Showing posts with label Jangan Ketawa. Show all posts
Showing posts with label Jangan Ketawa. Show all posts

15.7.13

PENGALAMAN PEMANDUAN

Di Malaysia, di Putrajaya misalnya, papan tanda yang asalnya dari negara luar yang bertulis ‘Free Left Turn’ perlu diupgrade sebagai ‘BELOK KIRI JIKA TIADA KENDERAAN ATAU PEJALAN KAKI’ seolah-olah kalau ada kapal Titanic atas jalan, pemandu akan tetap merempuh kapal tersebut.

Di Malaysia, di tol pembayaran tunai, di Puchong khususnya, lorong paling kiri yang biasanya dikhaskan untuk kenderaan berat adalah lorong paling laju. Tak caya, gi try.

 Di Malaysia, di lebuhraya MRR2 ketika kesesakan lalulintas waktu puncak, kenderaan berat yang berada lorong kiri dan lorong tengah mungkin akan mencicirkan anda 10, 20 tiang jika anda stay pada lorong kanan atau lorong laju semata-mata.

Di Malaysia, punca utama kesesakan lalulintas adalah apabila kenderaan dari intersection sebelah kiri mahu masuk ke kanan dan sebaliknya, apabila jalan 3 lorong berubah menjadi 2 lorong, atau apabila ada kenderaan berhenti di tepi jalan samada kerana eksiden ataupun sekadar kereta breakdown di lorong kecemasan. Serta lampu trafik light rosak atau terlalu lama.

Di Malaysia, walaupun speed limit maksimum 110km/j (ada sesetengah tempat yang dah upgrade 120 kalo tak silap) tidak bermakna dengan kelajuan tersebut anda berhak untuk mengekalkan pemanduan di lorong kanan. Jika ada orang hi-beam atau pakai lampu siren, anda kena jugak tukar lorong occasionally.

Di Malaysia, anda berhak untuk membeli Bugatti Veyron yang memiliki top speed 415km/j atau motor Suzuki Hayabusa dengan top speed 312km/j tapi kalau anda melintas kamera AES dengan kelajuan 82km/j anda tetap akan menerima flash.

Di Malaysia, anda boleh menguji kreativiti anda untuk make up kereta dengan lampu LED bagai, rim Rota, sticker bomb beraneka colour, tinted cermin gelap atau memantul, lampu projector depan, spoiler tinggi melangit, yang mana kesemua ini boleh dibeli dengan mudah di merata tempat, tapi kalau jumpa roadblock JPJ belum tentu anda terlepas dari kena saman.

13.12.12

CREME FREICHE



Siapa kat sini minat South Park? Angkat tangan!

Siapa pernah tengok episod dorang yang bertajuk “Crème Freiche”? Sila gelak!

Episod Crème Freiche memperkenalkan aku dengan Shake Weight. Sila lah google atau youtubing sendiri. Namun di samping itu ia juga mengisahkan obsesi Randy Marsh terhadap Food Network Channel yang mana Randy melayan channel tu umpama porn gamaknya.

Memandangkan pada ketika aku aku cuma ada saluran AFC, maka tak pelik laa kalau aku turut bantai gelak ngan kebodohan Randy tu. Ye lah, AFC ada apa lah sangat. 75% of the time aku lebih rela tukar channel kot.

Sekarang aku dah ada Food Network. Ditambah dengan sekali sekala bukak channel TLC untuk tengok Man vs. Food atau BeTV yang ada Top Chef, aku jadi teruja untuk tengok proses penyediaan makanan yang kreatif dan kadangkala genius ini.

Baik, bercerita mengenai selera makan aku. Lidah aku tidak memiliki toleransi yang baik terhadap beberapa jenis makanan. Bawang dan sayur misalnya. Halia. Durian. Lobak. Nenas. Malahan sotong dan variasi kepah. Dan beberapa benda lain lagi yang aku memang tak pernah sentuh sejak aku kecik sampai laa besar neh.

Dalam banyak-banyak tu, bawang dan sayur menjadi halangan paling besar sebab ia adalah bahan penting dalam masakan. Dalam kes bawang misalnya, ia lebih kronik kerana mampu membuatkan aku termuntah kalau tergigit manakala sayur pula lebih kepada pilihan peribadi. Bila aku kunyah sayur, takde rasa apa so aku rasa macam redundant dan buang masa.

Sehinggalah satu hari, akibat kerana terlalu lapar mungkin atau ketagih nak mengunyah, sewaktu aku melantak KFC, aku gagahkan diri untuk memakan coleslaw. Sebab macam aku cakap, bukannya aku tak boleh makan, aku cuma memilih untuk tidak makan sayur.

Dan pada ketika itu,baru aku tahu yang sayur jika digaul dengan mayonis dengan resepi yang baik,membolehkan aku berselera nak membaham sayur. Dari itu, aku mula bereksperimentasi.

Jika aku tak boleh mengunyah bawang atas risiko muntah, maka mungkin aku boleh menghancurkannya terus supaya aku tak perlu gigit. Cara terbaik adalah menggunakan bawang putih yang ditumbuk dalam batu lesung. Aku cuba try tumbuk bawang merah tapi aku tak dapat konsistensi hancur yang baik. Dan aku pulak tak reti pakai blender pun. So aku give-up part tu. Aku maintainkan pakai bawang putih aje dulu dalam masakan aku buat masa neh.

It does taste good. Ia mengkayakan lagi rasa sardin atau nasi goreng yang aku masak. Dan dari situ, aku tahu bahawa makanan yang tidak sedap bagi aku satu masa dulu pun boleh menjadi enak kalau aku tahu cara memasak yang sesuai dengan anak tekak.

