10.2.10

AVATAR – THE MOVIE

*Perhatian : hanya untuk dibaca oleh mereka yang belum menonton filem Avatar sahaja.

Sejurus tamat menonton filem ini, aku berkata dalam hati. “Wow. Now that’s what I called thinking outside the box.”

Untuk memulakan entri ini, beserta review-nya sekali, sukalah aku ingin memetik kata-kata seorang sahabat yang aku kasihi.

“Sebesar mana pun konflik yang timbul, akhirnya matsalleh juga la heronya.” Kredit to Norul ZafiInas.

Baiklah. Pertama kali aku dipertontonkan dengan trailer dan sipnosisnya, aku sudah boleh membayangkan bagaimana jalan cerita sebenar filem ini. Sejurus filem-filem seperti Lord Of The Ring, Pan’s Labyrinth dan lain-lain menerjah ke pemikiranku.

Cuma, plot yang agak menarik tentang kisah perjuangan makhluk asing di sebuah planet lain menentang penjajah yang gilakan harta berjaya mengangkat keningku. Tambahan lagi penjajah yang dimaksudkan adalah golongan manusia.

Kemudian kepala hotak aku merujuk pula pada filem Windtalkers dan Hidalgo; filem-filem yang memperjelaskan mengenai prejudis sesebuah bangsa berdarjat dan bertamadun terhadap golongan-golongan mundur. Jika Windtalkers mengajak minda penonton untuk menyelami keistimewaan bangsa Red Indian, Hidalgo pula pergi lebih jauh merungkai mengenai stigma bangsa Arab yang kaya dan berbangga dengan baka kuda mereka yang dikatakan begitu hebat, tetapi akhirnya tewas dalam perlumbaan menentang kuda berbaka Mustang yang satu ketikanya dulu cuma hidup meliar di bumi Amarika.

Eh, neh dah kira review filem lain lak neh.

Okeh, kembali pada topik asal. Jake Sully, watak hero dalam filem ini dipanggil untuk bekerja sebagai saintis dalam misi menawan planet Pandora bagi menuai hasil buminya. Kehadiran beliau sebenarnya agak janggal kerana beliau cuma mengganti posisi kerja pasangan kembarnya yang telah mati ditembak dalam satu kemalangan. Atas sebab tertentu, pasukan penjajah ini memerlukan beliau kerana beliau berkongsi DNA dengan si mati. Apakah pentingnya DNA ini? Ahh, malas nak bagitau. Bikin spoil je nanti.

Secara sinikalnya - dalam video log beliau yang dirakamkan untuk tujuan penyelidikan; beliau menggambarkan peluang kerja ini sebagai permulaan yang baru dalam hidup beliau. “One life ends, another begins,” kata beliau.

Di Pandora, penjajah memilih untuk menggunakan ‘cara lembut’ dalam usaha mereka meraih keuntungan besar-besaran. Bagi mereka, diplomasi lebih memudahkan lagi kerja terkutuk mereka sekiranya ia tidak melibatkan pertumpahan darah. Seorang saintis tersohor bernama Dr. Augustine dilantik untuk mengetuai sebuah program dinamakan Avatar. Dalam program ini, para saintis cuba mendekati makhluk asing yang mendiami planet itu untuk memahami sifat biologi mereka dengan lebih mendalam supaya golongan penjajah ini boleh memberi tawaran pampasan yang bersesuaian kepada mereka dalam misi mereka mahu merampas tanah di sana.

Namun proses ini memakan jangkamasa yang panjang, dan sudah menjadi lumrah bahawa orang yang gilakan harta seperti tidak tahu erti bersabar. Maka mereka meminta watak Jake Sully ini untuk menjadi pengintip mereka supaya mereka dapat bersedia dari sudut hostile atau ketenteraan sekiranya percubaan diplomasi tadi gagal. Mereka cuma memiliki maklumat dari kacamata luaran seperti kordinat perkampungan, gambarajah lokasi dan sebagainya. Tetapi mereka memerlukan seseorang yang ada pengalaman memasuki kawasan kediaman makhluk itu secara fizikal supaya dapat mengenali ancaman-ancaman luar jangka yang terselindung. Dan setakat ini, hanya saintis sahaja yang dibenarkan masuk ke kampung itu kerana para saintis ini datang dengan niat murni. Makhluk asing atau penduduk asal ini langsung tidak mengetahui niat sebenar kehadiran manusia-manusia ini.

Ironinya, kehadiran Jake Sully ke kampung itu diterima secara istimewa oleh golongan ini kerana mereka mendapati semangat yang mereka puja seolah-olah merestui hubungan tersebut. Maka mereka mengambil keputusan untuk mengajar saintis tersebut mengenai cara hidup mereka supaya dengan harapan mereka boleh saling bertukar-tukar ilmu. Ini menjadikan tugas pengintipan Sully semakin mudah.

Selepas seketika waktu dan beberapa sesi latihan cara hidup dan penguasaan bahasa, akhirnya Sully diterima secara rasmi sebagai salah seorang saudara mereka. Di ketika inilah, pihak penjajah menyedari bahawa pengintip mereka itu sudah tidak berminat mahu membantu mereka mencapai hajat di hati. Memikirkan masa sudah semakin suntuk, maka golongan penjajah ini mula mempertimbangkan untuk mengambil langkah yang keras.

