13.8.09

AL-FATIHAH

“Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...”



Begitulah petikan header yang terdapat dalam blog Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan Rabbani. Beliau disifatkan sebagai pejuang dakwah dalam arena kontemporari yang tidak takut untuk mencuba pelbagai cara alternatif bagi mendekati jiwa orang muda seperti aku yang selalu dibisikkan dengan agenda syaitan agar “perlekehkanlah semua nasihat-nasihat itu!”

Pada jam 11 pagi tadi, Ustaz Asri meninggal dunia akibat sakit jantung pada usia 40 tahun. Sebelum itu, beliau yang sedang menjalani penggambaran di RTM telah mengadu sakit dan seterusnya pengsan sebelum dibawa ke Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Shah Alam Maghrib tadi. Malam ni pun malam Jumaat. Sangatlah berkatnya mengikut kata mak aku. Hanya lebih kurang seminggu lepas nisfu Syaaban pulak tu.

Aku peminat Rabbani? Sebenarnya aku lebih meminati Raihan ketika zaman kegemilangan mereka dengan Nazri dulu. Pelopor dunia nasyid kontemporari Malaysia; sememangnya aku yang tak pernah suka nak dengar nasyid di RTM waktu tengahhari, secara tetiba membuka mata dan telinga terhadap genre lagu ini.

Alkisahnya aku terdengar pulak lagu Pergi Tak Kembali dari Rabbani yang muncul tak berapa lama lepas tu. Baru aku tau hasil lagu dakwah apabila dikolaborasikan dengan mereka yang pakar dalam bidang muzik seperti KRU, amat berjaya mendekati jiwa para muda mudi. Sekurang-kurangnya lagu mereka tidak terlalu keduniaan seperti kebanyakan lagu nasyid berorientasikan cinta sesama manusia dari kumpulan-kumpulan yang lain yang muncul seperti cendawan lepas hujan ketika itu.

Dan aku memang kagum dengan suara Allahyarham. Salah satu kenangannya apabila aku mendengar suara beliau mendendangkan takbir raya setahun lepas. Cukup syahdu dan tenang untuk aku dengari.

Dan satu lagi perkara yang paling aku terasa; ketika aku join member-member aku berkaraoke, aku cuma pernah nyanyi satu je lagu nasyid. Iaitu lagu Apa Yang Kau Tahu. Masa tu aku tak peduli apa member-member aku nak cakap. Yang penting aku nak try nyanyi jugak. Kitorang jugak pernah cuba nyanyi lagu Mentari Merah di Ufuk Timur versi yang menampilkan Ustaz Asri ni, tapi suara masing-masing tak sampai nak follow macam Amy mahupun Allahyarham.



Al-Fatihah buat beliau dan takziah buat keluarga beliau. Kita telah kehilangan seorang pendakwah kreatif yang tidak jemu untuk berseni. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.



“Jai, yang ko kecoh nak buat entri tribute neh apesal? Maikel Jeksen ngan Yasmin Ahmad meninggal ari tu takde pulak ko nak buat entri khas untuk diorang. Buletin Utama TV3 pun setakat siarkan berita lebih kurang satu minit je. Yang ko lebih-lebih ni nape?”

“LU PIKIRRR LAA SENDIRI!!”

1 KoMen:

fifie said...

hmm xsangka sbnrnya dia meninggal..

Post a Comment

Any Comment? Anybody?