18.5.08

Ini Baru Petua Namanya

Bila Sang Pujangga bermadah kata :


Aku teringat dekat orang yang nak cari ‘petua lantai licin’ tapi tersangkut dekat blog Tirah (Wakakaka). Kat sini aku nak kongsi petua tahan lama yang aku dapat dari forwarded email.




KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.

Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.

Gunakan sebelah pada 31 Disember 2008. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2009. Wah...tahan sampai 2 tahun kan? Amazing!!!


NASI/LAUK

Biar tahan lebih lama,

Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.

Sebab tu lauk cepat basi.

Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke. (Adab sivik pun nak kena ajar ke?)


BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Kalau untuk lebih 'tahan lama',

Bayar le zakat utk barang kemas tu atau pakai je.

Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.

Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...


PAKAIAN.

Nak tahan lama

Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat, elak guna washing machines.

Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.

Jangan bawa mandi kat beach.

Gantung bila disimpan.

Cuci guna air jeram/hujan.

Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.

Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...

....BAJU SENDIRI SIMPAN.


KERETA

Nak tahan lama.

Lepas beli, simpan kat garaj. Tutup elok2. jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk.

Bayar loan bulan2. sampai abis loan. Gerenti tahan lama.


KENYANG

Kalau nak tahan lama,

Sebelum makan baca bismillah dan doa akhir makan. Doa dan ucap alhamdullillah...


UMUR

Umur nak tahan lama?

Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (Bukan sebab rokok tu bukan bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah. Macam mana nak senyum selalu?).


ROKOK

Rokok nak tahan lama?

Jangan hisaplah......!!!!, Letak atas meja dan pandang je.

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat haaaa....


TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam

Rajin-rajinlah tidur siang. :-p


HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,

Jujur dan ikhlas je!!!!



Petua Tercekik Tulang



Ini pun petua jugak. Tapi petua yang lagi best. Tak nyesal kalo korang baca. Sebagaimana yang korang boleh amati, ini bukanlah hasil tulisan aku. Sebab aku takde ciri-ciri macam penulis ni (heheh!) Tapi, kalau dah namanya ilmu tu, apa salahnya pass kat orang lain, kan?


---> Aku datang dari keluarga yang besar; 16 adik beradik. Bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yang suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup ‘pulang ke pangkal jalan’... Maka adalah yang tak kena sana sini... Oh

Masa makan, aku pun duduklah cara Nabi (sila rujuk ustaz anda) Lalu ada yang sound:

"Apahal duduk macam nak berlari ajer..."

"Tak baik lutut tinggi pada makanan"

"Ni duduk ke nak berak nie?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen... Aku pun basuh tangan

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan, sunnah Nabi adalah basuh kedua-dua tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. - Hutang kereta/rumah/kahwin/study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir, ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak orang miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke Inconnel 601? Nak pakai colour camne? Metallic ke cooper? Kan susah tu!!! Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja Bentuk bulat ke bentuk heksagon? Oktagon? Nanagon? Nak kena pergi kedai perabot buat ansuran mudah! Jimat! Hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh

Biasa korang belajar doa makan macam ni:

"Allahummabariklana” (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi). Kemudian, ada pulak suara-suara yang sound:

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"

Aku kata:

"Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok-elok habis nasi satu pinggang!!!"

Tapi oleh kerana aku sorang jer yang makan dengan tiga jari, orang lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5... Oh Tepuk dada tanya iman

Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh...

Diorang tegur:

"Essh..pengotor betullah."

Aku kata:

"Apa pulak kotor; aku makan nasi, bukan taik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat-jilat jari nie? Lucah betul!!" tanya diorang lagi pada aku

"Makan ayam sedap sampai ke kaki... Makan sate sedap sampai ke lidi, heh heh heh," kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan; err maksud aku cara Nabi makan... Aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya:


Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?”

Abang aku kata:

“Sebab tengkuk lembu berat... bla bla bla

Aku kata:

"Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!! Ha ha ha!!! (tak lawak)"

Aku menyambung:

"Penting makan cara Nabi sebab kita hari-hari makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer. Namun bila korang makan macam Nabi S.A.W makan, maka di kira ibadat Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yang bagi kenyang Hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah."