Hari ini, aku nak cerita pasal telur dadar. Telur dadar goreng adalah komoditi penting dalam rumah aku sebab ia murah, senang dan cepat dimasak, dan memiliki portion yang agak besar untuk menampung keperluan jumlah nasi yang aku makan setiap hari.

Masalahnya, aku seorang yang perlukan karbohidrat, protein serta yang paling penting kuah yang cukup untuk melengkapkan hidangan. Dengan hanya menggoreng telur dadar kosong, aku perlukan kicap bagi membasahkan nasi. Masalah dengan kicap pula, jika terlalu sedikit ia akan kering, jika terlalu banyak ia boleh membunuh rasa protein itu tadi.

Jadi, mak aku memperkenalkan kepada aku telur dadar separa masak,yang mana dimasak dengan api perlahan, telurnya akan separa mentah di bahagian tengah. Gabungan telur dan minyak goreng ini adalah begitu heaven ok. Jadi aku mula memasak telur dengan cara ini. Dan aku pindahkan terus telur goreng ke atas nasi dalam pinggan instead of letak di pinggan berasingan supaya telur cair ini tidak membazir dan boleh dijadikan kuah yang aku perlukan untuk nasi.

Di samping itu, ketika aku kecik-kecik kakak-kakak aku pernah mengajar aku untuk taruk dalam secamca sos cili ke dalam telur yang ingin dimasak supaya memiliki rasa yang lebih menarik. Jujurnya aku kurang gemar cara ini sebab ia terlalu memekatkan tekstur telur dan mudah hangus dalam kuali jika tidak diangkat cepat-cepat. Sebagai penggantinya aku akan tumbuk tiga ke lima ulas cili api sebagai pengganti sos cili itu tadi. Hasilnya, menarik. Cuma aku dapati hidangan ini sesuai dimakan ketika sejuk seperti tengah malam atau ketika sedang hujan. Kalau makan time tengah hari panas buta, dinding tekak aku akan rasa semacam gatal.

Jadi hari neh aku nak ajar cara-cara masak telur dadar yang agak inovatif dan berperisa sekiranya anda bermasalah nak makan bahan-bahan yang biasanya ada dalam telur dadar lain macam yang aku alami.

Baik. Dapatkan antara satu ke tiga biji telur, bergantung kepada jumlah nasi yang anda ingin makan serta ambil kira saiz telur itu sendiri kerana berdasarkan pengalaman aku yang suka beli telur gred paling rendah neh, ada masanya saiz telur yang anda dapat berbeza-beza ye.

Pecahkan ke dalam mangkuk. Masukkan secubit garam. Kacau perlahan. Aku lagi prefer pakai garfu daripada pemukul telur sebab aku taknak putih telur tu kembang sangat. Namun untuk mendapatkan kegebuan sisi telur goreng, biasanya aku akan taruk satu setengah sudu kecil mayonis. Pastikan ratio mayonis dan telur ini sesuai supaya kandungan telur ini tadi tak jadi terlalu berat. Kita mahukan gebu  yang berlemak, bukan berlemak yang gebu macam badan aku neh. Kena paham tu.

Pastikan anda tidak memasukkan mayonis secara seketul macam tu aje sebab apabila ia bercampur ngan telur, ia agak sukar untuk pecah maka anda perlu kacau secara berlebihan dan mungkin akan merosakkan tekstur telur itu tadi. The trick is, masukkan sedikit-sedikit dengan ditapis garpu yang anda gunakan untuk kacau telur tadi. Nak taruk sos cili, atau cili tumbuk, terpulanglah. Macam aku cakap tadi, kalau aku nak taruk aku akan tengok suhu bilik. Kalau pilih cili tumbuk, boleh tumbukkan sekali dengan sikit bawang putih tapi sila tanggung risikonya sebab rasa bawang putih tu boleh jadi empowering sikit ye.

Panaskan minyak di kuali dengan api low medium. Rumah aku pakai kuali mangkuk dan bukannya kuali leper jadi lebih mudah untuk aku mencapai jenis telur separa masak yang aku gemar tu sebab bahagian tengahnya lambat sikit nak masak dari bahagian tepi. Tuangkan telur yang dikacau tadi perlahan-lahan ke dalam kuali, dan selerakkan perlahan-perlahan ke bahagian tepi supaya anda dapat portion yang agak besar serta membantu untuk menggebukan bahagian tepi telur goreng anda. Tanpa membuang masa, ambil sekeping keju Cheesedale dan tarukkan di bahagian tengah telur yang sedikit mentah itu. Pelik kan tetiba aku mention keju? Haha. Cer jer try. Tak eksperimen tak tau. Aku tak penah makan keju hirisan macam Parmesan semua tu so keju keping neh pun kira ok laa. Boleh renjiskan sedikit lada sulah hitam ke atas keju jika mahu untuk memberi ia sikit perasa. Apabila keju dilihat mula berubah tekstur seakan-akan mahu cair, telur tadi boleh laa dilipat dua dan diangkat terus letak di atas nasi yang telah tersedia di atas pinggan. Boleh perhatikan telur yang relatively gebu itu mencair perlahan-lahan di atas nasi bersama-sama dengan keju. Nah, dah tak payah kuah! Nak taruk jugak kicap? Yelah, silakan.

Telur dadar menarik bagi aku sebab aku boleh buat macam-macam versi bergantung pada mood. Berbanding benda lain yang aku tau masak cumalah, sardin, ayam goreng, dan sambal ubi kentang bersama ikan bilis. Pusing-pusing pun itu je. Aku tak reti masak gulai, atau kari, atau ayam masak merah sekalipun. Inikan pulak kalau nak suruh buat asam pedas atau apa-apa lagi resepi yang kompleks.

Dan, memandangkan, aku cuma makan apa yang aku biasa makan, maka adalah penting untuk aku mengadun bahan-bahan yang diluluskan anak tekak aku itu dengan sebaik mungkin.

