PostScript : Entri yang sepatutnya tersiar sebelum Episod ke-16 Nur Kasih disiarkan. Sudah agak tidak relevan kini kerana twist yang berlaku dalam plot terbaru Nur Kasih setelah kemunculan semula Katrina dengan memakai purdah, sesungguhnya tidak terlintas langsung dalam pemikiran aku dan bakal memberi kejutan lagi untuk episode-episod akan datang. Apa pun anda harus ingat bahawa ini adalah entri sebelum episod Aidil bertemu Aliya buat pertama kali di kedai buku di Jeddah.
Persoalannya, benarkah Adam telah berubah? Persoalannya, sanggupkah Nur Amina melupakan segala seksaan batin yang pernah menyeksanya? Persoalannya, apakah nasib Katrina dan siapa yang akan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku padanya? Persoalannya, apakah benar Aidil sudah membuang perasaan cintanya terhadap gadis bernama Nur Amina ini?
Episod seterusnya akan merungkai rentetan perjalanan hidup Nur Amina dan Adam selaku suami isteri yang sah hanya pada syarak. Di sekeliling beliau, begitu banyak kedapatan suara yang mahu dia menerima kembali Adam. Termasuk dari Ummi dia, mak mentua dia, Aidil malah Adam sendiri begitu mendambakan untuk menjalani kehidupan bahagia bersama Nur. Apakah ‘happy ending’ itu wujud dalam dunia mereka berdua?
Mari kita merungkai konflik yang berlaku. Fakta : Adam pernah mengatakan bahawa Nur Amina “is not my type”. Fakta : Nur terpikat dengan kehenseman dan kemachoan Adam semenjak beliau mengenalinya di bangku sekolah lagi. Fakta : Adam memaksa Nur menipu kedua orangtuanya dan meninggalkan Nur keseorangan tanpa wang dan hala tuju selama empat tahun, walhal segala kebajikan Nur ketika itu sepatutnya terletak di bawah tanggungjawab dia. Fakta : Aidil masih lagi mencintai Nur setelah bergelar adik iparnya sendiri. Fakta : Nur lebih selesa bersama Aidil dan banyak terhutang budi dengan beliau.
Jadi apa yang bukan faktanya? Masih ingatkah anda ketika Nabila cuba mengusik Nur dengan mengatakan Nur menyimpan perasaan terhadap Aidil? Nur menafikan dan membalas dengan kata-kata seperti “aku anggap dia macam abang aku sendiri laa”. Padahal Nabila merasakan hubungan beliau dengan abang beliau sendiri pun tidak semesra dan romantik macam Nur dan Aidil.
Dan ketika Adam mengetahui tentang kisah kemesraan mereka berdua yang diceritakan Sarah, Adam ada berkonfrontasi dengan Nur perihal isu ini. Nur dengan yakinnya menyebut “tidak ada sedetik pun perasaan cinta Nur untuk abang Aidil, percayalah”.
Apakah patut kita percaya dengan semua ini? Sedangkan semua orang setuju dengan ironi bahawa ini semua sekadar lakonan semata-mata (heh!). Namun, persoalan yang berbangkit, apa akan berlaku sekiranya Aidil menekan butang send selepas mencoretkan emel bernada ingin mengorat Nur secara terbuka beberapa tahun lepas? Bagi anda yang masih samar-samar, antara petikan emel beliau berbunyi seperti berikut : “Setiap hari, abang semakin tertunggu-tunggu berita dari Nur. Mungkin perasaan abang terhadap Nur kini telah berubah.”
Tetapi Aidil tidak menghantar emel tersebut. Maka kita tidak akan tahu apa yang mungkin berlaku selepas itu. Tapi kita masih boleh membuat spekulasi. Mungkin Nur tahu bahawa Aidil seorang yang warak dan arif mengenai hukum hakam agama. Mungkin Nur tahu Aidil merupakan lelaki yang lebih sesuai untuknya. Tapi mungkin Nur tidak mahu mengharap apa-apa kerana Nur merasakan dengan reputasi Aidil itu, tidak mungkin Aidil tergamak untuk merampas beliau dari adiknya sendiri. Meskipun begitu Nur masih tidak tahu Aidil sebenarnya ada menyimpan perasaan cinta terhadapnya. Nur masih tidak tahu betapa Aidil pula sanggup berkorban segala-galanya demi Adam. Nur masih tidak tahu segala perhatian dari Aidil yang pernah dia miliki sebelum ini datangnya dari perasaan cinta dan sayang tidak berbelah bahagi. Apa akan berlaku seandainya dia tahu?
Yang dia tahu dia tetap masih terpikat dengan Adam yang dikenalinya sebagai kacak, sensitif dan romantik itu. Cuma situasi semasa dan setelah dipermainkan perasaannya dengan begitu zalim sekali, membuatkan Nur lebih berhati-hati sebelum mengambil apa-apa keputusan. Kita semua sedia maklum bahawa Adam telah berubah. Maka sepatutnyalah bagi Nur untuk membantu Adam melengkapkan penghijrahannya.