Tiba-tiba mak aku tercekik tulang ikan (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, mak aku mendapat nasihat secara berperingkat; ada yang sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal dan lain-lain. Tapi masih tak berjaya

Kesian mak aku...

"Huh! Hamka, takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne? Cakap terer" kata abang aku.

Aku kata:

"Senang sajer... Mak angkat kedua-dua tangan ke atas"

Mak aku pun buat Tapi masih tak jadi

Aku kata:

"Lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus...!!!" (bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa-sisa nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas)

Aku kata:

"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! " HA HA HA (semua org ketawa) Nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa Sehingga tulang yang tercekik itu terkeluar Semuanya dari Allah!!!

He he he... Selamat mencuba, ni bukan hadith Just pengalaman.

P/S: Sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk), sesungguhnya penulis tidak bertanggungjawab!!!

~EndOfKopiPasta~

16.5.08

Masalah Dan Masalah

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Tersilap post lak ari tuh... Macam tak relevan jek aku letak gambo kat entri mp3... Hehe...




14.5.08

LIMA BINTANG

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Untuk entri kali ni aku cuba nak merehatkan diri dari menaip cerita panjang-panjang. Saje nak bagi head start kat Pish untuk kejar aku. Wakakaka. Walaupun aku tau mamat tu memang hebat dalam pengisisan penulisan beliau yang mana membuatkan beliau mampu mencipta sajak hanya dengan memerhati cicak mengawan di atas siling, namun aku tak nafikan gaya kemeleretan penulisan aku memang diakui mampu untuk membantu aku memanjangkan cerita yang sebenarnya kurang panjang. Sebagai contohnya ayat yang korang baca tadi tu sebenarnya ada 46 patah perkataan sebelum titik noktah. Sangat hebat, oke! Itulah sebab sebenar MENGAPA SUBJEK BAHASA MELAYU TIDAK DICATATKAN DALAM SIJIL SPM SAYA; sebab terlalu panjang meleret-leret tapi dapat markah kosong bila pemeriksa kertas nak carik isi yang cuba disampaikan.


“Mungkin pengisian ko kurang menepati kesedaran ko,” hmm… Eh, iklan laa pulak. Tetiba je aku neh.


Tapi actually untuk beberapa entri seterusnya memang aku cuba berazam untuk berpuasa dari melakarkan cetusan minda aku ke dalam blog ini atas alasan takut sel otak aku ni nanti kering disebabkan asyik dok kerap sangat perah idea. Sian lak aku nanti. So aku akan banyak postkan entri-entri kopi-pasta. Diharapkan takde laa sape-sape nak tuduh page aku ni huduh; sehuduh muka aku pulak lepas neh disebabkan tindakan malas aku tu nanti. Adesss laa…


Di entri ini aku nak memperkenalkan LIMA LAGU TERBARU yang sedang hangat Bertakhta Di Hati aku kat korang semua. Sape-sape yang pernah dengar atau dah ada lagu neh semua, meh kita nyanyi sama-sama. Yang belum pernah dengar pulak, apa tunggu lagi? Donlod le, jangan tak donlod.


Pembukaan; macam biasa laa, korang bukan tatau aku tengah start nak belajar fanatik kat Meet Uncle Hussein laa neh. Lagu neh mempunyai kekuatan tersendiri dari segi lirik; bukan lagunya, oke! Aku teringat zaman M. Nasir buat lagu masa dia busker kat CM 10-20 tahun yang lepas. Sangat mendalam, oke!




~Meet Uncle Hussain – Pura Pura~


Intro: (Lirik starting yang paling tak boleh blah! Wakakaka…)

Lapan tahun tunggu bas tak sampai

Akhirnya aku pergi jalan kaki

Tiba LRT berduyun dara

Muka masam, kelat macam cuka

Oh sombongnya...