Heh. Setakat MasterChef tu pe barang. Keh keh.

27.6.12

AIR KALAU DALAM BAHASA INGGERIS MAKSUDNYA HANGIN

Hai. Saya kini bergelar seorang pemandu teksi.

Hari ini saya sedikit hangin. Kenapa? Selain dari sebab pendapatan yang agak kureeengg; well, biasa laa tu kekadang masyuk, kekadang balik modal je, kekadang rugi langsung. Juga hujan yang turun sebaik sahaja lepas saya basuh keter; ehh, hujan tu kan rahmat. Takpe, takpe, boleh lap balik. Mungkin jugak sebab ada bangla yang naik teksi saya dok pakai kasut kerja walaupun sikit punya hensem dengan kemeja; habis karpet alas kaki saya yang baru di vakum tu melekat dek tanah liat. Mungkin jugak sebab seluar kedua saya pun dah berlubang dek kena abu rokok; untuk makluman saya cuma ada dua pasang seluar kerja sahaja. Misekin, kan? Ataupun sebab dua kali siku saya tersadung meja; ini tangan adalah aset penting bagi seorang pemandu teksi tau. Ada kemungkinan jugak sebab saya tak cukup tidur semalam tapi awal-awal pagi tadi dah siap ada booking pulak, kena bangun awal; saya biasanya lebih pentingkan tidur dari kerja, bukan sebab malas, sebab isu keselamatan kan (kah kah, alasan) tapi sebab yang booking tu anak gades, haruslah anda paham kenapa saya rajin nak bangun pagi.

Baik, kesemua itu adalah adat resam kehidupan. Tidak kira apa saja profesion anda sekalipun, pasti ada masanya anda bertemu dengan hari-hari yang kurang menyenangkan. But life must go on, senyuman harus perlu sentiasa diukir kalaupun sekiranya mood dah hilang sama sekali.

Namun satu je yang aku susah sikit nak bertoleransi; kebangangan manusia yang tidak dapat diubati.

Hari neh aku dapat satu customer foreigner kat tepi jalan. Tak perlulah cerita bangsa apa or dari negeri mana. Itu bukan isunya. Isunya adalah mentaliti individu itu sendiri.

Untuk rekod, teksi saya adalah teksi yang menggunakan meter. Sebab kalau saya tak menggunakan meter, pastu pergi tulis pulak kat blog public neh, ada pulak insan berkenaan yang terbaca kang, sesaja je terkena. Keh keh.

Jadi, kisahnya, customer pun setuju pakai meter, saya pun setuju nak hantar, maka sampailah kami ke destinasi.



Saya : So, the total charge plus with the toll is bla bla bla…

Hamba Allah : What’s with the toll charge?

Saya : Because actually the passenger have to pay for the toll charge. (time neh dia dah start buat muka)

Hamba Allah : What’s up with that? I mean it’s part of your job right? Why you need to make the passenger paying for that?

Saya : You have to understand that the meter only calculate our journey distance, not with the extra expenses we have to pay. I mean if you wish to use the toll-free road, I will gladly bring you there but you still have to pay the extra kilometers which amounts to almost the same, plus it will take us longer time to arrive. (explain pelan-pelan nak bagi paham sambil senyum)

Hamba Allah : I understand that, but I don’t think it’s fair for the passenger. (ingat pakai meter tu sebenarnya fair ke untuk cost of living dengan modal pemandu teksi neh semua? Dengan saingannya lagi. Kitorang dok bertahan je jugak sama macam pekerja-pekerja sektor lain yang kais pagi makan pagi tau)

Saya : What can I say? I didn’t make the rules. (nak cepatkan masa nak tamatkan debat)

Hamba Allah : But this particular rule is what I don’t like about Malaysian cab. (aku paham kalo orang tak suka jenis pemandu teksi yang potong harga, bawak teksi macam orang gila, tak jaga kebersihan, atau memilih sesetengah tempat je baru nak hantar, tapi kalau nak pertikaikan pemandu yang actually charge by meter, aku rasa melampau laa tu kan)

Saya : I don’t like to pay for my food also, but I still need to eat, right?



Maka dia pun bayar dan blah.

The funny thing is, tol dia sebenarnya cuma 50 sen je. Dan meter dia pulak, hujung dia ada 70 sen. Aku cuma nak genapkan meter dia so aku tambah laa 30 sen dengan alasan untuk duit tol supaya customer tak perlu susah-susah nak sediakan syiling untuk aku. Dah siap dapat diskaun 20 sen lagi tu, nak berdebat macam laa kena ketuk 200 hengget.

Customer is always right, aku paham. Dan aku pun play by the rules. Segala karenah yang aku boleh layan, aku akan cuba jugak layan. Kalau setakat nak bawak luggage customer ke tingkat satu pun aku gagah lagi. Nak explanation panjang lebar walaupun english aku berterabur, aku buat-buat selamba je lagi. Customer takde duit kecik or tak cukup bajet, nak mintak diskaun, aku bertimbangrasa lagi. But, on my worst day, jangan laa nak expect aku nak bertoleransi dengan orang yang jenis tak paham bahasa neh kan. Haa…

Pastu mula laa tu nak bising kata pemandu teksi Malaysia biadap dan kurang ajar. Apeee pun tak boleh…

10.2.12

CHON CUE

Malam tadi aku melayan balik citer John Q. Kenapa? Entah. Rasa macam seronok pulak nak tengok balik apa-apa cerita yang melibatkan operasi prosedur kepolisan dalam menangani isu tebusan.

Really? Haha. Aku memang suka mereka cipta alasan bila aku tak dapat nak jelaskan atau justifikasikan setiap tindakan.

