Di Malaysia, di Putrajaya misalnya, papan tanda yang asalnya dari negara luar yang bertulis ‘Free Left Turn’ perlu diupgrade sebagai ‘BELOK KIRI JIKA TIADA KENDERAAN ATAU PEJALAN KAKI’ seolah-olah kalau ada kapal Titanic atas jalan, pemandu akan tetap merempuh kapal tersebut.
Di Malaysia, di tol pembayaran tunai, di Puchong khususnya, lorong paling kiri yang biasanya dikhaskan untuk kenderaan berat adalah lorong paling laju. Tak caya, gi try.
Di Malaysia, di lebuhraya MRR2 ketika kesesakan lalulintas waktu puncak, kenderaan berat yang berada lorong kiri dan lorong tengah mungkin akan mencicirkan anda 10, 20 tiang jika anda stay pada lorong kanan atau lorong laju semata-mata.
Di Malaysia, punca utama kesesakan lalulintas adalah apabila kenderaan dari intersection sebelah kiri mahu masuk ke kanan dan sebaliknya, apabila jalan 3 lorong berubah menjadi 2 lorong, atau apabila ada kenderaan berhenti di tepi jalan samada kerana eksiden ataupun sekadar kereta breakdown di lorong kecemasan. Serta lampu trafik light rosak atau terlalu lama.
Di Malaysia, walaupun speed limit maksimum 110km/j (ada sesetengah tempat yang dah upgrade 120 kalo tak silap) tidak bermakna dengan kelajuan tersebut anda berhak untuk mengekalkan pemanduan di lorong kanan. Jika ada orang hi-beam atau pakai lampu siren, anda kena jugak tukar lorong occasionally.
Di Malaysia, anda berhak untuk membeli Bugatti Veyron yang memiliki top speed 415km/j atau motor Suzuki Hayabusa dengan top speed 312km/j tapi kalau anda melintas kamera AES dengan kelajuan 82km/j anda tetap akan menerima flash.
Di Malaysia, anda boleh menguji kreativiti anda untuk make up kereta dengan lampu LED bagai, rim Rota, sticker bomb beraneka colour, tinted cermin gelap atau memantul, lampu projector depan, spoiler tinggi melangit, yang mana kesemua ini boleh dibeli dengan mudah di merata tempat, tapi kalau jumpa roadblock JPJ belum tentu anda terlepas dari kena saman.
15.7.13
PENGALAMAN PEMANDUAN
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Monday, July 15, 2013 1 KoMen
Label: Jangan Ketawa
13.12.12
CREME FREICHE
Siapa pernah tengok episod dorang yang bertajuk “Crème Freiche”? Sila gelak!
Episod Crème Freiche memperkenalkan aku dengan Shake Weight. Sila lah google atau youtubing sendiri. Namun di samping itu ia juga mengisahkan obsesi Randy Marsh terhadap Food Network Channel yang mana Randy melayan channel tu umpama porn gamaknya.
Memandangkan pada ketika aku aku cuma ada saluran AFC, maka tak pelik laa kalau aku turut bantai gelak ngan kebodohan Randy tu. Ye lah, AFC ada apa lah sangat. 75% of the time aku lebih rela tukar channel kot.
Sekarang aku dah ada Food Network. Ditambah dengan sekali sekala bukak channel TLC untuk tengok Man vs. Food atau BeTV yang ada Top Chef, aku jadi teruja untuk tengok proses penyediaan makanan yang kreatif dan kadangkala genius ini.
Baik, bercerita mengenai selera makan aku. Lidah aku tidak memiliki toleransi yang baik terhadap beberapa jenis makanan. Bawang dan sayur misalnya. Halia. Durian. Lobak. Nenas. Malahan sotong dan variasi kepah. Dan beberapa benda lain lagi yang aku memang tak pernah sentuh sejak aku kecik sampai laa besar neh.