Anak-anak dara

Anggap ku bagai tunggul dihias


(Pura-pura)


(Pura-pura) Jalan tengok sana sini

(Pura-pura) Sorokkan mata dan minda

(Pura-pura) Wah! Ramainya orang berpura


(Pura-pura) Belah sana dedah sini

(Pura-pura) Banyaknya belukang darat

(Pura-pura) Wah! Ramainya orang berpura


Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Kota tari


Keras hati, keras hidung

Kerana mata buta, kerana hati mati

Keras lutut, keras rahang

Pukat terlabuh jauh, tapi ikan tak dapat


Keras hati, keras hidung

Kerana mata buta, kerana hati mati

Keras lutut, keras rahang

Pukat terlabuh jauh, tapi ikan tak dapat


(Pura-pura) Lagak bagai orang kaya

(Pura-pura) Dah murah nak murah lagi

(Pura-pura) Wah! Ramainya orang berpura


(Pura-pura) Semuanya serba tak kena

(Pura-pura) Nak sempurna buat sendiri

(Pura-pura) Wah! Ramainya orang berpura


Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Kota tari


Keras hati, keras hidung

Kerana mata buta, kerana hati mati

Keras lutut, keras rahang

Pukat terlabuh jauh, tapi ikan tak dapat


Keras hati, keras hidung

Kerana mata buta, kerana hati mati

Keras lutut, keras rahang

Pukat terlabuh jauh, tapi ikan tak dapat


(menjerit whoaaa 3 kali dalam intonasi yang tak dapat dikenalpasti)




Lagu ni pulak aku tributekan untuk semua wanita yang ada di luar sana. Kamu memang sangat chantek, oke! Tengkiu…




~Altimet feat. Adeep Fabulous Cats - Chantek~


Intro: (Parap parap macam lagu 60-an)


(Hey wanita)

Gembira dapat berjumpa

Teringat kembali kali pertama kita bersua

Ingat bila kita bersepatu serupa

Tak lama dahulu jangan kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata

Kau paling menyerlah di antara mereka

Rambut hitam warna cokelat anak mata

Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apakata kita ambil sedikit masa

Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya

Dan jika kau rasa apa yang ku rasa

Ayuh kita ke bab ke-2 dan seterusnya


Chantek

Dirimu buat ku tertarik

Menghilang segala prasangka… Di jiwa…

Ohh chantek...

Sungguh aku cintakan kamu


(Dia)

Pandai menjaga hati ayah dan ibunya

Kelakuannya sama dengan orang tua ku juga

(Dia)

Bisa cipta yang gula dari yang cuka

Pandai menukar yang duka kepada suka

(Dia)

Bijak mengatur acara dan juga masa

Cekap memasak garam gula secukup rasa

(Dia)

Pandai menjaga harta dan juga duitnya

Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya

(Dia)

Setia pada Yang Esa satu-satunya

Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya

(Dia)

Punya tempat dalam rancangan yang ku rangka

(Kita)

Tak usah lengah

Ayuh kita berumah tangga


Chantek

Se-chantek suria menyinar

Seindah bunga yang di taman… Mekar...

Chantek

Dirimu buat ku tertarik

Menghilang segala prasangka… Di jiwa...

Ohh chantek…

Sungguh aku cinta kamu


(Aku)

Melihat kita bersama di hari tua

(Dia)

Masih satu tiada empat tiga atau dua

Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa

Kau tetap cantik padaku, aku tak lupa

Kita bersama di anjung luangkan masa

Kewangan kita merdeka mampu bersara

Hasil usaha kita dari masa dahulu

Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu

Hidup santai tak perlu terburu-buru

Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu

Anak kita dan ayahya semua sebulu

Aku bilang kau chantek dan mereka setuju


Chantek

Se-chantek suria menyinar

Seindah bunga yang di taman… Mekar...

Chantek

Dirimu buat ku tertarik..

Menghilang segala prasangka… Di jiwa...

Ohh chantek...

Sungguh aku cinta kamu...


Seterusnya dua lagu yang berikutnya memiliki unsur-unsur kejiwangan yang sangat terlampau, oke! Jadi berhati-hati sebelum anda mula men-donlod.