Denzel Washington adalah pelakon yang sangat baik. Tapi dia berkecenderungan untuk exaggerate dalam mempamerkan emosinya. Sama seperti Leonardo Di Caprio cuma Leonardo lebih kepada expressing emosi dia through words manakala si Denzel neh pulak lebih kepada body language. Bagi aku, yang perfect adalah Brad Pitt. Bagi saja apa-apa watak dan beliau boleh menterjemahkan ke skrin latar dengan baik. Tidak kira sama ada watak serius seperti dalam Babel ataupun watak sengal dalam Burn After Reading, Brad Pitt boleh berikan komitmen yang tinggi dalam mutu lakonannya.

Ehh, termengarut. Isu hari ini adalah filem John Q semata-mata. Filem yang mengisahkan mengenai seorang lelaki yang terasa terhimpit kerana kegawatan ekonomi namun sangat-sangat memerlukan pembedahan bagi anaknya yang memerlukan jantung baru. Walaupun dia confident dia ada insuran tetapi rupa-rupanya nasib malang dia datang bertimpa-timpa. Apa yang dia sanggup lakukan untuk anaknya?

Tengok laa sendiri. Lagipun neh cerita lama. Kat Astro pun mungkin ada banyak kali repeat kot. Entah. Wa pun dah lama takde movie package channels.

Yang aku nak petik hari ini adalah dialog scene-scene terakhir movie tersebut di mana ketika ini dia sedang cuba menenangkan anaknya yang sejurus akan menjalani pembedahan. Ini bukannya pesanan terakhir beliau kepada anaknya in the sense of saying goodbye, but cuma nak bagitau yang they're going to see each other sooner or later. So dia terasa macam terpanggil nak berikan pesanan ini in case apa-apa yang tak dijangka terjadi. :)

"You always listen to your mother. You understand? Do what she tells you to do. She's your best friend. You tell her you love her every day. You're too young for girls right now, but there's going to come a time. When it does, you treat them like princesses. 'Cause that's what they are. When you say you're going to do something, you do it. Because your word is your bond, son. It's all you have. And money. You make money if you get a chance, even if you got to sell out once in a while. Make as much money as you can. Don't be stupid like your father. Everything is so much easier with money, son. Don't smoke. Be kind to people. When somebody chooses you. You stand up. You be a man. You stay away from the bad things, son, please. Don't get caught up in the bad things. There's so many great things out there for you. I'll never leave you. I'm always with you. Right there. I love you, son. I'll see you later." - John Q, 2002.

Nice, bukan? :)

6.2.12

HARI INI 6 HARIBULAN YE!

Assalamualaikum, ehem. Nak bukak cerita pasal Cristiano Ronaldo tak hari neh? Takyah laa. Bukak cerita pasal aku terus laa senang. Nak sembunyi-sembunyi sangat pun buat apa kan. Semenjak aku tak bergelar artis neh pun populariti dah jatuh merudum. Mula lah dah tak dapat show bagai.

Semalam aku telah menjadi tua. Tua dalam erti kata dah cukup tua lah tu bagi aku. Sebelum neh aku masih tak anggap diri aku tua sangat. Masih lagi sedap dijamah-jamah. Tapi hari ni aku dah masuk ke zaman lemau. Kalau terlanggar sikit pun tulang bahu dah boleh patah.

Amboi imaginasi. Extreme sungguh.

Semalam dok congak-congak duit dalam wallet. Ada tak sampai RM100 cuma. Tapi manusia neh, kalo dah gatal, gatal laa jugak kan. Gatal sangat nak menggaru, lalu aku pun menghubungi mak dan kakak aku yang duduk berdekatan ajak dorang makan malam.

Aku bagi mereka 5 menu pilihan mandatori. Western (D’One Steak depan Tasik Cempaka), seafood (antara Red Wok atau Steamboat Antarabangsa), ayam penyet (Wong Solo), nasi beriyani (JM) ataupun masakan kampung ala Perak (Nu In Little Perak).

Semua restoran neh semua dekat-dekat je. Bandar Baru Bangi adalah heaven bagi tempat makanan ye. Antara ada bajet ngan takde bajet je.



*Di sini lah destinasi yang dipilih dan dituju walaupun pada memulanya akak aku dah macam bagi hint suruh singgah JM Beriyani.

Seb baik pilih menu neh. Aku suka kedai neh sebab menu dia walaupun tak banyak option, tapi selera dia kena ngan tekak aku yang amat memerlukan nasik berlauk untuk kenyang neh. Aku bukannya tak gemar seafood maupun western tapi setiap kali gagal nak mengenyangkan perut aku yang bersaiz gadang ini. Haruslah aku mencarik kedai yang value for money.

Ayam penyet dan beriyani pula berpotensi untuk membuatkan aku menggigil keseorangan lepas mintak bil. So, better safe than sorry. Keh keh. Kedekut punya mala’un.

Kat sini aku order Nasi Putih Sotong. Agak menyesal sebab aku tengok lam gambar sotong dia macam garing ngan rangup. Alih alih bila makan pulak rerupanya sotong dia macam dah kena rebus seminggu. Tapi dah namanya pun sotong kan?

Mak aku order Nasi Goreng Sambal Udang. Yang ini adalah terbaik dari kira rasa nasik dia yang lemak-lemak manis dengan udang dia yang cukup masak dan cukup rasa.

Encik Tuah Muliadi melayan Nasi Ayam sementara kakak aku berkongsi Nasi Goreng Nuin (sebenarnya nasi goreng biasa telur mata je) bersama dengan Cik Teja Myasara.

Compliment kepada desert yang mana aku dan Encik Tuah makan Roti Aiskrim dan kakak aku makan cendol. Sangat refreshing dok makan-makan sambil borak.

Air biasa-biasa je. Encik Tuah melayan Chocolate Milkshake dan aku pulak Milo Kampung yang mana aku rasa dia letak serbuk milo separuh gelas kot. Kick gila. Mak aku Teh O biasa sebab beliau takleh minum minuman sejuk atau berais disebabkan asma beliau.