Benarkah Adam hari ini bukan lagi Adam yang dahulu? Adam yang dahulu membenci Nur Amina dengan menganggapnya sebagai gadis bodoh dan mengikut kata-kata orangtua secara membabi buta. Adam yang dahulu berpeleseran dengan gadis bukan muhrim, tidur sekatil dan meneguk arak sesuka hati. Adam yang dahulu menganggap segala kaedah pendekatan mendidik yang digunakan arwah ayahnya sebagai kolot dan tidak masuk akal.
Apa yang menyebabkan Adam berubah? Kematian anaknya? Muhasabah diri ketika beliau menghabiskan masa dalam penjara di Australia? Ketenangan hati yang beliau perolehi setelah mendekati Islam? Dalam jangka waktu peristiwa-peristiwa ini, aku tidak dapat melihat katalis yang membuatkan Adam sedar bahawa dia kini telah ‘jatuh cinta’ dengan Nur Amina. Perasaan menyesal dan bersalah itu mungkin. Mungkin juga dia merasakan perlu untuk dia bertanggungjawab atas segala kesilapan. Mungkin dia merasakan dia berhutang dengan Nur untuk memberi Nur kebahagiaan yang sepatutnya dia miliki dulu. Tapi cinta? Cinta tidak akan berputik dalam masa sehari. Cinta itu perlu dipupuk, diberi baja, dibelai dan diberi zat secukupnya supaya ia berkembang mekar untuk selama-lamanya. Apakah benar kini dia mencintai Nur Amina melebihi Katrina sendiri sedangkan di satu ketika dia pernah meninggalkan Nur bergantung tak bertali demi berdamping dengan Katrina dua sejoli? Apakah perasaan yang begitu mudah berubah-ubah boleh didefinisikan sebagai cinta sejati?
Beliau mengakui akan kelemahan dirinya ini ketika menceritakan pada Aidil. Sepatutnya, ketika mengerjakan Umrah, beliau tahu beliau perlu ikhlas untuk meniti ke jalan Allah dan bukannya kepingin untuk bertemu semula dengan Nur setelah berpisah selama setahun. Dan Aidil secara tipikalnya memandang perkara ini dari sudut positif. “Seandainya cinta Adam pada isteri Adam membawa Adam ke jalan-Nya, maka cinta itu lebih mulia sifatnya,” memetik kata-kata Aidil.
Apakah ini menjawab persoalan samada Adam benar-benar telah berubah dan takkan kembali pada sifatnya selaku orang yang panas baran dan mementingkan diri sendiri? Di episod seterusnya (mengikut firasat aku) anda akan diperkenalkan dengan satu watak baru bernama Aliya yang dimainkan Ayu Raudhah yang seterusnya akan disunting oleh Aidil sebagai isterinya yang sah.
Selepas itu cuma tinggal 10 episod sahaja lagi sebelum kita tahu kesudahan cerita ini. Namun apa yang akan berlaku dalam episod-episod ini? Mungkinkah Nur akan mengetahui rahsia hati dan perasaan Aidil yang sebenar terhadapnya? Apa akan berlaku kemudian? Apakah nasib Adam dan isteri baru Aidil nanti? Adakah mereka akan dipaksa pula menyertai upacara ‘mari korbankan perasaan masing-masing and live miserably’ atau mungkinkah Nur dan Aidil pula yang akan terus diminta berkorban tanpa kesudahan? Apa pula yang sanggup mereka korbankan demi cinta selepas ini?
Samaada mereka ini memang merupakan pelakon-pelakon handalan yang berjaya mempotretkan emosi watak-watak yang didukungi mereka dengan baik, atau mereka sebenarnya memang tak reti berlakon sehingga membuatkan aku salah interpretasi terhadap drama bersiri ini. Apa pun aku tidak akan tahu jawapannya sehingga menonton episod ke-26 nanti.
“Ko memang dah tade keje lain ke Jai?” Keh keh keh.
11.10.09
EDIDI RE-POST : SELEPAS 15 JAM
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Sunday, October 11, 2009 4 KoMen
Label: Rentetan Seni
10.10.09
EDISI RE-POST : ALTER EGO
Aku tidak pernah berhenti menulis. Aku cuma berhenti menge-post sahaja sekali-sekala. Kebanyakan entri aku yang tak ter-post adalah kerana faktor masa dan teknikal. Sebagai contoh, pernah terjadi beberapa minggu lepas di mana aku tak dapat akses internet dan tambahan pula blog aku neh dilumpuhkan pula akibat spammer yang mencuri password id aku ketika aku mengakses youtube (ye, aku gunakan google account neh almost for everything).
Hakikatnya aku tiada penyesalan untuk tidak menceritakan apa yang sudah basi (outdated) tetapi selaku seorang blogger yang lebih suka menulis berjela-jela berbanding cuba mencari isi, aku dapati ada keperluan untuk aku mempamerkan juga hasil penulisan ini berikutan aku sedang mengalami satu masalah yang paling aku takuti semenjak 2 minggu lepas.