Dalam banyak-banyak tu, bawang dan sayur menjadi halangan paling besar sebab ia adalah bahan penting dalam masakan. Dalam kes bawang misalnya, ia lebih kronik kerana mampu membuatkan aku termuntah kalau tergigit manakala sayur pula lebih kepada pilihan peribadi. Bila aku kunyah sayur, takde rasa apa so aku rasa macam redundant dan buang masa.
Dan pada ketika itu,baru aku tahu yang sayur jika digaul dengan mayonis dengan resepi yang baik,membolehkan aku berselera nak membaham sayur. Dari itu, aku mula bereksperimentasi.
It does taste good. Ia mengkayakan lagi rasa sardin atau nasi goreng yang aku masak. Dan dari situ, aku tahu bahawa makanan yang tidak sedap bagi aku satu masa dulu pun boleh menjadi enak kalau aku tahu cara memasak yang sesuai dengan anak tekak.
Masalahnya, aku seorang yang perlukan karbohidrat, protein serta yang paling penting kuah yang cukup untuk melengkapkan hidangan. Dengan hanya menggoreng telur dadar kosong, aku perlukan kicap bagi membasahkan nasi. Masalah dengan kicap pula, jika terlalu sedikit ia akan kering, jika terlalu banyak ia boleh membunuh rasa protein itu tadi.
Jadi, mak aku memperkenalkan kepada aku telur dadar separa masak,yang mana dimasak dengan api perlahan, telurnya akan separa mentah di bahagian tengah. Gabungan telur dan minyak goreng ini adalah begitu heaven ok. Jadi aku mula memasak telur dengan cara ini. Dan aku pindahkan terus telur goreng ke atas nasi dalam pinggan instead of letak di pinggan berasingan supaya telur cair ini tidak membazir dan boleh dijadikan kuah yang aku perlukan untuk nasi.
Di samping itu, ketika aku kecik-kecik kakak-kakak aku pernah mengajar aku untuk taruk dalam secamca sos cili ke dalam telur yang ingin dimasak supaya memiliki rasa yang lebih menarik. Jujurnya aku kurang gemar cara ini sebab ia terlalu memekatkan tekstur telur dan mudah hangus dalam kuali jika tidak diangkat cepat-cepat. Sebagai penggantinya aku akan tumbuk tiga ke lima ulas cili api sebagai pengganti sos cili itu tadi. Hasilnya, menarik. Cuma aku dapati hidangan ini sesuai dimakan ketika sejuk seperti tengah malam atau ketika sedang hujan. Kalau makan time tengah hari panas buta, dinding tekak aku akan rasa semacam gatal.
Baik. Dapatkan antara satu ke tiga biji telur, bergantung kepada jumlah nasi yang anda ingin makan serta ambil kira saiz telur itu sendiri kerana berdasarkan pengalaman aku yang suka beli telur gred paling rendah neh, ada masanya saiz telur yang anda dapat berbeza-beza ye.
Pecahkan ke dalam mangkuk. Masukkan secubit garam. Kacau perlahan. Aku lagi prefer pakai garfu daripada pemukul telur sebab aku taknak putih telur tu kembang sangat. Namun untuk mendapatkan kegebuan sisi telur goreng, biasanya aku akan taruk satu setengah sudu kecil mayonis. Pastikan ratio mayonis dan telur ini sesuai supaya kandungan telur ini tadi tak jadi terlalu berat. Kita mahukan gebu yang berlemak, bukan berlemak yang gebu macam badan aku neh. Kena paham tu.
Pastikan anda tidak memasukkan mayonis secara seketul macam tu aje sebab apabila ia bercampur ngan telur, ia agak sukar untuk pecah maka anda perlu kacau secara berlebihan dan mungkin akan merosakkan tekstur telur itu tadi. The trick is, masukkan sedikit-sedikit dengan ditapis garpu yang anda gunakan untuk kacau telur tadi. Nak taruk sos cili, atau cili tumbuk, terpulanglah. Macam aku cakap tadi, kalau aku nak taruk aku akan tengok suhu bilik. Kalau pilih cili tumbuk, boleh tumbukkan sekali dengan sikit bawang putih tapi sila tanggung risikonya sebab rasa bawang putih tu boleh jadi empowering sikit ye.
