Showing posts with label fired-up. Show all posts
Showing posts with label fired-up. Show all posts

27.6.12

AIR KALAU DALAM BAHASA INGGERIS MAKSUDNYA HANGIN

Hai. Saya kini bergelar seorang pemandu teksi.

Hari ini saya sedikit hangin. Kenapa? Selain dari sebab pendapatan yang agak kureeengg; well, biasa laa tu kekadang masyuk, kekadang balik modal je, kekadang rugi langsung. Juga hujan yang turun sebaik sahaja lepas saya basuh keter; ehh, hujan tu kan rahmat. Takpe, takpe, boleh lap balik. Mungkin jugak sebab ada bangla yang naik teksi saya dok pakai kasut kerja walaupun sikit punya hensem dengan kemeja; habis karpet alas kaki saya yang baru di vakum tu melekat dek tanah liat. Mungkin jugak sebab seluar kedua saya pun dah berlubang dek kena abu rokok; untuk makluman saya cuma ada dua pasang seluar kerja sahaja. Misekin, kan? Ataupun sebab dua kali siku saya tersadung meja; ini tangan adalah aset penting bagi seorang pemandu teksi tau. Ada kemungkinan jugak sebab saya tak cukup tidur semalam tapi awal-awal pagi tadi dah siap ada booking pulak, kena bangun awal; saya biasanya lebih pentingkan tidur dari kerja, bukan sebab malas, sebab isu keselamatan kan (kah kah, alasan) tapi sebab yang booking tu anak gades, haruslah anda paham kenapa saya rajin nak bangun pagi.

Baik, kesemua itu adalah adat resam kehidupan. Tidak kira apa saja profesion anda sekalipun, pasti ada masanya anda bertemu dengan hari-hari yang kurang menyenangkan. But life must go on, senyuman harus perlu sentiasa diukir kalaupun sekiranya mood dah hilang sama sekali.

Namun satu je yang aku susah sikit nak bertoleransi; kebangangan manusia yang tidak dapat diubati.

Hari neh aku dapat satu customer foreigner kat tepi jalan. Tak perlulah cerita bangsa apa or dari negeri mana. Itu bukan isunya. Isunya adalah mentaliti individu itu sendiri.

Untuk rekod, teksi saya adalah teksi yang menggunakan meter. Sebab kalau saya tak menggunakan meter, pastu pergi tulis pulak kat blog public neh, ada pulak insan berkenaan yang terbaca kang, sesaja je terkena. Keh keh.

Jadi, kisahnya, customer pun setuju pakai meter, saya pun setuju nak hantar, maka sampailah kami ke destinasi.



Saya : So, the total charge plus with the toll is bla bla bla…

Hamba Allah : What’s with the toll charge?

Saya : Because actually the passenger have to pay for the toll charge. (time neh dia dah start buat muka)

Hamba Allah : What’s up with that? I mean it’s part of your job right? Why you need to make the passenger paying for that?

Saya : You have to understand that the meter only calculate our journey distance, not with the extra expenses we have to pay. I mean if you wish to use the toll-free road, I will gladly bring you there but you still have to pay the extra kilometers which amounts to almost the same, plus it will take us longer time to arrive. (explain pelan-pelan nak bagi paham sambil senyum)

Hamba Allah : I understand that, but I don’t think it’s fair for the passenger. (ingat pakai meter tu sebenarnya fair ke untuk cost of living dengan modal pemandu teksi neh semua? Dengan saingannya lagi. Kitorang dok bertahan je jugak sama macam pekerja-pekerja sektor lain yang kais pagi makan pagi tau)

Saya : What can I say? I didn’t make the rules. (nak cepatkan masa nak tamatkan debat)

Hamba Allah : But this particular rule is what I don’t like about Malaysian cab. (aku paham kalo orang tak suka jenis pemandu teksi yang potong harga, bawak teksi macam orang gila, tak jaga kebersihan, atau memilih sesetengah tempat je baru nak hantar, tapi kalau nak pertikaikan pemandu yang actually charge by meter, aku rasa melampau laa tu kan)

Saya : I don’t like to pay for my food also, but I still need to eat, right?



Maka dia pun bayar dan blah.

The funny thing is, tol dia sebenarnya cuma 50 sen je. Dan meter dia pulak, hujung dia ada 70 sen. Aku cuma nak genapkan meter dia so aku tambah laa 30 sen dengan alasan untuk duit tol supaya customer tak perlu susah-susah nak sediakan syiling untuk aku. Dah siap dapat diskaun 20 sen lagi tu, nak berdebat macam laa kena ketuk 200 hengget.

Customer is always right, aku paham. Dan aku pun play by the rules. Segala karenah yang aku boleh layan, aku akan cuba jugak layan. Kalau setakat nak bawak luggage customer ke tingkat satu pun aku gagah lagi. Nak explanation panjang lebar walaupun english aku berterabur, aku buat-buat selamba je lagi. Customer takde duit kecik or tak cukup bajet, nak mintak diskaun, aku bertimbangrasa lagi. But, on my worst day, jangan laa nak expect aku nak bertoleransi dengan orang yang jenis tak paham bahasa neh kan. Haa…

Pastu mula laa tu nak bising kata pemandu teksi Malaysia biadap dan kurang ajar. Apeee pun tak boleh…

28.1.12

KELASSSSSS KAU, MARTOPO!

Pagi tadi ada yang mengutarakan hujah di Twitter. Eh jap, macam laa twitter tu tempat ilmiah pulak. Aku rasa wall facebook lagi banyak informasi berguna kot. Wahaha, selamba je mengutuk twitter. Mementang laa aku jeles dengan mereka-mereka yang dah ada beribu tweet sedangkan aku baru ada 100 lebih cuma.

Eh, lari topik lak. Begini, ada yang mengatakan tidak berpuashati dengan sistem pengkelasan yang berlaku di sekolah mereka di mana golongan budak-budak pandai ditempatkan dalam satu kelas diasingkan dengan mereka yang, ehem, kurang pandai dan grade failing.

Selaku seorang yang berjaya jugak menghabiskan pelajaran sampai tahap SPM (wargh kah kah kah!) aku tidak dapat tidak untuk mengulas isu ini serba sedikit sebab aku juga pernah menjadi sebahagian dari sistem pengkelasan tersebut.

Bukak sikit sejarah pasal aku, dulu ramai yang kata aku neh pandai. Walaupun sebenarnya tidak. Aku ini average sahaja kalaulah tidak pun pandir tahap gaban. Buktinya, hanya perlukan tempoh kurang 5 minit sahaja untuk seorang yang berintelektual bersembang dengan aku sebelum terlintas di fikiran mereka, “laa, bangang jugak mamat bernama Ajai neh rupanya. Harap muka je hensem.” :)

Mungkin pujian yang tidak berasas itu (pujian yang mengatakan aku neh pandai tau; pujian yang mengatakan aku hensem tu adalah fakta, sila jangan dok pertikai lagi dah) datangnya dari sifat berlagak pandai dan bodoh sombong yang aku miliki. Mungkin. Mungkin juga sebab aku suka berkawan dengan orang-orang pandai sebab aku curious macam mana dorang boleh jadi pandai sebegitu dan macam mana juga dorang boleh handle kepandaian dorang dengan stress untuk mengekalkan reputasi pandai itu sendiri dalam dunia yang serba mencabar ini. Cewah, ayat.

