Masih ada lagi kenalan-kenalan aku di internet yang bertanya “Eh Jai, ko kalo kat luar mesti kuat membebel kan? Asyik nak bercerita je manjang. Haha.”
Sebenarnya, ya dan tidak. Ya, aku suka membebel biarpun tanpa isi. Tidak, aku tak banyak bunyik kalo kat luar sebab tade sape yang nak dengar.
Kalo nampak aku macam tengah banyak bunyik pun, itu disebabkan ada insan-insan malang yang terpengaruh nak dengar bebelan dari aku. Biasanya ia berlaku sekali seumur hidup bagi setiap orang. Sebab setelah mereka bagi can kat aku untuk membebel for the first time, dorang akan berkata “ish, nyesal lak aku ajak mamat neh borak.” Kah kah. Okeh, agak terlalu extreme statement itu mungkin.
Biasanya aku akan cuba juga untuk bercerita, tapi bila masing-masing dah buat hal memasing, aku akan berkata sendirian “Ehh? Ohh, okay…” lalu sambung bermain henset.
Dalam internet, yes, aku memang tiada batasan untuk menaip apa-apa yang aku suka. Dan mereka-mereka boleh pilih untuk tidak membaca. Dan aku tidak akan tahu. Dan aku berasa gembira kerana menganggap apa saja yang aku fikirkan, sudah aku luahkan.
Seumpama terapi minda, gamaknya.
:)
"A penny for my thoughts, oh no, I'll sell 'em for a dollar
They're worth so much more after I'm a goner
And maybe then you'll hear the words I been singin'
Funny when you're dead how people start listenin'..."
28.12.11
“DIAM LAA JAI!”
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Wednesday, December 28, 2011 1 KoMen
Label: Dunia Muzika, Pena Dari Meja Pujangga
27.12.11
PEMENTASAN DHUNIYAAA…
Pagi semalam layan jap MTV World Stage 2011 kat channel Astro Fiesta yang dirakamkan di i-City Shah Alam tak lama dulu.
First act adalah milik Pop Shuvit, disusuli dengan Neon Trees yang mana aku tatau pun ada fanbase dekat Malaysia neh. Persembahan perdana dan penutup dikuasai oleh Jared Leto bersama 30 Second To Mars selaku wakil retis bertahap antarabangsa.
Aku tak layan Neon Trees (tukar channel lain) dan aku cuba melayan 30 Second To Mars tapi kelakarnya haram takde satu lagu pun yang diorang bawak malam itu yang aku kenal. Entah, bagi aku dorang tahap The All American Rejects dan lain-lain je. Sedap untuk didengar sekali sekala kat radio tetapi tidak sampai tahap untuk membeli album mahupun mendownload dekat 4shared. :P
Tapi yang aku nak ceritakan hari ini adalah berkenaan Pop Shuvit, band tempatan yang sudah berpengalaman. Rasanya ramai yang kenal band ini dan mereka ada haters dan sebagainya. Tapi aku sendiri sebenarnya kagum jugak dengan susunan lirik dan komposisi muzik mereka walaupun ada part-part tertentu yang ditafsirkan oleh halwa telinga aku sebagai agak corny serta sedikit overkill.
Okeh, they’re not the best band in the country, but they’re something.
Cuma, dalam showcase yang aku tonton malam tadi, ada satu part di mana vokalis dia sebut “Come on, Kuala Lumpur!”
Aku jadi cam terkesima jap.”Eh wait, korang bukan kat Shah Alam ke?” Even nak kata Kuala Lumpur part of Selangor pun sudah macam tak kena sebab Kuala Lumpur dah jadi Wilayah Persekutuan terus di bawah pengurusan kerajaan pusat.
“Ala, kecoh laa ko Jai. Kuala Lumpur kan capital city of Malaysia. MTV neh pulak bertaraf global. Maka bila sebut Kuala Lumpur secara tak langsungnya orang akan mengaitkannya dengan Malaysia jugak. Bunguk mu neh,” bisik suara sumbang itu yang berlegar-legar dalam kepala aku.
Okeh fine. Nak menang jugak ye? Bagilah. Hambek.
Cuma satu je aku nak cakap.
Kalau ada performers tak kira dari negara mana pun membuat konsert tour kat New York ke sebagai contohnya, rasa-rasanya ada tak mereka sebut, “Let’s hear it Washingtonnnnnn!!! Scream for me!”
Takde. Kenapa? Because it don’t. Make. Any. Sense. At all. Full stop.
Kenapa ramai yang suka nak membekap tanpa pikir panjang? Refleks ehh? Rasa terpanggil untukmenyampuk ehh?
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Tuesday, December 27, 2011 0 KoMen
Label: Dunia Muzika, Interpretasi Umum, Rentetan Seni
13.7.10
ULAR : SPESIS BINATANG BERLIDAH CABANG
Semalam aku ligat menulis entri. Entri persampahan kot. Ayat nak jiwang karat. Nak cerita masalah jiwa macamlah dunia neh dah tak cukup dengan segala permasalahan sosial, akidah, pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan pelbagai lagi yang kadangkala tak masuk akal bunyinya sedang berlangsung di seluruh dunia 24 jam tanpa henti. Tak percaya sila laa pegi cek portal berita dunia kat internet.
2 entri yang telah discrapkan, akhirnya membawa kepada satu entri akhir yang bertajuk ‘BUAYA TEMBAGA YANG MALU MENUNJUKKAN TARINGNYA’. And I had to say to myself, “Waddefuk Jai, waddefuk?” Adalah lebih baik untuk aku tidak menulis sesuatu yang aku sendiri tatau hujung pangkalnya. Kelak cuma akan kedengaran seperti tin kosong yang galak berbunyi sedangkan isinya hanyalah duit syiling 5 sen sahaja. Sampah semua ini, sampah.
Kalo ye pun nak meluahkan kementalan, kesengalan, kebengongan dan ketidak-senonohan; ini bukanlah tempatnya. Ini adalah blog. Blog awam. Tempat yang cuma sesuai untuk bermain tag.
Haha, okey tak intro? Aku malas nak memulakan bicara dengan mukadimah ‘saya ingin menjawab tag’. Nanti mesti ada yang terangkat-angkat kening sambil kata, “Eh, dulu kan ko bajet cool Jai, kata tanak main tag?”
Sebenarnya neh tag lama. Aku pun tak berminat nak menjawab pada mulanya cuma baru-baru ini ketika aku sedang ligat menyemak kembali senarai playlist winamp aku, aku teringat yang Cik Rynak pernah mengemukakan tag (macam mengemukakan bukti lak) yang agak menarik sebenarnya untuk aku try.
Mudah. First of all you only need to put your winamp player on shuffle mode. For each question presented below, press the next song button on your winamp to get your answer. You must write the song title as the answer to each question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. I found most of them are quite ironic even when I try it just for the first time.
So here we go. My original selected playlist without any modification for the answers.
1. If someone says, “Is this okay?” you say
• Ku Pendam Sebuah Duka – Khadijah Ibrahim
Ajai says : Amboih! Starting je dah terus kuar lagu neh. Penuh ironi lak tuh.
2. How would you describe yourself?
• Ku Cari Penawar Luka – Black Dog Bone
Ajai says : Luka ke? Dalam wallet aku mesti sekurang-kurangnya ada sekeping handiplast yang rupa dah nak hancur. Buat bekap.
3. What do you like in a guy/girl?
• The Show – Lenka
Ajai says : Girls who always like to put on a show for me; or just Lenka will do. :P
4. How do you feel to today?
• Apa Aku Kisah – One Nation Emcees
Ajai says : Damn! Kah kah kah!