Kelakarnya, bila masing-masing dah habis melantak baru terperasan lupa nak snap gambar. Nampak sangat aku masih green-green kuku dalam arena blogger neh kan? Ini kalau otai-otai blogger tau neh, mau aku kena ban terus dari singgah blog dorang. :|

Tapi takpe. Tak dapat koleksi banyak-banyak gambar pun insya-Allah aku akan tetap menghasilkan entri berjela juga kali ini. Entah, dah macam dah nazar pulak nak bercerita banyak.

Secara totalnya aku pun tak sure sesuai ke tidak kedai neh diberi nama Little Perak berdasarkan menu dan rasa yang ada. Masa first time aku melayan Popia Goreng Cheese kat sini ketika santai petang bersama Encik Faiz the mamat jambu dulu memang aku dah reserved kedai neh untuk dijadikan port berdating dengan sorang si gadis Perak neh. Biar si gadis Perak tu je yang menentukan level keperakan restoran neh. Aku cuma lebih sesuai menjadi juri menu masakan dari Pahang. :P

Haha, gila berangan tak hengat. Siap booking tempat dating bagai konon. Kih kih. Nak gi bunuh diri laa jap.

Kensel bunuh diri. Sebab aku lom kawen.

Baiklah. Ke isu seterusnya. Selaku manusia yang selayaknya sudah bergelar bapak kepada 3 orang anak macam aku neh, tak haruslah pulak aku meng-astro-on-demand-ing segala macam bentuk hadiah dan wishlist bagai kan? Tak sedar diri namanya itu. Sedangkan nak bagi hadiah kat orang pun aku dok berkira. Ada hati pulak.

Namun, itu tidak bermakna aku ini sepi dari menerima kunjungan hadiah dari mereka-mereka yang ringan tangan. Memandangkan aku bukan jenis yang menyatakan, “pada tarikh sekian-sekian ini, anda harus berikan hadiah sekian-sekian juga pada aku,” maka aku anggap setiap hadiah yang datang itu adalah hadiah birthday. Sebab kebanyakan benda yang aku dapat neh bukannya sebab aku ada masuk contest apa-apa pun. Tetiba ada orang nak bagi, aku hambek. :D

Mari kita listkan secara bergambar di bawah.


 

1. Ini adalah baju. Yang bersaiz XL ye. Ironinya sebab baju ini memaparkan mesej hentikan kebuluran sedangkan si pemakai baju ini jugalah tukang dok pelahap stok makanan yang ada dalam dunia. Lantak. Yang penting fabrik baju neh sangat sedap dipakai ala-ala cam jersi futsal walaupun terserlah kegadangan perut dah umpama macam sarung nangka. My love goes to Kak Kema!




2. Ini pula adalah duit. 25 ribu cuma. Dulu Encik Ijal pernah cakap kat aku nak hadiahkan aku dengan Galaxy Note. Aku cakap kat dia, dari dia bagi aku, baik dia belikan dulu untuk bini dia. Keh keh. Ini kalau bini dia baca neh mau aku kena kejar ngan kuali dari Klang sampai Pasir Putih neh. Okeh, gurau gurau. Dia bagi aku duit cash neh pun sebab dia kesian ngan aku yang dok ngadu kat dia bahawasanya aku dah gatal nak kawen. Dia beranggapan zaman sekarang neh kalau setakat ada 10 riban untuk kawen pun dah boleh buat kena gelak dengan masyarakat setempat. Entah, aku malas nak banyak bunyik. Orang bagi aku ambek. My love goes to Ijal pulak kali neh!




3. Ini adalah buku (bersama dengan beberapa keping poskad dari China). Ditulis oleh seorang sarjana sains politik. Aku suka ngan buku neh sebab dia banyak menggunakan hukum persepsi dan reference kepada spektrum sejarah politik negara sepanjang zaman. Dia juga memperkenalkan aku dengan konsep dialektika yang bagi aku lebih kurang sama macam teori Domino Effect atau Butterfly Effect cuma lebih menekankan pada kelangsungan negativiti. Dalam erti kata mudah, jahat dibalas jahat. Negativiti secara hukumnya akan membawa kepada negativiti yang lain tidak kira bagaimanapun kita cuba menampungnya dengan positif. Aku nak review lelebih aku tak berani sebab takut meleret-leret. Dari baca kemeleretan aku, baik korang habiskan masa membaca buku neh terus je senang. This time my love’s for Amir Bakar!




4. Ini adalah key chain. Dibeli di Langkawi. Disebabkan aku memang dah selalu pakai jersi Arsenal, dengan kepala belt Arsenal, dengan boxer Arsenal, aku rasa kalau aku pakai key chain Arsenal kelak dah macam batak laa pulak kan. Maka aku gantung je laa dalam kereta. Lagipun key chain neh mengerlip mengerlap laa pulak. Ada stardust bagai. Glem nokkk! Me love Acab!




5. Ini pulak hadiah dari kerajaan BN. What? Aku dok ngumpat-ngumpat BN kat blog neh makanya aku emang enggak patut dapat? Dah cukup syarat dah kira layak laa kan? Janganlah sampai begitu sekali sayangku. Ramai gak tak mengundi PR kat Selangor tapi tersenyum simpul je sorang-sorang bila tengok bil air kan? Orang memberi kita merasa, kita mengundi biarlah rahsia. :D Lovely Abang Botak!