Sebagai contohnya, bila ada orang pandai berkata kat aku “tahukah kamu bahawa matahari itu adalah sebutir bintang?” Aku jawab, “ohh, tahuuu… macam bintang-bintang lain kat langit kan bersinar. Matahari pun mengeluarkan cahaya dia sendiri jugak. So masuk akal laa kalau matahari tu dikatakan bintang.” Padahal sebenarnya aku tatau pape. Teknik ini dipanggil sebagai deduktif, yakni membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pengetahuan yang ada. Kadang-kadang teknik ini berjaya.Kadang-kadang boleh memakan diri bila kita main hentam je sesuatu topik.

Baik, back to the point. Gila jauh menyimpang dah neh. Sistem pengkelasan yang aku sebut di atas diamalkan secara intensif ketika zaman aku sekolah dulu. Ketika aku bersekolah di KL, aku cuma seorang pelajar average yang kadang-kadang dapat nombor 12 dan kadang-kadang dapat nombor 20 pulak tuh. Bergantung kepada soalan ujian yang keluar. Yang aku tau jawapannya, aku jawab laa. Yang aku tatau? Main hentam je laa, apa lagi.

Bila berpindah ke Pahang, secara tiba-tiba aku menjadi top 5 dalam kelas. Walhal teknik pembelajaran aku tetap serupa, yakni belajar ikut suka aku je. Namun bila kau perform well kat school walaupun hakikatnya kau sebenarnya average, secara tiba-tiba kau akan diterapkan dalam kelas budak pandai atau budak yang berpotensi untuk skor UPSR. Apakah kelebihan berada dalam kelas ini? Aku pernah ceritakan satu ketika dulu dalam siri entri-entri yang lepas, malas aku nak repeat balik. Cuma korang sendiri renungkan laa, untuk seorang budak yang resminya cuma datang sekolah purata dua hari seminggu macam aku, logik ke dapat skor masa exam akhir tahun? Tak logik kan?

So, level kepandaian aku masa kat sekolah rendah sebenarnya bergantung pada kelas yang aku duduk itu sendiri. Teknik-teknik latihan tubi yang diperkenalkan amat membantu seseorang yang sepatutnya tercicir macam aku untuk catch-up balik pembelajaran yang aku pernah tertinggal dalam kelas. Mungkin inilah isu yang dikemukakan si peng-tweeter tersebut. Bila mana kelas budak-budak pandai ini diberi perhatian yang lebih khusus oleh pihak sekolah untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang berminda kritis dan kreatif.

Bagi aku,setiap benda sudah tentu laa ada pro dan kontranya, bukan? Mana laa ada benda perfect dalam dunia neh. Dari segi pronya, aku faham kenapa sistem pengkelasan ini diperlukan oleh pihak sekolah atau agensi pendidikan. Amat penting sekali untuk memberi keselesaan pada guru-guru yang mengajar supaya dapat mengajar dalam keadaan lancar dan fast-pace bila mengajar budak-budak pandai kerana produktiviti dapat dipertingkatkan menerusi masa yang singkat. Bayangkan bila seorang guru terpaksa memperlahankan rentak pengajarannya kerana masih kedapatan beberapa pelajar lembam yang tidak memahami sesuatu syllabus itu seperti aku. Jika satu kelas terpaksa bertahan dengan karenah kelembaman aku, bagi aku ia adalah tidak adil untuk pelajar-pelajar lain yang dahagakan ilmu semaksimum mungkin yang mereka perlukan. Kerana itulah sistem pengkelasan ini wujud.

Disebabkan aku bukanlah orang paling sesuai untuk menentukan relevan sesuatu isu dengan hanya berdasarkan ukuran pro dan kontranya, baiklah aku serahkan saja dasar pendidikan negara kepada pakar-pakar yang ada. Yang aku nak kemukakan di sini adalah lebih kepada sikap atau attitude.

Dahulu, mereka-mereka yang lebih senior dari aku seringkali mengeluarkan nasihat sebegini, “kau kalau nak jadi pandai, kau kena berkawan dan bercampur gaul dengan orang yang pandai jugak,” kata mereka. Mungkin aku juga pernah mendengar nasihat serupa di ceramah-ceramah motivasi baik di kaca TV atau di mana-mana sekalipun. Aku terfikir, kalau aku sendiri boleh mengenepikan kawan-kawan aku yang tak berapa pandai sebab aku nak jadi pandai, maka apakah jaminannya orang-orang yang dah memang sedia pandai itu nak berkawan pulak dengan aku? Sudah tentu mereka sendiri akan mencarik orang yang lebih pandai dari mereka untuk dibuat kawan. Kan ke dah paradoks kat situ. Kalau hujahannya adalah berkawan dengan orang tidak pandai akan menjadikan kita juga tidak pandai, maka tiada siapa laa nak berkawan dengan sesiapa sebab semua manusia memang sifatnya dilahirkan dengan kebodohan sebenarnya. Mana ada yang lahir-lahir je dah terus terer dengan teorem phitagoras bagai?

So, aku rasa, masyarakat yang kita perlu lahirkan dan zahirkan adalah masyarakat yang tidak kedekut ilmu. Aku pernah jumpa pesen-pesen manusia yang bergelar genius, berlagak dengan kegeniusan mereka sambil mengatakan kat aku “susah aku nak cakap kat ko neh Jai, ko takkan paham punya.” Aku rasa macam nak sembelih je buat sup. Haha. Kalau dah terangkan tapi aku still tak faham maka dibolehkan laa untuk mengeji sifat bangang aku neh sedemikian rupa. Tapi apa-apa hal try laa dulu beb. Ada subjek yang aku minat dan cepat faham (lihat buku sains tingkatan 3 bab 1 syllabus tahun 2000, keh keh keh) dan ada jugak subjek yang ko terangkan dalam bentuk 10,000 metafora pun belum tentu aku boleh tangkap.

Yang penting kita tak boleh kedekut ilmu. Jika ada yang bertanya, jawab, kongsi dan harapkan yang terbaik. Seorang mat rempit di peringkat sekolah pun contohnya boleh menurunkan ilmu penjagaan motor yang baik kepada seseorang yang bukan mat rempit walaupun mat rempit itu tadi datang sekolah hanya bertujuan untuk mengepau rokok dan mengenyit mata kat gadis-gadis freshie kat sekolah tersebut. Ilmu itu tidak harus disimpan sebagai hak milik kamu sahaja biarpun satu dunia mengatakan kamu adalah bodoh dan sebagainya.

Aku pun selalu mengutuk orang tapi itu tidak bermakna aku mahu dia nyah dari dunia ini atau diapa-apakan. Mengutuk itu adalah statement yang sepatutnya tidak berbahaya. Sementara belajar untuk memandaikan diri itu pulak adalah effort yang memerlukan iltizam yang tinggi. Jadi jangan persoalkan sangat si pengutuk, persoalkan apa effort yang kita lakukan untuk cuba menjadi orang yang pandai di kemudian hari kelak.

