Bila Sang Pujangga bermadah kata :
Sukacita dimaklumkan aku telah berjaya mencipta rekod baru tanpa lelap sepanjang 47 jam hujung minggu yang lalu. Rekod aku sebelum neh hanyalah 42 jam sebelum aku tewas akhirnya di atas meja kedai mamak ketika sedang menonton bola. Huhu. Tempoh aku berjaga kali ini adalah di antara pukul 10.30 malam hari Jumaat bersamaan 16 Mac sehingga jam 9.30 malam hari Ahad 18 Mac.
Aku dikejutkan dengan panggilan dari Odi hari Jumaat tuh untuk berjumpa kat Kajang bagi tujuan makan satay bersama geng JWC. Dan bermula dari itu aku tak berkesempatan untuk melelapkan mata sehinggalah hari Ahad tatkala aku terpaksa menolong member aku untuk tunjukkan jalan ke Puduraya.
Aku terlelap selama setengah jam dalam kereta yang mana membuatkan aku terkejut sekejap sebab mamat tuh tetiba sampai kat Lebuhraya Mahameru. Nasib baik aku masih kenal area situ, kalo tak dah tentu tersesat aku kat KL. Tapi aku tetap heran camne kitorang leh sampai kat situ sewaktu aku terlelap tu. Huhu.
So hari Isnin dan Selasa aku banyak habiskan waktu dengan tidur tak hengat dunia bagi menggantikan hutang tidur aku.
Sekian saya melaporkan dari bilik berita. Harap maklum.
‘Soalan Macam Ni Pun Nak Tanya Ek?’ – Netizen Terhibur Carian Pada
Billboard Sebuah Highway
-
Sebuah billboard dipercayai di sekitar Lebuhraya Persekutuan memaparkan
hasil carian yang berjaya menghiburkan pengguna jalan raya dan netizen.
Sedar tak...
3 hours ago
2 KoMen:
x tdo 4hari,4mlm...-->
tidur adalah ibadat.
prinsip.
tanpa tido, maka tak lengkaplah rutin harianku...
Post a Comment