“Zaman dah berubah, dunia dah maju…”
Ehem ehem. Tajuk berbangkit di atas amat sesuai apabila anda menyaksikan sendiri petikan blog ini.
Aku tengah gila menonton Nur Kasih kat TV3 tu. Dalam scene ketika Katrina (Sharifah Sofea) dan Adam (Remy Ishak) dalam perjalanan pulang ke kampung; Adam ada bagi tudung kat Katrina sambil suruh dia pakai depan mak dia nanti. Dan Katrina menolak permintaan itu dengan menjawab “Eh, I bukannya hipokrit nak pakai tudung-tudung neh. It’s not my thing laa…”
Aku tergelak kecil menonton adegan tersebut sebab baru beberapa hari sebelum tu aku ada membaca suratkhabar ruangan hiburan yang membuat close-up mengenai pelakon Nur Kasih jugak iaitu Tiz Zaqyah Razak (yang membawa watak Nur Amina tu).
Dalam wawancara tu, wartawan ada bertanya perihal mengenai dirinya yang tidak memakai tudung di luar sedangkan kedua-dua watak beliau dalam Nur Kasih dan Impian Sunsilk masing-masing manis memakai tudung.
Jawapan beliau mudah; dan seperti sudah boleh diagak: “Saya bukan hipokrit.”
Aku gelak je sebab aku tau aku tak boleh komen atau nasihat lelebih kerana aku bukan orang yang paling sesuai untuk berbicara mengenainya.
Tapi ketika melepak bersama beberapa member aku (termasuk perempuan) ada juga aku timbulkan isu ini sekadar untuk bergelak ceria. Respon yang aku terima adalah di antaranya begini:
“Bagi aku memang betul pun. Contohnya ko tengok *** tu (salah sorang member kitorang). Berlakon je macam orang baik. Tapi jumpa member bukan nak bagi salam ke apa ke. Memanjang nak menyombong je aku tengok…”
Erk, hipokrit macam manakah yang didefinisikan ini? Adakah bermaksud berlakon alim atau belum sedia memakai tudung? Bagi aku kedua-dua perkara ini agak kontra. Kerana kalau takut hipokrit memakai tudung sedangkan belum sedia memakai tudung, yakni orang tersebut sedang memikirkan kewajaran untuk memakai tudung. Which is a good thing. Tapi kalau takut hipokrit memakai tudung kerana takut nampak alim, bermakna orang tu telah menolak agama. Sebab agama bukan suruh memakai tudung supaya nampak alim. Ada banyak hujah lain yang merelevankan pemakaian tudung selain anggapan kita yang cetek akal ini menyangka ‘tudung = alim’.
Kerana itu kalau ada yang cakap “belum ready”, aku rasa alasan ini boleh diterima sebab ia merupakan satu step, bukannya satu absolution. Even kalau ada yang sanggup pakai tudung demi fesyen pun, aku masih tak kisah asalkan tutup semua urat rambut dan bukannya meniru gaya Datuk Siti Nurhaliza atau Datuk Seri Shahrizat Jalil selaku ‘Ratu Fesyen Tak Bertempat.’
Tapi kalau kata “aku tanak pakai tudung sebab aku tanak berlakon alim”, macam mana tu?
Adakah wajar gaya pemakaian dijadikan mangsa semata-mata kerana ada di antara si pemakai busana muslimah ini membuat ‘caker’?
31.8.09
HIPOKRIT
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Monday, August 31, 2009 5 KoMen
24.8.09
PENYAKIT ‘M = MASALAH’
Aku ada penyakit M = Malas nak mampos!
Aku ada penyakit M = Mental tak hengat!
Aku ada penyakit M = Melatah tak tentu pasal (selalu nervous tanpa sebab = Parkinson?)
Aku ada penyakit M = Membuta tak kena masa (berjaga 20 jam, tido 12 jam berikutnya)
Aku ada penyakit M = Memandai nak berlagak pandai walhal memang sedar yang diri sendiri tu bodoh sombong.
