5.2.10
SELAMAT HARI JADI CRISTIANO RONALDO!
“Nama saya Cristiano Ronaldo dan saya menggunakan Clear For Men.”
Tak habis-habis dengan obsesiku mengenai mamat neh nampaknya.
Hari ini beliau genap berumur 25 tahun.
Mungkin ketika ini mak beliau bertanya kepadanya bila dia mau kahwin.
Mungkin dia sendiri tertanya-tanya bilakah agaknya beliau akan berkahwin.
Mungkin dia akan mengalami sindrom quarter-life crisis.
Mungkin dia overreacting.
Mungkin juga dia memikirkan hala tuju hidup dia sekarang walaupun sudah bergelar jutawan.
Mungkin dia sedang memikirkan adakah lebih best naik kereta Ferrari ataupun keluar belanja beli sebiji superbike supaya dia nampak lebih cool (dan menjimatkan minyak).
Mungkin dia tertanya berapa orang yang sayangkan dia tanpa bersyarat.
Mungkin juga dia rasa dia sudah perlu meninggalkan tabiat-tabiat buruk seperti… err, main pompuan kot.
Mungkin dia merasakan dirinya sudah perlu digelar abang berbanding satu ketika dulu dia cuma seorang hingusan yang berperangai kebudak-budakan.
Terima kasih pada mak, Alya (adik Amri), Kak Wati, Arm/Pish, Wana (bekas skandal) yang telah menjayakan penghasilan entri ini; setakat ini.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Friday, February 05, 2010 3 KoMen
Label: Pena Dari Meja Pujangga
4.2.10
JANGAN GANGGU SIASATAN MAHKAMAH
Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?
Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.
Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?
Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.
Mohd Yusof: Apa soalan itu?
Mohd Saiful: Can I f*** you today?
Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?
Mohd Saiful: Marah dan takut.
Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?
Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.
Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?
Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.
Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?
Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?
Mohd Yusof: Apa respon kamu?
Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.
Mohd Yusof: Seterusnya?
Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.
*Tak lama selepas itu, ketika Saiful menceritakan “Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.“, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.
Rupanya Karpal Singh jugak orang yang ada akal. Cis engko Karpal Singh. “Singh is King!”
Wakakakaka…
*Sumber petikan - Malaysiakini
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Thursday, February 04, 2010 3 KoMen
Label: Interpretasi Umum, Jangan Ketawa, Poli - Tikus
3.2.10
IPHONE
Aku takde iPhone. Aku cuma boleh berlagak dengan kata-kata “one day, I’ll own one.”
Mereka kelihatan amat cool. Aku suka tengok rekabentuk iPhone. Game-game dan application-nya juga sangat best. Tapi secara peribadinya, aku membenci produk Apple. Mereka sangat konsisten dalam usaha mereka mahu mengsonglap duit pengguna tanpa belas kasihan. Macintosh sebagai contohnya (earlier version) memiliki single vendor untuk spare part yang mana sekiranya kamu mahu membaiki komputer, kamu perlu menghantar set lengkap kepada wakil Apple. Ia juga tidak boleh diupgrade kerana akan ada model baru yang lebih baik akan keluar maka mereka lebih suka jika anda membeli Mac yang baru itu. Ini berdasarkan cerita rakan aku sebab aku sendiri tak pernah mengguna Macintosh malah tak pernah jumpa pun kat Malaysia neh.
Dalam versi iPhone ini pula, sudah 3 version dikeluarkan dalam masa kurang 3 tahun. Why? Sekiranya ia adalah new enhanced model takpe jugak, tapi ia cuma minor upgrade dari model terdahulu.
Secara tak langsung ia mengajar pengguna Apple untuk sentiasa keep up with the new version. Maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila iPhone 3GS sekalipun masih tiada secondary camera di bahagian hadapan untuk video call. Pasti mereka sedang merangka penambahan aksesori di masa depan untuk memancing pengguna lama dan baru untuk terus mendapatkan model-model mereka di pasaran.
Tanpa disangka, rupanya jangkaanku menepati sasaran. Baru-baru ini aku menemui berita di web blog mengatakan Apple telah melancarkan Videoconferencing Kit; sebuah aksesori tambahan untuk pengguna iPhone menikmati teknologi video call ini. Aku cukup kagum dengan marketing gimmick mereka mutakhir ini.