Dan, memandangkan, aku cuma makan apa yang aku biasa makan, maka adalah penting untuk aku mengadun bahan-bahan yang diluluskan anak tekak aku itu dengan sebaik mungkin.
Heh. Setakat MasterChef tu pe barang. Keh keh.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Thursday, December 13, 2012 1 KoMen
Label: Jangan Ketawa, Pena Dari Meja Pujangga
5.8.12
DEAR CHONG WEI
Ke hadapan Datuk Chong Wei.
Ehh, nanti orang ingat aku nak tujukan warkah cintan cintun neh kat datuk dia pulak kan.
Ke hadapan Encik Chong Wei.
Malam ini, bermainlah kamu sebaik-baiknya dan sesungguh-sungguhnya sepertimana ketika kau layak masuk final hari tu. Walaupun aku tak sempat tengok game tuh tapi aku banyak dengar kata pujian dari handai taulan bahawa corak permainan kau di luar kotak kebiasaan. Lin Dan tu dah macam training partner kau so kau perlukan kejutan demi kejutan untuk membuatkan dia terkejut laksana orang yang tak pernah terkejut.
Dan ye, Lin Dan memang bukan calang-calang pemain untuk diperanjingkan akan tetapi menghormati musuh tradisi tidak bermaksud membenarkan beliau mengatasi dari segala segi. Keep the spirit high and the pressure free because you need all the focus for your energy.
Jangan dilayan sangat karenah sorakan peminat ‘paling besar’mu di sana tu sebab beliau cuma mahu mengambil kesempatan untuk meramas otot kekarmu dan menghirup peluh seksimu itu dengan harapan gambar korang akan interprem dalam muka depan Mingguan Malaysia. Adat orang politik memang begitu laa. Sambil menyelam sambil minum air sambil rebus maggi dengan telur separuh masak.
Juga jangan ambil kisah dengan Baskin Robbin yang agak menganjeng nak menunjukkan kat seluruh dunia yang engkau seolah-olah takde peluang nak menang, sebab tu dorang berani offer ais krim free. Tak guna punya Baskin Robbin. Saje je nak bagi tekanan kan? Yang kau perlu amek kisah adalah perihal kami-kami neh yang nak masuk outlet Baskin Robbin setahun sekali pun menggigit jari. Kau kena ingat kalau kau kalah pun kau takde hal nak makan Baskin Robbin hari-hari. Jadi, pelantakkan saja Baskin Robbin itu, biar kami sahaja yang akan menghitung untung nasib dengan mereka 8 haribulan ini.
Selain dari mempertahankan reputasi pingat perak yang pernah engkau miliki itu, kau harus tahu akan nilai sebenar pingat emas pertama negara ini. Seluruh penduduk Malaysia cuma mampu menggalaskan tanggungjawab besar ini dipikul dibahumu. Walaupun sebenarnya aku lebih optimis terhadap si Azizul tu, tapi selaku rakyat Malaysia, andaikata anak jiran aku yang berusia 10 tahun tu dapat pingat emas pun aku tetap jua akan berbangga. Selagi orang itu berjaya mengibarkan bendera Malaysia dan mendendangkan lagu Negaraku dekat London sana.
Akhir kata, setelah penat membebel dekat hang, aku nak mintak maaf bebanyak dulu bro sebab aku kemungkinan kerja lebih masa malam neh, tak dapat nak tengok kau main kot. Kah kah. Tapi pandai laa aku mengular sat lagi mencarik peluang nak singgah kat kedai mamak tengok engkau kat skrin besar tuh dengan harapan tersirat supaya kau dapat lanjutkan ke set ketiga supaya aku tak terkejar-kejar sangat masa. Wakaka. Eleh, empat tahun lepas aku tengok kau bagai nak rak last-last aku jugak yang terkuciwa. Kira asal sempat je laa cukup laa kan? Dah, kau jangan nak sibuk nasihat aku pulak sebab aku memang jenis yang tak makan saman.
