9.1.12

NINE-OH-ONE

Alhamdulillah. Keputusan mahkamah tinggi yang membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat selesai sudah.

Tak pasti jika perhimpunan 901 ada memberi efek kepada keputusan ini. Tapi, tidak haruslah kita bersangka buruk dengan petugas-petugas keadilan di mahkamah ini. Sebelum ini pun, mahkamah-mahkamah di Malaysia sudah banyak menjalankan penghakiman yang tidak memihak kepada kepentingan politik sesetengah individu. Biasanya kalau pensabitan gagal dilakukan, ia dialas dengan fakta.

Jika kita ingat pun, dalam kes krisis perak beberapa tahun lalu, Nizar pernah menang kes di mahkamah tinggi. Cuma bila dicampur dengan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan, secara tiba-tiba all hell breaks loose.

Bagaimanapun, keputusan ini sesuatu yang sihat untuk mengembalikan kepercayaan rakyat bahawa masih ada sesetengah perkara di Malaysia ini yang masih masuk akal. Tak kira apa pun bentuk ugutan termasuklah ada yang mendakwa hari ini bakal berlaku ‘Malaysian Spring’, tidak seharusnyalah mempengaruhi corak penghakiman negara.

Tapi aku masih teguh menegaskan bahawa mahkamah dan undang-undang ciptaan manusia ini terlalu banyak celanya. Niatnya adalah mahukan keadilan tetapi caranya kadangkala kelihatan merugikan. Seperti isu ilmuwan sains yang pernah aku bangkitkan kat FB beberapa hari lepas, manusia sebenarnya sangat mengagumi keajaiban dunia, tetapi dek kerana cara yang salah mengkaji ilmu, kita lihat muncul golongan-golongan atheism yang menggunakan fakta sains bagi menyokong fahaman mereka. Hal ini samalah juga dengan prinsip keadilan dan hak asasi manusia.

Nak suruh belajar balik one by one intipati asas dalam memahami kehendak murni manusia ini, tak terlarat pula aku. Kerana aku sendiri pun masih ‘student of life’. Hehe.

Selepas ini, aku harap PRU akan menjelang tiba seawal mungkin. Kerana isu ketidakpastian ini berpunca dari permainan politik terlampau. Ada sesetengah pihak yang lupa bahawa mereka telah atau masih menjadi kerajaan. Dan mereka bermain kempen semata-mata untuk memastikan kemenangan, dan peroleh lebih kekuasaan.

Yah, majoriti politicians memang suck ass to the max! Tapi itu bukan isunya. Isunya politik akan menentukan kestabilan negara, kemakmuran negara dan peluang untuk membela nasib golongan yang tertindas. Kita boleh bercerita lantang di kedai makan, tapi bagi mereka-mereka yang ‘tak cukup makan’, apa yang bermain dalam fikiran mereka? Tidak hairan jika statistik jenayah kian meningkat dari hari ke hari. Dan itu pun hanya sekadar numbers. Percambahan ideologi mereka yang ala-ala introvert, kita belum tahu. Jika di arab ada pengebom berani mati atas nama Islam, di Norway pula ada pembunuhan beramai-ramai melibatkan puluhan nyawa tak bersalah, atas nama anti-Islam pula. Bila pembunuhan menjadi halal, di sinilah masalah-masalah besar akan timbul dan menyusahkan sejagat.

Sekarang, kat Jalan Duta pulak ada bom? Huh!

Bagi pihak Pakatan Rakyat, aku menyarankan agar mereka memfokuskan terus kepada pilihanraya yang bakal diadakan. Jika mahu terus bermain isu dengan pencetus-pencetus provokasi ini adalah tidak bijak dalam usaha meraih undi. Harus diingat bahawa harapan penyokong anda terlalu tinggi. 4 negeri yang kita miliki harus dipertahankan with all costs. Negeri-negeri seperti Perak, Terengganu, Negeri Sembilan dan Sarawak harus sudah boleh ditawan memandangkan ada signal yang jelas dari sana. Kerusi-kerusi di Kuala Lumpur serahkan pada gagasan DAP yang sudah lama bertapak di sana. Kalau Putrajaya boleh jatuh ke tangan PAS, itu akan menjadi perkembangan yang lebih mengujakan. Jika di PRU 13 nanti tidak dapat majoriti kerusi parlimen 2/3 pun tidak apa, asalkan dapat memecah monopoli kuasa kerajaan pusat yang diterajui Umno selama ini. Itu harapannya lah.

Untuk usaha ke arah itu, maka perlulah diperhatikan semula senarai calon yang ada. Reformkan supaya orang muda yang banyak berjasa kepada perjuangan PR dapat tempat. Mereka-mereka yang bergelar Pro-Mahasiswa adalah pilihan yang baik memandangkan darah panas mereka dalam berjuang serta pengalaman menentang kaki-kaki buli Pro-Aspirasi yang modus operandinya sama dengan je dengan mentor mereka dari Umno itu. Bukannya tak boleh ada calon lawyer atau sebagainya neh (ehem!) cuma dibimbangi orang yang sudah merasa kuasa, kekayaan, kesenangan dan kemewahan ini, lebih mudah tergoda dengan mainan duniawi. Hendak berjuang, mental haruslah kebal dari segala anasir politikus murahan. Ini bersoal kaitan dengan maruah!

Ada pula jenis-jenis otai ini yang sudah terlalu terbuai dengan perjuangan lama dan kolot. Ini bukan masa untuk meraih simpati demi kuasa. Ini masa untuk menjalankan amanah. Jika Hasan Ali ditakdirkan mahu menubuhkan parti baru dengan nama contoh seperti Semangat 99 atau Semangat 04 sekalipun, biarkanlah dia. Biarkan dia bahagia. Saf jemaah PAS yang ada harus dirapatkan. PAS kena ingat, PAS bukannya PR dan PR bukannya PAS. Nak tengok tragedi Barisan Alternatif kembali berulang?

Dan anak muda ini pula haruslah dipimpin dengan veteran yang tahu bagaimana mahu nasihatkan dan persatukan. Golongan seperti Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat, harus menjadi ‘ayahanda’ yang baik dari segi fungsinya dan penghormatannya.

Bukan apa. Anak muda ini kan darahnya bukan saja panas, malah suka berhibur dan berlepak-lepakan pula tu. Lihat sajalah puluhan juta anak muda yang membanjiri i-City Shah Alam pada malam tahun baru yang lepas, nak dibandingkan dengan hanya puluhan ribu sahaja yang mahu mendengar ceramah ilmu di Dataran Kemerdekaan.

Jika kita lihat dalam fenomena sukan sekalipun, kita dapat lihat bagaimana faktor umur mempengaruhi peranan atlit-atlit dunia. Umur berapa yang sesuai dijadikan pelapis, umur berapa seseorang atlit berada di puncaknya, umur berapa pula jadi jurulatih, and so on and on.

Sama seperti bumi yang penuh dengan hasil kaya –raya ini untuk dituai, politik juga tidak terlepas dari menjadi mangsa pencemaran tangan-tangan kotor yang tidak berfikir panjang dan tidak mempedulikan generasi akan datang. Usaha untuk preserve kesucian sesuatu entiti itu memanglah amat payah. Namun tidak pula mustahil. Asalkan kita tahu caranya, dan kekalkan konsistensi madah perjuangan sebenar. :)

TAKBIR!

1 KoMen:

Anonymous said...

allah hu akhbar

Post a Comment

Any Comment? Anybody?