20.5.10

NOVEL LAGI BEST LAA…

I’m not a novel person. Aku lebih kepada filem/drama/gambar bergerak (motion picture). Pernah juga aku beritahu sebelum ini bahawa hobiku menonton filem telah membantu menambah beberapa ilmu trivia yang tak ramai orang tahu.

Aku juga suka quote dari movie. Sebab kebiasaannya penulisan skrip bagi sesebuah filem telah difabrikasikan untuk cuba menampilkan seberapa banyak maksud tersirat; yang mana kebiasaannya dipenuhi dengan ironi.

Bagi aku, ia sesuatu yang lebih menyelesakan berbanding dari membaca novel.

Tidaklah pula bermakna aku tidak suka membaca novel. Mengikut pengalaman aku yang dengkal ini, selalunya sesebuah novel tidak akan kurang dari 200 mukasurat dan memerlukan pembacaan lebih 6 jam untuk memahami keseluruhan isi ceritanya. Ia bergantung kepada kepantasan membaca setiap individu tetapi aku suka membaca semula setiap frasa penting agar tiada yang aku terlepas pandang; samalah seperti aku suka rewind babak dalam sesebuah filem yang buat aku pening menontonnya.

Aku faham kenapa orang mengatakan filem yang diadaptasi dari novel tidak sama menarik seperti penulisan asal cerita tersebut. Sudah ramai yang memberi rujukan seperti karya-karya Harry Porter, Lords Of the Ring, Twilight dan sebagainya. Menerusi pengamatan aku, sememangnya bagi seorang pembaca novel tegar; acapkali mereka telah menyelami daya imaginasi sendiri terdahulu untuk menghasilkan paparan sebenar sesebuah cerita itu dalam minda mereka. Bayangkan sekiranya ada sejuta pembaca – manakan mungkin setiap dari mereka mempunyai kreativiti dan imaginasi yang sama bukan?

Jadi apabila novel-novel ini diadaptasi ke dalam filem, sudah pasti terdapat sedikit perbezaan dari apa yang mereka telah bayangkan dan jangkakan. Maka memungkinkan kewujudan suara-suara yang tidak berpuashati dengan hasil filem tersebut.

Namun itu tidak menghalang aku untuk menghayati hatta kedua-dua medium seni ini. Cuma bagi aku, aku lebih prefer filem berbanding novel, semata-mata kerana sifatku yang tidak penyabar. Sebaik sahaja aku telah menamatkan pembacaan satu chapter atau bab sesebuah novel, aku akan menjadi tidak keruan selagi tidak menamatkan pembacaan sehinggalah ke mukasurat terakhir. Sedikit berbeza dengan filem kerana ia kebiasaannya cuma mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kalau aku pause nak pergi toilet pun tidak akan ada banyak perbezaannya.

Untuk tidak terlalu terperangkap dengan imaginasi sendiri, kini setiap kali aku menonton filem (terutama yang terbaru di pawagam) aku akan merendahkan tahap jangkaan aku seminimum yang boleh. Kosongkan minda seolah-olah kita tidak mengetahui langsung akan plot jalan cerita mahupun pernah menonton trailer/the making of filem tersebut beberapa hari sebelumnya. Namun, itupun aku masih tidak dapat menjamin kenakalan kepala hotak aku untuk membuat andaian dan hipotesis seandainya jalan ceritanya berlainan dari apa yang sedang ditayangkan.

Secara keseluruhannya, aku lebih suka untuk menganggap ia sekadar hiburan semata-mata; tak lebih dari itu. Namun sekali-sekala, akan ada babak atau quote dari filem yang cukup berbaloi untuk kita terapkan sebagai pengajaran dalam kehidupan. Tidak kira samada kerana ia kelakar atau ironi dan sebagainya – asalkan ia memberi makna untuk anda, secara tidak langsung ia akan terkesan dengan sendirinya dalam jiwa.

Pagi tadi aku terserempak dengan filem lakonan Matt Dillon bertajuk Factotum. Yang mana merupakan adaptasi dari novel Charles Bukowski. Ia bukanlah sebuah filem terbaik pernah aku tonton sebab aku tidak berapa suka dengan filem yang terlalu menekankan pada seni penceritaan bersifat egoisitk. Aku lebih suka filem yang mempunyai pakej lengkap dengan aksinya, romantiknya, komedinya, dan lebih bermakna andai setiap satu elemen diberi pemerhatian yang teliti dan khusus oleh pembikin filem tersebut.

Namun dalam salah satu scene filem ini yang berjaya membuatkan aku tergelak kecil:

Hank Chinaski : "You married, Manny?"
Manny : "No way."
Hank Chinaski : "Women?"
Manny : "Sometimes. But it never lasts."
Hank Chinaski : "What's the problem?"
Manny : "A woman is a full-time job. You have to choose your profession."
Hank Chinaski : "I suppose there is an emotional drain."
Manny : "Physical too. They want to f*ck night and day."
Hank Chinaski : "Get one you like to f*ck."
Manny : "Yes, but if you drink or gamble they think it's a put down of their love."
Hank Chinaski : "Get one who likes to drink, gamble and f*ck."
Manny : "Who wants a woman like that?"

Ideologi lelaki bernama Manny ini sesuatu yang bagi aku sangat tipikal. Kita sebagai manusia (tidak kira jantina) seringkali mendambakan sesuatu yang terbaik dan sempurna untuk kita. Namun pada masa yang sama kita cuba untuk menutup kelemahan dan kecacatan diri sendiri dengan memberi seribu alasan mengapa kita bersifat sedemikian.

Ia seumpama seorang lelaki melihat seorang gadis ayu sedang menghisap rokok lalu berkata, “Ish sayangnya. Muka dah cun tapi hisap rokok pulak. Tak boleh buat bini neh.” Padahal pada ketika itu beliau sedang menghembuskan asap rokok dari mulut sambil mengeluarkan kata-kata sedemikan. Toksah nak hipokrit sangatlah weh.

Apa hanya kerana semata-mata kamu tu lelaki maka kamu ada hak untuk menghisap rokok berbanding perempuan? Kamu ingat perempuan suka sangat lelaki penghisap rokok macam kamu? Bukan perempuan saja yang tak selesa, lelaki pun tak kurang juga menyampah dengan kamu.

Ops, aku pun hisap rokok gak. Muahahahah. Makanya janganlah begitu mudah untuk aku (atau kita) menghakimi orang lain okeh!

Lihat, di situ sudah dapat satu pengajaran.

Namun kita kena pandai asingkan yang mana baik dan buruk. Dalam dunia masa kini – di akhir zaman ini – terdapat ramai pendusta yang akan cuba menyesatkan kita. Ini telahpun disebut dalam hadis.

Maka di pengakhirannya, tepuk dada tanyalah selera. Kita sendiri yang bertanggungjawab untuk menjadi diri kita yang terbaik. Untuk menentukan apa yang boleh dijadikan teladan, mana yang harus dijadikan sempadan.

Kalau nasihat-nasihat aku neh berbunyi seperti poyo, maka poyolah pada pandangan kamu. Ia prerogatif kamu yang punya. Aku cuma menjalankan peranan aku sebagai orang yang banyak bunyik.

Sekian.

1 KoMen:

Intan and The Boys said...

aku pulak dah kurang baca novel. kurang jugak tgk wayang atau dvd. mana2 astro tayangkan tu..itu je la aku tgk. huhuhu~

Post a Comment

Any Comment? Anybody?