Bila Sang Pujangga bermadah kata :
Sukarnya bagi seseorang manusia itu untuk memuaskan nafsu serakahnya sendiri. Melainkan beliau tidak terdorong untuk bersifat menggalas tanggungjawab di atas setiap tindak-tanduknya.
Ya, aku bukanlah manusia yang paling berdisplin di atas muka bumi. Malahan tak keterluan untuk aku mencerca diri sendiri yang seringkali terlalai lalu membiarkan diri aku terhanyut sebagai hamba nafsu.
Namun, nafsu dan naluri itu sebenarnya saling beraliran di antara satu sama lain. Percaya atau tidak, sesuatu bentuk naluri itu (tidak kiralah jikalau ia bengkang-bengkok mahupun songsang sekalipun) terhasil umpama kawah yang terbentuk di atas permukaan batu akibat titisan air tanpa henti. Mengambil masa yang sangat panjang biarpun hasilnya kelihatan sangat konkrit dan sukar di-reverse/undo.
Apatah lagi apabila seseorang manusia itu memasuki alam remaja beliau yang mana pada waktu inilah pengukuhan sesuatu naluri itu sedang mengalami proses akhir dan kritikal. Ketika inilah manusia berpendirian boleh buat apa saja yang mereka rasakan betul sesuka hati mereka sehingga memperlihatkan kejadian pelajar menendang gurunya sendiri di Perlis. Juga di waktu inilah mereka yang sebelum ini cuma digelar tomboy beralih orientasi seksual mereka ke peringkat Pengkid yang mana memang dah jelas-jelas haram tapi baru sahaja difatwakan sebegitu oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini.
Zaman remaja aku tidaklah se-complicated mana. Mendukung personasifikasiku yang cukup low-profile ketika itu; aku pasti 50% budak batch aku tak mengenali siapa aku dan 80% pulak lagi tak tau pun apakah nama aku.
Namun aku tidak pula tergolong dalam golongan anti-sosial. Cuma aku amat berhati-hati dalam memilih kawan kerana pada masa itu aku cukup jerih nak meluangkan masa dan tenaga berkawan dengan mereka yang tak ‘sebulu’ dengan aku.
Bagaimanapun, zaman remajaku tetap menjadi satu titik tolak yang amat penting dalam melahirkan jatidiri aku yang sekarang.
Benar, aku sendiri agak jelas nampak dengan perubahan yang aku sifatkan lahir dari sifat kematangan; tetapi matang semata-mata tidak semestinya boleh mengubah sifat dan naluri (dalam konteks ini ia juga sesuai digelar sebagai nafsu) aku.
Mereka yang hulurkan tali perkenalan sekadar untuk bergelar kawan, seharusnya kita sambut dengan ikhlas tanpa mengambil kira rupa, pangkat, darjat mahupun harta. Di dalam kes aku, ‘perangai’ juga tidak semestinya menjadi pilihan untuk menyambut salam kemesraan ini. Kerana prerogatif itu aku yang punya. Seandainya aku tidak selesa untuk terus bersembang kosong dengan mereka, aku boleh sekadar diam seribu bahasa dan melemparkan senyuman (bughok aku) kepada mereka. Tidak patut ada alasan untuk memusuhi selagi mereka belum mencari pasal dan menyusahkan aku.
Dalam skop secara am, aku tidak memiliki masalah untuk melaksanakan polisi ini dalam tatacara kehidupan aku. Tak kira baik wanita mahupun jantan, semua boleh menjadi kawan.
Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang aku sendiri approach? Seperti yang aku jelaskan awal tadi, aku memang sedikit ‘berhati-hati’ dalam memilih kawan. Sekiranya aku yang memulakan langkah untuk berkawan, aku pasti mencari mereka yang aku benar-benar selesa dan aku suka untuk luangkan masa serta tenaga.
Bagi kawan-kawan kaum Adam aku, kelihatan setakat ini tidak timbul sebarang konflik yang besar akibat sifat ‘kronisme’ aku ini. Tetapi bagi kaum perempuan, lain pula ceritanya.
Bagaimana sekiranya aku mempunyai niat lain selain sekadar berkawan (e.g mencari calon isteri, rakan tempat meluahkan perasaan atau lain-lain) dan akhirnya aku bertindak-tanduk melanggar garis sempadan ‘persahabatan’ itu sendiri? Tidakkah ia dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan pecah amanah? Sedangkan pihak perempuan itu sebenarnya sekadar nak berkawan je dengan aku, tak lebih pun dari itu.
Seandainya benar, maka apakah hukuman setimpal yang patut aku terima di atas kejahilan dan kerakusan aku ini? Adakah patut untuk aku meng’haram’kan diri sendiri dari mencari kawan-kawan di kalangan wanita selepas ini? Ataupun… (Banyak sungguh laa soklan ko neh Jai!)
~Menjaga anak dara seorang lebih sukar dari menjaga sebuah pasukan bolasepak~
6 KoMen:
sabar jer jai.....
sampai jodohnye adela tue.....
cakap sepi....
hantaaq gambar kat ruangan kembang setaman jer Jai...gerenti bulleh.
mau langgar? kalau saya, tak kisah lah. hehe. no problem bro..gitu lah hati kita sbg manusia, mudah lentur.
tp pastikn jiwa awk kuat utk dilanggar lari kemudiannya.. hihi
ijal : sepi, sepi gak... sekian.
maksu : namo laa maksu, nanti ramai yg naik angau...
cahaya-ain : suke ayat tu... mudah-lentur... err, langgar laa balik kalo berani...
susah2... mintak mak ko carikkan. settle problem. lalalala
tyrark : bunyi mcm senang...
Post a Comment