Insya-Allah, secebis pun ilmu yang kita kongsi, jika dapat dicambah menjadi tunjang yang baik-baik belaka, segala usaha kita itu akan diberkati dan memudahkan urusan kita di kemudian hari. Sebagai contoh, seorang guru yang mungkin takde bakat nak jadi doktor, tapi bila dia challenge anak murid dia untuk berusaha menjadi doktor dan menghafal segenap segi sistem biologikal manusia, mungkin anak murid yang sama ini akan menyelamatkan nyawanya kelak bila cikgu tu dah tua dan sakit masuk ke hospital. Kadang-kadang jasa kita kat dunia neh tuhan bayar cash jugak kat kita. :)

Heh.

16.1.12

KES KLOS'D

Aku mempunyai alasan tersendiri kenapa aku lebih bahagia jika melihat orang lain bahagia. :)

Kes ditutup. Tanak jiwa dikacau-kacau lagi dah. Selama neh bukannya aku tak happy pun kan? Apa lagi yang aku nak mintak? Hidup tak boleh tamak. Enjoy the little things around us.

Kembali kepada target asal iaitu aku nak bernikah pada tahun 2020 ketika di usia 35 nanti. Kah kah! Okeh, kidding. Benda-benda neh takleh di-target sangat dan sebagainya sebab ia adalah ketentuan Allah. Kot-kot ajal aku besok, aku kena terima Qada' dan Qadar-Nya mati bujang trang tang tang. =))

Selalu aku bagi nasihat kat orang, "sesungguhnya hanya kerana demi masa, kita semua dalam kerugian," tapi bagi aku yang lebih penting adalah kebahagiaan hakiki. Kita kena sedar diri, sedar akan masa yang berjalan di sekeliling kita, sedar akan tujuan kenapa kita di sini. Insya-Allah, jika pegangan kita kuat, segalanya akan berjalan dalam arus gejolak yang selesa.

Lagipun, yang paling utama dalam hidup aku sekarang neh adalah mak. Lain-lain, tak ada pun takpe. Kalau ada, lebih bahagia. :D

Cuma, aku pun tau yang aku tak boleh mintak lebih-lebih. Sebab kekurangan aku pun panjang berjela. Keh keh.

Akhir kata, hidup bukan sekadar untuk hidup. Hidup perlu ada makna. Peace yo!!!

1.8.11

BLOG GOAL BERSIRI

Entri terakhir saya bertajuk A.B.A.H : Dari Azraii Bin Abdul Hamid Untuk Abahnya.

Terlalu melankoli saat itu sehingga saya hanya berjaya menyiapkan lebih kurang 20% sebelum ia di-scrap-kan. Pada masa itu, saya memikirkan apa sahaja boleh berlaku pada bila-bila masa di waktu itu maka usahlah saya cuba menguji sejauh mana kemampuan saya untuk menghasilkan entri epik sebegitu. (Cewah, epik? Poyo!)

Kini dah hampir seratus hari berlalu. Nampak saya seakan lebih selesa menggunakan micro-blogging walaupun saya tak ada twitter. (Heyyy, update status kat FB lima minit sekali pun boleh dianggap micro-blog hape!)

Pelbagai peristiwa, dari pengalaman memotong rambut kesayangan, Bersih 2.0, bolasepak dan berbagai lagi yang bermain di persekitaran saya menyediakan input yang mencukupi untuk saya sekurang-kurangnya menghasilkan entri bersaiz 50 muka.

Memang, semenjak setahun kebelakangan pun memang volume entri saya kelihatan hidup segan, mati tak mau jugak kan? Ahh… itu bukan persoalannya. Persoalannya saya sepatutnya sudah berada di landasan terbaik untuk memulakan kembali projek bebelan saya seperti dahulu kala.

Mengambil kira kedatangan musim Ramadhan yang baru kali ini yang acapkali memaksa saya banyak merenung dan menjustifikasikan aspek kendiri di pagi hari mungkin boleh menjadi pemangkin kepada pengisian berguna dalam blog saya bagi pasca era seterusnya. Atau mungkin jugak saya neh sebenarnya seorang yang memang suka melawan arus dengan memperbanyakkan umpatan di blog sewaktu bulan puasa. :P Ada relevannyakah kenapa saya pilih masa sekarang untuk restart/reboot balik? Apakah saya telah mengumpul material-material padat untuk saya jadikan keypoint yang boleh dibuat isu perbincangan? Tidak. Saya sememangnya sejenis makhluk yang suka buat sesuatu perkara berdasarkan impuls.

Ini adalah intro. Intro versi yang entah ke berapa. Jadi malaslah saya nak memilih tema tajuk yang boleh saya paksikan di sini. Cukuplah sekadar dapat dijadikan pengkhabaran bagi sesiapa yang terbaca dan ada terminat pula untuk terus membaca.

Rasa macam tak sabar pula mahu membuka pekung di dada saya yang seksi ini.

1.3.11

:|

Wow, dah dua bulan tak membebel rupanya.




21.12.10

I SUKA PAKAI PAD

Hah, mula laa tu. Mula laa nak mencanang mulut menyebarkan kontroversi tuh. :P

Sebenarnya ramai dah boleh menjangka yang aku nak cerita pasal iPad. Kan? Kan?

Sebelum aku bercerita mengenai iPad, aku nak clearkan persoalan dalam kepala hotak anda tuh. Tidak, saya BELUM lagi memiliki iPad. Maka jangan risau. Tiada siapa yang boleh jeles dengan saya sementelah saya pun tak mampu seperti anda, anda dan anda juga.

Lagipun, kerja aku neh bukannya ada bonus akhir tahun macam sesetengah pihak tu. Kalau tidak, nak jugak aku planning angkat sebijik, ye dak?

Sebelum mengulas dengan lebih lanjut (panjang benor mukadimahnya) tak lengkap rasanya kalau aku tak menyentuh sedikit mengenai iPhone sebab dua menatang neh adik beradik je (tak termasuk adik tiri dorang iaitu iPod Touch).

Aku… benci… iPhone. Telahpun aku perjelaskan dalam entri ini. Secara asasnya, kalau aku dapat hadiah iPhone 4 sebijik pun akan aku usaha untuk tolak kepada mereka-mereka yang berkeinginan lalu aku trade-in dengan dua bijik smartphone Android serta Window Mobile.

Bukannya bermaksud aku tak puas hati dengan teknologi dorang cuma aku merasakan valuenya overrated. Dan jugak beberapa sebab yang lain. Korang cek je lah entri tak lapuk dek hujan aku tuh (melainkan kalau korang online dalam hujan, mungkin akan berkulapuk jugak kot). Haha. Malas nak repeat taip banyak kali.

Berbalik kepada iPad. Aku pernah pegang sekali je. iPad 16GB. Kawan punya. Itupun dia dapat menang cabutan bertuah masa dinner apa entah. Perasaannya memang mengujakan seumpama memegang iPhone buat kali pertama. Memang sebijik pun cuma dalam versi lebih super-sized. Paparannya boleh di-rotate 360 darjah. Boleh zoom in zoom out pakai jari. Main game bla bla bla dan sebagainya. Basically aku rasa menjelang akhir tahun 2010 neh rata-rata dari kita sudahpun tahu fungsi iPad dan cara menggunakannya. Jika tak pernah bersua bertentang muka pun, sekurang-kurangnya ada yang telah menonton video-video tutorial penuh menganjeng di seantero youtube.