Writer’s block – yes, it’s a real disease guys! Selama neh selalunya aku anggap ia sebagai penyakit mitos semata-mata; seperti amnesia dan lain-lainnya. Namun kini setiap kali aku membuka aplikasi MS-Word dan membuka kalimah bicara, akhirnya ia akan tamat dengan seribu satu karut marut, ayat-ayat yang tunggang langgang tatabahasanya serta tiada isi konkrit untuk dibahaskan.
Jadi kita ambil jalan mudah. Satu ketika dulu aku pernah sibuk meng-kopi pasta forwarded email tetapi zaman itu telah berlalu. Kini kalau aku bukak inbox, yang tinggal cumalah spammers yang tak sudah-sudah nak suruh aku klik iklan mereka agar mereka dapat beberapa sen dari penaja. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk merehatkan minda aku seketika jika tidak beberapa minggu sekalipun; dengan cara menyiarkan semula artikel-artikel berhabuk dalam hard disk aku yang belum sempat anda baca. Entri pertama yang aku pilih kali ini bertajuk ‘Alter Ego’
PostScript : Entri asal untuk comeback yang sepatutnya bertarikh 1 Ogos 2009 tapi digantikan pula dengan entri ini ‘Permulaan Sekali Lagi’ yang lebih detail dan masuk akal dengan situasi semasa.
ALTER EGO
Alter seperti yang digambarkan oleh kamus Oxford Digital kat desktop aku bermaksud perubahan dari sudut karekter, penampilan ataupun komposisi. Sementara ego pula lebih bersifat self-esteem atau sifat kendiri. Dalam kata mudahnya maruah diri yang kita dukungi laa. Jadi adakah alter ego bermaksud nilai maruah kita yang sifatnya boleh diubah-ubah? Adakah ini bermakna bila aku memiliki alter ego selaku Akeji Hiroshi, maka nilai maruah aku berlainan berbanding ketika aku menjadi Ajai?
Entahlah, aku pun dok tiru orang je sebenarnya ni. Apa orang lain nak buat, aku pun gatal ikut nak buat. Orang kutuk Michael Jackson, aku ikut gelak sama. Orang sanjung R.I.P Mikail Jackson, aku pun gatal-gatal pergi download balik lagu-lagu lama dia. Orang lain ada masalah kekeliruan identiti sampaikan ada alter ego, aku yang takde masalah neh pun tetiba buat-buat macam ada masalah sama jugak. Masalah betullah…
Yang penting, dalam sudut penulisan aku bagi penggal baru blog aku neh (siap ada penggal-penggal pulak dah) aku akan cuba menulis dari dua perspektif bergantung kepada isu-isu berbangkit. Perspektif Ajai yang merupakan seorang yang berfikiran simple-minded, banyak menggunakan istilah “entah laa…” serta kuat berangan dan berimaginasi mengalahkan Mat Jenin.
Perspektif Akeji pula akan lebih kompleks dari itu. Dah macam ahli falsafah pun ada. Semua benda dia nak ada falsafah, prinsip tersendiri yang mana orang lain tak boleh tegur atau sentuh. Kalau try jugak konpem dia mengamuk pastu keji caci maki apa-apa yang patut. ‘Azwan Ali wannabe’ laa kot si Akeji neh (keh keh).
Tapi tak kira apa pun alter ego aku, aku tetap adalah insan sama yang korang kenali dulu. Mamat super romantik yang sifat jiwa-jiwanya tak boleh dinafikan lagi, serta suka buat lawak pervert tanpa mengira tempat dan masa. Touching, emo dan sensitif masih lagi antara sifat yang dibawa-bawa hingga kini. Dan penghargaan ke atas kehidupan serta benda-benda seni di sekelilingku masih menjadi pegangan. Tidak ada istilah baik atau perangai cam iblis dalam kamus hidup aku. Yang ada cumalah orang yang suka melawan arus. Kalau semua orang tengah berbaik-baik; tetiba aku cucuk jarum bagi bikin panas sama semua orang. Dan tatkala aku dikelilingi makbapak setan; tetiba aku jadi penceramah motivasi memberi nasihat hitu nasihat hini agar mereka tidak jauh tersesat dan kembali semula ke pangkal jalan yang benar.
Siapakah aku sebenarnya? Akulah bukti ketidaksempurnaan makhluk tuhan, di mana aku menyedarkan semua orang bahawa di dunia ini tidak ada orang baik yang tak pernah buat jahat dan tidak ada orang jahat yang tak pernah terfikir benda-benda baik. Akulah pemberi keseimbangan, akulah ‘yin’ dan aku jugalah ‘yang’ dalam dimensi korang. Akulah pelengkap segala-galanya. (Nampak tak ayat neh? Haa, neh ayat berunsurkan perspektif Akeji laa neh)
Sebagai penutup bicara, kalau korang perasan, aku memang jenis yang banyak bunyik. Bukan bermaksud aku ni peramah ke or suka bercakap; tapi ada je benda yang nak dikomplen atau tak puas hati. Ada je isu nak dijadikan renungan. Sampaikan ada member aku bertanya, “Ko nak tulis apa sampai berjela-jela kat blog ko Jai?” Aku kata, “Tunggu aje lah nanti…”
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, October 10, 2009 2 KoMen
Label: Pena Dari Meja Pujangga
28.9.09
LAPORAN RAYA 2009
SOALAN : Apa itu raya?