Aku ada penyakit M = Mencari masalah baru bila masalah yang ada dah setel (kadang-kadang tak sempat setel pun dah start usya masalah baru yang lebih mencabar jiwa)
Aku ada penyakit M = Muka dan perangai sama-sama tak hensem!
Aku nak penyakit M = Mula belajar berdikari (“Baru sekarang nak start ke Jai?”)
Aku nak penyakit M = Mesti bertambah rajin cari fulus bayar hutang!
Aku nak penyakit M = Maju dan jaya supaya boleh bongkak dan takbur di kemudian hari.
Aku nak penyakit M = Meng’hipnosis’kan diri untuk tidur dan bangun pagi sepertimana manusia-manusia normal yang lain.
Aku nak penyakit M = Merubah diri sendiri dahulu sebelum berlagak cuba merubah orang lain.
Aku nak penyakit M = Memperisterikan anak billionair (perlu ‘maintain’ sifat keji dalam diri)
Aku nak penyakit M = Menghargai NYAWA sendiri bila berhadapan satu-satu masalah.
Tapi, aku takut akhirnya aku akan terkena penyakit M = Mati Akal!
Dan penyakit M = Masih terpinga-pinga mencari landasan kehidupan.
Serta penyakit M = Mudah menyerah kalah.
Termasuk penyakit M = Mengharapkan terjumpa cara untuk LARI dari masalah.
Dan juga penyakit M = Menyusahkan pihak-pihak yang tak sepatutnya disusahkan.
Tidak lupa pada penyakit M = Merempat seorang diri tanpa haluan setelah orang-orang yang pernah mengambil peduli satu ketika dulu sudah tinggal pergi.
Yang mana akhirnya akan membawa aku ke penyakit M = Meninggalkan dunia tanpa sebarang legasi yang membawa makna ‘gagal dalam tugas selaku khalifah yang telah diamanahkan’.
Episod kedua : Aku = emo? Aku = raja ‘tacing’? Aku = suka ‘buat muka’?
a) Seorang yang memiliki emosionaliti menandakan beliau ada perasaan. Dan perasaan itu hanya wujud pada manusia. Jadi ‘Aku + Emo = Berperikemanusiaan’
b) Semua orang ada masalah. Tetapi tak perlu untuk kita compete siapa yang memiliki raja segala masalah untuk bergelar ‘raja tacing’. Ini kerana beban masalah mungkin tak banyak beza, tapi kemampuan mental setiap individu untuk meng’counter-strike’ masalah mereka yang akan menentukan tahap ke’tacing’an seseorang. Sebagai contoh kalau ada dua orang mengangkat dua kampit beras 10 kilo; yang seorang mungkin rilek tak keluar peluh siap sempat hisap rokok lagi, tapi yang seorang lagi mungkin berdiri terhoyong-hayang atau patah tulang bahunya. Jadi kalau kita nak menyatakan equation seperti berikut; ‘Aku + Penyakit Mental = Raja Tacing’, maka aku 100% bersetuju dengan pendapat itu.
c) Kenapa perlunya untuk aku mempamerkan senyum plastik tatkala aku merasakan tidak mahu berbuat begitu? Aku tau laa aku dilahirkan dengan muka begini tapi tak perlu laa korang nak suruh aku buat pembedahan plastik supaya korang rasa senang hati setiap kali bila terpaksa mengadap muka aku ni. Sila fahami hukum alam ini: senyum = gembira, tak senyum = tak gembira. Nak tengok aku tersenyum memanjang? Sila laa buat aku gembira setiap masa!
“Mmmmmmm… its not always good!”
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Monday, August 24, 2009 3 KoMen
13.8.09
AL-FATIHAH
“Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...”
Begitulah petikan header yang terdapat dalam blog Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan Rabbani. Beliau disifatkan sebagai pejuang dakwah dalam arena kontemporari yang tidak takut untuk mencuba pelbagai cara alternatif bagi mendekati jiwa orang muda seperti aku yang selalu dibisikkan dengan agenda syaitan agar “perlekehkanlah semua nasihat-nasihat itu!”
