4.10.08

SETELAH…

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Setelah 30 hari Ramadhan melewati kita…


Setelah sebulan aku bekerja sebagai tukang cuci pinggan di Shah Alam…


Setelah aku berjaya mengeluarkan diri aku melewati dua sempadan negeri sehingga ke Melaka untuk kesekian kalinya…


Setelah aku memiliki cenderamata Goodie’s Bag dari Sony Handycam Promotion Tour’s Team tanpa perlu menjawab soalan tentang rancangan Pandanganku Ceritaku di atas pentas Mahkota Parade… (thanks to Ms. Jojo and friends)


Setelah aku berjaya memiliki kasut futsal ku sendiri… (tidak perlu lagi meminjam di sana sini)


Setelah aku bersua muka untuk pertama kalinya dengan Cik Tirah, Encik Arm, Cik Azza dan Encik Apeng di Sunway Pyramid… (thanks to Ms. Tirah)


Setelah aku bertentang mata pula dengan Cik Elyana, Cik Almy Nadia dan Cik Yatt, sudah tentu untuk pertama kalinya juga… (thanks to Mr. Kamal pulak)


Setelah (juga untuk pertama kalinya) aku menghabiskan RM750 untuk membeli kelengkapan baju raya dan sebagainya serta budget duit raya untuk anak-anak buah aku semua… (mostly thanks to Mr. Amarizal)


Setelah aku melenjan motor kapcaiku ke merata tempat sehingga mencatatkan perjalanan sejauh jarak 1000++ kilometer untuk bulan ni sahaja…


Setelah berat badan aku kembali naik dan saiz pinggang serta saiz baju raya ku tidak turun menjelang hari lebaran ini… (damn!)


Akhirnya kini aidilfitiri menjelma lagi.


Aku takkan menjadi munafik mahupun hipokrit, maka aku perlu untuk mengakui yang aku telah gagal (lagi) untuk berpuasa penuh buat tahun ini. Banyak hari jugak yang aku terlanggar tapi takde laa sampai seminggu pun. Tak perlu perincikan perangkaannya mahupun menghuraikan seribu alasan untuknya kerana aku tahu kesalahan aku setiap satu.


Yang menjadi harapan aku kini cuma tinggal satu…


Pernahlah kiranya aku mengguris hati kalian, tercuri harta sepencarian, kesat melontarkan perkataan, lancang mengganggu-gugat perasaan, tak sengaja tercabul kehormatan, melontarkan pandangan tanpa sempadan…


Dari hujung ibu jari kakiku yang kukunya baru diketip ini, sampailah ke hujung rambut rebondingku, disuakan pula salam sepuluh jari yang tersusun rapat; meminta seribu kemaafan dari korang semua. Aku tahu aku ini insan hina, aku tahu aku ini banyak dosanya. Bukan gunung yang ku pinta, sekelumit simpati kemaafan cuma.


Syukur ke hadrat Illahi, kita masing-masing masih mampu merayakan Aidilfitri tahun ini. Biarpun aku tak cukup syarat, (lalalala) tetapi tidak keterlaluan rasanya untuk aku mengucapkan:


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 HIJRAH BUAT SEMUA PEMBACA BLOG YANG DICINTAI…


Time for new pantun!


Tahun 2006 dan 2007 telah aku hadiahkan 10 rangkap pantun pada teman-teman rapat aku. Tahun ini aku cuma nak potretkan 3 rangkap je supaya mesej pantun raya SMS aku untuk blogger & non-blogger nanti tidak akan memakan duit top-up yang banyak. Har har har haruan makan anak!



Ibu terlupa memasang pelita,

Anak tak sempat bakar mercun bola;

Syawal menjelma petanda gempita,

Jom bermeriah kasi kecoh satu Malaysia.


Cuaca buruk harapnya tiada,

Takut kotor kasut baru saya;

Budget minyak berpada-pada,

Jangan pula sampai tak berziarah raya.


Dulu duit raya singgit boleh le,

Sekarang not biru muda mana laku;

Setahun telah berjaya aku mengumpul cela,

Harap korang kasi clear nak buat dosa baru.





~First time pakai baju melayu beli kat butik… Yehaa!~




9 KoMen:

LadyTiz said...

kau pembelot.

kata nak beli baju raya kat uptown. tapi kau lenjan kat butik! cheittt!!

oh, selamat hari raya.

Brader Black said...

Kau kelihatan sungguh kiut, dude.


Ooohhh..

cendawanintim said...

selamat hari raya aidilfitri...

mesti syiok anak buah kutip duit raya tu..

Mak Su said...

rambut rebonding tu yg tak tahan tu

kakpiah said...

wuih posing bergelimpangan kekenyangan ke tu??

slamat hari raya.. mohon ampun maaf gak yer.. kalo2 ader wat lawak spastik yg menikam sukma.. hecehh..

nur'ain said...

eheheheheh!
anak2 buah dia kiut miut ler.

woooo tak pose takle raye!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

tyrark : opsss, tak sengaja terlupa... maaf zahir batin...

eh, wait wait... suar jeans aku ngan t-shirt beli kat uptown pe...

suparjo : sila lah jangan tergoda... amat marabahaya...

cendawan : dorang tatau ape2... mak bapak dorang yg songlap duit tu buat ganti duit beli baju raya dorang... hampeh.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : mmg takleh tahan arr maksu... huhu... jgn maksu, saye neh anak org...

kak piah : kak, posing keboringan sebenarnye kak...

semenjak due menjak neh kak, ayat2 akak makin mengancam pawana laa... heheh...

cahayaku-ain : em... agak kiut gak laa... ngikut paksu dorang kot...

erk... namo laa camtu ain...

Tengkorak Hidup said...

Selamat Hari Rabu Jai..Maaf Zahir & Batin..

Post a Comment

Any Comment? Anybody?