Bila Sang Pujangga bermadah kata :
Siri terakhir menjelma. Yang aku nak perbualkan kali ini, berkenaan profession aku yang sangat best ini, oke!
Ada yang nak jadi dokter.
Ada yang nak jadi lowyer.
Ada yang nak jadi engineer.
Ada yang nak jadi 3D software developer.
Ada yang nak jadi business-womaner.
Ada yang nak jadi cikgu jer.
Aku? Despatch rider forever! Heheh…
Aku amat meminati seni business logistic ini, oke! Walaupun bunyi logistic itu kelihatan something yang bersifat berskala besar dan significant, tapi sebenarnya tugas kerja aku yang sempoi ni ada sangkut paut gak ngan bidang logistic neh apa.
Tak kira laa korang membekalkan perkhidmatan supply barang sekecik-kecik sampul surat 20 sen yang sering digunakan budak-budak kelas fardu-ain nak mengorat member sekelas (ala, yang ada bau wangi cam bedak talkum tuh) sehinggalah sebesar-besar barang seperti konkrit untuk membina KLCC, sesungguhnya bidang ini sangat penting dalam struktur pemantapan ekonomi negara kita dan sangat best, oke!
Aku tatau nape. Tapi memang semenjak aku di form 4 lagi aku sudah nampak yang aku akan terjerumus ke bidang ini. Walaupun cita-cita aku masih tetap untuk menceburi bidang perniagaan, namun bidang perniagaan ini banyak cabangnya (tak caya tanya Wana). Dan walaupun aku juga meminati bidang IT, bidang supplement-food distributor, bidang menjual perkakasan telekomunikasi mahupun barangan runcit; tetap jugak aku masih tersenyum simpul apabila berangan untuk menjadi pelopor yang berjaya dalam arena logistic nasional mahupun global.
Ye, memang cita-cita aku menggila tinggi. Padahal aku still makan gaji dengan ilmu tak sampai sekaki. Adeh, memang susah jadi orang yang kuat berimaginasi macam aku ni.
Yang seringkali membantutkan proses berangan ku itu, adalah apabila aku terpaksa menyedarkan diri untuk berpijak kembali di bumi nyata. Ke mana hala tuju hidup aku selepas ini? Ye, aku makin tua, takkan nak berangan cam budak-budak lagi? ‘Come on laa Jai, you smarter than this laa’ bentak hatiku yang berlagak pandai itu.
Dulu aku ada terasa gatal nak amik ‘Dip’ dalam business study di kolej-kolej swasta yang dah bersepah di seluruh negara. Cuba try tanya cik Wana kolej tempat dia belajar, nak gak usyar course-course ngan harga-harga yang ditawarkan, haram dia tak layan. Haha, dia ingat aku nak skodeng dia kat kolej kot. Tak kuasa meks nak kacau aweks-aweks orang neh, uols tau! Plissss… (mulut ko tu jangan cabul sangat Jai! Kantoi rahsia sendiri jap gi baru tau…)
Pikir-pikir balik, dengan SPM aku yang tercatat beberapa matapelajaran cuma, agak susah otak aku nak menerima ajaran-ajaran seperti mikro/makro-economics, business mathematics dan pelbagai lagi. Algebra pun aku failed, inikan pulak ada hati nak belajar yang lebih advance dan tinggi.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ye, memang betul. Tapi kalo salah jalan tak ke sesat dibuatnya esok? Then member aku menyampuk pulak;
“Kursus keusahawanan kan banyak. Ko nak ternak lintah? Cacing? Ikan keli ke? Tak pun tanam cili. Banyak peluang ko nak meniaga neh, Jai. Yang bestnya tu ko takyah susah-susah nak carik pembeli. Kalo kena saluran yang betul, ko cuma tinggal usaha je. Insya-Allah boleh berjaya,” nyesal lak aku panggil mamat neh sial lam episode pertama ari tu. Leh tahan gak visi dia rupanya.
Emm… Ramai yang berangan, ramai yang bercita-cita. Tapi ramai jugak yang ended-up makan gaji, ataupun last option keje je ngan gomen. Ish, orang yang takde rupa macam aku neh, memang perlukan duit yang banyak kalo nak dipandang tinggi dari sisi masyarakat. Baru laa ada can dapat kawen, haha! (berbalik kepada persoalan episode pertama)
Dah tu? Berangan je laa dulu untuk masa ni. Ada rezeki besok-besok, insya-Allah hidup aku akan dinilai sebagai lebih berjaya dari hari ini. Aminnn.
Ku mimpi pandu kapal angkasa
Rentas galaksi cari cinta
Ramai wira super yang ku jumpa
Gagah dan perkasa hebat dari nyata
Antara..
Beberapa…
Angan-angan ku yang mengila
Masuk akalkah tidak
Mila, ku tertanya
Bila, akan bersua
Cinta si pria23
Membikin hidup ceria
Mila, ku tertanya
Bila, akan masanya
Cintakan mewarna
Setiap ruang dunia
Ku mimpi terjun awan ke awan
Bagai gula kapas manisnya,
Lalu datang satria kayangan,
Dia sangka aku pari-pari syurga
Indahnya…
Kiranya…
Angan-angan ku jadi nyata
Masuk akalkah tidak
Dalam dunia yang makin gila
Mungkin alam khayalan
Ruang berlindung sewajarnya
Sementara capai impian ku…
Indahnya…
Kiranya…
Angan-angan ku jadi nyata
Masuk akalkah tidak...
~EndOfPart3 – Hidup Ini Bukan Sekadar Untuk Terus Hidup~
6 KoMen:
it's owrait, caiyuk caiyuk.... apa2 aje gua sohkong lu!!!
Oi Oi !
aKu x LaYaN Ke :-?
Ko MeMPiTeNaH aKu Ke NiH :-w
HeP !!!
wohhhhh, siap ada puisi tuhhhh...
saspek tullll...
papepon, doa yang terbaik...cayok..cayok..
**dimana ada kemahuan, disitu ada jalan...
incik yg keji.
omputeh kata, in order to do something big, you have to dream big.
hahak!
tapi kalau dok dream big takde usaha tak guna gak :))
*sambung dari runak dan Ajah..*
kalau stakat dream big dan usaha... tak gune gak.. haruslah dilengkapi doa dan tawakal..
=))
wahahahaaa..
Post a Comment