JAWAPAN : Melepak bersama keluarga!
Tahun ini aku beraya di Hulu Langat, rumah kakak aku. Ada sebab utama kenapa aku beraya di sana tapi tak perlu diceritakan kerana sebab itu telah menjadi tidak relevan. Tetapi yang menariknya kerana tahun ini kami dapat berkumpul meriah. Kenapa?
1. Kakak aku yang sulung sepatutnya beraya di Pekan, Pahang, tetapi kereta yang ingin disewanya mengalami kemalangan last minute maka mereka terpaksa beraya di sini.
2. Kakak aku yang kedua sebelum ini bekerja sebagai supervisor di Pizza Hut dan memang tak pernah dapat cuti raya tapi tahun ni beliau telah berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.
3. Kakak aku yang ketiga tidak dapat beraya bersama boyfrennya kerana sebab-sebab yang tertentu maka dia memang tidak ada kerja lain nak dibuat melainkan terpaksa melepak bersama kami.
4. Kakak aku yang keempat baru dapat bonus dan beli kereta baru, apatah lagi kerjanya sebagai cikgu membolehkan dia bercuti seminggu maka senang nak berjalan raya ke mana-mana tanpa banyak masalah.
5. Aku memang takde duit nak merayap atau planning apa-apa untuk raya maka aku abdikan diri selaku driver mereka ke mana sahaja mereka nak pergi.
Tu laa orang selalu cakap kan, ‘segala yang berlaku pasti ada hikmahnya’.
Pagi raya itu aku bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Batu 14, Hulu Langat dan melantak lemang dan pulut kuning serta rendang bersama ahli keluarga yang lain
*Menu di pagi raya.
*Siap ada cupcake tu.
*Encik Yadi bersama cupcake.
*Cik Husna yang rupa dah macam Marshanda (dalam cerita Soleha)
*”Mak, tahun neh 0-0 ye? Tahun depan kita gaduh-gaduh lagi macam biasa…”
*Encik Yadi dan Cik Sara bersama Pak Ngah mereka yang inteprem di belakang.
*Paksu paling kiut dalam dunia bersama anak buahnya
*Keluarga Kajang – Aku, Mak, Oni (Apasal mak macam blur je?)
*Keluarga Senawang – Husna, Kak Wati, Abang Agus (Sekejap je Husna boleh bertahan dengan tudungnya)
*Keluarga Hulu Langat – Yadi, Ani, Sara (Yadi tengah menangis sebab baru kena marah lepas makan Twisties di pagi raya)
*Wan @ Mak bersama cucu-cucunya
*Tiga Gadis Pingitan – Ani, Kak Wati, Oni
*Cik Husna bersama sepupunya Cik Sara (Alololo comelnya…)
Petang itu pula kami ke Kepong untuk menziarahi keluarga Kak Long (Kak Ros) yang tengah kecewa sebab tak dapat balik kampung.
*Geng sepupu sepapat belum cukup korum
*Mengikut ketinggian – Aku, Mak, Oni, Abang Agus, Abang Ajan, Kak Ros, Ani, Hanum (baby), Sara, Yadi, Aina, Farah Diba, Pa’an, Husna, Amy, dan yang tiada dalam gambar (tengah pegang kamera), Kak Wati.
Bincang punya bincang, akhirnya kami setuju untuk berkonvoi 3 buah kereta balik ke kampung mak aku di Bukit Betong, Kuala Lipis, Pahang esoknya serta singgah juga di kampung bapak aku, Padang Tengku yang cuma beberapa puluh kilometer jaraknya.
Tapi dekat kampung kitorang tak sempat bergambar sebab terlalu sibuk berborak (serta mengumpat) dengan sedara mara yang jarang-jarang dapat berjumpa.
Oleh itu bagi menggantikan gambar aku dan keluarga di kampung, aku persembahkan gambar ini ehsan dari Bendahari Kelab Sepi, Datuk Wira Ahmad Faiz Zaidon merangkap adik kepada Tuan Presiden Kelab Sepi yang baru naik pangkat, Datuk Seri Utama Ir. Mohd Ashraff Zaidon, dengan ucapan ikhlas dari mereka:
“Presiden dan semua ahli Kelab Budak Sepi Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raye Aidilfitri kepada semua yang mengenali kelab ini. Haha…”
P/S : Mereka adik beradik memang buta huruf tak reti nak eja perkataan RAYA. Keh keh.
*Emm… Cak!