5. What is your life’s purpose?
• Sedalam Mana Cintamu – Safura
Ajai says : Well put!
6. What's your motto?
• Bukalah Hatimu – Umbrella
Ajai says : AHHAHAHAHAHA! Mesej paling straight forward untuk semua gadis di luar sana.
7. What do your friends think of you?
• Nur Kasih – Yassin
Ajai says : Kerana wajah aku bercahaya berseri-seri, dan jiwa aku pula begitu mudah mengasihi. Cewah!
8. What do you think of your parents?
• Marilah Ke Mari – Titiek Puspa
Ajai says : No komen. Tapi rasanya kalo bukan sebab mak bapak aku suka pasang Klasik Nasional kat rumah, aku sampai sekarang pun takkan pernah dengar lagu neh kot. Hehe. “Nenek bilang itu berbahaya…”
9. What do you think about very often?
• Cinta Tak Berganti – Siti Nurhaliza
Ajai says : Not so very often laa mangkuk. Opsss…
10. What is 2 + 2?
• Drama King – Meet Uncle Hussain feat. Black
Ajai says : Kat tag macam neh pun boleh nak tanya soalan matematik pulak. Huh, dramatik sungguh.
11. What do you think of your best friend(s)?
• Aku Bukan Untukmu – Zaf & Lah
Ajai says : Heh.
12. What do you think of the person you like?
• Teruskanlah – Agnes Monica
Ajai says : Keep on going bebeh. Even without me beside you. You know you can do it better than me.
13. What is your life story?
• Balqis – Siti Nurhaliza
Ajai says : Woi, aku jantan laa!
14. What do you want to be when you grow up?
• Kucing Hitam – Bittersweet
Ajai says : Kuang kuang kuang.
15. What do you think of when you see the person you like?
• Bicara – Selamat Pagi Gadis
Ajai says : Tapi aku malu untuk berbicara, apatah lagi mengucapkan selamat pagi kepada seorang gadis. Malu-malu kucing hitamlah namanya ni. :P
16. What will you dance to at your wedding?
• Hey Gadis – Samsons
Ajai says : Hahaha, nyempat lagi tuh!
17. What will they play at your funeral?
• Dugaannya – Hujan
Ajai says : Dorang salah pilih track tu. Patutnya ‘Bila Aku Sudah Tiada’. Mengong punya Hujan. Nak nyanyi ikut suka dorang je.
18. What is your biggest fear?
• Blah Blah Blah – Kesha feat. 3OH!3
Ajai says : Takut kena bebel.
19. What is your biggest secret?
• All About Us – Tatu
Ajai says : Yeah, don’t tell them honey! Or is it ‘honeys’?
20. What will you post this as?
• Ular – Anita Sarawak
Ajai says : Suka cakap berbelit-belit. Now you know me.
I already have fun with myself with this little project. Now why don’t you try it? I’m not gonna name names (even though originally I have to pass this to another 20 person). Come on, who you’re kidding with. This is me laa, Ajai. Heheh.
Next entri please!
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Tuesday, July 13, 2010 1 KoMen
1.5.10
HMI : TIADA SESIAPA YANG MENULIS ENTRI INI
Eh, tetiba ada HMI baru? Bukan ke Ajai dah bersara dari dunia blogging? Pelik neh. Habis tu siapa pulak yang menulis entri neh ye?
Bukan sesiapa. Tiada siapa. Bila kita bercakap pasal tiada siapa, kita akan terus mengaitkannya dengan istilah nobody. Bila kita kaitkan dengan nobody, kita teringat Wonder Girls. Bila kita teringat Wonder Girls, kita akan kenal Kim Yoo Bin.
*Dia punya muka ada sinyum tu mengingatkan aku pada Kim Sa Rang, heroin cerita Hot For Teacher. Adik beradik ke?
*Angle tepi pun tetap nampak hot. Ada 'aset' dak neh.
*Yang neh yang paling comel.
*Yang neh one of my favorite. Nampak natural sekali.
*Yang neh yang paling membuatkan aku jatuh cinta.
“Jai, baik ko pangkah cepat-cepat browser google image kamu tu. Makin hanyut dah neh.”
Baik bos!
Haha. Acab ada cakap kat aku “eh, poyo lah ko Jai. Dulu ko jugak yang cakap ko tak layan K-Pop laa J-Pop laa.”
Kah kah. Nampak sangat beliau tak ambil pelajaran dari entri ini. Bila lak aku kata aku tak minat K-Pop. Aku cuma tak gilakan Rain seperti yang ko gilakan je. Kerana diriku bukanlah seorang gay seperti kamu. Keh keh.
Sebenarnya memang aku tak kenal pun group Wonder Girls neh. Nak kata lagu best? Ntah. Cam retro je bunyinya. Dah macam lagu zaman Feminin, Res2, Elite dulu tu je. Tak pun aku rasa ada persamaan dengan lagu Eva – Bulan Cinta. Wakakaka…
Aku cuma terpengaruh masa tengok promo dorang perform dekat So You Think You Can Dance je. Dah laa starting je terus close up kat muka Yoo bin neh. Lagi laa membuatkan hati ini terasa meroyan-royan ingin berkenalan. :P
Lagipun, chick rappers are always hot, right?
Sejak itu, lagu Nobody ini menjadi siulan dalam minda aku setiap kali. “I want nobody, nobody but you.” Dengan slang pelat Korean mereka berjaya membuatkan jiwa gua yang rock metal neh cair meleleh beb. Mana taknya. Perhatikan keynote masa dorang sebut 'how' tu. Pehh, tak tertahan beb! Kah kah, ayat tak boleh blah.
Ye ke lagu neh tak best? Ke best sebenarnya? Ntah laa aku pun tak paham dengan selera diri sendiri. Apa pun aku tidak seperti kebanyakan orang; aku lebih prefer English version berbanding Korean sebab aku tak paham sepatah haram bahasa korea and frankly I don’t like the sound of their language. Boleh gitu?
Suke aku laa!
*Err…
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, May 01, 2010 1 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI
6.3.10
HMI : TERPERANGKAP DI DRIVE-THRU
Sesiapa yang mengenali Weird Al Yankovic, pasti familiar dengan lagu parody beliau.
Kali ini beliau mem-parody-kan lagu (atau jalan cerita) dari karya R. Kelly – Trapped In The Closet. Ia merupakan sebuah drama muzikal eksperimental yang digelar sebagai R&B opera. Aku cuma sempat menonton episod pertamanya sahaja di youtube dan aku sudah boleh memahami konsepnya. Ia seakan muzik video tetapi bukan. Ia adalah cerita berepisod yang di-naratifkan melalui nyanyian lagu R. Kelly mengisahkan mengenai beliau dan sekumpulan manusia yang lain yang mempunyai banyak rahsia yang disimpan selama ini yang mana akan diungkai satu persatu melalui setiap episod yang merupakan 22 episod kesemuanya. (berapa banyak kali ‘yang’ daa)
Kalau tak pernah menontonnya pun takpe, tak lah penting sangat. Walaupun anda mungkin ketinggalan sedikit aspek ironi yang cuba ditonjolkan dalam lagu parody ini tetapi sebenarnya lagu ini sudah cukup berjaya membuatkan aku terkekeh ketawa. Mungkin jugak kerana visual kartun animasinya turut membantu sedikit sebanyak.
Memandangkan lagu ini panjang – 10 minit lebih kesemuanya – maka lirik yang akan aku postingkan di bawah juga akan panjang berjela. Nasib baik blog aku neh bertitle ‘Banyak Bunyik’, maka terasa ada kesinonimannya di situ. Oh, lagu ini panjang sebab ia sebenarnya gabungan 3 episod. Nasib laa Yankovic buat 3 episod je, kalau dia buat 22 mau terburai urat usus kentut aku menahan gelak.