Berita selanjutnya anda boleh baca di sini:
http://gizmodo.com/5015395/apple-introduces-iphone-3g-videoconferencing-kit-zomg
Baiklah, untuk mereka yang malas meng-click, aku akan mempamerkan gambar aksesori ini sebagai spoiler-nya.
Dapatkan di pasaran sementara stok masih ada. Sokonglah Apple dan iPhone anda. Tanpa anda, bagaimanalah Apple nak kaya.
Lalalalala…
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Wednesday, February 03, 2010 5 KoMen
Label: Interpretasi Umum, Jangan Ketawa
2.2.10
HMI KE?
Bukan HMI-lah. Pehh, memang betul-betul aku dah tatau nak komplen apa sebenarnya neh. Banyak nak di-mencarut-kan pasal politik, tapi kang tak pasal-pasal kena Akta Komunikasi dan Multimedia pulak kang. :P
Baik, hari ini mari kita menganalisis persembahan Raja Lawak 4 minggu lepas. Oh ye, walaupun sebelum neh aku pernah kata aku takde astro, kini aku dah ada. Dan aku akan dipengaruhi oleh kakak aku untuk menonton jugak Astro Prima tak kira siaran ulangan atau secara langsung Gelanggang Raja Lawak. Cisss…
Ahh, malas laa nak menganalisis semua persembahan. Banyak yang tak kelakar pun. Aku nak sentuh pasal Alex je laa. Pasal mamat neh macam ada funnybone gitu. Baru bukak spek mata pun dah buat aku tergelak.
Minggu lepas punya tema adalan musical comedy. Which is very demanding because kalau tak kelakar memang sumpah seranah laa mulut para penonton baik di rumah atau di studio.
Misalnya An2. Sore bapak laa tak sedap buat sakit telinga, nasib baik laa boleh tahan jugak lawak.
Ohh, jangan lari topik. Aku nak cerita pasal Alex, bukan An2. Kemunculan si bulat ini di atas pentas menggelarkan dirinya sebagai Elvis Press Press (siap hand signal) memulakan mukadimah penceritaan bagaimana beliau telah dirijek oleh seorang awek sebelum sempat dia projek.
Maka dia dendangkan sebuah lagu untuk ex beliau dengan lirik ciptaan sendiri. Meh aku kongsi dengan korang lirik dia supaya leh nyanyi sama-sama. Wakakaka…
Hey si gadis yang CANTIK,
Tahu kamu pakai KOSMETIK,
Cover jerawat BATIK,
Chickenpoxx BINTIK BINTIK.
Wooo… Kau rijek aku,
Buat diriku tidak laku,
Depan kawanmu,
Aku sungguh malu.
Gadis KAYU,
Tidak apa tapi kau tunggu,
Ku bukak secretmu,
Punggungmu BERKURAP LEMBU.
Hey si gadis yang manis,
Saya bagitau, semut berbaris,
Bukan pasal kamu manis,
Tapi kamu KENCING MANIS. (Haha, tak kelakar)
Wooo… Kau rijek aku,
Mentang-mentang saya bulat macam donat,
Tapi kau lagi teruk,
Tindik SIGNBOARD di perut.
(Melalut-lalut, pastu Alex sambung nyanyi lagi…)
I’m very good, and, I’m very well (atau mungkin wealth?)
Oh well,
Sekarang ini, girlfriend saya, kamu mau tau siapa nama girlfriend saya?
Girlfriend saya;
DIANA DANIELLEEEE YELLL YELLL (takleh blah punya tarik!)
Hey si gadis yang manja,
Rugi kamu tak ambil saya,
Walau tak sekacak mana,
Tapi kau muka pun macam BUAYA TEMBAGA (weh bulat, buaya tembaga tu laki laa mangkok!)
Wooo… Gadis KAYU,
Bukan AYU tapi LAYU,
TerGEDIK-GEDIK,
Lubang hidung kau KOREK.
Kau rijek aku,
Tidak apa tapi kau tunggu,
Inilah lagu,
Hanya untukMU…
Wah, sudah boleh ganti Ali Mamak buat album neh. Mamak versi putih laa. Wakakaka.
Terlebih sudah.