Namun, jika aku mengatakan aku tak suka iPhone, mengapa aku boleh kata aku suka iPad pulak? Haa, di sini laa perbedaannya. Walaupun aku suka berangan tinggi melangit, namun gadget-gadget yang aku mengidam nak beli kebiasaannya praktikal bagi aku. Bila aku cakap praktikal bukanlah bermaksud aku mencipta seribu satu alasan supaya aku boleh merelevankan keinginanku yang tidak bertempat itu. Bagi aku semudahnya begini; ukurlah baju di badan sendiri namun jangan putus asa untuk terus bermimpi. Nak pasang angan-angan pun biar yang masuk akal dan sesuai dengan diri. Kalau kita terus-terusan berpijak di bumi nyata sentiasa pun maka tak akan terciptalah kapal terobang kat dunia neh. Kan? Kan?

Baiklah. Apa perbezaan sebenar iPad dan iPhone? Pertama, ia bersaiz besar. Maka valuenya berpadanan dengan ongkos yang perlu dikeluarkan. Memang satu ketika dulu heboh diberitakan bahawa pengeluar handphone sedaya upaya menghasilkan handphone terkecil di dunia. Lebih kecil lebih mahal harganya. Tapi apa sudah jadi? Mereka menyedari dengan mengecilkan ruang kapasiti tidak bererti ia mampu menampung teknologi yang memuaskan hati. Jadi mereka kembali melihat pada resmi berlian. Berlian, tidak kira apa pun perbezaannya, semakin besar semakin mahal laa harganya. Kerana ia memberi kepuasan kepada pemilik untuk menayang di sini sana.

Di sini lah konsep kepraktikalitian (ada ke perkataan neh?) iPad. Dengan skrin yang sebesar itu, pengguna akan lebih berpuas hati bila melayari internet, menonton movie hatta bermain game sekalipun. Ketiga-tiga medium hiburan ini, jika digunakan di rumah, kebiasaannya pengguna sememangnya akan lebih puas hati sekiranya dapat menggunakan skrin besar berpuluh-puluh inci.

Cuma konsep yang ingin dibawa oleh Apple ini adalah mobility. iPhone terkenal kerana ia adalah sebuah handphone – yang sudah semestinya mobile. Tetapi masih ada pengguna yang teralih arah kepada netbook dan laptop kerana ia membawa konsep yang sama tetapi kepuasan yang lebih. Maka pihak Apple memutuskan untuk menginjek steroid terhadap teknologi iPhone itu tadi. Stended laa, Amarika!

Ia ternyata tampak lebih hebat kerana dibandingkan dengan netbook atau laptop, iPad masih kekal menjimatkan begitu banyak ruang untuk mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana. Seumpama membawa sebuah buku nota sahaja.

Dan ia amat praktikal bagi diri aku sebab aku suka buat ketiga-tiga benda itu (internet, movie, gaming) di merata-rata tempat aku bekerja. Tambahan pulak laptop aku sememangnya dah jahanam skrin, adalah satu membebankan kalau nak mengusung monitor komputer ke hulu ke hilir pulak dah.

Maka akan ada laa pihak-pihak yang terangkat kening memikirkan kemampuan aku untuk memiliki iPad. Ya, sememangnya aku begitu teliti dalam menggunakan frasa ‘ukur baju di badan sendiri’ kerana aku faham kalau skrin laptop pun tak mampu nak repair apa kejadahnya berhajat nak beli iPad?

Di sini aku memandang kembali sudut value for money dan praktikaliti. iPad yang paling murah berharga lebih kurang RM1600 tanpa 3G dan memori berkapasiti 16GB. Pertamanya, perlukah 3G? Aku sudah ada modem P1 lengkap dengan wireless connection jadi mengapa aku nak membebani diri melanggan 3G connection dari telco-telco lain pulak? Malahan ada banyak lagi wifi lain disediakan secara percuma yang aku boleh tumpang sekaki setakat nak on facebook atau menelaah wikipedia.

Bagaimana pula dengan kapasiti memori? Well sememangnya aku kalau boleh memang nak tamak mengidamkan 64GB yang berharga sekitar RM2200 itu tapi bila difikirkan semula, aku sudah ada laptop 250GB dan external hard disc 320GB. Secara logiknya memang jumlah ini akan kelihatan kecil di masa hadapan namun kalau aku nak mengejar kapasiti tertinggi maka aku akan terpaksa trade-in iPad setahun atau dua tahun sekali sebab Apple neh memang tamakkan duit pengguna jadi kapasiti ini akan bertambah setiap tahun. Tu belum kira version hitu version hini lagi.

Sedangkan kalau dengan hanya 16GB atau 32GB sudah cukup untuk merparking file-file sementara yang aku nak gunakan on-the-go, sementara penyetoran data (wahhh, ayat) bolehlah dilakukan di laptop. Tak cukup space jugak, kelak rembat laa hard disk baru. Muahahaha. Kerja leceh sikit, tapi jimat duit dan praktikal serta mampu milik dengan pendapatan aku. :P

Namun memikirkan semula nilai RM1600 (atau RM1900 untuk 32GB) tetap merupakanjumlah yang besar bagi aku. Sedangkan aku nak beli henset RM1200 hari tu pun rasa macam nak terjun bangunan je. Itupun keputusan diambil selepas jenuh berbulan-bulan bermuhasabah diri untuk menetapkan pendirian. Nak tunggu lagi berbulan-bulan sebelum aku angkat iPad kelak makin pudar laa keterujaan ini bila teknologi mereka silih berganti nanti.

Maka sekali lagi, terpaksa laa aku mengangan-angankannya sahaja dahulu buat masa ini. Tengok laa tahun depan rezeki aku macam mana.

Haih~ kalau laa aku ada bonus hujung tahun enam bulan gaji, kan ke best? :P

Tengah dalam dok berangan-angan, Cik Puteri Kura-Kura kita pulak mewar-warkan di fesbuk beliau contest untuk menang iPad. Contest dia tak ada laa susah sangat. Simple tapi remeh. Maknanya semua orang ada peluang nak menang tapi tak semua boleh menang. Memang adat contest laa tu namanya kan. Keh keh.

Jadi entri ini dihasilkan untuk membujuk rayu Cik Puteri kita tadi untuk joinkan contest neh bagi pihak aku. Kalau kita menang kita kerat dua laa iPad tu Intan. Kau separuh aku separuh. Wakakaka… Cam haram je suggestion.

Nah, video untuk sesiapa yang kalau ada masih tertanya-tanya apa seronoknya melayari internet menggunakan iPad. Bab movie dan gaming tu korang boleh bayangkan sendiri je laa ye. Ngeh ngeh.



12.10.10

TAHUKAH ANDA?