Okeh, enjoy.
Seven O'clock in the evening
Watchin somethin' stupid on TV
I'm zoned out on the sofa
When my wife comes in the room and sees me
She says "Is this 'Behind the Music'
With Lynard Skynard?"
And I say "I don't know.
Say, it's gettin' late...what you wanna do for dinner?"
She says "I kinda had a big lunch.
So I'm not super hungry."
I said "Well you know, baby, I'm not starvin' either
But I could eat."
She said "So what do you have in mind?"
I said "I don't know what about you?"
She said "I don't care, if you're hungry, let's eat."
I said "That's what we're gonna do!"
"But first you gotta tell me
What it is you're hungry for!"
And she says "Let me think...
...What's left in our refrigerator?"
I said "Well, there's tuna, I know."
She said "That went bad a week ago!"
I said "Is the chili OK?"
She said "You finished that yesterday!"
I hopped up and I said
"I don't know, do you want to get something delivered?"
She's like "Why would I want to eat liver?
I don't even like liver!"
I'm like "No, I said 'delivered'."
She's like "I heard you say liver!"
I'm like "I should know what I said..."
She's like "Whatever, I just don't want any liver!"
Well I was gonna say something
But my cell phone started to ring
Now who could be callin' me?
Well I checked my caller ID
It was just cousin Larry
Callin' for the third time today...
My wife said "Let it go to voicemail."
I said, "OK."
"Where were we? Oh, Dinner, Right
So what d'ya want to do?"
She said "Why don't you whip up somethin in the kitchen?"
"Yeah," I said, "Why don't you?"
And then she said "Baby, can't we just go out to dinner, please?"
I says "No"
She says "Yes"
I says "No"
She says "Yes"
I says "No"
She says "Yes...
...Oh, here's your keys"
I step a little bit closer
Say "OK, where ya want to go?"
She says "How about The Ivy?"
I said "Yeah, well I don't know..."
I don't feel like gettin all dressed up
And eatin' expensive food"
She's says "Olive Garden?"
I say "Nah, I'm not in the mood...
...And Burrito King would make me gassy
There's no doubt"
She says "Just forget about it"
I said "No, I swear I'm gonna take you out!"
Then I get an idea
I says "I know what we'll do!"
She says "What?"
I say "Guess"
She says "WHAT?!"
I say "We're goin' to the drive-thru!"
So we head out the front door
Open the garage door
Then I open the car doors
And we get in those car doors
Put my key in the ignition
And then I turn it sideways
Then we fasten our seat belts
As we pull out the driveway
Then we drive to the drive-thru
Heading off to the drive-thru
We're approaching the drive-thru
Getting close to the drive-thru!
Almost there at the drive-thru
Now we're here at the drive thru
Here in line at the drive-thru
Did I mention the drive-thru?
Well here we are
In the drive-thru line, me and her.
Cars in front of us, cars in back of us.
All just waiting to order
There's some idiot in a Volvo
With his brights on behind me
I lean out the window and scream
"Hey, What you trying to do, blind me?"
My wife says "Maybe we should park...
...We could just go eat inside."
I said "I'm wearin' bunny slippers
So I ain't leavin' this ride..."
Now a woman on a speaker box
Is sayin' "Can I take your order, please?"
I said "Yes indeed, you certainly can
We'd like two hamburgers with onions and cheese."
Then my wife says
"Baby, hold on, I've changed my mind!
I think I'm gonna have a chicken sandwich
Instead, this time"
I said "You always get a cheeseburger!"
She says "That's not what I'm hungry for."
I put my head in my hands and screamed,
"I don't know who you are anymore!"
The voice on the speaker says
"I don't have all day!"
I said "Then, take our order,
And we'll be on our way!
I wanna get a chicken sandwich
And I want a cheeseburger, too"
She's like "You want onions on that?"
I'm like "Yeah, I already said that I do...
...Plus we need curly fries
And don't you dare forget it!
And two medium root beers
No, just one, we'll split it."
Then I said "I'm guessin' that
You're probably not too bright...
So read me back my order
Let's make sure you got it right."
She says "One, you want a chicken sandwich.
Two, you want a cheeseburger
Three, curly fries, and a large root beer"
"Stop, don't go no further!"
"I never ordered a large rootbeer
I said medium, not large!"
Then she says "We're havin' a special,
I supersized you at no charge."
"Oh." And that's all
I could say, was 'Oh.'
And she says "Now there is somethin' else
That I really think you should know.
You can have unlimited refills
For just a quarter more..."
I say "Great, except we're in the drive thru...
So what would I want that for?"
Then she says "Wait a minute
Your voice sounds so familiar...hey, is this Paul?"
And my wife is all like "No, that ain't Paul,
Now tell me, who's this Paul?"
She says "Oh, he's just some guy
Who goes to school with me.
I sat behind him last year
And I copied off him in Geometry."
I said "I know a guy named Paul.
He used to be my plumber
He was prematurely bald
And he moved to Pittsburgh last summer.
He also had bladder problems
And a really bad infection on his toe."
And she said "Mister, please, you can stop right there,
That's way more than I needed to know!"
And then we both were quiet
And things got real intense
Then she says "Next window please,
That'll be five dollars and eighty two cents."
So we inched ahead in line
Movin' painfully slow
I got a little bored
So I turned on the radio...
[Song plays]
[Click] Turned it off
Because my wife was getting a headache
So we both just sat there quietly
For her sake.
Then I looked at her
And she looked back at me
And I said "Um,
I think you have somethin' in your teeth."
She turned away from me
And then turned back and said "Did I get it?"
I said "Yeah. Well, I mean, most of it...
But hey, ya know, don't sweat it."
Then she said... "How about now?"
I said "Yeah, almost.
There's still a little bit there
But don't worry, it's probably just a piece of toast."
Now we're at the pay window
Or whatever you call it
Put my hand in my pocket
I can't believe there's no wallet!
And the lady at the window's like,
"Well, well, well, that'll be five eighty two."
I turn around to my wife, and say
"How much have you got on you?"
She just rolls her eyes and says
"I'll pay for this, I guess."
So she reaches into her purse
And busts out the American Express
I hand it to the lady
And she says "Oh, dear.
It's gotta be cash only
We don't take credit cards here."
I took back the card and said
"Gee, really? Well that sucks."
And that's when I found out
My wife was only carryin' three bucks.
I said "I thought you were
Going to hit the ATM today"
She says "I never got around to it
So where's your wallet anyway?
And I said "Nevermind,
Just help me to find some change..."
Now the lady at the window
Is lookin at me kinda strange...
And she says "Mister, please,
We gotta move this line along"
I said "Now hold your stinkin' horses lady,
We won't be long."
So we looked around inside the glove-box
And check the mat beneath my feet
I found a nickel in the ashtray
And a couple pennies and a dime in the space between he seats
Before long I had a little pile
Of coins of every sort
The lady counts it up and says
"You're still about a dollar short"
And now my woman's got this weird look
Frozen on her face
She screams, "you know
I wasn't even really hungry in the first place"
And so I turned around
To the cashier again
I shrugged and said "OK
Forget the chicken sandwich then"
So I pick up my change
Pick up my receipt
And I drive to the pickup window
Man, I just can't wait to eat
And now we see this acne ridden
Kid about sixteen
Wearin' a dorky nametag that says
'Hello, my name is Eugene.'
And he hands me a paper bag
I look him in the eyes
And I say to him "Hey, Eugene,
Can I get some ketchup for my fries?"
Well he looks at me
And I look at him
And he looks at me
And I look at him
And he looks at me
And I look at him
And he says "I'm sorry
What did you want again?"
