2.11.09

POLITIKUS

Hah! Ingat aku nak membebel pasal politik laa tu. Lalalala… Takde laa…

Sama ada anda perasan atau buat-buat tak perasan, blog aku neh banyak mempamerkan link-link ke blogger yang berorientasikan politik.

Tapi yang aku nak ceritakan kali ini, adalah mengenai blog seorang ahli parlimen; lebih tepat lagi dari Kulim Bandar Baharu : YB Zulkifli Noordin.

Dalam banyak-banyak blog YB yang aku pernah perhati, hanya beliau seorang sahaja (setakat ini) yang aku lihat benar-benar ikhlas dalam penulisannya. Tidaklah aku ingin memperkecilkan blogger-blogger YB atau ahli politik yang lain, tapi penulisan saudara Zulkifli Noordin ini amat menarik untuk dibaca. Bahasa yang digunakan simple, relaks dan lebih general dari sekadar menumpukan pada satu-satu isu semasa. Most of other VVIP blogger kebanyakan nampak seperti ditulis oleh assistant masing-masing.

Terasa macam baca blog member rasanya!

Dan yang masih menariknya, walaupun tanpa ciri-ciri plastik seperti kebanyakan yang ada pada YB lain; isi beliau masih tetap mantap dengan renungan dan pengajaran dan keghairahan membincangkan sesuatu perkara, tak kira dari mana pun lokasi beliau bercerita atau isu apa pun yang beliau cuba sentuh.

Try laa kalau tak percaya…

http://zul4kulim.blogspot.com/

31.10.09

HMI : IMELDA MAY

Hiburan untuk minggu ini pula menampilkan Imelda May, artis dari Ireland. First time aku dengar lagu dia masa tengok videoklip kat 8TV Jukebox (versi tengah malam). She’s got a very wonderful voice, dan aku suka tengok cara dorang group jamming. Masing-masing nampak enjoy main instrumen masing-masing tak kira yang tua atau muda. Dan rentak upbeat-nya berbunyi sangat catchy.

Oke, aku ngaku yang aku mula meng-youtube videoklip neh sebab aku merasakan Imelda neh agak jelita dalam versinya tersendiri. Dengan fesyen rambutnya, hidung mancungnya, putih melepaknya, baju leopard-nya, bla bla bla…

Tapi itu tetap bukan alasan untuk aku menidakkan bakat nyanyian beliau. Yang penting, asal korang dapat enjoy the song pun cukup laa…

30.10.09

SURROGATES

Not the best one I’d seen, but surely interesting enough.




Diarahkan oleh : Jonathan Mostow

Teraju utama :

Bruce Willis (susah nak mati),
Radha Mitchell (calon ibu mithali dalam cerita Silent Hill),
Rosamund Pike (gadis Bond yang pernah bersifat talam dua muka),
James Cromwell (warden penjara dalam The Green Mile)

Oxford memberitahu aku, surrogates membawa maksud “a substitute, especially a person deputizing for another in a specific role or office”.

Dalam filem ini, ia diterjemahkan sebagai sebuah robot yang akan dikawal dengan minda oleh si pemiliknya, bagi menggantikan tugas kehidupan seharian. Inovasi ini bermula sebagai satu langkah keselamatan. Apa pendapat anda bila anda terpaksa menaiki kereta ke tempat kerja sedangkan anda terdedah dengan risiko kemalangan jalanraya? Bagaimana pula dengan risiko disamun atau diragut di tempat awam? Dan pelbagai lagi kemungkinan yang lain apabila kita bercakap tentang risiko dalam kehidupan seharian.

Di dalam cerita ini, fenomena teknologi robot surrogate ini telah menular ke seluruh dunia dan berbillion manusia sedang menggunakan surrogate masing-masing untuk tujuan peribadi mereka. Dari asalnya aspek keselamatan yang diberi tumpuan utama; kini ia beralih arah untuk membolehkan mana-mana individu tampil di khalayak ramai dengan rupa paras yang lebih muda, lebih menawan ataupun jantina berlainan sekalipun. Kerana hanya pemilik robot ini sahaja yang benar-benar tahu siapa dan bagaimana rupa diri mereka secara realitinya.

