8.8.11

DÉJÀ VU 8 HARIBULAN

Pintu bilik diketuk. Tombol diputar. Aku pandang mak. Mak pandang aku.

“Okeh, bersiap. Tunggu kat depan tu, Atan amek kete jap.”

Tanpa perlu bersuara lanjut, aku berkemas-kemas mudah. Capai apa yang dicapai sahaja.

Kereta yang diparking ber’hadapan’ dengan rumah sebenarnya berjarak yang agak jauh dengan pintu rumah aku. Bayangkan ajelah apartment kos rendah macam mana rupa.

Enjin dihidupkan. Tak perlu panas enjin. Selamba jalan.

Melihat mak aku tercungap-cungap seraya sedang menanti aku datang menjemput, sedikit mengecamukkan benak jiwa aku.

Perjalanan dari kawasan perumahan aku ke hospital Kajang dirasakan berjam-jam lamanya. Membisu seribu bahasa; seperti waktu dulu juga.

Dalam hati, ingin je nak berkata, “Mak, abah dulu pun diam jugak. Rasa macam nak je ajak mak berborak time macam neh.”

Tapi, se-sentimental orang macam aku neh pun, aku masih berpijak pada realiti. Mak aku sedang semput. Takkan laa kot.

Perjalanan terhenti sekerat jalan. Inhaler yang telah disedut entah buat kali keberapanya itu mula menampakkan hasil. Mak mula batuk lembut. Ritma pernafasan beransur-ansur pendek menghala ke normal.

“Takyah laa Tan. Patah balik laa. Hospital tu ramai orang. Kang jenuh nak menunggu.”

Haha, mak bikin saspen.

Namun saspen itu yang membuatkan aku gundah.

Saspen itu yang menggusarkan aku untuk meninggalkan mak keseorangan di rumah malam ini.

Saspen itu jugalah yang membuatkan aku terkenang pada arwah.

Al-Fatihah. Genap 3 bulan sudah. Macam tak percaya, aku masih boleh hidup bernafas dan boleh pulak tu mencarik rezeki atas kaki sendiri walaupun tetap masih tak mencukupi.



AsCorp : Sebenarnya tengah buat entri nak mengumpat JKM neh. Tapi hold dulu lah. Mengepost dua entri dalam satu hari saja sebenarnya sudah melanggar norma Wilawah AsCorp.

0 KoMen:

Post a Comment

Any Comment? Anybody?