6. Ini adalah barang 3 in 1. Kalau tengok betul-betul kat tengah tu, adalah sebentuk cincin. Kurang jelas sebab kaler cincin ngan kaler karpet umah aku sama seiya sekata. Dompet tu pulak adalah pemberian genap dua tahun lepas sebenarnya. Aku mati-mati ingatkan baru setahun tapi aku lupa yang besday aku tahun 2011 memang takde pape sebab aku tengah bermasalah mental masa tu. Dompet murah neh kalau pakai sampai dua tahun memang jadi lagu tuh. Aku pun selalunya tukar dompet setahun sekali. Tapi dompet yang neh? Aku pakai laa jugak sampai bocor kan. Keh keh. Jam tangan dan cincin tu pulak bukan pemberian sebenarnya, tapi lebih kepada legal hereditary gitu. Heheh. I miss my arwah abah!



So, yeah. Mungkin teori Encik Amir Bakar ada kebenarannya. Mungkin my inner introvert persona sedang bercambah dengan pesatnya. Entah, prinsip aku, selagi hidup, hiduplah. Kita takleh menentukan segala. Whatever happen, happen for a reason. Umur-umur neh semua sekadar satu angka, satu ukuran, untuk mengingatkan kita semakin menghampiri kematian. :)

30.1.12

MAK BUKANNYA RETIS NOKKK. MAK MEKAP RETIS JEE. AUWWW…

Tensen jugak aku rasa bila berfesyen rambut pendek neh. Ye, aku memang terbalik. Orang lain rimas rambut panjang, aku pulak rimas rambut pendek. Cuma seb baik aku tak berjalan pakai tangan kaki ke atas je neh.

Aku tensen ngan rambut pendek sebab rasanya macam baru je ari tu aku dok melayan belaian kemesraan amoi tembam si penggunting rambut kat Reko Sentral. Tetiba rasa macam dah panjang balik. Rambut... rambut yang panjang. Ish.

Nak ke aku simpan balik rambut panjang macam dolu-dolu? Oh, tidak makkk. Aku tak sanggup dikecewakan lagi. Aku tak sanggup bila aku sudah menjadi sehensem dan sejambu buaya tembaga, ada pula suara-suara sumbang yang sebegitu hasad dengki melontarkan arahan, “besok saya nak tengok kamu dah potong rambut.”

Babis. Bab nak perabihkan duit aku nombor satu. Time aku rambut afro siap ikat-ikat bagai takde sape pulak nak mengomel tanya kot-kot ada ladang ternakan kutu kat dalam tu ke apa. Itulah susahnya bila menjadi orang hensem. Tak dapat dipisahkan dengan si pendengki.

Even untuk simpan janggut sejemput panjang 12 inci pun aku tak berani dah skang. Sebab perasaannya amat dahsyat bila menge-shave permukaan kulit yang dah berbulan atau mungkin dah bertahun tak di-shave itu. Maklum lah, aku bukannya duta Gillete yang boleh nak mintak stok Mach 9 kuasa Turbo dengan cukuran bergaya tanpa iritasi sebanyak satu kotak.

Cukuplah. Dah banyak perkara yang aku pentingkan diri sendiri. Ada perkara-perkara yang aku perlu belajar korbankan. Lagipun, bulu lain aku tak diarahkan untuk potong pun kan. Apa tu bak kata omputeh? More cushin' for the pushin'? Keh keh. Memang nak kena simbah asid aku punya blog neh nampaknya.

Lain laa pulak kalau aku neh retis ke kan. Boleh gak simpan rambut apa stail sekalipun yang aku nak. Kalau ada pak direktar yang suruh aku botak pun, aku boleh demand extra fee sebanyak 18 riban cuma. Itu adalah bertimbang rasa.

Tapi aku bukan retis, walaupun rupa cam Aaron Aziz. Tetiba jadi pantun dua kerat ehh?

Biarlah. Biarlah aku tak bahagia dengan macam neh cuma. *ayat mintak simpati kot-kot boleh tercalon lam Anugerah Bintang Popular kategori Blogger Paling Disayangi*

To all my peminat, I love you too okeh. Muah muah!

28.1.12

TOP TEN

Ini namanya entri mencarik mati. Takpe. Aku memang gamble bukan? Jenis yang tak tau malu pula tu. Living on the edge, extremely, bak kata omputeh.

Belasah laa. Blog aku neh bukannya glemer mana pun. Asalkan aku tak feed kat facebook rasanya tak ramai yang sedar aku ada entri-entri seperti ini.

Baiklah, terus ke topik.


Top Ten Things That I Like About Her :-

1. Cun, atau bahasa modennya, cantik menarik tertarik kau memang the bomb! Well, aku kan laki yang keji, yang tak sedar diri pula tu. Ini bukannya kes “she’s beautiful because I’m attracted to her” tapi beliau memang dah ada ramai peminat dan mungkin juga stalker (keh keh) tersendiri. So untuk fakta yang ini, telahpun dibuktikan.

2. Independent.

3. Peramah yang amat. Boleh bukak topik berborak apa saja dan insya-Allah beliau akan melayan mana yang termampu.

4. Pandai menghormati orang. Bebudak pompuan zaman sekarang dah ramai yang bersifat ingrateful bitches, overzealous dan mudah perasan yang amat pula tu. Pantang nak dibawak gurau sikit, tetiba terus keluar statement kat facebook ala-ala nak berjihad fisabillilah.Wahahaha… Kalau bahasa penuh sopan takpe laa jugak.

5. Memiliki effort dan komitmen yang tinggi dalam cuba menjayakan sesuatu perkara.

6. Walaupun aku single dan aku ada ramai kawan rapat serta selalu beraktiviti jimba-jimba, hakikatnya at a certain point and time, manusia seperti aku akan berasa lonely. Terutama bila nak berbicara soal-soal yang agak menjanggalkan untuk dikongsikan bersama handai taulan. Aku dapat rasakan, dia pun begitu jugak. Mungkin cuma tidak terlalu gedik cam aku je.