Anda minat cerita Matrix trilogy? The 6th Day? I Robot? Ye, ia adalah gabungan ketiga-tiga cerita ini jika tidak keterlaluan untuk aku simpulkan.

Di dalam dunia yang penuh kepura-puraan ini, Tom Greer (Bruce Willis) adalah seorang ejen FBI dan sedang menyiasat sebuah kes pembunuhan. Tujuan utama surrogate diwujudkan kerana mereka ini hanyalah robot mekanikal yang boleh rosak atau jahanam tanpa mengancam keselamatan nyawa pemiliknya. Namun dalam suatu kes, dia dapati terdapat surrogate yang telah dirosakkan dan pemiliknya juga mati pada masa yang sama. Senjata apakah yang digunakan bagi membolehkan perkara ini berlaku? Tom Greer berazam mahu mendapatkan jawapannya. Kerana dengan kewujudan senjata ini, berbillion nyawa sedang diancam bahaya.

Setelah penyiasatan terperinci dilakukan yang dipenuhi dengan seribu rintangan dan pembongkaran pelbagai konspirasi, akhirnya beliau temui jawapan siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas kematian-kematian ini. Dan orang itu adalah… Eh, apahal lak aku nak citer. Pi laa tengok sendiri… :p

Kalau anda semua tanya aku, aku bagi 3 setengah bintang je untuk filem neh. Tapi sila tunggu sehingga ending cerita untuk anda fahami mesej sebenar yang cuba disampaikan mereka.

Oh ye, secara ironinya aku terasa kita juga sedang menggunakan surrogate masing-masing di alam siber. Kita gunakan emel untuk menghantar surat, blog untuk berceloteh seperti kita anggap ia sebagai diari peribadi seumpamanya, myspace pula untuk bertemu rakan-rakan sosial, dan facebook dengan sebegitu ketagih kita jadikan sebagai alat mainan bagi menghiburkan diri di masa lapang.

Hmm, I wonder what comes next?

29.10.09

ARSENAL 2 – 1 LIVERPOOL

Ada berita gembira dari Emirates setelah melihat Wenger menurunkan barisan skuad muda mereka ketika menentang Liverpool yang membariskan Kuyt, Babel dan antaranya Ngog yang menjaringkan gol ketika menentang Manchester United di Anfield tempoh hari.

Terdapat beberapa nama menarik yang perlu diberi perhatian di sini. Fran Merida, Craig Eastmond serta Kerrea Gilbert menampilkan aksi bertenaga dan cemerlang terutama di babak masa pertama.

Liverpool dan Arsenal mengimbangi perlawanan pada awalnya dengan pemain tengah Arsenal serta pertahanan Liverpool masing-masing mencorak dan mencipta peluang serangan. Philip Degen adalah antara yang paling menyerlah menggoyahkan benteng pertahanan Arsenal yang dikawal Mikel Silvestre dan Philippe Senderos. Bermain dengan posisi 4-3-3, Bendtner, Eduardo dan Nasri saling bergabung tenaga untuk mencipta pencak serangan. Aaron Ramsey di bahagian tengah telah beberapa kali cuba membawa bola ke dalam kotak penalti tapi gagal memanfaatkan peluang mahupun memberi hantaran cantik pada Bendtner dan Eduardo.

Fran Merida kemudiannya mengejutkan pelawat dengan serangan kaki kiri yang menarik menemui tiang dan masuk ke dalam gol. Cavalieri, penjaga gol Liverpool tertewas dengan sepakan yang deras dan mengelirukan ini.

Namun kegembiraan tidak lama apabila pertahanan Liverpool, Insua menghasilkan lob cantik yang tidak dapat disambut langsung oleh Fabianski. Tamat separuh masa pertama.