Lagu pertama memiliki unsur jiwang yang agak tangkap meleleh ala-ala Anuar Zain atau Hazami (erk?!) atau yang seperjuangan dengan mereka. Adalah PERLU untuk korang tahu bahawa lagu ini dicipta oleh seorang pencipta dari Indonesia (aku tak ingat nama beliau), jadi susunan muziknya memiliki ketajaman yang agak kuat untuk menusuk kalbu terutama ketika lagu ni nak ke penghabisan. Beware!




~Faizal Tahir – Aku Punya Kamu~


Saat kau tersenyum

Saat itu kau memberi

Saatku rasa bahgia


Selama ku tersenyum

Selama itu ku memberi

Selama yang kamu disini


Namun ku bicara

Hanya pada bulan dan suria

Tak ku punya cara

Untuk menyatakan cinta


Dan kamu hanyalah satu

Ku mahu ada kamu saja

Bisa ku menunggumu

Selamanya aku milikmu

Takkan pernah lelah

Ku menunggu

Hingga aku punya kamu, oh yeah…


Sesaat kau tiada

Saat itu yang ku rasa

Saat hidupku terlena


Selama yang kau ada

Selama itu yang ku rasa

Selama hidupku bahgia


Namun ku bicara

Hanya pada bulan dan suria

Tak ku punya cara

Untuk menyatakan cinta


Dan kamu hanyalah satu

Ku mahu ada kamu saja

Bisa ku menunggumu

Selamanya aku milikmu

Takkan pernah lelah

Ku menunggu

Hingga aku punya kamu, oh yeah...


Selama yang pernah ku merasa

Belum ada rasa yang ku rasa ini

Fahamilah cintaku lebih dari cinta

Tiada mungkin aku kan teruja

Andai bukan kamu yang dihadapanku

Bisa ku buktikan pada kamu... uuuh


Ya, kamu hanyalah satu

Dan tak pernah lelah

Ku menunggumu hingga aku punya kamu

Uuuuuhhh... ahhhhhhhh....


Selamanya aku milikmu

Takkan pernah lelah

Ku menunggu

Hingga aku punya kamu

Woo... yeah...


Takkan pernah lelah

Ku menunggu

Hingga aku punya kamu

Kamu...


Hingga aku punya... Kamu...



Amaran kuasa dua! Jikalau tadi pun sudah bersifat jiwang ‘tak berapa nak boleh blah’, yang berikutnya pasti akan lebih mengganggu-gugat jiwa anda.


Disebabkan lagu ini ada kaitan atau persamaan dengan lagu-lagu yang berjaya menarik minat kita di zaman kita start layan movie Ada Apa Dengan Cinta, Eiffel In Love dan yang seangkatan dengannya, maka lagu ni hanya sesuai untuk mereka YANG sedang hangat bercinta; baru nak hangat bercinta; ataupun untuk mereka yang ingin menggamit kembali kenangan kehangatan cinta mereka dahulu kala.


Lagu ini walaupun sangat slow dan mellow, namun ia menggambarkan keceriaan orang yang sedang bercinta. Happy-jiwang bukan sadly-jiwang, oke! Tangkap sengih bukan tangkap leleh. Slow & steady bukan slow macam nak mati. Hah, apa perumpamaan aku nak pakai lagi neh? Lu pikir laa sendiri. Haih~




~Gita Gutawa – Sempurna~


Kau begitu sempurna

Dimataku kau begitu indah

Kau membuat diriku

Akan selalu memujamu


Di setiap langkahku

Ku kan selalu memikirkan, dirimu

Tak bisa kubayangkan

Hidupku tanpa cintamu


Janganlah kau tinggalkan diriku

Takkan mampu menghadapi semua

Hanya bersamamu ku akan bisa


Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku

Kau adalah hidupku

Lengkapi diriku

Oh sayangku, kau begitu

Sempurna…


Kau genggam tanganku

Saat diriku lemah dan terjatuh

Kau bisikkan kata

Dan hapus semua sesalku


Janganlah kau tinggalkan diriku

Takkan mampu menghadapi semua

Hanya bersamamu ku akan bisa


Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku

Kau adalah hidupku

Lengkapi diriku

Oh sayangku, kau begitu

Sempurna…


(Kau adalah darahku)

(Kau adalah jantungku)

Kau adalah hidupku

Lengkapi diriku

Oh sayangku, kau begitu

Oh sayangku, kau begitu

Sempurna…


Sempurna…


Sempurna…



Muzik lagu neh macam copycat lagu OST dari sebuah romantic movie omputeh dulu-dulu kan? Tapi aku tak ingat atau cam movie yang mana satu.