7. Memetik kata-kata Optimus Prime, she’s “more than meets the eye”.

8. Nampak manja dan comel.

9. Tak kedekut secara praktikal.

10. Agak lurus dan innocent yang kelihatan sangat sweet.


‘Her’ di sini adalah salah seorang acquaintance aku. Bukannya awek, bukannya tunang, bukannya adik angkat (haha?!) atau sebagainya. Jadi silalah hentikan gossip-gossip tidak masuk akalmu itu di sekitar Impian Maju okeh. Jatuh saham aku satgi. Kah kah!

Ini cuma satu bentuk observation aku terhadap seorang wanita. Takde nak diselitkan pengharapan ke apa ke sebab ada sorang pakar falsafah hari tu dah mengeluarkan press conference mengatakan pengharapan adalah akar kepada segala kekecewaan. :P

Baiklah, ke topik seterusnya.


Top Ten Things That She Might Not Like About Me :-

1. Seriously? Are you effing kidding me? Ingat cukup 10 senarai je ke? Muahahaha…



Entah. Aku pun tatau apa sebenarnya motif aku membebel neh. Sila ignore. Keep jalan-jalan please, there’s nothing to see here (lagak prebet polis menghalau orang ramai dari crime scene). Kah kah!

16.1.12

KES KLOS'D

Aku mempunyai alasan tersendiri kenapa aku lebih bahagia jika melihat orang lain bahagia. :)

Kes ditutup. Tanak jiwa dikacau-kacau lagi dah. Selama neh bukannya aku tak happy pun kan? Apa lagi yang aku nak mintak? Hidup tak boleh tamak. Enjoy the little things around us.

Kembali kepada target asal iaitu aku nak bernikah pada tahun 2020 ketika di usia 35 nanti. Kah kah! Okeh, kidding. Benda-benda neh takleh di-target sangat dan sebagainya sebab ia adalah ketentuan Allah. Kot-kot ajal aku besok, aku kena terima Qada' dan Qadar-Nya mati bujang trang tang tang. =))

Selalu aku bagi nasihat kat orang, "sesungguhnya hanya kerana demi masa, kita semua dalam kerugian," tapi bagi aku yang lebih penting adalah kebahagiaan hakiki. Kita kena sedar diri, sedar akan masa yang berjalan di sekeliling kita, sedar akan tujuan kenapa kita di sini. Insya-Allah, jika pegangan kita kuat, segalanya akan berjalan dalam arus gejolak yang selesa.

Lagipun, yang paling utama dalam hidup aku sekarang neh adalah mak. Lain-lain, tak ada pun takpe. Kalau ada, lebih bahagia. :D

Cuma, aku pun tau yang aku tak boleh mintak lebih-lebih. Sebab kekurangan aku pun panjang berjela. Keh keh.

Akhir kata, hidup bukan sekadar untuk hidup. Hidup perlu ada makna. Peace yo!!!

6.1.12

SAYA DAH RENEW ROADTAX, ANDA BILA LAGI?

"Eh, abang kacak neh, kereta abang kacak masih lagi di bawah finance kami tau bang. So abang kacak boleh je renew insurans abang dengan kami hokeh. Abang kacak renew kat sini je laa ye? Tak perlu nak bawak polisi abang pergi pejabat pos bagai." ujar gadis tersebut sambil membuat senyuman menggoda.

Aku rasa macam nak je lompat kaunter Ambank neh pastu cium pipi ahkak itu yang agak-agak tembam jugak sifatnya.

Aku panggil dia ahkak sebab aku dah familiar dengan beliau semenjak aku renew roadtax zaman aku sweet 20 dulu lagi. Aku tak salahkan dia sebab panggil aku abang memandangkan tak masuk akal dia nak hafal no IC setiap regular customer dia kan.

Cuma lepas aku isi form barulah dia pandang aku atas bawah lepas dia tau yang aku baru berusia 18 tahun sebenarnya. Lalu dia pun mengenyit mata penuh manja.

Mujur juga aku neh kuat iman orangnya.

Kah kah kah!

Aku tak salahkan amoi semalam yang menyuruh aku pergi pejabat pos. Dan aku juga tak salahkan awek kat pejabat pos yang menyuruh aku ke JPJ untuk ganti geran. Aku juga tak salahkan mana-mana pihak yang mengatakan aku perlu sediakan lampiran polisi insurans yang lama untuk rujukan renewal.

Itu adalah prosedurnya. Itu adalah birokrasi. Dan mereka ada sistem kerja. Mereka ada bos yang mahukan laporan andaikata ada certain-certain proses yang meragukan.

Cuma, yang aku mintak pada petugas-petugas kaunter ini semua, tak kira lah apa line kerja anda sekalipun - jadi petugas kaunter agensi kerajaan ke, kaunter bank swasta ke, atau toll gate girl sekalipun - rajin-rajinkan lah beri senyuman dan assist pelanggan mana yang patut. Hanya kerana kami tidak semestinya membayar sebarang caj kepada kamu, tidak bermakna anda boleh me”lantak ko lah”kan golongan kami-kami ini.

Dalam kes semalam, walaupun amoi kat Ambank tu (mungkin dia kurang familiar dengan prosedur) enggan menerima permohonan renewal aku, tapi aku menghargai sifat beliau yang rajin tersenyum sambil memberikan idea dan cara untuk aku menyetelkan masalah aku sendiri. Berbanding setengah pihak yang hanya mahu bersifat lepas tangan sahaja.

Tidak, kamu tidak perlu memakai perfume yang berharga RM210, kamu tidak perlu berambut rebonding atau memakai kebaya lip-lap. Hanya senyuman saja sudah cukup.

Aku akui kita semua perlu belajar menyetelkan masalah sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang. Tapi bukankah lebih manis jika kita membuat effort untuk saling membantu antara satu sama lain?