Kem salam kat awek jepun yang kalah kat final beregu wanita semalam tuh ekk. Aku rasa dia datang stadium kot malam neh.
Okeh, aku nak gi minum… maksud aku menikmati udara segar jap neh.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Sunday, August 05, 2012 0 KoMen
Label: Pena Dari Meja Pujangga
27.7.12
15 PERKARA YANG SAYA 'FAHAM' MENGENAI THE DARK KNIGHT RISES
Mula-mula aku kena bagi amaran dulu. Kot-kot ada sesapa yang terbaca entri neh tapi lom tengok lagi citer Batman terbaru tu; The Dark Knight Rises, baik skip dulu laa. Selain dari sebab ada spoiler, takut jugak tak paham apa yang nak diceritakan nanti ye tak?
Tadi dok tengah merayap-rayap kat dunia internet neh aku ada terserempak dengan satu link artikel yang menarik minat aku. Tajuknya '15 things that bothered us about The Dark Knight Rises'. Ada banyak artikel yang melibatkan isu perfileman neh kan sebab peminat filem ada kat seluruh dunia kan. Aku pernah baca banyak artikel pasal movie mistake laa, unscripted dialogue laa, senarai movie yang box office flop tapi became cult laa dan sebagainya. Hoho.
Pertama, aku memang nak cakap aku sangat kagum dengan Christopher Nolan. Start daripada Batman Begins lagi, dia berjaya memberikan satu filem superhero yang believable enough. Maksud aku, fiksyen, fiksyen jugak, tapi dalam lingkupan yang masuk akal untuk diproses oleh imaginasi kita. Dua sequel dari Batman Begins ini pun (The Dark Knight dengan The Dark Knight Rises) mengambil tempoh masa yang lama untuk disiapkan disebabkan Nolan sangat cerewet dalam memilih skrip.
Berbeza pulak dengan Star Wars, George Lucas dah memang siap ada skrip untuk Episode 1, 2 dan 3. Cuma katanya dia belum ada duit dan teknologi untuk filemkan je. Dan itu pun dia kena bahan gak ngan peminat Star Wars tegar. Entah, aku tak kisah sangat pun sebab aku tengok citer tu pun sebab nak tengok Natalie Portman ngan Ewan McGregor je. :P
Okeh, melalut. Berbalik kepada topik asal. Disebabkan terdapatnya aspek kebodohan dalam 15 soalan dari artikel aku baca tadi, maka meh sini biar aku yang tak pandai mana neh pun nak tolong jawab kan. Sebab aku tanak nanti ada orang dok terbaca artikel tu pastu garu-garu janggut cakap “ada betul jugak apa yang dorang kata neh.” Aku tanak orang Malaysia jadi bahalol, sebab tu laa aku jawab balik dalam bahasa melayu. Padahal sebenarnya aku tak konfiden nak buat full entri dalam bahasa inggeris. :P Kah kah.
Baik. Soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut :
1. Macam mana Bane boleh tahu identiti Batman dan lokasi Applied Science. – Dalam penerangan artikel neh penulis ada cakap pasal kemungkinan bapak Thalia, Ra’s Al Ghul yang bagitahu dorang pasal kaitan Batman dan Wayne Enterprise. Cuma dorang pertikaikan adalah tempoh masa. Apa pulak nak peliknya pasal tempoh masa? Ra’s masa nak datang Gotham pun dah planning berbulan-bulan, mungkin bertahun. Dia siap tau pasal Bruce ‘jumping rooftop’ pakai tumbler. Dan Ra’s jugak mendakwa kekayaan keluarga Wayne datangnya dari suntikan dia dan League Of Shadows. Dah tentu dia tau segala macam apa aktiviti yang berlaku dengan Bruce Wayne dan Wayne Enterprise terlebih dahulu. Harus diingat, masa Bruce melarikan diri dulu pun Ra’s yang dapat jumpa dia kat pelosok penjara sedangkan Alfred tak tau langsung apa khabar berita Bruce. Dan Thalia pulak adalah anak Ra’s, tak mustahil dia ada akses akan segala rekod yang ada pada League Of Shadows.