~”Macam gambar tahun lepas je? Baju ngan sampin ngan songkok nampak sama laa Jai…”~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Monday, September 28, 2009 6 KoMen
19.9.09
BUKAN SIPUT SARAWAK
Pagi itu aku perhati mak aku buat kuih siput. Mak aku memang terer buat kuih. Terer dalam definisi yakni memang berbakat besar. Bila aku cakap terer aku maksudkan yang dia bukan sahaja tahu resepi lengkap untuk menghasilkan kuih, tapi dia jugak memiliki tangan dan naluri sejati selaku pembuat kuih tradisional. Bila tangan dia membuat kerja, boleh lihat betapa selesanya dia menguli tepung, atau membentuk kuih-kuih mengikut spesifikasi yang diperlukan. Dia tak perlukan cawan atau sudu untuk buat sukatan. Dia cuma perlukan benda-benda basic seperti besen dan dulang serta kederat tangan beliau.
Bila aku cakap macam ni, aku tau di mana batas kemampuan mak aku sebab aku sendiri pernah cuba try dan gagal mengikut rentak beliau. Adakah kerana aku seorang lelaki dan memang jenis yang tak suka memasak resepi berat-berat? Kakak aku suka memasak (atau dipaksa belajar memasak oleh laki dia lepas kawen beberapa tahun lepas). Aku pernah tengok kakak aku belajar buat karipap dengan mak aku. Tapi kelihatannya dia juga tetap kekok bila menguli tepung atau membentuk kuih, tak macam mak aku. Does practice makes perfect? Mungkin. Tapi seronok jugak bila dapatkan gelakkan kakak sendiri terkial-kial nak follow instruction dari mak aku. Keh keh.
Mulanya aku ingatkan mak aku memang telah dilatih oleh nenek aku sejak kecil. Sebab itu beliau begitu expert membuat kuih biarpun kadang-kadang dah bertahun dia tak buat resepi tu. Bagi mak aku, mungkin macam bawak basikal. Once you’ve learned about it, you never forget. Ironinya mak aku memang tak pernah reti atau belajar bawak basikal pun. Haha. Sebab tu kalau aku bawak mak aku naik motor, bila amek lap mesti rasa tak balance sebab mak aku tak reti tunggang kenderaan 2 tayar.
Hakikatnya memang mak aku banyak belajar memasak dari arwah nenek aku. Selepas terkena penyakit aneh yang membuatkan mak aku hilang ingatan masa dia darjah enam, dia berhenti sekolah dan kerjanya cumalah mengikut dan memerhati nenek aku buat kerja rumah. Dan mereka berdua memang ada banyak masa terluang untuk dihabiskan bersama sebab arwah atuk aku ada empat bini dan jarang bersama mereka (sebab nenek aku bini paling bongsu dan paling kurang diberi perhatian). Ye, poligami hari ini memang berbeza dengan poligami zaman dahulu.
Bayangkan bila 24 jam anda dilatih membuat kerja rumah, memasak dan sebagainya, pasti anda akan terer seterer-terernya. Aku ni pun kalau 24 jam berlatih kungfu, pasti aku boleh mengkarate tengkuk orang sehingga patah 8 bahagian. Aku pasti.
Tapi rupanya mak aku cuma belajar satu dua resepi je kuih raya dari nenek aku. Sebab nenek aku punya kepakaran adalah memasak gulai dan sambal tumis. Kerana itu 2 juadah tersebut sudah menjadi juadah rutin family kitorang. Kepakaran aku pulak hanyalah memasak telur goreng dan masak air. Korang leh bayangkan sendiri je laa macam mana rutin masakan keluarga aku sendiri nanti kalau dapat bini yang tak reti masak, kan? Keh keh.
Ketika era tahun 80-an dan 90-an, bapak aku sangat aktif dalam Rukun Tetangga di tempat kami tinggal waktu itu iaitu di Kampung Kastam, Brickfields. Oleh itu mak aku sering menjadi mangsa apabila bapak aku pandai-pandai daftarkan nama dia dalam persatuan kaum-kaum ibu yang belajar memasak dengan chef jemputan. Kat situ laa mak aku banyak belajar resepi baru. Malah mak aku pernah disuruh jadi tenaga pengajar menggantikan chef yang tak dapat datang satu ketika. Menggelabah orang tua tu sekejap (masa tu dia masih boleh dikategorikan orang muda). Apa pun itu menunjukkan that she really knows what she’s doing.
Sambil tergelak berguling dan mengutuk kakak sendiri dalam skala galak tak hengat, aku sebenarnya jeles dengan mereka anak beranak. Mak aku ada 4 orang anak pompuan, dan aku sorang anak lelaki. Dan mak aku terer buat baju kurung, diperturunkan ilmu itu pada anak-anak perempuannya. Aku cuma ada satu permintaan je buat mak aku masa time raya ketika aku kecik-kecik dulu. “Mak, tahun neh Atan nak beraya pakai baju melayu yang mak buatkan laa.” Dan jawapan yang diterima sangat laa mendukacitakan: “Mak tak reti buat baju orang laki.” Cis.