Kini, makhluk-makhluk asing itu terpaksa berhadapan dengan serangan ribuan tentera yang memiliki kelengkapan canggih dan dahsyat. Sully terperangkap di antara dua dunia. Di hatinya, beliau mahu membantu golongan makhluk asing tadi tetapi secara realitinya, beliau masih makan gaji dengan golongan penjajah.

Apakah kesudahannya? Apakah rahsia yang dimiliki makhluk asing tadi dalam menangkis serangan penjajah? (Semua orang dah boleh agak bahawa filem ini happy ending). Di manakah pendirian Jake Sully yang sebenar; mahu bersama puak barunya atau kembali pada golongan bangsanya sendiri? Semua itu akan terungkai jika anda menonton sendiri filem ini. Hahahaha.

Aku suka dengan euphemism yang terdapat dalam cerita ini. Di mana makhluk asing ini tidaklah begitu asing jika nak dibandingkan dengan sifat manusia. Konsep binatang-binatang dan tumbuhan yang terdapat di planet mereka juga dicedok dari apa yang ada bumi hari ini. Walaupun pembikin filem cuba menyampaikan mesej untuk tidak memandang rendah pada golongan primitif bumi, tapi aku lebih suka melihat mereka dalam konteks peperangan Israel-Palestin.

Sudah tersemat dalam sejarah bagaimana pihak yahudi cuba berdiplomasi untuk mendapatkan tanah Palestin dengan cara menumbangkan kerajaan Turki Uthmaniyyah dari dalam. Lalu, di sebalik kerakusan mereka, mereka lancarkan pula perang yang dijana kecanggihan kelengkapan tentera Amarika yang dibeli dengan harga cukup mahal.

Mengakibatkan kesengsaraan buat rakyat Palestin yang cuma menyerang-balas dengan melemparkan batu ke arah platun kereta kebal milik tentera Israel.

Begitu juga perihalnya di Iraq. Berselindung di sebalik nama mahu memerangi pengganas dan memberikan kebebasan demokrasi di wilayah itu; walhal hakikatnya mereka cuma mahukan telaga minyak. Kerajaan Amarika sendiri dalam mempertahankan belanjawan besar-besaran untuk perang itu menyatakan bahawa mereka akan mengganti semula wang tersebut melalui hasil minyak bumi Iraq.

Ada point menarik dalam filem ini, di mana ketika makhluk planet ini menyedari niat buruk sebenar manusia, mereka mengumpulkan seberapa ramai puak mereka yang berpeleseran serata pelusuk planet dalam mengkoordinasi serangan balas. Walaupun berbunyi mustahil dan kelihatan seperti tiada harapan, tetapi kerana memiliki kuasa majoriti dan kelebihan berperang di tempat sendiri, mereka akhirnya berjaya menewaskan dan mengusir keluar tentera penceroboh.

Akhirnya, kehidupan Jake Sully benar-benar bermula kembali dalam dunia serba baru buat beliau.

Ahhahahaha, Ter-spoil pulak. :P

9 KoMen:

Mak Su said...

maksu kagum dgn semangat cinta yang dibawa hingga mereka melakukan 'mukah' di bawah pokok yang dipuja sebagai Tuhan... ouh wow! hervatnyer they all

Intan and The Boys said...

cis!

menyesal aku baca beria2. skali ko bagitau penghujung skalik???

jaat tau! tak nak kawan! (paling muka kat dinding)

RynieNas * KyuRyn said...

En Akeji aka Mr Ajai...huhuhu...
Tq bagitaw kat blog tak ley komen...ade problem sikt kat setting...Sekarang da okey...

AkubukanSofiaJane said...

cerita cinta apa ade kat pawagam skunk ni? hehe.

RABUN said...

ulasan yang pro... aku dah tengok citer dia, cuba nak paham dengan lebih mendalam lagi ni...

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : paganisme mmg camtu maksu. err, kat planet luar pun dipanggil pagan gak ke? ahhahahah.

pricesstortoise : alaa, kalo ko baca review kat website lain pun lagi byk rahsie dorang bgtau. :P

ryn no. 2 : okeh. tengkiu kerana infom.

afnie : entah. aku dok tunggu kalo2 ade my name is khan je. tgk gaya macam takde siaran kat mesia je. huhuh. ko nak ajak aku deting tgk wayang ke afnie? ;))

indra : hmm. kalo ade hidden atau subliminal msg yg ko dapat tangkap, kongsi2 laa ngan kami ye.

Anonymous said...

ko kaki wayang ke?

dah boleh jadik pengarah ko neh.

kihkih

sekian ;p

'AQILAH said...

aku memang respect la dengan cgi cerita ni.giler macam real ! even orang dia pun...:) tapi aku terfikir, ohh kuasa besar datang ke tempat awam, nak rampas segalanya, orang awam tetap pertahankan negara tuh. negara besar ada senjata canggih, orang awam tak de...ramai orang awam tak bersalah mati sebb nak rampas...huhuhu, aku tak suka jalan cerita dia. aku terkait dengan palestin di serang israel.

Mohammad Al-Aiman said...

ak kagum dgn grafik jer
pas tu dlm citer ni bnyk sgt air terjun
terasa nk g picnic terus!
haha
=D

Post a Comment

Any Comment? Anybody?