Okeh, sebagai penutup, aku nak tribute lagu terakhir neh untuk last entry aku di tahun lepas yang bertajuk Please Don’t Call Me Sayang. Heheh! Agak keras statement aku kali neh. Boleh tahan gak rupanya aku neh kan?




~Samsons – Hai Gadis (85)~


Intro: (Siul-siulan tapi takde senggol-senggolan)


Hai gadis85

Tinggalkan kekasihmu

Karena aku

Jauh lebih baik darinya


Hai gadis85

Lupakan kekasihmu

Karena aku

Lebih layak untuk memelukmu, woo…


Hai gadis85

Tunjuklah diriku

Oh karena aku

Pujangga terhebat untukmu (Ya betul!)


Hai gadis85

Pilihlah diriku

Oh karena aku

Memang sempurna untuk dirimu


Andaikan saja kau tahu

Aku mencintaimu, menyayangimu

Lebih dari siapapun

Meskipun engkau miliknya

Aku akan bertahan, tak akan menyerah

Tuk dapatkan hatimu


Hai gadis85

Tinggalkan kekasihmu

Karena aku

Jauh lebih baik darinya


Hai gadis85

Lupakan kekasihmu

Karena aku

Lebih layak untuk memelukmu


Andaikan saja kau tahu

Aku mencintaimu, menyayangimu

Lebih dari siapapun

Meskipun engkau miliknya

Aku akan bertahan, tak akan menyerah

Tuk dapatkan hatimu


(Hai gadis)

(Hai gadis)


Aku tak pernah peduli kau telah dimiliki

Aku tak pernah mengerti kau memilih dia

Lepaskan saja dia dan sambutlah aku

Kan kuberikan semua yang kau inginkan


Aku tak pernah peduli dan menyayangimu

Aku tak pernah mengerti apa yang kau cari

Dan minta saja padaku dan peluklah aku

Kan kuberikan semua yang kau inginkan


Ku takkan pernah menyerah, tetap mencintaimu

Aku akan bertahan, untuk dapatkan hatimu

Ku takkan pernah menyerah, tetap mencintaimu

Aku akan bertahan, untuk dapatkan hatimu


Hey…



Agak ‘pofoyofo’ di situ kan? Erm, takpe laa… Melawak je pon. Tak LEBIH dari itu. Wakakaka…


Kesimpulannya di sini, tak kiralah seandainya anda sedang dilanda jiwang atau tidak, ataupun mungkin anda jenis yang suka menghantuk kepala kat dinding ketika dengar lagu, mahupun melompat-lompat atas katil kayu (bukan spring) hingga menyebabkan katil korang patah lapan; ‘biaq’ pedulikanlah dengan lirik mahupun mesej yang sedang cuba disampaikan sesebuah lagu tu kerana lagu tu kalau dah sedap didengar, tetap sedap laa jugak, kan?


Please don’t call me jiwang, oke!


Asalkan aku tak dengar lagu yang mempunyai lirik macam berikut ni sudah laa:


“Marilah mari, membunuh diri…”



~EndOfCharts~


Opsss… P/S: tak menjadi jugak idea aku nak buat entri pendek-pendek ye? Ngeh heh heh…







3.5.08

Trully...

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Tahukah anda perkataan inggeris ‘truly’ sebenarnya berasal dari sebuah perkataan lama ketika di zaman pertengahan eropah iaitu ‘trully’ (T-rul-ly). Ramai yang berpendapat kewujudan dua huruf L ketika itu adalah atas dasar penekanan kepada maksud ‘true’ itu sendiri.