Pada jam 11 pagi tadi, Ustaz Asri meninggal dunia akibat sakit jantung pada usia 40 tahun. Sebelum itu, beliau yang sedang menjalani penggambaran di RTM telah mengadu sakit dan seterusnya pengsan sebelum dibawa ke Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Shah Alam Maghrib tadi. Malam ni pun malam Jumaat. Sangatlah berkatnya mengikut kata mak aku. Hanya lebih kurang seminggu lepas nisfu Syaaban pulak tu.
Aku peminat Rabbani? Sebenarnya aku lebih meminati Raihan ketika zaman kegemilangan mereka dengan Nazri dulu. Pelopor dunia nasyid kontemporari Malaysia; sememangnya aku yang tak pernah suka nak dengar nasyid di RTM waktu tengahhari, secara tetiba membuka mata dan telinga terhadap genre lagu ini.
Alkisahnya aku terdengar pulak lagu Pergi Tak Kembali dari Rabbani yang muncul tak berapa lama lepas tu. Baru aku tau hasil lagu dakwah apabila dikolaborasikan dengan mereka yang pakar dalam bidang muzik seperti KRU, amat berjaya mendekati jiwa para muda mudi. Sekurang-kurangnya lagu mereka tidak terlalu keduniaan seperti kebanyakan lagu nasyid berorientasikan cinta sesama manusia dari kumpulan-kumpulan yang lain yang muncul seperti cendawan lepas hujan ketika itu.
Dan aku memang kagum dengan suara Allahyarham. Salah satu kenangannya apabila aku mendengar suara beliau mendendangkan takbir raya setahun lepas. Cukup syahdu dan tenang untuk aku dengari.
Dan satu lagi perkara yang paling aku terasa; ketika aku join member-member aku berkaraoke, aku cuma pernah nyanyi satu je lagu nasyid. Iaitu lagu Apa Yang Kau Tahu. Masa tu aku tak peduli apa member-member aku nak cakap. Yang penting aku nak try nyanyi jugak. Kitorang jugak pernah cuba nyanyi lagu Mentari Merah di Ufuk Timur versi yang menampilkan Ustaz Asri ni, tapi suara masing-masing tak sampai nak follow macam Amy mahupun Allahyarham.
Al-Fatihah buat beliau dan takziah buat keluarga beliau. Kita telah kehilangan seorang pendakwah kreatif yang tidak jemu untuk berseni. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
“Jai, yang ko kecoh nak buat entri tribute neh apesal? Maikel Jeksen ngan Yasmin Ahmad meninggal ari tu takde pulak ko nak buat entri khas untuk diorang. Buletin Utama TV3 pun setakat siarkan berita lebih kurang satu minit je. Yang ko lebih-lebih ni nape?”
“LU PIKIRRR LAA SENDIRI!!”
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Thursday, August 13, 2009 1 KoMen
Label: Pena Dari Meja Pujangga
11.8.09
TIDUR

Nama saya Cristiano Ronaldo dan saya menggunakan “Clear For Men”. (Takde motif)
Sebenarnya neh cubaan aku untuk membuat entri pendek ala-ala twittering sekali sekala.
Boleh ke? Entah. Yang penting aku takkan cerita asal-usul syampu Clear tu kat sini, oke!
Korang penah tido? Mesti laa penah kan?
Satu soklan; macam mana korang tido?
a) Menelentang
b) Mengiring
c) Meniarap
Dikhabarkan bahawa junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W tidur mengiring. Itu laa yang paling afdalnya mengikut fakta-fakta yang diperolehi dari blog ini.
Tapi aku neh kan degil. Suka nak buat benda ikut kepala aku je.
