Pagi tadi ada yang mengutarakan hujah di Twitter. Eh jap, macam laa twitter tu tempat ilmiah pulak. Aku rasa wall facebook lagi banyak informasi berguna kot. Wahaha, selamba je mengutuk twitter. Mementang laa aku jeles dengan mereka-mereka yang dah ada beribu tweet sedangkan aku baru ada 100 lebih cuma.
Eh, lari topik lak. Begini, ada yang mengatakan tidak berpuashati dengan sistem pengkelasan yang berlaku di sekolah mereka di mana golongan budak-budak pandai ditempatkan dalam satu kelas diasingkan dengan mereka yang, ehem, kurang pandai dan grade failing.
Selaku seorang yang berjaya jugak menghabiskan pelajaran sampai tahap SPM (wargh kah kah kah!) aku tidak dapat tidak untuk mengulas isu ini serba sedikit sebab aku juga pernah menjadi sebahagian dari sistem pengkelasan tersebut.
Bukak sikit sejarah pasal aku, dulu ramai yang kata aku neh pandai. Walaupun sebenarnya tidak. Aku ini average sahaja kalaulah tidak pun pandir tahap gaban. Buktinya, hanya perlukan tempoh kurang 5 minit sahaja untuk seorang yang berintelektual bersembang dengan aku sebelum terlintas di fikiran mereka, “laa, bangang jugak mamat bernama Ajai neh rupanya. Harap muka je hensem.” :)
Mungkin pujian yang tidak berasas itu (pujian yang mengatakan aku neh pandai tau; pujian yang mengatakan aku hensem tu adalah fakta, sila jangan dok pertikai lagi dah) datangnya dari sifat berlagak pandai dan bodoh sombong yang aku miliki. Mungkin. Mungkin juga sebab aku suka berkawan dengan orang-orang pandai sebab aku curious macam mana dorang boleh jadi pandai sebegitu dan macam mana juga dorang boleh handle kepandaian dorang dengan stress untuk mengekalkan reputasi pandai itu sendiri dalam dunia yang serba mencabar ini. Cewah, ayat.
Sebagai contohnya, bila ada orang pandai berkata kat aku “tahukah kamu bahawa matahari itu adalah sebutir bintang?” Aku jawab, “ohh, tahuuu… macam bintang-bintang lain kat langit kan bersinar. Matahari pun mengeluarkan cahaya dia sendiri jugak. So masuk akal laa kalau matahari tu dikatakan bintang.” Padahal sebenarnya aku tatau pape. Teknik ini dipanggil sebagai deduktif, yakni membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pengetahuan yang ada. Kadang-kadang teknik ini berjaya.Kadang-kadang boleh memakan diri bila kita main hentam je sesuatu topik.
Baik, back to the point. Gila jauh menyimpang dah neh. Sistem pengkelasan yang aku sebut di atas diamalkan secara intensif ketika zaman aku sekolah dulu. Ketika aku bersekolah di KL, aku cuma seorang pelajar average yang kadang-kadang dapat nombor 12 dan kadang-kadang dapat nombor 20 pulak tuh. Bergantung kepada soalan ujian yang keluar. Yang aku tau jawapannya, aku jawab laa. Yang aku tatau? Main hentam je laa, apa lagi.
Bila berpindah ke Pahang, secara tiba-tiba aku menjadi top 5 dalam kelas. Walhal teknik pembelajaran aku tetap serupa, yakni belajar ikut suka aku je. Namun bila kau perform well kat school walaupun hakikatnya kau sebenarnya average, secara tiba-tiba kau akan diterapkan dalam kelas budak pandai atau budak yang berpotensi untuk skor UPSR. Apakah kelebihan berada dalam kelas ini? Aku pernah ceritakan satu ketika dulu dalam siri entri-entri yang lepas, malas aku nak repeat balik. Cuma korang sendiri renungkan laa, untuk seorang budak yang resminya cuma datang sekolah purata dua hari seminggu macam aku, logik ke dapat skor masa exam akhir tahun? Tak logik kan?
So, level kepandaian aku masa kat sekolah rendah sebenarnya bergantung pada kelas yang aku duduk itu sendiri. Teknik-teknik latihan tubi yang diperkenalkan amat membantu seseorang yang sepatutnya tercicir macam aku untuk catch-up balik pembelajaran yang aku pernah tertinggal dalam kelas. Mungkin inilah isu yang dikemukakan si peng-tweeter tersebut. Bila mana kelas budak-budak pandai ini diberi perhatian yang lebih khusus oleh pihak sekolah untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang berminda kritis dan kreatif.
Bagi aku,setiap benda sudah tentu laa ada pro dan kontranya, bukan? Mana laa ada benda perfect dalam dunia neh. Dari segi pronya, aku faham kenapa sistem pengkelasan ini diperlukan oleh pihak sekolah atau agensi pendidikan. Amat penting sekali untuk memberi keselesaan pada guru-guru yang mengajar supaya dapat mengajar dalam keadaan lancar dan fast-pace bila mengajar budak-budak pandai kerana produktiviti dapat dipertingkatkan menerusi masa yang singkat. Bayangkan bila seorang guru terpaksa memperlahankan rentak pengajarannya kerana masih kedapatan beberapa pelajar lembam yang tidak memahami sesuatu syllabus itu seperti aku. Jika satu kelas terpaksa bertahan dengan karenah kelembaman aku, bagi aku ia adalah tidak adil untuk pelajar-pelajar lain yang dahagakan ilmu semaksimum mungkin yang mereka perlukan. Kerana itulah sistem pengkelasan ini wujud.