Terdapat dua jenis sindrom penyakit yang dikesan dihidapi 2 atau 3 orang dalam 2000 manusia (mengikut kajian yang entah boleh percaya atau tak) dalam kelompok ‘sleep disorder’ atau masalah tidur. Dua sindrom tersebut diberi nama:


Delayed sleep phase syndrome

dan;

Non-24-hour sleep-wake syndrome (bunyi macam kelakar dan direka-reka, tapi ia berdaftar di bawah Diseases of the Nervous System yang diperakui WHO)

Memandangkan tajuk sindrom-sindrom di atas sudah di-link-kan ke pautan laman Wikipedia yang berkaitan, maka sila laa klik kalau nak baca artikel tu dengan lebih lanjut ye.

Untuk entri aku neh, aku cuma nak quote beberapa perenggan artikel tersebut untuk tujuan analisis dari perspektif diri aku sendiri.

Sepatutnya aku nak kemukakan satu jenis sindrom je, tapi kedua-dua sindrom di atas ada berkaitan dengan Circadian rhythm sleep disorders – masalah berkaitan jam biologi dalam badan (bersama juga dengan dua sindrom yang lain bernama Advanced sleep phase syndrome dan Irregular sleep-wake rhythm tapi takde kaitan dengan entri ini, harap maklum).

Untuk Delayed sleep phase syndrome atau ringkasnya DSPS, pesakit digambarkan mempunyai keperluan waktu tidur yang normal dan boleh tidur nyenyak tanpa sebarang gangguan.


“Therefore, they find it very difficult to wake up in time for a typical school or work day. If, however, they are allowed to follow their own schedules, e.g. sleeping from 4 a.m. to noon, they sleep soundly, awaken spontaneously, and do not experience excessive daytime sleepiness. The syndrome usually develops in early childhood or adolescence. An adolescent version disappears in adolescence or early adulthood; otherwise DSPS is a lifelong condition. However, as few doctors are aware of it, it often goes untreated or is treated inappropriately; DSPS is often misdiagnosed as primary insomnia or as a psychiatric condition.”


Satu masalah yang aku hadapi, kalau aku cuba-cuba nak kaitkan diri aku dengan sindrom ini, aku tak dapat kesan titik masa bilamana aku mula develop penyakit ini. Seingat aku semenjak aku tadika lagi aku sering mengalami masalah berguling-guling di tempat tidur sampai ke pagi buta baru dapat melelapkan mata. Bila sesuatu penyakit itu tiada katalis atau punca, aku merasakan samada ia bukan penyakit, ataupun ia sebenarnya penyakit yang tiada penawar.


“The ICSD (page 128-133) diagnostic criteria for delayed sleep-phase syndrome are:

1.   There is an intractable delay in the phase of the major sleep period in relation to the desired clock time, as evidenced by a chronic or recurrent complaint of inability to fall asleep at a desired conventional clock time together with the inability to awaken at a desired and socially acceptable time.
2.   When not required to maintain a strict schedule, patients will exhibit normal sleep quality and duration for their age and maintain a delayed, but stable, phase of entrainment to local time.
3.   Patients have little or no reported difficulty in maintaining sleep once sleep has begun.
4.   Patients have a relatively severe to absolute inability to advance the sleep phase to earlier hours by enforcing conventional sleep and wake times.
5.   Sleep-wake logs and/or actigraphy monitoring for at least two weeks document a consistent habitual pattern of sleep onsets, usually later than 2 a.m., and lengthy sleeps.
6.   Occasional noncircadian days may occur (i.e., sleep is "skipped" for an entire day and night plus some portion of the following day), followed by a sleep period lasting 12 to 18 hours.
7.   The symptoms do not meet the criteria for any other sleep disorder causing inability to initiate sleep or excessive sleepiness.”


Aku tertarik dengan diagnosis “inability to fall asleep at a desired conventional clock time together with the inability to awaken at a desired and socially acceptable time.” kerana aku rasa inilah tunjang utama dalam menggambarkan masalah yang aku hadapi sekian lama neh. Tapi harus juga diambil kira beberapa ciri yang lain seperti point 2, 3 dan 4 tetap jugak berlaku seadanya.




“Attempting to force oneself onto daytime society's schedule with DSPS has been compared to constantly living with 6 hours of jet lag; the disorder has, in fact, been referred to as "social jet lag". People with DSPS can be called extreme night owls. They feel most alert and say they function best and are most creative in the evening and at night. DSPS patients cannot simply force themselves to sleep early. They may toss and turn for hours in bed, and sometimes not sleep at all, before reporting to work or school. Less extreme and more flexible night owls, and indeed morning larks, are within the normal chronotype spectrum.”


Artikel tersebut juga menerangkan kebiasaannya penghidap penyakit ini telah mencuba pelbagai cara sebelum mendapatkan rawatan dengan cara seperti “sleep at earlier times may include maintaining proper sleep hygiene, relaxation techniques, early bedtimes, hypnosis, alcohol, sleeping pills, dull reading, and home remedies.” Aku takde laa nak kata aku dah cuba kesemua cara neh tapi kebanyakannya seperti membaca, melayan mp3 lagu-lagu syahdu dan mendapatkan tempat tidur (atau posisi) yang selesa dah pun aku buat. Yang aku perasan adalah aku lebih mudah untuk ‘baring dan lelap’ jika aku menonton TV atau movie. Masa aku ada Astro pakej Movie Channel satu ketika dulu, aku sering dimarahi kerana TV terpasang tapi takde sape nak tengok sedangkan aku terbungkang melayan tidur. Semenjak aku ada komputer dan laptop aku lebih prefer melayan movie sorang-sorang dalam bilik sampai aku terlena. Tapi ia juga menimbulkan masalah apabila komputer aku jahanam dek kapasitor-kapasitor kat motherboard aku kembang akibat kepanasan terlampau. Malah, skrin laptop aku juga mula jahanam setelah laptop aku terpasang selama dua hari berturut-turut. Isk isk. Rasa cam nak nangeh je bila dikenang-kenang balik.


“People with the disorder who try to live on a normal schedule have difficulty falling asleep and difficulty waking because their biological clocks are not in phase with that schedule. Normal people who do not adjust well to working a night shift have similar symptoms (diagnosed as shift-work sleep disorder, SWSD). There have been a few cases of DSPS developing into non-24-hour sleep-wake syndrome, a more severe and debilitating disorder in which the individual sleeps later each day. It has been suggested that, instead of (or perhaps in addition to) a reduced reaction to light in the morning, an abnormal over-sensitivity to light in the late evening might contribute to the odd non-circadian pattern.”

“Adaptation to late sleeping times : Working the evening or night shift, or working at home, makes DSPS less of an obstacle for some. Many of these people do not describe their pattern as a "disorder". DSPS-friendly careers can include security work, work in theater, the entertainment industry, hospitality work in restaurants, hotels or bars, call center work, nursing, taxi or truck driving, the media, and freelance writing, translation, IT work, or medical transcription.”