Fran Merida dan Craig Eastmond di dalam separuh masa ini begitu cemerlang dengan Merida beberapa kali berjaya melolosi pihak pertahanan sementara Eastmond pula menjalankan tugas yang baik untuk membantu Ramsey sedikit di bahagian bawah. Dia lebih kelihatan seperti defensive midfielder biarpun posisinya sebagai sayap kanan tidak diabaikan.

Separuh masa kedua melihat Bendtner sedikit hambar apabila tidak mengambil peluang keemasan sebaik-baiknya. Namun semua itu ditebus melalui jaringan cantik dari sebelah kiri gol. Bendtner selepas itu kelihatan lebih banyak berada di posisi sayap kanan cuba untuk membuat hantaran kepada Eduardo. Bendtner dan Eastmond kemudiannya digantikan dengan Sanchez Watt dan Mark Randall. Randall tampak masih belum cukup pengalaman dan kelihatan terpinga-pinga di tengah padang tetapi Watt yang bermain selaku sayap kiri kelihatan berpotensi besar biarpun saiz badannya yang kecil tidak dapat mengatasi pertahanan Liverpool. Beliau banyak menggelecek bola ke dalam kotak tetapi sepakan lemah membuatkan Arsenal gagal mencipta gol biarpun Eduardo ada di atas untuk membantu. Watt juga seringkali tewas memenangi bola terutama bola tinggi. Tapi kelincahannya dan umurnya juga yang masih muda membolehkan kita menjangka beliau bakal menjadi sayap yang cukup berbahaya satu hari nanti.

Di minit-minit akhir Merida digantikan dengan Francis Coquelin. Tetapi permainan sebenar belum tamat apabila gandingan Voronin dan Babel beberapa kali menguji keupayaan sebenar Fabianski. Gilbert dan Gibbs banyak melakukan tackle-tackle yang menarik tetapi Gilbert lebih menunjukkan prestasi mengkagumkan apabila beliau menjaga posisi full-backnya dengan begitu kemas tanpa perlu mengharapkan pemain sayap kanan untuk terlalu turun ke bawah bagi membantu beliau. Tackling, passing dan handling bola beliau membuatkan jentera serangan Liverpool acapkali hilang punca. Akhirnya tiada hantaran cantik yang dapat menembusi gawang Arsenal sehingga tiupan wisel penamat.

Secara keseluruhannya pemain muda Arsenal cukup mantap. Masih ada beberapa di antara mereka yang tidak konsisten dengan penguasaan bola. Ramsey dan Bendtner seringkali mengecewakan walaupun mereka berjaya memaksa pertahanan Liverpool bekerja keras untuk lebih defensive. Eduardo pula tampak seperti centre-forward sahaja dibandingkan posisi sebenar beliau iaitu striker. Watt dan Gibbs masih kelihatan kurang matang dalam memberi persembahan di posisi mereka. Tetapi Gilbert dan Merida harus dipuji kerana kelihatan komited sepanjang perlawanan berlangsung. Eastmond juga mencuri tumpuan tetapi mungkin kekok dengan kepantasan permainan Liverpool membuatkan beliau tenggelam di separuh masa kedua.

Skuad meriam muda Arsenal berada di landasan yang betul kerana Liverpool bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk ditewaskan biarpun mereka bermain sebagai pelawat.

Sekian saya melaporkan bagi pihak Arsenal Malaysia FC.


Akeji Hiroshi

CANTIK

Kamu rasa kamu cantik?

Kamu rasa Siti Nurhaliza tu cantik?

Kamu rasa aku neh cantik? (hish, korang neh… buat aku blushing je. Aku neh tak lebih dari sekadar hensem je laa)

Cantik dalam definisi aku adalah Xian Mikol, salah sorang model dalam agensi Janice Dickinson :




Ye, beliau cuma cantik dari rupa parasnya yang aku anggap perfect dari semua sudut. Tang matanya, pilihan fesyen rambutnya, hidungnya, suaranya, dan ‘lain-lain’ lagi.

Maaf kerana menyajikan gambar yang membuatkan lelaki-lelaki di luar sana gundah gulana dan tidur tak lena.



~”Aku paham naluri kamu…”~