Disebabkan aku bukanlah orang paling sesuai untuk menentukan relevan sesuatu isu dengan hanya berdasarkan ukuran pro dan kontranya, baiklah aku serahkan saja dasar pendidikan negara kepada pakar-pakar yang ada. Yang aku nak kemukakan di sini adalah lebih kepada sikap atau attitude.
Dahulu, mereka-mereka yang lebih senior dari aku seringkali mengeluarkan nasihat sebegini, “kau kalau nak jadi pandai, kau kena berkawan dan bercampur gaul dengan orang yang pandai jugak,” kata mereka. Mungkin aku juga pernah mendengar nasihat serupa di ceramah-ceramah motivasi baik di kaca TV atau di mana-mana sekalipun. Aku terfikir, kalau aku sendiri boleh mengenepikan kawan-kawan aku yang tak berapa pandai sebab aku nak jadi pandai, maka apakah jaminannya orang-orang yang dah memang sedia pandai itu nak berkawan pulak dengan aku? Sudah tentu mereka sendiri akan mencarik orang yang lebih pandai dari mereka untuk dibuat kawan. Kan ke dah paradoks kat situ. Kalau hujahannya adalah berkawan dengan orang tidak pandai akan menjadikan kita juga tidak pandai, maka tiada siapa laa nak berkawan dengan sesiapa sebab semua manusia memang sifatnya dilahirkan dengan kebodohan sebenarnya. Mana ada yang lahir-lahir je dah terus terer dengan teorem phitagoras bagai?
So, aku rasa, masyarakat yang kita perlu lahirkan dan zahirkan adalah masyarakat yang tidak kedekut ilmu. Aku pernah jumpa pesen-pesen manusia yang bergelar genius, berlagak dengan kegeniusan mereka sambil mengatakan kat aku “susah aku nak cakap kat ko neh Jai, ko takkan paham punya.” Aku rasa macam nak sembelih je buat sup. Haha. Kalau dah terangkan tapi aku still tak faham maka dibolehkan laa untuk mengeji sifat bangang aku neh sedemikian rupa. Tapi apa-apa hal try laa dulu beb. Ada subjek yang aku minat dan cepat faham (lihat buku sains tingkatan 3 bab 1 syllabus tahun 2000, keh keh keh) dan ada jugak subjek yang ko terangkan dalam bentuk 10,000 metafora pun belum tentu aku boleh tangkap.
Yang penting kita tak boleh kedekut ilmu. Jika ada yang bertanya, jawab, kongsi dan harapkan yang terbaik. Seorang mat rempit di peringkat sekolah pun contohnya boleh menurunkan ilmu penjagaan motor yang baik kepada seseorang yang bukan mat rempit walaupun mat rempit itu tadi datang sekolah hanya bertujuan untuk mengepau rokok dan mengenyit mata kat gadis-gadis freshie kat sekolah tersebut. Ilmu itu tidak harus disimpan sebagai hak milik kamu sahaja biarpun satu dunia mengatakan kamu adalah bodoh dan sebagainya.
Aku pun selalu mengutuk orang tapi itu tidak bermakna aku mahu dia nyah dari dunia ini atau diapa-apakan. Mengutuk itu adalah statement yang sepatutnya tidak berbahaya. Sementara belajar untuk memandaikan diri itu pulak adalah effort yang memerlukan iltizam yang tinggi. Jadi jangan persoalkan sangat si pengutuk, persoalkan apa effort yang kita lakukan untuk cuba menjadi orang yang pandai di kemudian hari kelak.
Insya-Allah, secebis pun ilmu yang kita kongsi, jika dapat dicambah menjadi tunjang yang baik-baik belaka, segala usaha kita itu akan diberkati dan memudahkan urusan kita di kemudian hari. Sebagai contoh, seorang guru yang mungkin takde bakat nak jadi doktor, tapi bila dia challenge anak murid dia untuk berusaha menjadi doktor dan menghafal segenap segi sistem biologikal manusia, mungkin anak murid yang sama ini akan menyelamatkan nyawanya kelak bila cikgu tu dah tua dan sakit masuk ke hospital. Kadang-kadang jasa kita kat dunia neh tuhan bayar cash jugak kat kita. :)
Heh.
Erysha Emyra Setuju Jika Ibu Mahu Kahwin Lagi – “Ada Yang Ingin Jaga Dia
Dengan Baik, Siapa Kita Untuk Menolak”
-
Pelakon, Erysha Emyra akui dia tiada masalah jika ibunya, Datin Seri
Noniswara mahu menamatkan zaman solo setelah setahun kematian suami, Datuk
Seri Dr S...
1 hour ago
1 KoMen:
tweet maksu ada 20 or 30 jer kot... uhuhuhu. jarang masuk twitter.
Post a Comment