Aku cuba untuk tidur menelentang. Tapi disebabkan cahaya dari lampu jalan (atau sekitar) membuatkan aku sukar lelap. Lalu aku meletakkan lengan ke atas dahi (sila bayangkan sendiri. Aku try gugel gambar dok carik contoh tak jumpa-jumpa, muahahaha), maka ketika ini mula laa muncul masalah-masalah lampau satu demi satu dalam kepala otak aku. Haih~ lagi laa susah nak tidurnya.
Lalu aku berbaring mengiring pula. Tapi melihatkan takder orang sebelah aku teman aku tidur, lagi laa terasa tak boleh nak tidurnya (muahaha, gatal nak menikah dah neh). Haih~
Akhirnya aku meniarap. Bila meniarap, aku boleh berangan apa saja yang aku nak sambil mata ditutup ke bantal. Sehingga akhirnya dah masuk ke alam mimpi pun aku boleh tak perasan. Syok woo…
Tapi tidup meniarap neh ditegah agama, mengikut petikan blog ini pula.
Aku akui, memang ada kebenarannya tidur meniarap neh sukar nak bernafas dan memang ada kemungkinan terdapat syaitan wanita di tempat kita berbaring meniarap. Macam mana aku leh tau? Aku tau laa…
Habis tu macam mana aku nak tidur neh?
~Nak baring mengiring neh, takde sape-sape sudi nak temankan ke?~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Tuesday, August 11, 2009 5 KoMen
Label: Interpretasi Umum, Islam Agamaku Selamanya, Pena Dari Meja Pujangga
7.8.09
TAK BOLEH DIBUAT BOYPREN (KEJE ORANG GILE)
“Biar betul. Ko neh buang tebiat ke apa Jai?” Betul ke aku neh?
“Betul laa…” sambungku perlahan.
“Apsal ko cakap macam tu? Aku tengok ko neh bukannya tak hensem pun (ehem ehem). Sebab takde duit ke? Sebab ayat tak cukup power?” ujarnya pula.
“Ish, duit boleh dicari, ayat boleh dituntut. Bukan laa… Perangai aku neh haa…” kataku lembut, menunduk ke arah kolam renang di tingkat bawah sana.
“Apasal ngan perangai ko pulak? Keji sangat ke? Busuk hati?” soal beliau lagi
“Lebih kurang laa. Aku selalu mungkir janji dan mengecewakan hati mereka-mereka yang tak sepatutnya,” kataku lagi dalam nada jujur sejujur-jujurnya.
“Dah tau salah sendiri, berubah laa. Ko nak tunggu pe lagi? Ko tu bukannya makin muda.” Betul gak tu kan?
“Aku try laa. Tapi benda neh berlaku bukan disengajakan. At least itu laa yang aku agak pon. Kalo dah nak jadi tu, die jadi gak,” senang je aku menjawab.
“Ko tak penah dengar istilah ‘berfikir sebelum berbuat’ ke Jai?” Perli nampak?
“Ish, sebab aku dok berfikir lam kepala otak laa, kadang-kadang aku main terlepas cakap kat mulut sampaikan ada yang terasa,” mungkin…?
“Ko terlalu banyak sangat berfikir neh kot Jai.” Pulak dah!
“Fikir salah, tak fikir salah. Abeh apa aku patut buat?” Apa? Apa? Bagitau aku meh.
“Maknanya ko belum cukup matang laa tu. Ko belum ready untuk menjadi ‘orang’.” Erk?
“Maknanya betul laa aku takleh dibuat boyfren biarpun aku neh sebenarnya berhati suci lagi baik hati?” Ye ke?
“Erk… Gi ‘mam’ laa ko!” perasan tol laa aku neh…
Ada yang tanya “Ko ada masalah ke Jai? Aku tengok ko neh macam ada masalah je…” Erk, bila pulak aku ada masalah? Aku okey je. Rilek je tade apa pon.
Apa, korang ingat luahan hati jejaka perasan yang dicoretkan kat atas tadi tu satu MASALAH ke? Teringat petikan kata pujangga, ‘masalah takkan menjadi masalah melainkan kita anggap ia sebagai satu masalah’.
