Bila Sang Pujangga bermadah kata :
Skop perbincangan yang akan cuba saya sentuh dan perhuraikan dalam ‘entri berepisod’ kali ini adalah mengenai konteks norma-norma perhubungan. Ops, bukan hubungan cinta oke! No no no no no no no no no, I’m not Dr. Love. Sayalah orang terakhir dalam senarai orang yang anda patut hubungi sekiranya mahu mendapatkan pandangan dan nasihat dalam masalah cinta anda. Saya bukan ‘M’. Saya adalah ‘L’ (loser).
Konsep hubungan yang akan dikupas di sini adalah bersifat general atau am. Mengikut hieraki intimasi yang mampu saya kenalpasti, kategori-kategori hubungan sesama manusia dengan seorang manusia yang lainnya bolehlah dibahagi kepada 8 bahagian iaitu: ibubapa, adik-beradik, sahabat-handai, rakan-taulan atau kawan-mawan (bukan kawan- mengawan), teman rapat, kenalan biasa, musuh tradisi dan pujaan hati (untuk hubungan pujaan ini biasanya terbentuk secara satu hala sahaja).
Tak perlu nak diperincikan setiap satunya kerana rata-rata pembaca blog saya faham bahasa Melayu dan melalui nama gelaran hubungan saja sudah cukup untuk anda mengetahui maksud yang saya cuba sampaikan di sini.
Menariknya, melalui kajian yang telah saya jalankan mendapati; kesemua hubungan ini terbentuk tak kira samada anda mempunyai hubungan darah dengan seseorang itu ataupun tidak. Ramai yang beranggapan ibubapa dan adik-beradik tergolong dalam kumpulan keluarga. Sebenarnya saudara-mara lah yang lebih sesuai dianggap keluarga, dan golongan mereka tidak disebut di atas tadi kerana ada kemungkinan mereka termasuk dalam kategori kawan, kenalan mahupun musuh tradisi. Sementara ibubapa dan adik beradik tidak memerlukan pengkaitan DNA pun untuk membentuk sebuah perhubungan yang sihat dan penuh kasih sayang. Ini dapat dibuktikan melalui fenomena ibubapa yang mengambil orang asing sebagai anak angkat mereka, mahupun abang-abang senior Tingkatan 6 yang gatal mengambil gadis-gadis freshie Tingkatan 1 sebagai adik angkat mereka.
Yang diperlukan untuk memantapkan pengukuhan sesuatu hubungan ini hanyalah kadar tempoh matangnya. Setelah hubungan ini dibentuk dan disemai buat tempoh beberapa tahun, secara tak langsung akan melahirkan naluri ambil berat dan berkasih sayang di antara mereka ini. Setelah sampai tempoh peringkat ini, tidak timbul lagi soal samada mereka mempunyai hubungan darah biologi secara langsung atau tidak.
Bagi peringkat seterusnya bermula dari sahabat sehinggalah pujaan, kesemua bentuk hubungan ini mempunyai pola yang hampir serupa, iaitu taraf perhubungan ditentukan faktor masa dan keserasian hubungan itu sendirinya.
Bersambung…
3 KoMen:
salam. selamat pagi selasa dude..
sedang berkajian ke ajai oi
wow! tak saba saba nak tahu lecture yang ke dua
cahaya'ain : salam malam jumaat...
maksu : sabo kak... sabo...
Post a Comment