2. Officer Blake dengan begitu mudah dapat meneka Bruce Wayne adalah Batman. – Siapa yang dah tengok citer neh tau laa yang Blake neh Robin kan. Kalau Robin tak cukup pandai macam mana dia boleh jadi sidekick Batman ye tak? Baik Bruce sarungkan baju Robin tu kat Alfred je terus senang. Itu satu hal. Satu hal lagi, Blake jelas-jelas dah menerangkan yang dia idolize Bruce Wayne sebab Yayasan Bruce Wayne telah menanggung kehidupan dia sewaktu kat rumah anak yatim tu. So mesti laa dia rajin buat research pasal Bruce kan? Berbanding dengan orang lain yang memang tanak amek tau pasal Bruce Wayne disebabkan alter ego Bruce yang berlagak dengan kemewahannya sampaikan tetamu dia pun tak berapa nak suka kat dia (Batman Begins) memang laa tak nampak kaitan Bruce dengan Batman. Sesapa yang dah tengok Superman Returns mungkin ingat lagi scene Lois Lane dengan suami dia cuba nak kaitkan Clark Kent dengan Superman, tapi last-last dorang bantai gelak je sebab nampak sangat macam tak logik. Padahal Lois lagi rapat dengan Clark, itupun dah boleh kena tipu. Inikan lagi pulak penduduk Gotham. Jadi jangan nak pertikai laa pasal Blake sebab karakter dia pun memang istimewa.
3. Bruce banyak kali injured (kaki tempang dan tulang belakang patah) tapi cepat pulih. – Kalau dari segi timeline, sebenarnya taklah cepat mana. Kaki Bruce dipulihkan menggunakan alat teknologi. Tulang belakang dia pulak amek masa berbulan-bulan dengan latihan fisioterapi intensif yang dia jalankan sendiri dalam penjara. Lagipun dalam penjara tu kan ada sorang doktor tu yang boleh pantau. Lagipun kena ingat, Bruce neh dah bukan macam manusia biasa sebab dia dah dilatih oleh League Of Shadows sebab tu dia boleh jadi Batman. Kalau bagi Commissioner Gordon jadi Batman pun tak jalan jugak rasanya.
4. Babak Alfred meletak jawatan sebagai butler Bruce nampak terlalu sambil lewa. – Untuk part neh, aku rasa pandangan yang subjektif. Bagi aku laa kan, lokasi babak tu tak penting mana pun. Yang penting ayat dia. Dan Alfred dengan Bruce keep it simple sebab dorang dah sangat memahami antara satu sama lain. Tak perlu nak tanya “kenapa Alfred? Kenapa? Kenapa kau buat aku begini?” Apa ingat ini cerita Hindustan nak bermelodramatik bagai?
5. Kenapa SEC (Suruhanjaya Sekuriti kot) tak masuk campur dan menghalang Bane dari melakukan pemindahan saham secara tidak sah waktu kat bursa saham tuh. – Ini soal teknikaliti. Memang logik pun tapi jangan lupa Bane menggunakan program apa nama ntah tu yang Selina Kyle (CatWoman) nak sangat-sangat tu so mungkin ia melebihi kapasiti kuasa teknikal yang ada pada SEC. Alah, dalam dunia sebenar pun, berapa ramai penyangak ekonomi yang berjaya menipu sampai dah berbelas tahun baru kantoi dan kena tangkap? Realistik laa sikit pun. (Haa, kan dah terkena ironinya tuh).