Aku mana ada masalah (keh keh), siap boleh berperangai keji lagi nak mengenakan orang.
“Pekena macam mana tu Jai?” Err, bising tol laa suara neh!
Dalam entri aku yang lepas, aku ada menyatakan tentang Operasi Pembalingan Telur. Ya, operasi tersebut diteruskan melibatkan tiga nama yang mendapat pencalonan awal.
Berikut adalah nama serta sebab musabab yang mengharuskan kami berbuat demikian.
Mohd. Norris – budak neh dah nak pegi further study kat Ireland pertengahan bulan neh, maka memang tak sempat nak tunggu birthday dia untuk menjalankan upacara terbabit.
Fikri Shaari – pon further study gak dekat Perak. Maka atas alasan yang sama beliau perlu dijadikan mangsa.
Mohd. Ashraff – Birthday boy! Muahahaha… Dah macam artis/model majalah Mangga lak mamat neh.
Misi dimulakan dengan perancangan untuk pergi bercuti sebagai ‘cover-up’ konon-konon ‘farewell’ laa untuk si mamat Norris neh.
Ilham Resort di Port Dickson menjadi pilihan. Cuma disebabkan sedikit masalah teknikal dan logistik, aku dan beberapa individu lain terpaksa bertolak lambat sikit ke sana. Biasa laa aku neh kalo dah berjanji konpem ada je masalah walhal bukan masalah pun sebenarnya (sila rujuk petikan dialog di atas).
Berikut adalah rentetan aturcara majlis yang telah berlangsung
*Upacara mandi manda sambil telan air masin. Masa neh aku still kat rumah lagi.
*Ehem ehem, sapa punya keje laa gamaknye neh? Suka suki je nak tangkap gambar orang nak tangkap gambar.
*Layan feeling sorang-sorang.
*Baru nak bertolak dari Shah Alam.
*Belum sempat kitorang gerak, dorang dah dulu melantak.
*Baru sampai. Lepak-lepak lu menunggu timing bersesuaian (nak buat kerja jahat neh weih!).
*Tengah pikir “Sapa yang patut kene dulu ekk?”
*Ooo, suka – gembira – ceria ko yek? Tunggu laa satgi ko jadi mangsa pertama.
*Haa, kan dah kena…
*Acara lari-lari bermula…
*Pergh… Giler keji punya niat.
*Ketebabom!
*Dah macam scene dalam Transformer 2 pulak kan…
*No one could escape…
*Hish, kejadahnye nak main cium-cium lak neh?
*Err, neh bukan cium lagi dah…
*Sehingga ke titisan darah yang terakhir
*Belum habis rupanya…
*Boleh baca tak kat bungkusan tu? Biar saya ejakan. K.U.A.H. Ye, kami memang kijam!
*Hempukan paling dahsyat. Wargh kah kah kah kah!
*Survivor…
*”Sape pekena sape sebenarnye neh?!”
*Takleh bagi can langsung…
*Mesyuarat post-mortem membincangkan isu ‘kenapa tiada korban jiwa dilaporkan’.
*Keletihan?
*Bincang kejadah, dah nak balik dah weih…
*Baghal dah takde keje lain, muahahaha…
*Kenapa aku sorang je yang serius neh?
*Kemas-kemas laa apa yang patut ye…
*Menumpang mat rempit PD (dorang je yang belum tido time-time camneh)
*Bangla yang baru tiba di pelabuhan tongkang Port Dickson “Baru kaa, lama kaa?”
*Amri – Andhar
*Syariz – Fiza
*Ijal – Syarah (Err, dia neh bukan ke Presiden Kelab Sepi?)
*Bye you’ols…
*Pagi esoknya. Aku dah siap terbungkang kat umah laa korang weih!
Al-Kisah kebudak-budakan ini ‘rasa’nya akan berterusan kot… Hmm…
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Friday, August 07, 2009 4 KoMen