I say "Ketchup!"
And he says "Oh yeah, that's right...
...I just spaced out there for a second
I'm really kind of burnt tonight."
And then he hands me the ketchup
And now we're finally drivin' away
And the food is drivin' me mad
With its intoxicating bouquet
I'm starvin' to death
By the time we pull up at the traffic light
I say "Baby, gimme that burger,
I just gotta have a bite!"
So she reaches in the bag
And pulls out the burger
And she hands me the burger
And I pick up the burger
And then I unwrap the paper
I bite into those buns
And I just can't believe it
They forgot the onions!
P/S : Kepada maksu dan yang seangkatan dengannya yang rajin menyinggah di blog aku tapi tak boleh nak load video youtube; aku mintak maaf sangat-sangat. Minggu neh aku tak dapat nak membebel seperti biasa. Masih terdapat masalah kebengongan dalam jiwa dan minda. Insya-Allah minggu depan aku kembali normal, mana tau? :P Sejahteralah ke atas kamu semua hendaknya.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, March 06, 2010 4 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI, Rentetan Seni
27.2.10
HMI : CARIK DAN MUSNAH!
Kepada mereka yang menimbulkan persoalan seperti “eh Jai, ko bukan peminat dangdut ke?” maka anda tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi seperti Encik Amri yang separa bangang kerana tidak sedar bahawa aku boleh mendengar semua jenis muzik, termasuk grindcore jugak walaupun aku belum jatuh cinta dengannya. :P
Apa pun aku memang meminati muzik. Dan aku lebih menjurus kepada bunyi-bunyian instrumen seperti gitar dan dram dan violin dan piano dan… dan semua laa senang cerita. Aku suka orchestra muzik yang memerlukan simfoni penuh harmoni garapan konduktor berpengalaman luas dalam bidangnya. Aku suka kumpulan Muse yang kreatif bermain dengan bunyian sampler walaupun tidak terlalu over seperti Radiohead yang memeningkan kepala itu. Kalau bunyian berasaskan techno, di Malaysia sudah ramai DJ seperti T-Bone dari kumpulan Too Phat dan DJ Cza dari kumpulan Ahli Fiqir. Tak dilupakan juga Cat Farish berbakat besar dalam mengalunkan irama menggunakan keyboard. Alunan muzik klasik – tidak memerlukan satu pancaragam pun – sudah boleh menghasilkan muzik menarik. Ingat lagi pada mainan violin Vanessa Mae yang mengasimilasi irama moden dan klasik? Namun jika mahu meriah pun apa salahnya, menarik juga. Pak Ngah adalah nama besar yang mampu memeriahkan muzik walaupun beliau cuma tertumpu dalam bidang irama melayu.
Eminem, rapper berkulit putih yang memecah dominasi kulit hitam; sekaligus memperlihatkan usaha Vanilla Ice satu ketika dulu tampak seperti budak-budak tak cukup umur sahaja. Apakah rahsia beliau? Beliau tidak memfokuskan pada pemujaan tubuh badan wanita semata-mata. Ataupun mengupas elemen gangsta rap secara menyeluruh. Beliau bercerita kisah hidupnya dan perspektif dalam lagunya, dan paling penting beliau bercerita dari sudut hati, dibantu pula irama menarik kelolaan Dr. Dre. Untuk lebih versatility dalam irama rapping, muncul pula band-band rapcore seperti Linkin Park dan Limp Bizkit. Limp Bizkit agak lebih poyo dan tak serius, tetapi Linkin Park telah meletakkan standard yang cukup tinggi untuk genre ini. Gabungan muzik DJ Hahn dengan gitar dan drum, Mike Shinoda pula kelihatan amat cool dalam rapping-nya. Belum lagi nak sentuh kehebatan vokal Chester Bennington terjerit-jerit seolah-olah anak tekak nak tercabut tapi tetap tak tercabut jugak tu.
Dan jangan dilupa, aku juga penggemar lagu Hindustan dan tamil terutama karya A. R. Rahman. Andrea Bocelli dengan lagu Con Te Partiro-nya juga berjaya membuatkan aku jatuh cinta. Lagu jepun, perancis, sepanyol, Indonesia apatah lagi. Dan baru-baru ini aku diperkenalkan pula dengan Maher Zain.
Jadi, apa ke halnya kalau aku nak katakan yang aku gemarkan lagu Metallica, bukan?
Aku jarang mendengar lagu Metallica. Malahan, aku pertama kali mendengar lagu mereka ketika aku menggilai kumpulan XPDC. Ada yang mengatakan lagu Senapang Patah mereka merupakan plagiat dari lagu Enter Sandman. Itulah lagu pertama Metallica yang aku ikuti.
Baru-baru ini Kak Kema berjaya menggoda aku untuk menghayati gorengan gitar kumpulan Metallica dalam lagu mereka dari tahun 1983 yang lalu. Aku agak skeptikal kalau bercerita pasal gitar karan kerana bagi aku Nirvana sudah menjadi raja bertakhta di hati jika hendak diceritakan alunan gitar karan paling power dalam dunia. Namun lagu Seek And Destroy dendangan Metallica ini berjaya membuatkan aku terfikir semula kedudukan Nirvana dalam hati aku. Cewah! Haha!
Layankan. Sila hangguk kepala ramai-ramai okeh. “Let loose, man!”
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, February 27, 2010 2 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI
22.2.10
BILA RASAMU ITU RASAKU
Ops, berbunyi seperti entri jiwang kali ini. Mari kita berkaraoke meh.
Dikau memang terlanjur mencintaiku
Dan tak pernah kau sesali itu
Seluruh jiwa telah kau serahkan
Menggenggam janji setiamu
Kau mohon jangan jadikan semua ini
Alasan aku sakitimu
Meskipun cintaku tak hanya untukmu
Tapi cobalah sejenak mengerti
Bila rasamu itu rasaku
Sanggupkah daku
Menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang ku jaga
Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi
(Gitar solo dan melodi, ikut tempo kalau menari)
Wooo…
Bila rasamu itu rasaku
Sanggupkah daku
Menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang ku jaga
Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi
Dikau memang terlanjur mencintaiku
*Tidak ada masalah typo dalam lirik ini. Sengaja diubahsuai atas sebab-sebab yang dirahsiakan. Hehehe. Pandai-pandai laa korang nyanyi samada nak dalam versi asal atau versi aku neh.
~Maaf, ini bukan HMI~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Monday, February 22, 2010 2 KoMen
Label: Dunia Muzika, Jiwang - ness Melanda
20.2.10
HMI : HONEY & CLOVER
Dulu masa aku tengah tengok AJL, persembahan Aizat – Kau Aku, aku mengatakan pada member aku “arrangement orchestra violin dia mengingatkan aku pada satu anime jepun.”
Kemudian dia pun buat muka toya sebab tak paham. Ye laa sebab aku je yang tengok anime tu di kalangan member-member aku kot. Bila aku petik cerita Ranma ½, Honey & Clover, Azumanga Daioh kat dorang, sekor-sekor buat muka tak mengerti. Tapi kalau cerita pasal Naruto atau Bleach, semua ngaku dah tengok.
Aku pantang sikit laa nak tengok anime yang lebih banyak serius dari lawak. Honey & Clover misalnya, walaupun penuh cerita tentang romantika dan pengertian hidup, tapi lawak-lawak yang diselitkan memang konsisten dan tak boleh blah membuatkan aku gelak berguling setiap masa.
