Ada beberapa perkara taboo yang aku susah sikit nak bercerita kat blog aku. Misalnya pasal politik, pasal romantik. Ahhahaha tak boleh blah.
Ada juga perihal rahsia peribadi kekeluargaan, latarbelakang pekerjaan dan sebagainya yang seboleh-boleh aku tak mau kongsi.
Tapi, aku bukan hidup berpandukan pantang larang. Maka ada juga antara pantang-pantang ini yang aku rela langgar (dan telah langgar) mengikut kesesuaian masa dan situasi yang di kala aku tiba-tiba teringin nak bebelkan di sini.
Baru-baru ini aku ada meluangkan masa berchatting dengan seorang skandal lama. Secara tiba-tiba membangkitkan semula aura atau mood romantika yang dah lama aku tak merasa sebab sekarang aku tengah cuba maintain sepi. Kikikiki…
~Iklan~
“Ramainya bekas skandal ko Jai?”
“Tu laa dulu aku dah kata, ko tanak percaya…”
Gadis85 : jai...ko x terase kite ni dh tua ke jai
Gadis85 : dh la tua
Gadis85 : xlaku2 lg lak tu
Haha. Beliau bergurau oke! Beliau sebenarnya sangat-sangat laa hot dan laku. Ayat tu sebenarnya macam nak dituju kat aku. Tapi aku tak terasa pon. :P
Dah dah. Boleh bikin gaduh je neh kang. Padahal sebenarnya perbualan kitorang tu panjang lagi dan kebanyakannya dok saling mengutuk balas diri masing-masing. Saja laa malas aku nak tempek pepanjang kat sini. Ya, aku memang suka buat statement macam mahu mencari pasal dengan member sendiri. Sebab tu sesiapa yang tak sanggup dihentam oleh perilaku buas aku dalam berbicara mesti taknak kawan dah dengan aku punya. Haha. Setakat sexual harassment tu dah memang hobi aku di hujung minggu pun.
Jikalau nampak macam aku tengah bergaduh kat kedai mamak sambil hempas-hempas kerusi; sila laa jangan pelik. Itu sebenarnya bergurau bagi aku. Kalau aku bergaduh dah lama kepala orang tu pecah berdarah dihempuk oleh aku dengan helmet ARC yang agak mahal itu. Eh eh, ter-riyak pulak.
Apa pun menerusi petikan yang aku petik di atas, aku cuma nak membangkitkan persoalan samada aku sekarang sedang bahagia atau tak hidup secara sepi begini.
Okeh, secara jujurnya, aku memang gembira kerana solo. Apabila kita berkomited dengan orang lain, kadangkala ia suatu yang merimaskan.
Memang ada nikmatnya berkasih-kasihan dan berpasang-pasangan neh. Tapi setiap benda yang pro, ada kontranya jugak.
“Awak chat ngan sapa kat fb/ym tadi?”
“Awak ni bila nak tukar kerja? Rimas laa saya tengok jadual kerja awak.”
“ASB awak belum cecah 5 angka neh. Cam mana saya nak cakap kat mak saya kalau dia tanya bila awak nak masuk meminang?”
“Eh, apa ke selekeh benar fesyen awak neh. Pakai laa baju kemas-kemas sikit. Malu laa orang tengok.”
“Awak jangan nak main-main dengan saya,” ataupun “Awak neh serius sangat laa dengan saya. Jangan gelojoh boleh tak?”
Ada satu dua perkara yang aku boleh berkompromi kalau sedang berchenta. Apatah lagi jika ia membawa kebaikan bersama. Tapi kalau sampai tahap suruh aku off dari dunia internet atau pandai-pandai applykan aku untuk kerja gomen, memang akan aku sekeh je awekku yang tersayang itu. Ada rasionalitinya, maka akan ada laa konsep mutual respect di situ. Kalau melebih-lebih pada part especially yang aku tak berapa paham natijahnya, memang sesia laa akan aku bantah habis-habisan.
Haha, adakah aku pengamal keganasan terhadap wanita? Soalan itu tak berani aku nak jawab; tapi aku rasa itu menjelaskan kenapa aku lebih suka mendampingi gadis-gadis brutal yang boleh aku maki sesuka hati dengan harapan aku tahu yang mereka tidak akan berkecil hati denganku. Tinggi sungguh permintaan!
