurnya akan separa mentah di bahagian tengah. Gabungan telur dan minyak goreng ini adalah begitu heaven ok. Jadi aku mula memasak telur dengan cara ini. Dan aku pindahkan terus telur goreng ke atas nasi dalam pinggan instead of letak di pinggan berasingan supaya telur cair ini tidak membazir dan boleh dijadikan kuah yang aku perlukan untuk nasi.

Di samping itu, ketika aku kecik-kecik kakak-kakak aku pernah mengajar aku untuk taruk dalam secamca sos cili ke dalam telur yang ingin dimasak supaya memiliki rasa yang lebih menarik. Jujurnya aku kurang gemar cara ini sebab ia terlalu memekatkan tekstur telur dan mudah hangus dalam kuali jika tidak diangkat cepat-cepat. Sebagai penggantinya aku akan tumbuk tiga ke lima ulas cili api sebagai pengganti sos cili itu tadi. Hasilnya, menarik. Cuma aku dapati hidangan ini sesuai dimakan ketika sejuk seperti tengah malam atau ketika sedang hujan. Kalau makan time tengah hari panas buta, dinding tekak aku akan rasa semacam gatal.

Jadi hari neh aku nak ajar cara-cara masak telur dadar yang agak inovatif dan berperisa sekiranya anda bermasalah nak makan bahan-bahan yang biasanya ada dalam telur dadar lain macam yang aku alami.

Baik. Dapatkan antara satu ke tiga biji telur, bergantung kepada jumlah nasi yang anda ingin makan serta ambil kira saiz telur itu sendiri kerana berdasarkan pengalaman aku yang suka beli telur gred paling rendah neh, ada masanya saiz telur yang anda dapat berbeza-beza ye.

Pecahkan ke dalam mangkuk. Masukkan secubit garam. Kacau perlahan. Aku lagi prefer pakai garfu daripada pemukul telur sebab aku taknak putih telur tu kembang sangat. Namun untuk mendapatkan kegebuan sisi telur goreng, biasanya aku akan taruk satu setengah sudu kecil mayonis. Pastikan ratio mayonis dan telur ini sesuai supaya kandungan telur ini tadi tak jadi terlalu berat. Kita mahukan gebu  yang berlemak, bukan berlemak yang gebu macam badan aku neh. Kena paham tu.

Pastikan anda tidak memasukkan mayonis secara seketul macam tu aje sebab apabila ia bercampur ngan telur, ia agak sukar untuk pecah maka anda perlu kacau secara berlebihan dan mungkin akan merosakkan tekstur telur itu tadi. The trick is, masukkan sedikit-sedikit dengan ditapis garpu yang anda gunakan untuk kacau telur tadi. Nak taruk sos cili, atau cili tumbuk, terpulanglah. Macam aku cakap tadi, kalau aku nak taruk aku akan tengok suhu bilik. Kalau pilih cili tumbuk, boleh tumbukkan sekali dengan sikit bawang putih tapi sila tanggung risikonya sebab rasa bawang putih tu boleh jadi empowering sikit ye.

Panaskan minyak di kuali dengan api low medium. Rumah aku pakai kuali mangkuk dan bukannya kuali leper jadi lebih mudah untuk aku mencapai jenis telur separa masak yang aku gemar tu sebab bahagian tengahnya lambat sikit nak masak dari bahagian tepi. Tuangkan telur yang dikacau tadi perlahan-lahan ke dalam kuali, dan selerakkan perlahan-perlahan ke bahagian tepi supaya anda dapat portion yang agak besar serta membantu untuk menggebukan bahagian tepi telur goreng anda. Tanpa membuang masa, ambil sekeping keju Cheesedale dan tarukkan di bahagian tengah telur yang sedikit mentah itu. Pelik kan tetiba aku mention keju? Haha. Cer jer try. Tak eksperimen tak tau. Aku tak penah makan keju hirisan macam Parmesan semua tu so keju keping neh pun kira ok laa. Boleh renjiskan sedikit lada sulah hitam ke atas keju jika mahu untuk memberi ia sikit perasa. Apabila keju dilihat mula berubah tekstur seakan-akan mahu cair, telur tadi boleh laa dilipat dua dan diangkat terus letak di atas nasi yang telah tersedia di atas pinggan. Boleh perhatikan telur yang relatively gebu itu mencair perlahan-lahan di atas nasi bersama-sama dengan keju. Nah, dah tak payah kuah! Nak taruk jugak kicap? Yelah, silakan.

Telur dadar menarik bagi aku sebab aku boleh buat macam-macam versi bergantung pada mood. Berbanding benda lain yang aku tau masak cumalah, sardin, ayam goreng, dan sambal ubi kentang bersama ikan bilis. Pusing-pusing pun itu je. Aku tak reti masak gulai, atau kari, atau ayam masak merah sekalipun. Inikan pulak kalau nak suruh buat asam pedas atau apa-apa lagi resepi yang kompleks.

Dan, memandangkan, aku cuma makan apa yang aku biasa makan, maka adalah penting untuk aku mengadun bahan-bahan yang diluluskan anak tekak aku itu dengan sebaik mungkin.

Heh. Setakat MasterChef tu pe barang. Keh keh.

2 KoMen:

Anonymous said...

???

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment

Any Comment? Anybody?