Aku bagi korang tengok dan dengar lagu openingnya, pastu korang pandai-pandai laa compare samada betul atau tak ada persamaan dengan arrangement muzik persembahan terbaik malam AJL yang lalu tu (pada yang dah tengok le). Aku tak kata sama note. Aku cuma kata sama sedap. Wakakaka. Sungguh subjektif sekali soalanku kali ini.
Terkejut tak korang tengok ketam tu?
“Ketam ke udang Jai?”
Entah. Tapi ini aku sertakan sekali lagu ending dia dari season yang keberapa entah. Best laa jugak. Rock blues gitu. Ye ke blues? Memandai je aku.
Haha. Yang aku tau kebiasaannya soundtrack dari filem/drama/anime neh selalunya tak beri sebarang kesan pada pendengar melainkan mereka sudah jatuh cinta dengan jalan ceritanya terlebih dahulu. Setahu aku laa.
~Pernah download lagu rap/hip hop soundtrack dari filem Sin Chan. Tak paham makna tapi selamba je boleh ikut rapping sama. Huhu~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, February 20, 2010 0 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI, Rentetan Seni
13.2.10
HMI : MIASARA
Haha, soundtrack Papadom. Dinyanyikan oleh Afdlin Shauki. Aku sebenarnya dah lama ada lagu neh semenjak pertama kali terdengar dekat Selangor fm lagi dah.
Tapi saja malas nak kongsi.
Niat aku dapatkan lagu neh pun konon-konon nak hapal nak kasik nyanyi kat anak buah aku yang bernama Teja Myasara tu.
Tapi tak jadilah. Hehe.
Apa pun, lagu ini naisss.
Baik, aku sertakan sekali liriknya.
Sebenarnya aku cuba gak carik video yang dah siap ada lirik. Tapi yang aku jumpa satu je. Siap tayang gambar Liyana Jasmay sampai habis. Yek, aku lagi rela tengok gambo anak buah aku. Lagi comel.
Liriknya pun banyak yang salah. “Kau sebut di telinga kami” jadi “Kau sebutir di telinga kami”. Sebutir apa? Haa, terus aku teringat cerita boboi dan neneknya. Eh, korang lom tahu? Nanti laa aku post.
Jadi aku akhirnya pilih video yang ini.
Afdlin Shauki – Miasara
Miasara
Waktu pagi kau sinari hidup ini
Bangun papa bangun mami
Kau sebut di telinga kami
Satu hari kau kan pergi
Tinggal kami bersendiri
Walau apa kan terjadi
Kau tetap akan kami cintai
Ohh.. miasara tidurlah
Kamikan bersama mu
Dibuai mimpi nan indah
Dan doa papa mama mu
Tidurlah miasara
Tidurlah miasara
Tidurlah
Miasara
Yang pertama anugerah terutama
Senyumanmu belai jiwa
Pengubat hati yang lara
Tuhan lindungi permata
Selamatkan sentiasa
Dari duka di dunia
Akan kita hadapi bersama
Rambutmu, matamu, bibirmu, hatimu
Senyummu, tawamu, di hatiku selalu
Ohh.. miasara tidur lah
Kasihani mama mu
Kerana dia menunggu
Untuk bersama papa mu
Tidurlah miasara
Tidurlah miasara
Tidurlah
Tidurlah miasara
Tidurlah miasara
Tidurlah miasara
Hooo.. tidurlah
Wakakakakak. Afdlin neh, sempat lagi tuh…
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, February 13, 2010 0 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI
6.2.10
HMI : TRAVIS
Seperti yang dijanjikan minggu lepas, haa hambek ko lagu Travis – Flower In The Window neh.
Tapi sila laa jangan tiru aksi-aksi perempuan mengandung dalam klip video ini. Dengan breakdancing-nya, dengan tayang belly-button-nya; huh macam dah takde kerja lain nak dibuat.
Err, takut pulak kalau-kalau mereka ada yang memiliki pregnancy-fetish masuk blog aku neh. Ahhahahahahah!
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, February 06, 2010 4 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI
2.2.10
HMI KE?
Bukan HMI-lah. Pehh, memang betul-betul aku dah tatau nak komplen apa sebenarnya neh. Banyak nak di-mencarut-kan pasal politik, tapi kang tak pasal-pasal kena Akta Komunikasi dan Multimedia pulak kang. :P
Baik, hari ini mari kita menganalisis persembahan Raja Lawak 4 minggu lepas. Oh ye, walaupun sebelum neh aku pernah kata aku takde astro, kini aku dah ada. Dan aku akan dipengaruhi oleh kakak aku untuk menonton jugak Astro Prima tak kira siaran ulangan atau secara langsung Gelanggang Raja Lawak. Cisss…
Ahh, malas laa nak menganalisis semua persembahan. Banyak yang tak kelakar pun. Aku nak sentuh pasal Alex je laa. Pasal mamat neh macam ada funnybone gitu. Baru bukak spek mata pun dah buat aku tergelak.
Minggu lepas punya tema adalan musical comedy. Which is very demanding because kalau tak kelakar memang sumpah seranah laa mulut para penonton baik di rumah atau di studio.
Misalnya An2. Sore bapak laa tak sedap buat sakit telinga, nasib baik laa boleh tahan jugak lawak.
Ohh, jangan lari topik. Aku nak cerita pasal Alex, bukan An2. Kemunculan si bulat ini di atas pentas menggelarkan dirinya sebagai Elvis Press Press (siap hand signal) memulakan mukadimah penceritaan bagaimana beliau telah dirijek oleh seorang awek sebelum sempat dia projek.
Maka dia dendangkan sebuah lagu untuk ex beliau dengan lirik ciptaan sendiri. Meh aku kongsi dengan korang lirik dia supaya leh nyanyi sama-sama. Wakakaka…
Hey si gadis yang CANTIK,
Tahu kamu pakai KOSMETIK,
Cover jerawat BATIK,
Chickenpoxx BINTIK BINTIK.
Wooo… Kau rijek aku,
Buat diriku tidak laku,
Depan kawanmu,
Aku sungguh malu.
Gadis KAYU,
Tidak apa tapi kau tunggu,
Ku bukak secretmu,
Punggungmu BERKURAP LEMBU.
Hey si gadis yang manis,
Saya bagitau, semut berbaris,
Bukan pasal kamu manis,
Tapi kamu KENCING MANIS. (Haha, tak kelakar)
Wooo… Kau rijek aku,
Mentang-mentang saya bulat macam donat,
Tapi kau lagi teruk,
Tindik SIGNBOARD di perut.
(Melalut-lalut, pastu Alex sambung nyanyi lagi…)
I’m very good, and, I’m very well (atau mungkin wealth?)
Oh well,
Sekarang ini, girlfriend saya, kamu mau tau siapa nama girlfriend saya?
Girlfriend saya;
DIANA DANIELLEEEE YELLL YELLL (takleh blah punya tarik!)
Hey si gadis yang manja,
Rugi kamu tak ambil saya,
Walau tak sekacak mana,
Tapi kau muka pun macam BUAYA TEMBAGA (weh bulat, buaya tembaga tu laki laa mangkok!)
Wooo… Gadis KAYU,
Bukan AYU tapi LAYU,
TerGEDIK-GEDIK,
Lubang hidung kau KOREK.
Kau rijek aku,
Tidak apa tapi kau tunggu,
Inilah lagu,
Hanya untukMU…
Wah, sudah boleh ganti Ali Mamak buat album neh. Mamak versi putih laa. Wakakaka.
Terlebih sudah.
Dah, dah, aku nak kembali memantau berita dunia. Banyak lagi benda lain aku nak komplen dan carutkan.
~AKU? BULAT?~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Tuesday, February 02, 2010 2 KoMen
Label: Dunia Muzika, Jangan Ketawa
23.1.10
HMI : AHLI PEMIKIAQ.