Seperti yang pernah dibincangkan dalam entri ini, sememangnya selaku lelaki solo (walaupun tak laku), aku tetap ada ‘power of choice’. Namun entah kenapa aku menjadi optimistik untuk mencintai semua yang ada.
Maksud aku di sini; ya, aku chenta kamu, kamu dan kamu. Haha. Aku laa raja poligami; dalam kategori belum berbini. Kesimpulannya, sape-sape nak masuk meminang aku, meh laa kita kawen. Kerana bagi aku kawen itu adalah ibadah. Aku tanak membezakan perkahwinan mengikut nafsu dan tanggungjawab. Aku berfikir; kalau aku dapat bini se-hot Juliana Evans pun, kelak nanti bila dia dah tua aku akan carik yang lain. Maka dengan itu afdallah untuk aku tidak memfokuskan pada potongan badan minimum 34-24-36 atau wajah mix pan asia semata-mata. Apatah lagi diriku ini pun cuma sekadar sehensem Awie sahaja. Haruslah aku tidak memandang paras rupa.
Mungkin ada diantara kamu yang sedang muntah darah atau sumpah seranah dengan prinsip hidupku yang ala-ala tak sedar diri serta tamak pula tu lagi. Haha. Apa yang aku boleh cakapkan cuma satu. Chentaku ini melimpah ruah sifatnya, banyak tak terkira. Maka jangan risau, semua orang akan dapat merasa. Keh keh.
Sudahlah. Penat aku mahu menjelaskan situasi sebenar kepada kamu. Kang bila aku berkata yang aku mahukan gadis berspek mata, mempunyai potongan rambut ala-ala Xian Mikol, bukan student dan sebagainya; kamu kata aku memilih pula.
Padahal aku sikit punya bahagia sekarang neh tanpa perlu memikirkan “Ehh, dia dah makan ke belum? Dia ingat tak kat aku yang tak pernah-pernah lupakan dia neh? Meh laa aku nak kontek dia sat nak dengar suara dia buat melepas rindu di dada.” Ekekekekeke.
Jiwang, jiwang gak. Orang yang tak jiwang hanyalah orang yang semata-mata mahu mencari teman dibuat kendong ke kelabing sahaja. Wargh kah kah kah…
~“Sudah lah Jai… Denial sungguh kamu neh.”~
Tiada Niat Sentuh Isu Sensitif, Mas Idayu Tak Tahu Janna Nick Buat Rawatan
IVF
-
Penyanyi, Mas Idayu menerima hentaman daripada orang ramai apabila
dikatakan tidak sensitif dengan isu pengacara Famili Duo, Janna Nick yang
masih cuba u...
3 hours ago
8 KoMen:
hehehe.
takpela ajai. orang lelaki makin tua makin berisi.
(ehem. tuakah? berisikah? hahahaha!)
jangan marah ha...marah2 kang aku jual.
:P
err, tang soalan tu sedang bercakap dengan diri sendiri ke ape tu?
haha, jangan marah, nanti aku lelong.
haha.seronok gak dgn isu kali ni.i pon senang dgn title single wpon byk skndal di luar.skndal dgn anak dan bapak sekaligus pon ade.(isu ini yg aiman gelakkn tempoh hari).
but one day, kite takleh nak deny, we need somebody to share every single thing in our life.
time muda ni ok kot if still minati sepi gi sbb tak mahu dicontrol.kan?
jadi, smbil mintain2 sepi tu, kene cari2 jugak =D
maksu ok jer asalkan masa kenduri ko nanti maksu dapat tapau lauk-pauk dan nasik minyak (konsep mak orang malas masak). oops! (tiba2 cerita lauk plaks)
nanti ko jgn lupa jemput aku kenduri ko k..... =)
aiyaa, ramainya mendoakan aku. aminnn... :D
wakakaka best giler hampagas pulak baca entry neh..poligami kategori belum berbini.sokong bai!!
wakaka.
single adalah hot!
aku pon single.sila jgn ngurat sbb aku terlebih hot neh
xoxoxo kah2.larik
semoga tuhan memberi seru kepadamu...heheh :P
Post a Comment