Ada yang tahu, ada juga yang tak tahu, bahawa aku bukanlah gemarkan sangat kerja sebagai security guard. Aku percaya aku boleh menyumbang lebih - jika tidak pun banyak - kepada masyarakat dan keluarga aku sendiri. Ada banyak kerja yang aku dah pernah cuba sebelum ni, dan kebanyakannya aku boleh lakukan. Memanglah ada satu atau dua perkara yang terhad, seperti kerja di tempat yang tinggi (aku gayat) atau kerja di bawah air (aku tak reti berenang) dan jugak aku mungkin tak mampu jadi angkasawan negara (gabungan gayat dan tak reti berenang. :P) tapi banyak lagi kerja lain yang aku boleh lakukan. Dan aku dah buktikan pada diri aku sendiri bagaimana aku berjaya menyiapkan kerja-kerja tersebut. Tapi…


“Some people with the disorder are unable to adapt to earlier sleeping times, even after many years of treatment. Sleep researchers have proposed that the existence of untreatable cases of DSPS be formally recognized as a "sleep-wake schedule disorder disability". Rehabilitation for DSPS patients includes acceptance of the condition, and choosing a career that allows late sleeping times, or running their own home business because it allows flexible hours. In a few schools and universities, students with DSPS have been able to arrange to take exams at times of day when their concentration levels may be good. Patients suffering from SWSD disability should be encouraged to accept the fact that they suffer from a permanent disability, and that their quality of life can only be improved if they are willing to undergo rehabilitation. It is imperative that physicians recognize the medical condition of SWSD disability in their patients and bring it to the notice of the public institutions responsible for vocational and social rehabilitation. In the United States, the Americans with Disabilities Act require that employers accommodate employees with sleeping disorders by providing appropriate accommodations. In the case of DSPS, this requires that the employer accommodate later working hours for jobs normally performed on a "9-to-5" work schedule.”


Aku bukanlah nak mengatakan yang aku menghidap penyakit ini. Dan penghasilan entri ini adalah bertujuan sebagai proses pemulihan kepala hotak aku yang tak berapa betul semenjak dua menjak ini. Ia lebih kepada usaha untuk mencari kebarangkalian kepada punca masalah aku yang sebenar supaya aku boleh lihat hala tuju akan langkah seterusnya yang aku boleh/perlu ambil.


“Impact of patients: Lack of public awareness of the disorder contributes to the difficulties experienced by DSPS patients, who are commonly stereotyped as undisciplined or lazy. Parents may be chastised for not giving their children acceptable sleep patterns and schools and workplaces rarely tolerate chronically late, absent, or sleepy students and workers, failing to see them as having a chronic illness.”


Tanpa menganggap aku ada sebarang kaitan dengan penyakit ini atau tidak, satu perkara yang aku pasti adalah aku bukanlah pemalas sangat seperti yang disangka. Ada aspek-aspek yang aku sangat rajin (tak percaya sila laa rujuk arkib-arkib log ini. :P). Kemalasan itu sendiri bagi aku adalah sangat subjektif. Sesuatu rutin yang orang lain merasakan malas (sebagai contoh malas nak tukar channel sebab remote control hilang) mungkin tidak menjadi kemalasan bagi orang yang lain. Ia lebih kepada menjustifikasikan tindakan kita. Apakah natijah dan kelangsungan akan perbuatan kita itu? Adakah ia akan menyumbang sebarang bentuk kepuasan dalam diri – tidak kiralah sekiranya kita lakukan untuk kepentingan diri sendiri atau orang lain. Dalam kata mudah, adakah ia berbaloi?


“In the DSPS cases reported in the literature, about half of the patients have suffered from clinical depression or other psychological problems, about the same proportion as among patients with chronic insomnia. Vitamin D deficiency has been linked to depression. As it is a condition which comes from lack of exposure to sunlight, anyone who does not get enough sunlight exposure during the daylight hours could be at risk.”


Bercakap mengenai ‘sunlight’ pula, dalam kes Non-24-hour syndrome, lebih separuh pesakitnya dihidapi oleh orang buta. “At least one case of a sighted person developing Non-24 was preceded by head injury; another patient diagnosed with the disorder was later found to have a "large pituitary adenoma that involved the optic chiasma." Thus the problem appears to be neurological. Specifically, it is thought to involve abnormal functioning of the suprachiasmatic nucleus of the hypothalamus.” Ohh, macamlah aku paham pun dengan ayat neh.

Ia ada kaitan dengan daya sesnsitiviti terhadap cahaya. Satu lagi penemuan yang buat aku terangkat kening. Walaupun selalu aku menyatakan “aku neh spesis kelawar” dalam nada sinis, tapi sememangnya aku agak allergic dengan sinaran cahaya tak kiralah lampu atau matahari. Aku lebih suka bergelap – bukanlah kerana penglihatan aku menjadi lebih tajam tapi aku dapat memfokuskan terhadap perkara yang perlu sahaja. Dan mungkin jugak aku dah terbiasa berjaga malam keseorangan di rumah sambil buat hal aku sendiri, ada unsur ketenangan di situ dalam aku membuat aktiviti-aktiviti yang aku gemari. Aku tak terkejut jika aku sememangnya kekurangan vitamin D sekalipun.

Namun, sebenarnya bukanlah ultimatum yang aku cari. Selaku seorang yang agak pesimis dan skeptik kadangkala, aku bukanlah jenis orang yang mudah bersetuju dengan pendapat orang lain, tidak kira samada ia untuk kebaikan diri aku sendiri atau sebaliknya. Aku cuma… tidak mudah untuk berkata ‘ya’. Ia tidak mustahil pula untuk berlaku, malah seringkali aku lakukan cuma aku perlukan reasoning yang sangat kuat waima untuk mengaku bahawa aku menghidap penyakit ini sekalipun. Kerana ia agak signifikan bagi diri aku sendiri jika mahu mengatakan “aku perlu mendapatkan rawatan”. The thing is, aku seorang yang tak berharta dan tak berinsurans maka sikap optimism aku dalam isu ini terhad. Apatah lagi aku sendiri sudah tidak mempercayai kaedah rawatan alternatif. Aku tidak maksudkan bomoh atau sebagainya. Secara mudahnya bagi aku, rawatan paling mujarab adalah rawatan yang paling mahal dalam dunia. Anda perlu melabur untuk kekal sihat. Duit mungkin tidak boleh membeli cinta (hahah, ye la tuu…) tapi sangat membantu dalam kelangsungan kehidupan. Mungkin sebab itulah agama kita juga menyuruh kita mencari harta seolah kita akan hidup selamanya di samping beribadat seperti kita akan mati esok hari. Ia logik, ia seimbang dan ia masuk akal. Jika tidak, kita akan jadi orang hilang akal. Semudah itu sahaja.

Dan sebesar mana pun masalah aku, korang (yang berkenaan) tak perlu risau, sebagaimana aku juga tidak risau akan diri aku. Kerana in the end (bak kata Linkin Park), akulah yang bertanggungjawab akan segala permasalahan yang timbul dan aku akan cuba menyelesaikannya jua. Dan bila masanya tiba dan aku sudah bersedia, aku akan kembali menjadi seperti sediakala. It just a matter of time anyway. Dan, aku pun tidaklah memberi impak yang positif sangat dalam hidup kamu. Dan memetik kata-kata yang pernah aku ungkapkan dulu, “anggap saja – kalau aku ada takpe, kalau aku takde pun, takpe juga.”

10.8.10

KILLING ME SOFTLY WITH THIS MONTH





Puasa akan tiba siang esok, macam biasa.

It’s a very big day for all the muslims around the world. As big as it goes, it can be even bigger for me.