6. Batman dengan Thalia beromen. – What? U jelly? Nak suruh dorang berguling-guling atas padang rumput sambil menyanyi lagu dulu baru dibenarkan beromen? Sebab plot percintaan dorang tak panjang macam percintaan Meg Ryan ngan Tom Hanks dalam Sleepless In Seattle? Point dia mudah je, kalau penulis neh tau baca sejarah Batman dorang akan tahu yang Thalia sepatutnya bakal melahirkan anak Bruce Wayne. Maka plot beromen ini penting untuk masa akan datang kalau-kalau Nolan nak sambung lagi sekuel. Itupun kalau Thalia somehow berjaya survive laa kan. Bab tu jangan pertikai, sebab ini movie. Baik korang pertikai macam mana Qui Gon dapat kontek balik Obi Wan Kenobi walaupun Qui Gon dah mati dalam cerita Star Wars. Lagi berpaedah.
7. Batman pakar graffiti. – Ada scene di mana bila Commissioner Gordon menyalakan petrol, lambang Batman jelas kelihatan kat dinding bangunan. Soal dia, dah laa susah nak buat secara logistiknya, dan mengambil masa yang lama pulak tu sedangkan Bruce kembali ke Gotham dalam keadaan Gotham dah pun huru hara dalam cengkaman Bane. Well, Batman kan theatric. Suka hati dia laa dia nak jadi sekreatif mana dan ambik masa banyak mana pun asalkan kerja dia berjaya disiapkan. Kan? Lagipun dia Batman. Apa barang kalau setakat pakai spray 10 hengget setin. Ceh.
8. Bruce Wayne bangang sebab tak jaga sekuriti elok-elok sampaikan Selina dengan Thalia berjaya mencerobohi rumah dan syarikat dia. – Wayne Enterprise adalah syarikat paling besar kat Gotham dan menggaji ramai orang secara langsung dan tak langsung. Sedangkan operasi bisnes pun dia bagi Fox yang jaga, macam laa dia nak amek tau sangat pasal semua staf dia.
9. Bila masa Bane sempat hantar Bruce ke penjara di waktu ketika dia tengah planning nak takluk Gotham? – Satu, dia tengah planning je pun. Itu pun timbalan pesuruhjaya tu pun bangang buat-buat tak tau pasal aktiviti Bane. Kedua, dia bos kot. Suka hati laa kalau dia nak bercuti sekejap nak scuba kat Sipadan ke mana ke. Inikan pulak soal nak uruskan hal seteru dia.
10. Cam mana Bruce balik ke Gotham lepas melarikan diri dari penjara? – walaupun dia takde sumber duit sebab dia dah bengkrap, tapi kena ingat dalam Batman Begins pun Bruce merayap dari Gotham sampai ke Asia sehelai sepinggang. Pandai dia laa nak hidup nak balik berenang merentasi lautan pasifik sekalipun.
11. Penjara yang Bruce duduk tu pelik sebab sape-sape pun boleh masuk dan boleh keluar pulak tu asalkan sanggup lompat batu. – Untuk pengetahuan lokasi penggambaran penjara tu kat India. Dia tak sebut laa negara kan tapi kita boleh beranggapan penjara tu kat Asia. Sekali lagi, plot Batman Begins memainkan peranan sebab masa Bruce dalam penjara Ra’s Al Ghul rilek je boleh masuk penjara tuh dan berjanji untuk membebaskan Bruce asalkan Bruce sanggup training dengan dia. Ini semua ada kaitan dengan League Of Shadows jugak laa aku ingat. Sebab League Of Shadows tu sendiri pun adalah satu pertubuhan yang pelik. Mengalahkan ninja atau Naruto peliknya.
12. Bandar Gotham ketika ditawan Bane nampak lesu, tidak sehuru-hara seperti yang sepatutnya. – Kena ingat lagi, makanan dan segala sumber pada waktu tu sedang dicatu. Mana nak dapat tenaga nak bikin havoc sana sini. Lagipun Bane pun tak suka kot kalau kacau bilau sangat. Sebab dia menjanjikan kebebasan kepada Gotham, bukannya kemeriahan dengan segala macam letupan sana sini.