Umum mengetahui kata dasar bagi ‘truly’ adalah ‘true’. Bagaimanapun ketika di zaman itu para cendekiawan bahasa berpendapat adalah penting dan mandatori untuk memperkuatkan sebutan ‘trul’ kerana rata-ratanya perkataan itu digunakan untuk menjelaskan eksperesi yang sangat lantang kepada pendengarnya.

Contoh:

“I’m trully madly deeply in love with you!” atau;

“I’m trully angry with you right now!”

Namun setelah penyeragaman bahasa dilakukan ketika zaman Raja Charles IX, huruf L tersebut dimansuhkan kerana kurang praktikal bagi memperkenalkan bahasa inggeris kepada dunia luar. Ia dilihat kurang seragam dan sukar untuk diterapkan dalam pemahaman minda anak-anak muda yang baru mula belajar menulis bahasa inggeris. Maka terhasillah perkataan ‘truly’ yang kita kenali pada hari ini.

Akan tetapi di sebalik penggunaan perkataan ini yang menggariskan cuma satu ‘L’ dalam ejaannya, ramai yang masih menyebut perkataan ‘truly’ seakan-akan berbunyi ‘trul-ly’ bagi menjelaskan intonasi dan definisi sebenar perkataan itu apabila digunakan dalam percakapan seharian. Inilah yang dipanggil sebagai ‘loud L’ (L bising) yang merupakan berlawanan dengan ‘silent letter’ yang banyak digunakan dalam bahasa inggeris.

Contoh ‘silent letter’:

Gnome = hanya disebut sebagai ‘nome’ tanpa memperdengarkan bunyi huruf ‘G‘ (silent G) itu.

An hour = disebut sebagai ‘our’ atau ‘ours’ (silent H). Untuk mengelakkan kekeliruan dengan perkataan ‘our’ (kita) perkataan ini digunakan dengan kata bilangan yang bersesuai; ‘an hour’ (an our) membawa maksud satu jam, couple/several hours (beberapa jam) di mana perkataan ‘our’ (kita) tidak memiliki hukum ‘plural’ yang memerlukan huruf S kerana ‘our’ (kita) sudah membawa maksud ‘ramai’. Jadi kekeliruan percanggahan perkataan tidak wujud di sini.

Di dalam kes ‘trully’, loud L ini bukan sahaja seringkali digunakan dalam percakapan malahan kadangkala ia masih diguna dalam penulisan akibat sudah terbiasa dengan perkataan ‘purba’ ini. Masih ramai yang menggunakan perkataan ‘trully’ di seluruh dunia jika anda perhatikan betul-betul.

Jadi, selepas ini, sekiranya anda terjumpa penggunaan perkataan ‘trully’, usahlah terlalu cetek akal untuk beranggapan ada kesilapan ejaan di situ tapi sebaliknya penggunaannya lebih membawa maksud penekanan (emphasis) pada perkataan tersebut.

Gllad to share this useful info with all you guys out there….



Erk?! Typo lagi?



Tahukah anda perkataan ‘glad’ berasal dari bahasa Sanskrit lama iaitu ‘gllad’ bla bla bla bla bla…



~EndOfMentipuk~

Fat Rice Love

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



“Damn it!” bentak hatiku seketika setelah tamat membaca cerpen bertajuk Cinta Nasi Lemak karya Nizam Zakaria. Sudah lebih setahun file berformat pdf ini tersimpan dalam hard disc aku sebenarnya tapi aku mengambil masa yang terlalu lama untuk berani membacanya kerana jauh dalam lubuk hati aku, naluri aku berkata cerita ini sangat tak best dan akan menyakitkan hati in one way that I never think of.

Masalahnya, sekalipun aku sudah menyedari kemungkinan ini, aku tetap juga tergoda untuk membacanya walhal aku sendiri tahu sifat diri aku yang ada sama pada kebanyakan orang di luar sana; tak suka cerita yang anti-klimaks. Maka apabila aku sudah mula membaca 2-3 bab yang pertama, aku tetap usahakan untuk luangkan masa menghabiskan cerita ini untuk tempoh 4 jam berikutnya bagi mengetahui kesudahannya.

