7.8.08

MINDA ALTERNATIFKU

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Lembaran baru dalam perutusan minda seorang jejaka perasan yang masih menduduki takhta dalam Istana Sang Pujangga Ascorp ini.



Bersempena bulan kemerdekaan, saya akan menghasilkan 4 siri entri mengupas isu-isu semangat cintakan negara, penyatuan jiwa bangsa kita, serta permasalahan bangsa Melayu yang dikatakan sedang meruncing pada ketika ini akibat perpecahan puak yang berbeza fahaman politik.


“What? Ajai nak cerita pasal politik? Tak takut blog dia kena banned ke ni?” Ye, saya telah berubah pendekatan ketika ini. Jika sebelum ini isu politik dianggap taboo dalam blog saya yang cantik lagi canggih ini, kini saya melihat perkembangan arus media cetak/elektronik alternatif menjadi garapan wacana bernilai dan semakin didamba orang-orang yang dahagakan perkembangan isu semasa diperbincangkan secara relevan dan pragmatik.


Bagaimanapun ingin saya jelaskan awal-awal di sini; INI BUKANLAH BLOG SEBARANG PARTI/PENYOKONG PARTI POLITIK! Dan apa yang saya terjemahkan melalui penulisan saya kali ini bukanlah satu warta rasmi, sebaliknya cumalah satu analisa serkap jarang datang dari minda yang mentah yang mungkin di dalamnya terdapat unsur fitnahan yang terbit dari kacamata saya selaku pemerhati perkembangan semasa dalam negara sepanjang tempoh singkat sekitar 10 tahun pemerhatian saya kebelakangan ini. Saya tidak ingin membuat sebarang akuan bersumpah malah saya juga tidak mahu anda percaya bulat-bulat kata-kata saya kerana kebanyakannya adalah lebih bersifat sangkaan berasaskan pengetahuan umum/generalisasi.


Dan apa yang akan diterangkan sepanjang 4 siri ini cumalah pendapat saya tentang erti kemerdekaan dan jiwa merdeka yang cuba saya serapkan dalam jiwa; dalam pada kita sedang menghitung hari membuat persiapan bagi menyambut hari keramat ini.


Nantikan kemunculan siri ini setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ogos dalam blog saya. (insya-Allah)




~MERDEKA!!!~

Post a Comment

Any Comment? Anybody?