13. Polis Gotham termasuk dengan CIA adalah sangat bodoh. – Arahan supaya semua polis Gotham pergi masuk terowong tu adalah arahan siapa? Orang nombor 2 paling atas tu (sebab masa tu Gordon terlantar atas kat hospital). Itulah tukang bodohnya pun. Dorang yang lain tu menurut perintah je. Dan pasal CIA bawak penjenayah naik kapal terbang pakai penutup kepala tu, well, CIA memang bodoh pun. Baru tau ke?
14. Pertarungan Batman menentang kuncu-kuncu Bane sangat kelakar. – Sebabnya kuncu-kuncu Bane amek giliran untuk dibelasah Batman. Sah-sah dorang neh tak pernah tengok citer Tamil. Aku tak rasa macam tu sangat sebab Nolan dengan bijaksana dan bijaksininya memainkan peranan sinematografi yang baik untuk menampakkan Batman seakan-akan tangkas gila bila beraksi. Itu namanya ilusi optik. Kang dia pakai CGI kang lagi laa nampak kartunnya.
15. Ending berserabut sebab banyak benda yang penonton perlu proses dalam jangkamasa yang pendek. – Pernah tengok ending Inception? Ending simple je tapi buat penonton jadi gila sampai terbawak-bawak ke rumah. Ending The Dark Knight Rises neh bagi aku, ending yang memberi compliment kepada sesiapa yang betul-betul memberi tumpuan kepada jalan cerita. Especially part Bruce dengan Selina masa dorang dekat France tuh. Kalau dorang tak fokus apa yang Alfred cakapkan dekat Bruce sebelum tuh, memang dorang akan lost gila. Tapi kan, aku baru menonton sekali je neh. Tak sempat donlod pun lagi nak khatamkan banyak-banyak kali. Tapi tak lost pun. :P Lalalala…
Rajin betul aku membuat entri panjang yang boleh dikatakan spontan neh. Takpelah, yang penting aku rasa puas dan berbaloi. Kalau planning satu entri sampai berbulan-bulan tapi nak menaip satu perenggan pun rasa macam kena ugut je, baik takyah kan? Haha.
Okeh, tugas dah selesai, until next time bebeh!
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Friday, July 27, 2012 1 KoMen
Label: Rentetan Seni
27.6.12
AIR KALAU DALAM BAHASA INGGERIS MAKSUDNYA HANGIN
Hai. Saya kini bergelar seorang pemandu teksi.
Hari ini saya sedikit hangin. Kenapa? Selain dari sebab pendapatan yang agak kureeengg; well, biasa laa tu kekadang masyuk, kekadang balik modal je, kekadang rugi langsung. Juga hujan yang turun sebaik sahaja lepas saya basuh keter; ehh, hujan tu kan rahmat. Takpe, takpe, boleh lap balik. Mungkin jugak sebab ada bangla yang naik teksi saya dok pakai kasut kerja walaupun sikit punya hensem dengan kemeja; habis karpet alas kaki saya yang baru di vakum tu melekat dek tanah liat. Mungkin jugak sebab seluar kedua saya pun dah berlubang dek kena abu rokok; untuk makluman saya cuma ada dua pasang seluar kerja sahaja. Misekin, kan? Ataupun sebab dua kali siku saya tersadung meja; ini tangan adalah aset penting bagi seorang pemandu teksi tau. Ada kemungkinan jugak sebab saya tak cukup tidur semalam tapi awal-awal pagi tadi dah siap ada booking pulak, kena bangun awal; saya biasanya lebih pentingkan tidur dari kerja, bukan sebab malas, sebab isu keselamatan kan (kah kah, alasan) tapi sebab yang booking tu anak gades, haruslah anda paham kenapa saya rajin nak bangun pagi.