Dah, dah, aku nak kembali memantau berita dunia. Banyak lagi benda lain aku nak komplen dan carutkan.
~AKU? BULAT?~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Tuesday, February 02, 2010 2 KoMen
Label: Dunia Muzika, Jangan Ketawa
1.2.10
LEE JEE HYEON
Dengan meletakkan tajuk entri seperti ini, pasti aku berjaya mendapat perhatian penggila-penggila drama korea atau peminat muzik k-pop ke dalam blog aku. Wahaha. Padahal aku tak kenal pun siapakah dia orang yang bernama Lee Jee Hyeon ataupun samada beliau sebenarnya wujud atau tak.
Mungkin sekadar mahu menarik perhatian, atau mungkin satu perangkap untuk mereka yang suka membaca tajuk entri tanpa membaca isinya lalu bersemangat untuk drop komen walaupun off-topic; itu aku tak pasti niat sebenar yang tersemat di hati. Tapi sukalah untuk aku mengaku di sini bahawa aku tidaklah obses dengan drama atau lagu korea mahupun actor dan actress mereka juga.
Aku neh jenis kalau nak tengok cerita, semua cerita aku cuba layan. Pastu baru laa aku bagi komen samada ia best atau tak. Tak suka aku nak menyempitkan fokus aku terhadap sesuatu genre cerita yang ada, baik di TV, melalui pembacaan novel ataupun filem di panggung.
Mungkin ada limitation-nya jugak. Mungkin aku seboleh-bolehnya takkan tengok filem arahan Prof. Madya Razak Mohaideen dan sekutu-sekutu mereka seperti Ahmad Idham. Tapi aku menggunakan istilah ‘mungkin’ kerana aku sendiri tidak akan memuktamadkan cara hidup dan prinsip pegangan aku. Adalah sesuatu yang sahih bahawa kita tidak semestinya sentiasa berada di pihak yang benar. Masa telah mengajar bahawa manusia itu boleh melakukan kesilapan dalam hidup mereka tanpa mereka sedari sekalipun.
Okeh, aku dah start membebel panjang. Sebenarnya aku cuma nak cerita pasal filem Legion atau dalam bahasa koreanya Lee Jee Hyeon (sesuka ati ko je Jai!). Filem ini telahpun disaksikan oleh aku bersama dua orang teman yang lain. Boleh dikatakan kami ber-threesome laa (sila jangan bayangkan yang bukan-bukan).
Hanya sempat menonton trailernya seketika di youtube tanpa sempat membaca sipnosis/review penuh mengenai filem ini, aku membayangkan filem ini ada persamaan dengan filem Darkness Fall. Mungkin juga ada antara kamu di luar sana yang belum menonton menyangkakan filem ini seperti Angles & Demon tetapi aku tidak sempat menonton lagi filem itu. Aku sudah pun menonton Da Vinci Code jadi aku rasa tidak banyak berbeza antara kedua-dua filem tadi lantaran penulisnya adalah orang yang sama. Filem Legion ini juga aku cuba kaitkan dengan The Exorcism of Emily Rose.
Ia dimulakan dengan perihal sekumpulan manusia yang terkandas di sebuah stesen minyak di tengah gurun mana-entah di mana masing-masing di antara mereka sedang cuba mencari makna sebenar kehidupan. Masing-masing dikatakan mempunyai masalah tersendiri dan sedang memikirkan samada mereka telah melakukan kesilapan dalam memilih jalan hidup mereka.
Tidak lama kemudian, mereka mula diserang makhluk-makhluk aneh bertopengkan manusia biasa. Kehadiran seorang lelaki bertatu menaiki kereta peronda polis sambil membawa bekalan senjata api menimbulkan misteri di kalangan mereka. Beliau mengatakan makhluk-makhluk aneh ini akan terus mengganggu mereka dalam jumlah yang banyak dan berterusan dan tugas mereka adalah untuk melindungi nyawa sendiri. Salah seorang watak dalam cerita ini adalah seorang perempuan mengandung dan lelaki misteri itu mengatakan makhluk-makhluk aneh ini mahukan bayi tersebut. Jadi selagi mereka dapat bertahan sehingga bayi itu lahir (yang cuma tinggal beberapa hari saja lagi) maka mereka akan selamat menempuhi episod aneh ini.