Korang katakanlah aku ni kolot, traditionalist or whatever, tapi hakikatnya aku SANGAT BENCI membaca cerita-ceriti mengenai golongan homoseksual (melainkan cerita tentang lesbian, keh keh). Aku tatau laa apasal, tapi aku tak dapat terima kehadiran golongan seperti ini sepertimana mereka tak dapat menidakkan kehendak homoseksualiti tu dalam diri mereka itu.

Nak kata fikiran aku ni sempit, tak juga. Walaupun aku lebih prefer missionary position rather than doggy style (if ya know what I mean) tapi aku tetap boleh jugak terima ajaran sekularisme yang boleh kita adaptasikan dalam kehidupan seharian andai ia mendatangkan kebaikan dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

For example, walaupun aku SANGAT TIDAK BERSETUJU dengan golongan perempuan yang menganggap hukum memakai tudung itu adalah tertaluk di bawah prerogative mereka, tapi aku tidaklah sampai tahap di mana menghalalkan sebarang hukuman berpatutan untuk mereka. Kerana bagi aku manusia ini walaupun lahir dengan suci dan murni, mereka masih tetap perlu dibimbing, ditunjuk ajar dan dididik untuk membuat keputusan. Then kalau dorang still nak buat jugak kesalahan yang dorang dah sedar dan mengerti itu, maka dorang perlu bertanggungjawab di atas dosa mereka tu di hari kemudian. Habis cerita.

Yang membuat aku terasa macam nak jadi extremist tu disebabkan jenis-jenis golongan yang membuat dosa ni ada pulak yang pandai-pandai nak mengajar dan mengajak orang lain buat dosa. Dalam kes tudung ni, ada jenis orang yang menggunakan frasa “Eleh, makcik tua umur 50 lebih pakai tudung labuh pun ada yang kena rogol. Tak bermakna kalau nak kurangkan kes rogol semua perempuan dalam dunia kena pakai tudung.”

Dan ada pulak yang cakap, “Jangan anggap orang yang pakai tudung ni semuanya alim dan baik-baik. Kalau tak percaya try laa tengok video 3gp melayu yang ada banyak sekarang ni. Ramai yang pakai tudung tu dah takde dara. Kat Kelantan pun pelacur-pelacur diorang pakai tudung tau!” Seolah-olah diorang nak cakap orang yang tak pakai tudung ni lagi suci dari orang yang pakai tudung.

Okey, memandangkan kita sudah hidup dalam era 2000 dengan zaman internet, 3G henset dan sebagainya, aku tetap meluaskan minda aku untuk menerima hujah-hujah dari perbagai pihak yang beraneka personaliti. Ini penting sebab sifat aku yang suka mempertikaikan sesuatu juga didorong dari sifat ingin tahu dan mencungkil pandangan umum dari segenap sudut. Saluran-saluran inilah yang banyak aku gunakan untuk menimba secebis ilmu.

Tapi tang hujah dorang yang ni yang aku susah sikit nak terima sebab ia jelas-jelas melanggari hukum agama dan lebih teruk lagi, dorang seolah-olah menidakkan hukum itu. Kalau nak pertikai, pertikai laa cara baik. Aku pun sendiri tak banyak tau pasal agama tapi kalau aku mempertikaikan bermaksud aku cuba nak memahami sesuatu ajaran itu, bukan untuk menafikannya sekaligus mengajak orang lain meninggalkannya. Kalau aku yang tak faham then mungkin itu kesilapan dari diri aku sendiri yang buta hati. Tak perlulah nak mengajak orang lain ikut sama buta hati dengan aku, kan?

Tapi itu kes tudung, kes cerpen Cinta Nasi Lemak ni tadi pulak kes golongan homo.