Baik, kesemua itu adalah adat resam kehidupan. Tidak kira apa saja profesion anda sekalipun, pasti ada masanya anda bertemu dengan hari-hari yang kurang menyenangkan. But life must go on, senyuman harus perlu sentiasa diukir kalaupun sekiranya mood dah hilang sama sekali.
Namun satu je yang aku susah sikit nak bertoleransi; kebangangan manusia yang tidak dapat diubati.
Hari neh aku dapat satu customer foreigner kat tepi jalan. Tak perlulah cerita bangsa apa or dari negeri mana. Itu bukan isunya. Isunya adalah mentaliti individu itu sendiri.
Untuk rekod, teksi saya adalah teksi yang menggunakan meter. Sebab kalau saya tak menggunakan meter, pastu pergi tulis pulak kat blog public neh, ada pulak insan berkenaan yang terbaca kang, sesaja je terkena. Keh keh.
Jadi, kisahnya, customer pun setuju pakai meter, saya pun setuju nak hantar, maka sampailah kami ke destinasi.
Saya : So, the total charge plus with the toll is bla bla bla…
Hamba Allah : What’s with the toll charge?
Saya : Because actually the passenger have to pay for the toll charge. (time neh dia dah start buat muka)
Hamba Allah : What’s up with that? I mean it’s part of your job right? Why you need to make the passenger paying for that?
Saya : You have to understand that the meter only calculate our journey distance, not with the extra expenses we have to pay. I mean if you wish to use the toll-free road, I will gladly bring you there but you still have to pay the extra kilometers which amounts to almost the same, plus it will take us longer time to arrive. (explain pelan-pelan nak bagi paham sambil senyum)
Hamba Allah : I understand that, but I don’t think it’s fair for the passenger. (ingat pakai meter tu sebenarnya fair ke untuk cost of living dengan modal pemandu teksi neh semua? Dengan saingannya lagi. Kitorang dok bertahan je jugak sama macam pekerja-pekerja sektor lain yang kais pagi makan pagi tau)
Saya : What can I say? I didn’t make the rules. (nak cepatkan masa nak tamatkan debat)
Hamba Allah : But this particular rule is what I don’t like about Malaysian cab. (aku paham kalo orang tak suka jenis pemandu teksi yang potong harga, bawak teksi macam orang gila, tak jaga kebersihan, atau memilih sesetengah tempat je baru nak hantar, tapi kalau nak pertikaikan pemandu yang actually charge by meter, aku rasa melampau laa tu kan)
Saya : I don’t like to pay for my food also, but I still need to eat, right?
Maka dia pun bayar dan blah.
The funny thing is, tol dia sebenarnya cuma 50 sen je. Dan meter dia pulak, hujung dia ada 70 sen. Aku cuma nak genapkan meter dia so aku tambah laa 30 sen dengan alasan untuk duit tol supaya customer tak perlu susah-susah nak sediakan syiling untuk aku. Dah siap dapat diskaun 20 sen lagi tu, nak berdebat macam laa kena ketuk 200 hengget.
Customer is always right, aku paham. Dan aku pun play by the rules. Segala karenah yang aku boleh layan, aku akan cuba jugak layan. Kalau setakat nak bawak luggage customer ke tingkat satu pun aku gagah lagi. Nak explanation panjang lebar walaupun english aku berterabur, aku buat-buat selamba je lagi. Customer takde duit kecik or tak cukup bajet, nak mintak diskaun, aku bertimbangrasa lagi. But, on my worst day, jangan laa nak expect aku nak bertoleransi dengan orang yang jenis tak paham bahasa neh kan. Haa…
Pastu mula laa tu nak bising kata pemandu teksi Malaysia biadap dan kurang ajar. Apeee pun tak boleh…
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Wednesday, June 27, 2012 0 KoMen
Label: fired-up, Interpretasi Umum, Jangan Ketawa, Pena Dari Meja Pujangga