Err, aku bukan orang Kedah. Tapi kalau dapat jodoh orang Kedah best jugak.
Aku teringat masa Faizal Ismail ajak Cheryl Samad buat group indie band bernama Ketir (sila translate sendiri dalam bahasa utara).
Sebenarnya aku nak tampilkan lagu Ahli Fiqir dalam HMI kali ini bertajuk Derita Merindu.
Lagu ini bukanlah asing sangat atau jarang diketengahkan walaupun konsep HMI aku ini sebenarnya untuk memfokuskan lagu yang unik dan tidak mendapat promosi atau pengiktirafan yang sepatutnya dari peminat muzik tempatan.
Lagu ini, kalau setakat nak dengar 2-3 kali sehari kat radio memang sangat mudah.
Tapi bagi aku lagu ini tetap unik sebab setiap kali aku terdengar intro nyanyian Daly aku akan berkata secara spontan “Laa, lagu melayu rupanya. Aku ingatkan lagu baru Linkin Park ke, One Republic ke tadi…”
Teringin jugak nak dengar omputeh kata “Wow this is a nice song! Where is it from?” dan kita boleh menjawab “From a malay group currently active in Malaysia, Singapore and Indonesia also.” Tak boleh laa nak kata group dari Malaysia. Ini bukan Malaysian. Ini 1Nusantara punya group. Kalah visi Najib.
Ye laa, asyik-asyik kita didengarkan dengan ayat seperti ini, “Wow this is a nice song! Where is it from?” lalu mereka menjawab, “from Hawaiian singer with a song called Mamula Moon.” Teka laa sendiri lagu apa yang aku maksudkan. Pastu jenuh laa kita kena berdebat lagu mana keluar dulu, siapa ciplak siapa dan sebagainya. Eh, dah masuk bidang politik lak neh.
Lagu ini tiada kena mengena dengan aku. Aku tidak menderita dan aku juga tidak merindu. Aku lah jejaka sepi yang cukup hepi.
Cuma, lagu ini sedap iramanya, tambahan pula apabila digemersikkan dengan suara Mawar Berduri; damn! Dan liriknya pula…
Okeh, HMI tamat untuk minggu ini!
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, January 23, 2010 6 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI
16.1.10
HMI : MAWAR MAWAR
Adakah mood juara lagu sudah habis? Yup.
Tapi selasa lepas (masa tu mood belum habis) aku ada mendownload semula persembahan Aizat untuk lagu Pergi-nya. Kalau siapa yang menonton, pasti anda perasan ada seorang minaci kiut yang membuka intro persembahan dengan nyanyian lenggok irama Pergi ala Hindustan.
Sejurus membuatku terkenang akan sebuah lagu dari filem Tamil kegemaranku satu waktu dulu. Aku tak ingat tajuknya tapi kalau tak silap Kadhalar Dhinam. Cerita neh best sebab menceritakan kisah pemuda kampung miskin yang merantau ke bandar kerana berpeluang menyambungkan pelajaran setelah mendapat biasiswa tetapi tertangkap cintan dengan seorang awek yang beliau kenal dalam dunia chatting lalu merudumkan prestasi pelajarannya dan beliau tersedar akan kesilapan kemudian cuba memenangi kembali hati-hati yang pernah dikecewakan itu. Hambik ko. Sipnosis senafas je neh.
Lagu yang menjadi kesukaan aku bertajuk Roja Roja atau dalam bahasa melayunya Mawar Mawar (Rose Rose). Suka hati aku je main hentam. Ye laa, aku asyik nampak bunga mawar merah je dalam klip neh.
Sori, kualiti audio/video kurang memuaskan. Silalah jangan tanya kenapa. Paham-paham sendiri.
~Roja Roja (4 kali), Kanda Pinnae, Unnidaththil., Ennaivittu, Veeduvandhaen~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, January 16, 2010 7 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI, Rentetan Seni
11.1.10
KERATLAH JARIMU ITU
Disclaimer : Okeh, aku tersilap. Pejal Tahir tidak menang, sama juga nasib dengan Yuna (kau tetap kalah, Tirah!). Maka seperti yang dijanjikan, silalah kerat jari-jarimu itu samada secara berirama atau solo.
Sesungguhnya lagu yang berjaya menggondol kejuaraan, Aizat – Pergi memang karya yang baik tetapi aku percaya pengaruh undi simpati adalah penyumbang kejayaannya di sini di samping intro persembahan yang kelihatan mahu cuba menampilkan lagu ini dalam konsep 1Malaysia konon-kononnya. Ceh. (ayat umpama lagak orang kalah judi nampaknya)
Sama juga kisahnya dengan Pejal Tahir yang sengaja berjalan bertongkat menuju ke hadapan pentas sedangkan beliau sepatutnya boleh berdiri satu tempat sahaja. Menduduki tangga ketiga walaupun kualiti suara beliau malam itu jelas kelihatan tidak optimum (sila jangan kaitkan sesi karaoke saya dengan insiden berkenaan, oke!) sangat mengecewakan biarpun lagu yang dipertaruhkan sebenarnya sudah cukup kuat. Namun untuk berada di pentas Anugerah Juara Lagu sambil membuat persembahan ketika kaki berdenyut sakit; beliau harus dipuji kerana berani menunaikan tanggungjawab sendiri.
Yuna cukup mengejutkan aku secara peribadi kerana aku sudah awal-awal menyangka bahawa beliau tersepit antara cuba membuat gimik atau persembahan vokal. Lagu beliau yang bersahaja tidak sesuai disampingkan dengan gimik yang over, maka beliau perlu pilih salah satu untuk menambat hati juri professional malam itu. Tetapi, beliau tetap berjaya menampilkan persembahan unik yang menonjolkan bakat suara sebenar serta gimik persembahan yang simple tapi menghiburkan pula. Suka tengok dia menggoyangkan badan sambil memetik gitar; kelihatan begitu rileks dan enjoy sekali.
Persembahan awal Siti Nurhaliza dan Lan The Typewriter tidak sempat aku saksikan (cuma dengar sahaja) kerana kedai makan yang menyiarkan layar besar tempat aku menonton ketika itu mengalami masalah dengan projektornya. Tetapi menerusi sayup-sayup suara Siti yang kedengaran dari kedai sebelah cuba membawa Lagu Untukmu, aku percaya ia adalah sesuatu yang menakjubkan maka aku sedang menuggu sekiranya ada insan-insan yang meng-upload persembahan tersebut di Youtube untuk aku saksikan sendiri nanti.
Apa-apa hal aku rasa konsep Anugerah Juara Lagu kali ini yang diberi nafas baru ternyata segar dengan pengenalan tanpa kategori. Promonya juga mengagumkan. Tidak ada lagi minus one sebaliknya alunan muzik dibimbing oleh orkestra. Sesi pengenalan senarai juri juga tidak lagi mengikut rentak lama yang membosankan. Takziah aku ucapkan pada Pejal Tahir (sebab tak perform) dan Yuna (sebab tak menang) dan tak perlu ucapan tahniah untuk Aizat. Bla bla bla…
~Okeh, mungkin aku ada badi sikit kot. Jom ikut aku pergi mandi bunga. Lalalala~
P/S : Selamat hari jadi, bekas kekasih gelapku!
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Monday, January 11, 2010 3 KoMen
Label: Dunia Muzika
10.1.10
HMI VS AJL : EPISOD KHAS
Nampak tak mata mamat neh merah semacam?
Jika tahun lepas Encik Mohd Ashraff begitu kecewa sambil menangis keseorangan di hadapan kaca TV apabila melihat Faizal Tahir kalah dalam Anugerah Juara Lagu, mungkin tahun ini beliau sedikit lega kerana Meet Uncle Hussein telah menarik diri dari mempertaruhkan lagu ‘Putihnya Lukisan’ mereka yang sebenarnya cukup hebat itu.