Aku malas nak cerita kesudahannya tapi cukuplah aku membongkar plot cerita filem ini iaitu lelaki misteri tadi sebenarnya adalah malaikat bernama Michael. Beliau mendapat perintah tuhan untuk membunuh bayi tersebut sementara tuhan juga sudahpun mula melancarkan gerakan penghapusan kaum manusia (apocalypse – kiamat). Boleh dikatakan mereka sebenarnya sedang berperang dengan tuhan demi untuk survival bangsa manusia itu sendiri.
Yang menghairankan, kenapa pula Michael datang ke situ untuk membantu mereka? Jawapannya mudah, hanya kerana Michael tidak bersetuju dengan arahan tuhan lalu cuba menjustifikasikan kelahiran bayi tersebut ketika apocalypse sedang melanda sebagai bukti bahawa manusia harus diberi peluang untuk terus hidup. Baginya manusia adalah makhluk istimewa dan setiap generasi memiliki cerita dan harapan mereka tersendiri, berbanding dengan golongan malaikat yang immortal serta hidup hanya untuk menurut perintah.
Pada dasarnya aku berminat untuk menonton filem ini berdasarkan kesan khasnya yang kelihatan berbajet besar dan cukup menarik. Elemen suspen dan thrill beserta psiko juga diterapkan apabila seorang nenek tua (makhluk yang dihantar untuk membunuh bayi) dilihat begitu agresif melompat ke sana sini sambil merangkak di atas siling beserta sempat juga mencarut sekali sekala.
Ada juga babak ketika makhluk-makhluk ini memperdaya mereka dengan berpura-pura menjadi kanak-kanak yang memerlukan pertolongan di mana rupanya mereka hanya mahu menembusi halangan dalam usaha mereka mahu membunuh bayi yang belum lahir itu.
Bagaimanapun aku melihat cerita ini sebagai sangat berbahaya dari segi akidah untuk kedua-dua agama wahyu baik Islam atau Kristian. Pertamanya ia mahu mengajar manusia untuk mengikut kata hati sekiranya anda tidak bersetuju dengan perintah Allah. Dalam erti kata mudah, jika tidak berpuashati, maka lawan sahaja hukum Allah itu. Kedua, bunting sebelum berkahwin adalah okey kerana anda tidak tahu samada takdir bayi itu mungkin akan menentukan nasib survival manusia pada masa depan. Walaupun moralnya mungkin menjurus untuk mengutuk aktiviti pengguguran bayi, tetapi dilihat watak perempuan mengandung tadi cuba disamakan dengan Mariam A.S. Ketiga, ia juga mengatakan akan ada nabi baru selepas Muhammad S.A.W (dalam kitab Bible cerita mengenai kehadiran Muhammad dipadamkan maka orang Kristian mempercayai Isa A.S sebagai nabi terakhir mereka dan juga dikatakan pula sebagai anak tuhan kerana Isa tidak berbapa). Keempat, berkata-kata kesat dan mencarutlah antara sesama kamu dan kepada malaikat juga kerana sekiranya kamu tidak sebulu/sependapat dengan mereka, maka mereka adalah musuh kamu – ada unsur fahaman zionis di situ. Kelima, peperangan antara baik dan jahat (good and evil) cuma berlaku antara manusia dan tuhan sementara setan cuma duduk diam bertepuk tangan sahaja memerhati kemusnahan manusia. Sekaligus memungkinkan sesetengah mereka berkata “baik aku sembah setan je macam neh”.
Haha, aku mungkin sinikal dalam menganalisis filem ini namun bagi aku ada berbelas/berpuluh lagi filem yang bagus untuk korang tontoni selain filem Legion ini. Malah South Park dan Da Vinci Code juga adalah antara cerita bijak yang tidak bersifat absolute dan mengajak kamu mengasah minda untuk berfikir dengan lebih kritis demi faedah kamu sendiri jika nak dibandingkan filem yang sangat mengarut ini.
Jangan tertipu seperti aku,kelak kamu akan kehilangan 10 ringgit yang begitu berharga (habis akidah ko berapa ringgit pulak Jai?)
Lalalalala…
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Monday, February 01, 2010 10 KoMen
Label: Islam Agamaku Selamanya, Rentetan Seni