Di ketika aku tak dapat nak berpesta raya seperti tahun ini akibat segala jenis masalah yang kunjung tiba tak henti-henti (atau masalah yang aku sendiri carik), aku mula terasa alangkah bestnya kalau aku ada mak yang boleh buat baju baru untuk aku tahun ni. Sekurang-kurangnya terubat gak laa hati aku, tak payah sampai terasa nak mogok tanak sambut Aidilfitri pulak macam yang aku rasa sekarang neh. Tapi tu laa, bak kata orang, biar datang seribu malaikat membantu kita pun, tiada galang gantinya dengan mak kita sorang yang membesarkan kita semenjak kita bersaiz kotak kasut lagi.
Tapi, pagi itu, bila melihat betapa termengah-mengahnya mak aku menguli tepung seorang diri untuk membuat kuih siput, beserta sempat termenung sekejap-sekejap menonton TV, aku tau yang mak aku dah cukup tua. Dan aku tau yang dia tau yang kederat dia dah habis. Dan dia tau yang aku tau aku cukup kecewa bila kedua-dua tangan aku tak boleh berfungsi untuk membantu di saat ini. Dan aku tau betapa aku sudah ada planning untuk tambah menyusahkan lagi orang tua tu buat beberapa bulan mendatang. Dan dia tau betapa aku teringin sangat nak jadi anak laki yang normal yang boleh membantu, menjaga dan memberi seberapa banyak harta kepada seorang ibu selayaknya bagi mereka-mereka yang seusia dengan aku.
Tak perlukan alasan, suara atau kata-kata. Kami memang tau yang AKU dilahirkan di dunia hanya untuk menyusahkan hidup orang lain. . .
. . .
. . .
. . .
Selamat hari raya Aidilfitri untuk semua.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, September 19, 2009 3 KoMen
8.9.09
MINYAK LAGI?
Bertemu lagi kita dalam episod : Conspiracy Theory
Dulu aku pernah berbicara mengenai perihal minyak di blog ini, selepas insiden bertaraf bangang nak mampos di mana ada pihak-pihak tertentu menaikkan harga minyak secara mendadak sehingga mencecah RM2.70 seliter semata-mata nak lepas tangan dari menanggung subsidi.
Tapi sebab kali ni aku berasa amarah yang amat, elok benar kalau aku ceritakan kronologi perihal minyak mengikut pemahaman aku yang mana hari ini berjaya mendidihkan molekul darah aku sehingga ke suhu takat didih logam. Ye, minyak! Minyak petroleum. Bukan minyak gamat, bukan minyak masak, bukan minyak belacak. Minyak petroleum!
*AMARAN: NUKILAN BERIKUTNYA CUMA DIPACU PEMAHAMAN SAYA YANG TERSENDIRI DAN TIDAK DISOKONG DENGAN FAKTA-FAKTA SAHIH. SILA JANGAN TERUSKAN PEMBACAAN ANDA SEKIRANYA DAYA IMAGINASI ANDA TIDAK TINGGI SEPERTI SAYA. TERIMA KASIH.
Alkisahnya di Malaysia ini pada satu ketika dulu, terdapat segelintir mereka yang bertuah menemui sejenis hasil bumi yang sangat penting pada abad ke-21 ini. Ia merupakan sejenis cecair likat di bawah tanah bumi yang terbentuk hasil dari kalsium mereput. Kalsium ini mungkin datangnya dari tulang-tulang hidupan yang pernah tertimbus ke dalam tanah satu ketika dulu. Proses pengreputan ini memakan masa berjuta-juta tahun lamanya. Selain tulang-temulang, kulit-kulit kerang juga menjadi penyumbang terbesar kepada sumber kalsium ini. Kerana itu kebanyakan sumber ini lebih mudah diperolehi di pesisir-pesisir laut kerana kawasan ini menjadi longgokan kulit kerang yang telah mati. Shell = Cengkerang, faham tak ironi di sini? Sewaktu itu mereka menggelarnya sebagai Emas Hitam selepas mengetahui nilai potensi pasarannya yang sangat luas dan mahal.
Beberapa tempoh berlalu, mereka dapati kualiti minyak yang ditemui di negara kita ini adalah antara yang terbaik di dunia. Lalu mereka merumuskan jalan mudah untuk memperolehi wang dalam masa yang singkat. Mereka menubuhkan sebuah syarikat bernama Petronas, mereka menguasai majoriti geran carigali, mengumpul minyak-minyak berkualiti ini, lalu mereka jual kepada mana-mana pihak yang berkemampuan. Pihak-pihak berkemampuan ini pula merupakan syarikat pengendali petrol yang lebih berpengalaman dan berdaya saing. Sememangnya mereka mahukan minyak yang berkualiti untuk dipasarkan di pasaran dengan harga yang lebih tinggi kerana terdapat permintaan yang menggalakkan.
Kerana Petronas adalah sebuah syarikat petrol, maka sudah tentu ramai yang marah kerana mereka menjual petrol kepada syarikat asing pada nilai tinggi sehingga membuatkan rakyat negara ini tak mampu nak membeli petrol untuk kegunaan sendiri. Atas dasar logik, mereka mula meneroka pasaran penjualan petrol pula. Tapi kalau dah namanya nak cepat kaya, sudah tentu mereka ada strategi perniagaan mereka yang tersendiri.