Aku bukan peminat Bunkface, apatah lagi Hujan walaupun ambik tau lagu-lagu mereka serta boleh tumpang menyanyi sama.
Untuk aku menyokong pula Shah Inderawan, adalah kurang relevan kerana satu ketika dulu aku adalah Ahli Gerakan Membenci Tomok.
Stacy, Akim, Hafiz, Aizat? Arghh. Pergi mampus lah korang graduan-graduan sijil tak laku dari Akademi Fantasia walaupun lagu-lagu mereka best jugak sebenarnya.
Alyah? Sape dia neh?
Estranged, Black? Powerful voice but not powerful song for this year.
Misha Omar merupakan contender yang harus digeruni. Tak pasti untuk aku cakap samada beliau mampu memberikan saingan sengit atau tak. Fenomena lagu balada sememangnya kian tenggelam kini apabila kemunculan band-band serta artis solo indie tetapi kalau kena dengan orang dan cara pembawakannya, tak mustahil lagu ‘Cinta Adam & Hawa’ neh mampu produce something.
Yuna, adalah second feveret aku. Suara yang unik, genre yang aku tak pernah sangka aku akan kata “Wow, not bad jugak lagu camneh.” Walaupun beliau aku kategorikan sebagai artis One-Hit-Wonder buat masa ini; sebab bila aku tanya “Ko dah dengar lagu Yuna – Cinta Sempurna?” rata-rata akan menjawab “Apakah neraka itu (pinjam ayat Kak Kema)? Itu lagu Sixth Sense laa mangkuk!”, tapi berdasarkan trend pemilihan juri pada musim-musim yang lepas, Yuna ada peluang besar nak menang kerana dia berjaya menampilkan sesuatu yang segar.
Ehem, nampaknya kali ini aku terpaksa mengaku penyanyi yang aku harapkan untuk menang adalah Faizal Tahir. Suara rock & roll-nya, lagunya yang digarap begitu baik, perlu selari dengan persembahan vocal beliau di malam ini (tanpa perlu menanggalkan baju) walaupun beliau dikhabarkan masih sakit dan terpaksa telan painkiller untuk persembahan beliau tersebut.
Oleh itu, tak mustahil Bunkface akan menggondol persembahan terbaik sebab mereka neh memang raja gimik (haha, ayat sarcastic) tapi aku percaya Faizal Tahir jugak yang akan pulang selaku juara walaupun aku tak pasti sejauh mana kualiti yang akan beliau bawa nanti. Kalau apa yang aku cakap neh tak betul, sila kerat jari anda.
Itupun nasib baik laa sebab Lan dah keluar MUH. Kalau tak, menangis lagi laa Encik Ashraff kita jawabnya. Lalalala…
~Maaf, saya bukan gay!~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Sunday, January 10, 2010 3 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI
9.1.10
HMI : GOOD NITE!
Dah lama tak dengar radio. Tiba-tiba terpasang pulak hot fm menyiarkan lagu Pejal Tahir – Selamat Malam.
Oi Pejal, camne aku nak tidur kalau ko terjerit-jerit di corong radio? Lalalala…
Lagu neh difahamkan dah agak berbulan-bulan berkumandang. 2 bulan mungkin. Sebelum beliau sakit. Sekarang taktau laa apa citer dia. Dan aku pun tak berkenan sangat nak amek tau. Aku suka lagu dia je. Lalalala…
Amacam? Best tak lagu neh?
Maaf, aku sepatutnya meletakkan dulu disclaimer seperti “AMARAN : BOLEH MENYEBABKAN TELINGA BERDARAH”
Kepada mereka yang telah meng-klik video di atas, sekiranya terdapat simptom-simptom seperti telinga bernanah atau berlendir, mual-mual, loya atau muntah hijau florescent, sila laa cepat-cepat dapatkan rawatan pakar.
Sesungguhnya karaoke syok sendiri ini aku sumbangkan ketika sedang mencari lirik lagu dan terserempak pula dengan video beliau di youtube. Kredit untuk beliau kerana aku telah mencilok video tersebut bagi tujuan menipu korang seperti di atas.
Okeh, suara aku tak sedap. Tak perlu korang nak kutuk sebab aku sendiri pun terkekeh-kekeh gelak mendengar pitching suara yang tak menjadi serta kekantoian lirik Pejal Tahir yang sememangnya suka dengan alunan wordplay-nya. Macam haram transisinya laju nak mampus, mengelabut aku nak follow.
Lagu nyanyian aku tadi tak penuh; sebab asyik tahan gelak, kemudian menjerit parau tak tentu pasal membuatkan peti suara aku sudah jem lalu terpaksa menamatkan karier nyanyian aku yang baru nak bercambah neh. Gantung mikrofon laa aku lepas neh.
Berikut aku tampilkan pula satu lagi video lain yang diupload untuk lagu ini. Jangan risau, kali ini akan disertakan sekali dengan audio asal untuk korang hayati dan nyanyi syok sendiri seperti yang telah aku lakukan tadi.
Okeh, ye laa, aku ngaku laa aku neh peminat Pejal Tahir. Puas hati?
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, January 09, 2010 6 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI
2.1.10
HMI : KOLEKSI GEMILANG
Vokal Jaclyn Victor dikenali ramai kerana kemantapannya. Ia juga kekal konsisten apabila Jac perlu menyanyi lagu yang mempunyai nada tinggi. Tapi Jac belum ada kosert solo seperti yang pernah dijayakan Datuk Siti Nurhaliza. Jadi kita tak tahu samada kualitinya benar-benar teruji atau tidak.
Beliau kini sudah bergelar artis profesional maka persoalan itu tidak sepatutnya timbul. But it’s nice kalau kita dapat menguji semaksimum yang mungkin sejauh mana Jac boleh menarik pitchingnya.
Dalam album terbaru Jac, beliau ada menyanyikan semula lagu Gemilang, disertai juga dengan medley puluhan lagu lain yang antaranya pernah tersenarai dalam anugerah-anugerah tertinggi seni nyanyian negara.
Walaupun video yang aku tampilkan ini rakaman di dalam studio, tetapi aku tetap harus memuji beliau terutama bila beliau menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu. Ye, aku tau ramai lagi artis yang beliau cover memiliki kehebatan vokal masing-masing tetapi kalau anda terasa ingin nak berkaraoke lagu Amy Search, haruslah anda tepuk dada tanya selera berulang-ulang kali.
Tak sabar nak menunggu beliau menyanyikan lagu ini secara live.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, January 02, 2010 0 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI
26.12.09
HMI : MARI LE KE MARI
Tiada. Entri ini tiada kaitan langsung dengan entri aku dua hari lepas.
Bila bercakap tentang stigma Indonesia-Malaysia, yang paling terkesan untuk aku bicarakan apabila ada orang menimbulkan isu mengenai lambakan lagu Indon di pasaran kita. Kalau nak bercakap tentang orang gaji, buruh dan sebagainya, memang aku tak ambil pusing sebab aku sendiri terasing dengan bidang-bidang tersebut. Tapi kalau seni nyanyian yang merupakan cabang budaya bangsa - dari etnik serumpun pula tu yang hendak dijadikan topik perdebatan, cukuplah aku suka untuk menyertainya sambil memberi pandangan-pandangan penuh sinis sekali.