:)

By the way aku belum sempat membuat entri dedicated untuk Encik Amir Bakar dan Kak Akmar Bidin. Rasanya it’s all about timing kot. Nanti-nantilah. :P

22.11.10

SUSUN SELIPAR

Tengah hari tadi, Encik Ijal ada mem-feed-kan video budak kena libas dengan rotan sebab ponteng sekolah kat facebook beliau. Aku terus terkenang betapa ngerinya aku masa kecik dulu setiap kali ternampak mak aku menggenggam penyangkut baju dawai besi kat rumah. Itu tandanya ada laa yang nak kena sebat tuh.

Zaman sekarang penyangkut baju plastik lebih disukai ramai. Tapi kalau digunakan untuk melibas, tak lut dek budak-budak. Sempat pecah berkecai dulu penyangkut tu nanti. Zaman aku dulu, seringkali jugak aku dengan kakak-kakak aku buat dek je bila dengar mak aku terpekik dari dapur suruh buat itu dan ini. Biasanya kitorang ‘sibuk’ dengan menonton TV atau buat hal masing-masing. Tapi automatiknya bila mak aku muncul kat ruang tamu dengan penyangkut baju di tangan, tiba-tiba semua bersepah lari tak cukup tanah. Ada yang masuk bilik kunci pintu laa apa laa. Aku pernah cabut keluar rumah (masa tu aku duduk apartment kuarters kat tingkat 3) sambil melompat 4-5 anak tangga sekaligus untuk ke tingkat bawah.

Sejurus membuatkan aku terkenang pula aktiviti permainan budak-budak taman kami waktu petang sebelum maghrib. Aku tak berapa ingat nama game tu tapi kalo tak silap aku Susun Selipar. Tapi mungkin jugak antara kami memanggil ia sebagai Cop Bola. Ia agak mudah, tidak terlalu terikat sangat dengan peraturan bagai-bagai, bertenaga dan memerah keringat, penuh dengan aksi-aski stunt takleh blah dan acara berpasukan. Maka ia dijamin meriah!

Permainannya mudah, melibatkan dua pasukan – tak kira laa berapa ramai pun, berbelas-belas orang setiap pasukan lagi best – yang boleh kita beri nama sebagai Team Susun dengan Team Kejar (istilah aku reka sendiri. :P). Bahan-bahan yang diperlukan adalah dua pasang selipar jepun atau apa-apa saja selipar yang bersesuaian asalkan bukan Crocs (damn you Crocs!) dan sebiji bola tenis. 3 biji, err… 3 buah selipar akan disusun dalam bentuk ala piramid asalkan tegak berdiri dan sebelah lagi selipar yang tinggal akan dilemparkan seakan boomerang untuk menjatuhkan struktur selipar tadi. Team Susun akan melempar sementara Team Kejar akan standby belakang selipar dengan bola tenis digenggam di tangan. Sebaik sahaja selipar dijatuhkan, permainan penuh aksi akan bermula.

Biasanya tukang melempar terdedah dengan risiko awal untuk dicop kerana beliau paling hampir dengan bola. Namun sekiranya ahli Team Kejar tak dapat sasaran yang terdekat, mereka boleh saling pass bola untuk cop seberapa ramai orang untuk mematikan mereka. Ahli-ahli Team Susun yang berjaya mengelak bola boleh menyusun strategi untuk kembali ke tapak susun selipar. Jika selipar sempat disusun semula dalam keadaan tegak maka mereka menang. Jika Team Kejar dapat mengecop kesemua ahli Team Susun pula, Team Kejar akan menang. Pemenang boleh memilih untuk menukar peranan pasukan tapi kebiasaannya semua orang nak jadi Team Kejar sebab dapat melompat-lompat sambil merejam bola sesuka hati.

Tapi sebab zaman neh aku agak kecik lagi untuk main bersama kakak-kakak aku dan geng mereka (beza aku dengan dorang 5 tahun) jadi selalunya aku jadi ‘pelampung’ je. Bestnya jadi pelampung neh sebab aku takde berpihak mana-mana team. Asal dapat bola je aku boleh cop sesapa yang aku suka. Muahahaha. Manja sungguh aku. Bukan takat manja kat rumah je, kat padang permainan pun terbawak-bawak sama.

Adegan paling seronok bila buat aksi stunt melompat longkang sambil merejam. Kalau boleh buat aksi slow motion waktu tu alangkah gempaknya. Dan saat paling mendebarkan bila Team Susun menyangkakan mereka terselamat takde sapa perasan dorang tengah susun selipar, tiba-tiba kena debik dari jarak dekat arah belakang. Sungguh menghampehkan sekali perasaan itu.

Selain permainan itu rasanya kami ada main permainan lain macam ‘Pukul Berapa Datuk Harimau?’ tapi aku ingat-ingat lupa laa. Rule permainan pun banyak yang aku dah lupa.

Kalau dah takde benda lain nak buat, main masak-masak je dah laa. Mula-mula berlakon tidur, pastu ada sorang buat bunyi ayam berkokok – bangun pagi. Pastu jalan-jalan keliling taman kutip daun dengan ranting kayu. Bawak balik ‘rumah’ untuk dibuat masakan tengahhari. Bila aku pikir-pikir balik, rasa macam nak ketuk dahi sendiri je – macamlah dah takde permainan lain boleh main. Wakakaka.

Aku tak ingat aku pernah main kawen-kawen ke tak sebab aku takleh bayang aksi permainan aku tu. Keh keh. :P

Lepas artikel neh siap ditulis, tangan aku menggatal laa search istliah Susun Selipar kat gugel, sekali hambek ko nah – siap ada website lagi list-list permainan budak-budak yang korang boleh check balik.

Permainan Tradisi

Game no 19 – Lawan Bola merupakan game faveret zaman aku sekolah rendah masa aku tinggal kat Pahang. Hehe.