Ada pendapat yang mengatakan mereka ini memang dilahirkan dengan sifat begitu. Sekalipun mereka cuba menafikannya, tetapi pengakhirannya mereka dilihat hanya menipu diri sendiri, termasuk orang-orang di sekeliling mereka. Dan yang paling teruk terjejas adalah orang-orang yang rapat dengan mereka dan mereka sayangi. Oleh itu mereka beranggapan adalah PERLU untuk mereka mengakui dan menerima fenomena luar tabi’i dalam diri mereka ini dengan alasan mahu melindungi orang yang mereka sayang dari terus merana akibat ditipu.

Macam yang aku cakapkan dari awal tadi, sehebat mana mereka tak mampu menepis sifat ini dalam diri mereka, SEHEBAT ITU JUGALAH aku tak dapat menerima kewujudan orang seperti ini. Alasan aku; ntah laa. Tapi… tak bolehlah. Sebab agama kot. Aku rasa itu aje lah penjelasan yang paling logik bagi aku buat masa ini.

Tajuk Cinta Nasi Lemak itu sebenarnya sangat menarik pada mata aku. Aku lebih membayangkan kisah cinta yang agak unik, agak innocent, agak jahil, agak childish, agak kemelayuan, dan agak memiliki seninya yang tersendiri. Namun ternyata segala agakan ku itu hilang dalam bait-bait tulisan yang dicoretkan pengarang ini.

Sebenarnya ketika pertama kali aku mendapat file ini aku ada cuba membacanya ketika itu walaupun aku sudah mula berasa sedikit ragu-ragu, tapi niat aku jadi tergantung disebabkan permulaan ceritanya yang berlatarbelakangkan kehidupan student di sebuah kolej swasta yang lebih mementingkan harga beg tangan Gucci daripada harga buku teks rujukan mahupun yuran semester tahunan, yang lebih mementingkan parti daripada kelas-kelas tuisyen tambahan, yang lebih mementingkan kenderaan yang dipacu daripada keputusan peperiksaan. Aku sampai sekarang still tak dapat nak adapt situasi tersebut dalam minda aku untuk aku bayangkan sebab ia bukanlah dunia aku.

Tapi aku tau yang aku agak optimistik sesetengah ketika. Jadi aku percaya aku tetap juga akan gatal-gatal nak try baca cerpen ni suatu hari nanti.

Sayangnya di sebalik kekuatan plot cerita yang berjaya menenggelamkan kejelekan aku pada golongan muda-mudi berhambakan materialistik ini, ada unsur-unsur yang tak boleh aku nak terima iaitu bab homoseksual.

Aku berfikir kembali, sebenarnya tak perlu pun untuk diserapkan nilai homo ini sebab cerita ni dah cukup menarik dan cantik. Ia mengupas tentang isu seorang lelaki yang mengalami pergolakan jiwa disebabkan dia tak dapat terima hakikat seluruh keluarganya menemui maut dalam kemalangan jalanraya. Dan tema cerita ini pula berkisar mengenai keindahan yang terdapat dalam dunia di sebalik dugaan yang sering melanda kita. Memang cantik malahan aku cukup suka bila dia menjadikan senilukis sebagai medium yang berjaya merakamkan segala keindahan ini. A picture could say a thousand words, but which words? (Pernah dengar? Hehe, aku ciplak ayat dari satu movie, but which movie? Muahaha).

Di sini lah kecantikan cerita ini, di mana lukisan itu berjaya menyentuh hati pembaca dan menghuraikan klimaks cerita tanpa pembaca perlu melihat sendiri lukisan tersebut. Dan yang paling syahdu apabila watak utama yang mengalami masalah jiwa tadi berubah hati untuk menerima hakikat pemergian seluruh anggota keluarganya setelah terkenang kembali kisah perbualan dia bersama arwah adik perempuan dia yang berusia 8 tahun. Cukup syahdu.

Kalau digarap kembali cerita ini dengan membuang nilai negativiti yang ada mungkin cerita ini akan menjadi cerita yang lebih superb. Namun aku tak dapat nafikan nilai-nilai inilah yang berjaya mencerminkan pergolakan jiwa sebenar watak utama, sekaligus menghidupkan jalan cerita ini. Jadi tak mungkin pengarang akan bersetuju dengan cadangan aku. Maka; sayang sekali, cukup sayang sekali… Damn it!