Ahmad Dhani baru-baru ini telah bekerjasama dengan The Swaggers untuk mengeluarkan cover version lagu Madu Tiga nyanyian asal oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Yang mana P. Ramlee merupakan seniman agung dalam list pujaan aku sebab beliau mampu melakukan semua. Serupa dengan aspirasi cita-cita aku yang asal walaupun cita-cita aku tu tampaknya tidak kesampaian kerana bakat yang ku ada cumalah berangan sepanjang zaman.
Sesuatu yang amat menarik untuk aku perhati - kerana ada suara-suara yang mempersoalkan kenapa lagu Indon begitu mudah diberi kebebasan untuk berpasaran di negara kita sedangkan ketika lagu kita cuba menembusi pasaran mereka, karyawan kita ramai yang terpaksa menulis semula lirik untuk menarik minat pendengar di sana membeli album kita. Dalam kes Ahmad Dhani, tidak ada satu pun bait lirik yang ditukar atau ditambah. Malah Ahmad Dhani sendiri mengakui lagu itu sudah cukup sempurna (mengenepikan daya tarikan peribadinya ke atas lagu itu kerana kita semua tahu Ahmad Dhani boleh tahan jugak buayanya) namun tidak begitu popular di negara mereka sementelah beliau sendiri pun cuma baru mendengar lagu itu beberapa tahun lepas ketika bershopping di Malaysia.
Ini merupakan satu daya apresiasi yang jarang hendak dihighlight oleh kita semua selaku rakyat Malaysia. Yang kebanyakannya cuma tahu berkonfrontasi sahaja. Sedangkan ketika kita layak ke final sukan SEA di Laos baru-baru ini, ada laman web tertentu yang dikendalikan orang dari sana menampilkan pelbagai bentuk kata-kata semangat supaya Malaysia dapat menumpaskan Vietnam. Aku tak pasti mereka menyokong pasukan bola kita kerana kita serumpun ataupun mungkin kerana Vietnam tersenarai sebagai musuh ketat mereka; itu aku tak peduli. Tapi yang aku peduli apabila perkara-perkara seperti ini ramai yang lepas pandang, yang tidak baik seolah-olah mahu cuba dijadikan teladan pula.
“Jai, ini segmen HMI ke segmen ceramah neh Jai?”
Okeh, sorry. Aku lari topik sikit. Sebenarnya minggu ini aku nak menampilkan satu lagu Indon yang bersifat klasik pernah dipopularkan oleh Titiek Puspa. Ramai yang kenal Hetty Koes Endang dan Broery Marantika tetapi bila aku sebut Titiek Puspa di kalangan rakan-rakan seperlepakan aku, lazimnya mereka akan terkekek kecil seumpama ada orang sedang menggentel bulu ketiak mereka. Oh, sungguh laa aku terkesima memerhatikan mereka ini.
Tajuk lagu ini adalah Marilah Ke Mari. Sebuah lagu retro tahun 60-an mungkin (zaman kegemilangan Vespa) dan pernah dinyanyikan semula oleh sekumpulan artis dari Malaysia yang aku gagal dapatkan namanya. Kebetulan ketika aku terdengar lagu ini adalah dalam ruangan Masihkah Kau Ingat dalam siaran radio Klasik Nasional. Okeh, sila jangan tanya kenapa aku boleh mendengar Klasik Nasional pulak neh. Suka ati aku laa…
Lagu yang diberi nafas baru ini dinyanyikan semula oleh Indon All-Star; di antaranya Ariel Peter Pan, Iwan Fals, Project Pop, Rossa dan lain-lain lagi. Mungkin Maksu tidak dapat menonton videoklip yang di-embed dari Youtube ini tetapi mungkin juga beliau memang kenal dengan tajuk lagu dan penyanyi asalnya walaupun hakikatnya maksu sebenarnya sama baya je dengan aku. Lalalalala…
Artis kita juga tidak ketinggalan untuk mempopularkan semula lagu lama seperti contoh apabila Too Phat menyelitkan chorus Sharifah Aini “Kuda ku lari gagah berani…” dalam lagu Anak Ayam mereka. Memandangkan projek sampingan Ahmad Dhani yang aku sentuh tadi aku takrifkan sebagai begitu unik dalam usaha cuba mengangkat kembali martabat lagu P. Ramlee di negara mereka, mungkin artis kita boleh membalas pula usaha ini dengan menyanyikan semula lagu Titiek Puspa ini kerana aku percaya lagu ini tidak mendapat perhatian yang secukupnya dari rakyat negara kita sebelum ini. Tapi kerana aku bukanlah Cat Farish atau Norman KRU maka mungkin cadangan aku ini akan tinggal sepi sahaja.
“Boleh dua-duaan,
Asal tetap di lingkaran,
Tapi awas jangan pergi berduaan,
Nenek bilang itu merbahaya…”
Lihat saja liriknya. Menarik kan…
Lalalalala….
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, December 26, 2009 1 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI
13.12.09
HMI : WAYNE BRADY
Ini adalah lagu cover dari kumpulan All-4-One bertajuk Beautiful yang dinyanyikan semula oleh Wayne Brady. Wayne Brady merupakan antara bintang utama siri Whose Line Is It Anyway yang mana kepakarannya adalah menyanyi lagu secara spontan atau mimik artis terkenal and he’d done a very good job on that show. Tak disangka rupanya beliau memang memiliki bakat semulajadi untuk membawa lagu ini seribu kali lebih baik dari penyanyi asal (ceh, pujian melampau-lampau).
Apa pun yang membuatkan aku percaya dengan si pengomen-pengomen kat youtube yang memuji beliau berguni-guni, adalah kerana aku sendiri suka dengan gaya alunan suara beliau for this particular song. Ia mengingatkan aku pada nyanyian mendiang Luther Vandross (hambek ko! Sejak bila aku pandai melayan Luther Vandross pulak neh?)
“But I’ve never seen anything as beautiful as you…”
Sekiranya kamu tidak kelihatan cantik pada seseorang, tidak bermakna kamu tidak cantik pada semua orang. Namun sekiranya hanya aku yang pernah memuji kecantikanmu, ketahuilah, betapa hanya aku yang benar-benar tahu untuk menghargai dirimu.
Cewah!
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Sunday, December 13, 2009 1 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI, Rentetan Seni
5.12.09
HMI : ALIZEE (LAGI?)
“Kalaulah aku menjadi pakcik itu.”
Aku lebih suka melihat Alizee berambut panjang dan mengikatnya ke belakang seperti dalam videoklip ketika beliau menyanyikan semula lagu La Isla Bonita yang pernah dipopularkan oleh Madonna.
Tapi semenjak beliau mengeluarkan single terbaru berjudul Mademoiselle Juliette, beliau telah menggayakan semula fesyen rambutnya ala-ala Victoria Beckham which I find very cute n sexy.
Videoklip pilihan minggu ini bertajuk Adelaide, sebuah lagu retro Perancis 80-an yang dinyanyikan berduet bersama Alain Chamfort (lagu asal oleh Arnold Turboust & Zabou). Tapi suara beliau memang sangat kiut dalam lagu neh. Aku rasa kalau lagu neh nak diconvert ke bahasa melayu, eloklah kalau diberi tajuk ‘Adik-Adik’. Haha!
Alain Chamfort yang aku gelarkan sebagai pakcik neh memang nampak kelakar bila menari. Ataupun itu teknik menari di disko Perancis zaman 80-an? Entah laa. Namun yang pasti aku rasa pakcik neh peminat James Bond sebab fesyennya mengingatkan aku pada pelakon Timothy Dalton dalam filem James Bond 80-an.
“Kalaulah aku menjadi pakcik itu…” Udah-udah le tu Jai!
~Another reason why I completely fall in love with french language~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, December 05, 2009 4 KoMen
Label: Dunia Muzika, HMI

