Memetik kata-kata seorang pujangga; “One thing at a time, bebeh!”

So let’s go.

Puasa rokok, sebulan – tanpa ada istilah bukak puasa atau bersahur. Am I berani enough for this?

Don’t even bother to ask those kind of question. Because I don’t have to prove it to you. I am my own worst enemy right now.

Cuma ingat satu perkara ini - aku seringkali bersendirian - maka aku ada peluang yang cukup banyak untuk menipu semua orang.

Jadi ikutilah nasihat Sheila On 7 : berhenti berharap.

Now or never? Well, I choose now.

Selamat berpuasa kalian semua hendaknya.

Macam biasa juga, edisi mencurik gambar kali ini datang dari link ini.

Gambo atas


Gambo bawah

Ribuan terima kasih diucapkan pada mereka walaupun aku curik tak mintak izin. Takpe, hari neh setan belum kena ikat lagi, so aku salahkan mereka je laa ye.






~OuT~

12.7.10

FINALLY…

Pernah dengar lagu Finally by Fergie? Sebuah lagu yang agak lari dari genre kebiasaan beliau. Tapi disebabkan suara beliau yang superbly delicious tu, maka dengan selamba gak aku boleh melayan lagu tersebut tanpa segan silu.

Aku tak pasti ia dimuatkan dalam album mana. Samada ia soundtrack sesebuah filem atau sebagainya - lagu yang berirama ala-ala muzik tema broadway itu kedengarannya seperti sebuah cover version (mungkin jugak) dari lagu lama. Ataupun mungkin aku yang sekadar terasa seperti déjà vu tak bertempat kot bila mendengar irama tersebut.

Apa-apa hal pun, itu bukanlah isi kandungan yang ingin aku ceritakan di sini. Aku ingin ceritakan rutin harian aku setiapkali aku baru lepas mandi, sikat rambut dan selisih dengan mak aku kat umah. Dengan penuh bergaya aku akan menanyakan soalan; “Mak, Atan nampak hensem kan hari neh?”

Dan secara rutinnya jugak mak aku akan menjawab, “Eleh, hensem lagi beruk yang bergayut kat pagar luar rumah tu.”

Secara rutinnya lagi sekali, aku akan membalas, “Mak neh pendengki betul. Dengan anak sendiri pun nak jeles lelebih.”

Namun semalam acara rutin tersebut telah dipecahkan tradisinya. Kali ini mak aku tidak cuba-cuba menyamakan aku dengan mana-mana spesis mawas dan/atau yang seangkatan dengannya bila menjawab soalan aku. Semalam, beliau cuma berkata, “Kalo hensem tapi takde orang nak pun tak guna jugak.”

Finally, mak aku mengakui juga akan kehenseman diri aku yang semulajadi ini. Tapinya…



Okeh, malas dah nak cerita hal keluarga rumahtangga tiang seribu neh. Kebetulan pula semalam Final Piala Dunia. Jadi ada baiknya aku membebel je pasal bola, sebab kalo nak disuruh main pun aku bukannya reti sangat.

Belanda menentang Sepang-Nyol. Seperti yang kita semua tahu, refree dari England itu sememangnya telah dibayar berjuta-juta supaya rajin memberi freekick dan kad kuning pada semua pemain semenjak awal minit ke 15 lagi. Eventually, someone will be sent off at the end of the day dan ‘pihak yang teraniaya’ itu tidak boleh banyak komplen kerana refree telah kelihatan seperti ‘adil’. Bijak, bukan?

Sudah, aku dah mula berbunyi seperti berdendam pula tak pasal-pasal. Padahal aku bukan penyokong Belanda pun. Seperti yang beberapa orang ketahui, aku ada 4 pasukan favourite dan 3 daripadanya telah tersingkir. Manakala pasukan keempat adalah Spain. Cuma aku memilih untuk tidak berpartisan pada Final kali ini. Jadi jangan tuduh aku berat sebelah dan bagai-bagai. Kah kah.

Martin Stekelenburg diuji seawal minit ke-5 permainan dan beraksi cemerlang menghadang bola yang aku percaya sepatutnya boleh menghasilkan gol. Berikutnya beliau dibantu beberapa pemain pertahanan dalam mengekalkan clean sheet termasuk menepis bola dari percubaan paling menarik oleh Francesc Fabregas.

Jika Stekelenburg tetiba begitu bermotivasi untuk beraksi cemerlang, Iker Casillas juga apa kurangnya. Robben memiliki 3 percubaan satu lawan satu dan ketiga-tiganya gagal menemui gawang hasil tindakan pantas Casillas yang cukup berpengalaman.

Di bahagian pertahanan pula, Belanda mempertaruhkan John Heitinga dan Mike Tyson (tak reti nak eja nama dia tapi itu laa panggilan dari commentator) berserta kapten tua Gio Van Bronckhorst untuk back-up defender. Heitinga menampilkan aksi mengagumkan seperti ketika aku mula-mula kenal corak permainan beliau di Ajax Amsterdam dulu. Mungkin Everton bukanlah pasukan yang baik untuk beliau beraksi pada tahap sebenar lantas menenggelamkan sedikit namanya beberapa tahun kebelakangan ini.

Mike Tyson pula (lagi sekali) nampak agak gemuruh, gopoh gapah dan gelojoh sedikit namun masih berjaya meletakkan dirinya di posisi yang tepat pada waktu yang sempat. Okeh, aku akan cuba mengurangkan cubaan untuk membuat ayat berirama lagi selepas ini.

Bronckhorst menampilkan pengalaman luas dalam mengawal pemain Sepang-Nyol yang sedang dalam mode menyerang dengan teknik kuisan mengeluarkan bola penuh skil. Seorang lagi pertahanan muda yang hebat menggelecek bola, Van Der Wiel ditugaskan untuk membantu long passing dan set piece untuk bahagian serangan.

Di bahagian Sepang-Nyol pula adanya Puyol dan Pique. Puyol adalah salah seorang centre back terbaik dunia. Ketika Robben menggunakan segenap peluang untuk memecut dan menggelecek beberapa pemain Sepang-Nyol dengan begitu bergaya, dengan mudah Puyol menjadi last man yang akan menafikan hantaran Robben itu.

Pique juga menunjukkan kematangan dari segi pertahanan untuk membantu Puyol sedaya upaya apa yang patut. Sergio Ramos seperti biasa dihantar jauh ke atas sehingga kadangkala kelihatan seperti wing forward manakala full back kiri Capdevilla lebih mendominasi bahagian midfielder.

Bahagian pertahanan bagi kedua-dua pasukan nampak beraksi dengan baik dan tiada masalah di situ melainkan cuma koleksi kad kuning yang bersepah dikutip oleh mereka sepanjang perlawanan berlangsung.

Kita beralih ke bahagian midfielder yang mana nampak sedikit mendukacitakan dengan beberapa orang player yang suka tackle keras dan lambat. Ada pula yang kerap diving seperti Iniesta dan Robben. Sneijder, Busquets, Van Bommel antara beberapa pemain yang banyak mencacatkan permainan dengan aksi kurang semangat kesukanan mereka. Xabi Alonso dan Pedro lebih suka bermain 1 lawan 11. Begitu juga Kuyt dan De Jong yang kurang kreatif dalam mencipta serangan. Xavi pula sering kelihatan hilang punca. Ini menjadikan permainan sedikit bosan terutama pada babak separuh masa pertama. Apatah lagi tempo serangan juga tidak begitu konsisten dan cuma bergantung harap pada mana-mana pemain yang buat kesilapan kecil.