Caranya mudah, hasil keuntungan dari menjual petroleum negara kepada syarikat luar, mereka gunakan sebahagian daripadanya untuk membeli minyak yang kurang berkualiti sikit dari negara jiran; yang mana sudah tentu harganya jauh lebih murah, bukan?
Di samping itu, hasil pengembangan ekonomi negara yang sedang berkembang pesat ketika itu, mereka tahu sudah pastinya komoditi ini akan laku di pasaran. Jual pulak dengan harga yang murah, memang untung besarlah. Betul ke untung? Hari ini, cuba lihat syarikat Malaysia yang manakah membuat pelaburan terbesar dalam negara. Setakat Airasia nak tampal banner kat Old Trafford tu, orang-orang kat Petronas ni dah tak heran laa. Dorang sponsor KLCC, Litar Sepang, siap sponsor pasukan pelumba Formula 1 lagi. Ingat murah-murah ke?
Dan, walaupun mereka ni Government Link Company (GLC), tidak dinafikan bahawa keuntungan mereka ini adalah hasil titik peluh mereka, dan kerajaan tak boleh nak kacau sangat. Jadi memang ada betulnya kata menteri penerangan yang pernah berbuih mulut berdebat dengan Anwar tak berapa lama dulu: “Berapa banyak sangat dari keuntungan ini yang kerajaan perolehi?”
Tapi menjadi satu fakta pula ketika negeri Terengganu pernah jatuh di bawah pemerintahan kerajaan PAS satu ketika dulu, duit royalti minyak ini dibekukan dari disalurkan kepada kerajaan negeri. Dan apabila BN berjaya mengambil alih semula Terengganu, hasil percaturan dua manusia politik yang mana seorangnya merupakan menteri besar gangster dan seorang lagi perdana menteri kuat tidur, wang yang disalurkan semula itu berjumlah berbillion-billion ringgit. Sehingga mereka mampu menukar ganti kenderaan rasmi Exco negeri dari Proton Perdana kepada Mercedes Benz. Takde laa banyak mana pun setakat billion-billion tu kan?
Dan satu fakta yang lainnya pula, penstrukturan ekonomi negara kita yang unik memperlihatkan wujudnya peluang untuk pihak kerajaan memberi subsidi minyak. Alasannya mudah, sama seperti menambat nilai matawang negara ketika krisis ekonomi 1997-98 dulu; kita mahu negara kita sendiri yang mengawal ekonomi kita supaya kita tak terbeban dengan kesan ekonomi globalisasi. Tak perlu bergantung harap sangat pada nilai matawang US, tak perlu pinjam IMF. Semua ini ada kesannya. Kita boleh ambil contoh ekonomi di Zimbabwe dan Indonesia yang tidak mengambil inisiatif sendiri seperti kita. Kadar inflasi dan nilai matawang mereka sangat teruk nak dibandingkan dengan kita.
Menerusi pensubsidian ini, harapannya adalah supaya ekonomi dalam negara lebih mudah untuk bertambah maju, apabila semua orang mampu membeli petrol. Kerana, tanpa petrol, bukan sahaja orang tak mampu berniaga, hatta nak pergi kerja makan gaji pun tak lepas. Larat ke semua orang nak berkhemah/berumah kat luar bangunan ofis andaikata tak mampu nak beli petrol, ye tak? Jadi mereka tetapkan satu harga yang rata mengikut kemampuan kewangan rakyat negara ini. Kos selebihnya, kerajaan yang tanggung. Kesian kerajaan kan? Baru untung billion-billion, dah nak kena tanggung subsidi pulak. Takpe laa, asalkan boleh menang pilihanraya.
Masalahnya sekarang, minyak yang diperolehi dari negara jiran itu diniagakan mengikut pasaran dunia. Maka, tidak boleh tidak, kita tak boleh terlepas dari merasa sedikit tempias globalisasi. Apabila harga minyak dunia naik mendadak, kerajaan terpaksa menampung lebihan kos yang tinggi, membuatkan mereka semakin tak lena tidur memikirkan kocek mereka yang semakin ringan dari hari ke hari. Lalu mereka mengambil jalan mudah lagi sekali.
Mereka tetapkan kadar pensubsidian pada nilai 30 sen seliter, dan selebihnya perlu ditanggung oleh rakyat. Kerana inilah harga minyak dalam negara kita naik mendadak tahun lepas. Kerana lebihan kos itu tidak mampu lagi ditanggung kerajaan. Dengan mulut yang manis, mereka menjanjikan subsidi 30 sen ini akan kekal, dan harga petrol dalam negara akan berubah-ubah mengikut harga pasaran. Mereka akan mengkaji pasaran sebulan atau dua bulan sekali untuk menetapkan kadar yang baru. Natijahnya, sekiranya harga minyak dunia naik, rakyat perlu bersama memikul bebanan ini, tetapi jika harga turun, pastinya rakyat juga yang akan merasa untungnya.
Namun, ketika mereka merencanakan pelan ini, mereka sebenarnya cuma memikirkan kemungkinan harga minyak melonjak naik ke paras tak masuk akal. Jadi bagi mereka ada baiknya mereka bertindak terlebih dahulu sebelum musibah ini memakan diri mereka, ye tak?
Yang kelakarnya, tak berapa lama selepas insiden kenaikan harga ini berlaku, secara tiba-tiba harga minyak dunia dalam trend menurun pulak dah. Permasalahan baru timbul buat mereka. Kerana dengan harga yang murah, kini mereka terpaksa menunaikan janji untuk menurunkan harga petrol negara. Dan seperkara lagi yang lebih penting buat mereka, keuntungan mereka sebelum ini yang cuma berbillion itu bakal semakin susut pula. Silap-silap hari bulan tinggal ratus-ratus juta je. Lagi parah dibuatnya. Camna nak bayar claim maintenance Mecedez benz mereka lepas neh?
Pepatah melayu ada menyebut, barang lepas jangan dikenang. Kelak yang dikendong berciciran, yang dikejar pula tak dapat. Maka mereka pasrah. Apatah lagi dengan jangka-hayat sosiopolitik mereka yang semakin tinggal nyawa-nyawa ikan. Cuba kira dengan jari anda sendiri; dalam banyak-banyak pilihanraya kecil yang berlangsung selepas PRU-12, berapa kawasan yang mereka berjaya tawan dari pihak lawan, dan berapa kawasan pula yang menjadi korban? Anda pasti boleh membilang kira-kira ini dengan tepat.
Jadi mereka tak sanggup lagi menanggung risiko untuk membebankan rakyat demi kepentingan mereka sendiri. Apatah lagi nakhoda baru mereka itu disebut-sebut sebagai seorang pakar ekonomi yang mempunyai refleksi imej selaku anak Perdana Menteri Malaysia ke-2. Sudah tentu beliau perlu membuat kerja yang lebih hebat (atau licik) dari perdana menteri terdahulu termasuk mentornya Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Jadi apa pula pelan terbaru mereka? Simple. Melihatkan minyak merah (RON 92) yang semakin lama semakin tidak laku kerana kebanyakan orang sudah mampu membeli minyak hijau (RON 97) yang bersubsidi dan murah pulak di pasaran ketika itu, mereka lantas memikirkan cara untuk menghentikan pembelian dari pembekal dan penjualan runcitnya di pasaran dalam negara. Ketika sedang mempertimbangkan aturan ini, mereka diberitahu pula akan kewujudan minyak petrol jenis RON 95. Lantas ia memberikan mereka satu idea.
Memandangkan harga RON 95 ini jauh lebih murah dari RON 97, apakata mereka subsidikan minyak ini sahaja. Dan biarkan harga RON 97 tidak bersubsidi dan mengikut harga pasaran semasa. Ini sudah tentu lebih menjimatkan mereka dari segi pusingan modal. Dari sudut jualan? Heh, sedangkan minyak V-Power pun ada orang sanggup beli, inikan pula RON 97 yang cuma naik harga 30 sen tu, apa laa sangat ye tak? Takkan susah sangat nak jual kot. Sedangkan ketika RON 97 berharga RM2.70 seliter pun, masih belum ada rakyat Malaysia yang mogok dengan mengisi air ke dalam tangki kenderaan mereka. Oh, lupa, rakyat sekarang tidak bodoh. Jadi mereka perlu mendidik pembeli supaya mempercayai minyak RON 95 ini lebih bagus dari minyak ‘sebelumnya’. Dengan cara ini rakyat tidak akan marah pada kerajaan. Tak susah pun. Cuma melabur duit sikit untuk iklan TV, pamphlet dan papan tanda. Walaupun rata-rata yang belajar matematik tahu bahawa 97 > 95 > 92, tapi itu takkan jadi masalah. Sebab rakyat kebanyakan lebih suka belajar matematik dalam bahasa melayu. Kalau bahasa inggeris pun mereka tak boleh nak faham, jadi mereka pun tidak akan faham perbezaan jenis-jenis minyak ini.
Dan yang paling penting, Petronas juga perlu memainkan peranan mereka. Hadkan dulu pengeluaran RON 97. Jual RON 95 sahaja sampai pembeli dah terasa biasa menggunakan minyak ini. Kemudian nanti apa kita nak buat dengan harga runcit RON 97 ini tidak akan menjadi isu lagi. Hmm… Stesyen petrol lain kita tak boleh nak control. Jadi ikut suka dorang laa kalo nak jual RON 97 pun. Kita tak kisah.
“Siot betul. Aku pergi cari minyak 97 kat Petronas tadi haram langsung takde.” Gi mampos laa ko. Yang menggatal pegi isi Petronas tu buat apa? Dah laa minyaknya cepat habis. Minyak tak berkualiti laa katakan. Inilah jenis golongan manusia yang menggatal nak pengaruh aku suruh pakai Celcom semata-mata ‘kononnya’ nak support orang melayu. Yang bodoh diperbodohkan, yang pandai mengangguk sama.
Hah, kan dah tak pasal-pasal je aku baran hari neh. Haih~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Tuesday, September 08, 2009 4 KoMen
Label: Poli - Tikus