Inilah masalah sebenar game malam tadi. Bahagian tengah. Bahagian serangan pula, Robin Van Persie… Huhuhuhu…

Ohh Van Persie. No Van Persie no. Come on laa Persie. Not like that laa Persie. Van Persie wahai Van Persie. Damn you Persie!

Villa bermain secara tunggal tanpa dibantu oleh Torres. Cuma Iniesta dan Pedro yang diharapkan untuk back-up beliau. Tapinya beliau nampak gugup dan gelojoh di hadapan pintu gol. Tekanan mungkin? Ataupun bahagian pertahanan Belanda begitu perform malam tadi?

Perlawanan berlangsung hingga ke minit ke 120. Heitinga dilayangkan kad kuning kedua dan diperintah keluar padang. Kelihatan pemain-pemain Belanda sedang dalam formasi bertahan dan mengharapkan counter-attack kerana mereka tahu mereka tidak boleh merisikokan bahagian pertahanan. Di dalam minda mereka mungkin sudah tersemat siapakah yang akan mengambil giliran untuk melakukan sepakan penalti sekaligus mengulangi plot Final Piala Dunia seperti empat tahun yang lalu.

Secara tiba-tiba, aku yang sedang meniup belon pada ketika itu (ohh, tak payah laa mintak aku jelaskan dengan lebih detail, nanti makin berserabut entri yang dah memang sedia serabut ini) dikejutkan dengan dakwaan bahawa refree memberi advantage pada situasi yang tidak sepatutnya. Advantage ini dipergunakan sepenuhnya untuk Sepang-Nyol merencanakan serangan yang mana hantaran dari Fabregas menemui Iniesta yang cuma tinggal berdepan dengan Stekelenburg. Mike Tyson (lagi) ternyata sudah terlambat untuk marking beliau.

Dan dengan baki cuma tinggal beberapa minit, seperti biasa tiba-tiba ada player yang injured tanpa sebab. Most notably adalah Torres yang kelihatan seperti terkehel buah limpanya. Eh silap, hati. Bukan, hempedu laa. Pankreas kot. Entah-entah ginjal.

Mike Tyson, Sneijder dan Van Bommel pula beraksi kurang bijak seperti kata pepatah; mencurah minyak Shell ke dalam unggun api (opsss…) apabila mula memprovokasi keputusan pengadil yang kita semua tahu sememangnya muktamad dan tidak boleh pulang ke pangkal jalan lagi.

Sekali lagi, seperti yang aku tegaskan, aku tidak menyokong mana-mana pihak. Maka aku tidak kisah dengan hal ini. Cuma, dengan kecederaan Torres dan pemain Sepang-Nyol melengah-lengahkan sepakan percuma; masa tambahan yang diberi cumalah 2 minit. Ya, 2 minit. Cukup-cukup untuk masak maggi.

Okeh, fine!



Sedikit cebisan pengalaman aku malam tadi:


8.7.10

SESALAN… DIRIKU MULA TERASA

Tajuk di atas adalah cuma sedikit petikan dari lirik lagu Kamikaze yang bertajuk Tawa Dalam Tangisan.

Istilah ‘menyesal’ dan aku sudah menjadi sangat sinonim. Acapkali aku memikirkan sehabis dalam sebelum mengambil sesuatu keputusan lantas akhirnya keputusan yang aku ambil memakan diri dan mencalar ego serta menggelegakkan takat suhu amarah aku yang memang tak kenal erti sabar ini.

Dan selepas mengulang-tonton filem Shoot ‘Em Up beberapa hari lepas; watak antagonisnya ada berkata sesuatu yang aku sendiri tidak pasti akan kebenarannya : “Getting angry releases an enzyme tryptophan hydroxyls which can temporarily reduce the I.Q.”

Masuk akal. I.Q aku sememangnya sudah semulajadi rendah pun.

Tapi benarkah aku benar-benar menyesal?



Menyesal kerana cuba-cuba belajar menghisap rokok sampai aku jadi ketagih dan tak ketemu pedoman bagaimana aku mahu berhenti dengan jayanya. Sedangkan aku memang manusia yang seringkali mengutamakan nafsu berbanding yang lain.

Menyesal kerana langsung tak belajar dalam kelas bagi subjek Matematik Tambahan dan Prinsip Akaun semata-mata kerana aku tak suka dengan cikgunya ketika di tingkatan empat dan lima. Walhal aku pilih subjek elektif tersebut kerana nak kejar kredit andainya aku dapat sambung belajar selepas SPM. Subjek kegemaran aku tetap jugak Bahasa Melayu dan Sejarah.

Menyesal kerana tak berusaha nak sambung belajar bagi mendapatkan sijil SKM atau mana-mana kemahiran yang boleh diguna untuk mintak kerja. Sedangkan bila bercakap bab akademik ni aku memanglah tergolong sebagai selembab-lembab manusia atas muka bumi.

Menyesal kerana tak boleh kerja syif atau berjadual. Sedangkan sejak dari zaman sekolah lagi aku tak pernah berlatih tidur awal dan bangun awal.

Menyesal kerana tak ambik pinjaman ASB kat bank sebab bidang kerja aku neh takde bonus dan sebagainya. Padahal aku memang ada banyak rekod buruk dalam melangsaikan hutang pun.

Menyesal sebab takut nak keluar bila ada mana-mana awek yang ajak, sebab takutkan stigma first impression. Padahal konon mengaku nak sepi sebelum benar-benar ready.

Menyesal sebab rebonding rambut pastu terpotong pendek sangat laa pulak. Efek rebonding cuma dapat bertahan tak sampai 2 bulan. Walhal memang nak kena potong pun kalau taknak kena buang kerja.

Menyesal sebab terima kenaikan pangkat sebab gaji dah short dari dulu. Walhal duit gaji yang short tu sebenarnya masuk dalam EPF. Tak ke mana pun.

Menyesal sebab pilih kerja yang sangat rilek macam sekarang membuatkan aku dah takde mood sangat nak beronline, ber-fb, berblogging. Lagi seronok keluar rumah berjalan-jalan. Padahal aku memang anti-workaholic pun.

Dan menyesal sebab beli handset Vivaz sedangkan aku memang kepingin benar nak merasa pakai N97. Sedangkan bajet aku memang tak cukup pun nak beli handset tuh.




Biasanya aku akan menyalahkan seorang kawan aku yang bernama Acab. Salah potong rambut, salah Acab. Salah beli handset, pun salah Acab jugak.

Lebih mudah untuk kita menuding kesalahan kepada orang lain berbanding mengakui kesalahan diri sendiri…



Kan?



~Menyesal sebab bajet France boleh pergi final Piala Dunia. Padahal aku memang anti gila dengan Domenech dan Evra pun. Punca betul laa dua ekor mangkuk tuh. Go Belanda Go. Kah kah!~