31.10.08

TIGA

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Sambungan lagi :


Aku ada 4 orang kakak, dan aku anak bongsu. Biarpun 3 daripadanya sudah berkeluarga dan kami semua sudah berpisah menduduki rumah masing-masing, tapi tak kira lah biarpun sorang kat Kepong, sorang kat Senawang, sorang kat Hulu Kelang, sorang kat Hulu Langat dan sorang kat Kajang; bila ada sebarang bantuan yang diperlukan, jarang kami mengomel dan mengomplen. Benar, ada masanya tidak semua permintaan dapat dipenuhi. Namun ia cukup berbeza besar dengan hubungan kami dengan sahabat-sahabat kami. Di antara kami, tidak pernah timbul soal “Nak tolong ke taknak?”. Ia cuma antara ‘dapat tolong atau tidak’ sahaja.


Saya percaya anda dan adik beradik anda juga begitu. Samada dalam keadaan anda sedar ataupun tidak. Mengikut pengamatan yang telah dikaji, fenomena ini berlaku melangkaui sempadan. Di negara-negara barat juga hubungan sesama adik beradik ini mempunyai nilai intimasi yang hampir serupa; tidak hanya terbatas kepada masyarakat Melayu kita sahaja. Kerana ia timbul bukan akibat dari kesedaran; tetapi naluri dalam diri itulah yang memacu kita sebenarnya. Maka apabila terdapat kes-kes adik beradik yang mengabaikan sesama sendiri, malahan ada yang lebih parah bergaduh dengan ibubapa mereka; wajarlah dikatakan orang ini tidak berperikemanusiaan kerana naluri yang sepatutnya timbul dalam hati mereka sebagai seorang manusia tidak berfungsi dengan normal.


Apakah keterbitan naluri kekeluargaan ini memiliki sifat mistiknya tersendiri? Apakah ia wujud semata-mata kerana mereka sedarah? Teori ini diragui kerana saya melihat bentuk hubungan yang serupa terjalin antara keluarga angkat sama seperti yang dialami keluarga kandung. Jadi jawapannya mungkin satu; faktor tempoh masa.


Seandainya kita terpisah dengan keluarga kandung sekalipun; sekiranya kita baru sahaja dipertemukan dengan ahli keluarga kita, agak sukar untuk naluri ini terhasil dalam batin kita. Memang tak mustahil, tetapi tetap juga mengambil satu tempoh masa. Maka bolehlah saya menggunakan alasan ini bagi menyokong teori keterbitan naluri tadi.


Hasil keseluruhan dari kajian saya ini, saya merumuskan hubungan antara keluarga adalah hubungan yang paling mendominasi jiwa kita. Malah dalam agama pun, seorang muallaf yang baru memeluk Islam ditegah dari memutuskan hubungan dengan keluarganya yang tidak seagama. Begitu hebat dan sucinya hubungan kekeluargaan ini biarpun ada kalanya tidak dihubungkan secara biologi.


Berdasarkan penerangan saya dan muhasabah diri anda sendiri, tidak keterluan untuk saya mengatakan adalah amat sukar dan tidak masuk akal untuk kita memupuk naluri hebat seperti ini untuk diberi pada orang asing berbanding dengan adik beradik kita sendiri yang dah bertahun kita kenal hati budi mereka; biarpun kita gunakan alasan ‘demi kepentingan bangsa dan agama’. Kecuali bagi mereka yang sebenarnya sekadar taksub dan tidak berjuang di atas landasan yang betul. Betul tak? Heheheheheheheheheheheh...




~Kias Fansuri itu adalah tajuk lagu M. Nasir~

29.10.08

Dua

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Sambungan dari episod yang lalu:


Saya mahu cuba memfokuskan pandangan anda terhadap konsep keluarga seperti huraian saya dalam episod yang lepas. Rata-rata berpendapat keluarga itu lebih penting dari orang luar. Walhal hakikatnya orang luar juga boleh menjadi keluarga kita. Selain contoh keluarga angkat yang telah saya sentuh sebelum ini; adalah harus diingat sekiranya teman anda (berlainan jantina) dijodohkan untuk menjadi pasangan suami/isteri anda, maka secara automatiknya hubungan itu akan diangkat ke tahap yang lebih tinggi iaitu keluarga. Maka di sini, konsep keluarga itu tidak bersifat pemalar (wah, dah macam eksperimen Sains laa pulak).


Di dalam kumpulan keluarga ini, (mengenepikan hubungan suami dan isteri kerana saya kekurangan maklumat dan fakta yang jelas berikutan saya ini masih bujang trang tang tang lagi. No phone saya adalah seperti berikut…) terdapat dua bentuk hubungan yang cukup berbeza sekali. Ibubapa dan adik beradik. Naluri hubungan keibubapaan dengan anak seringkali hadir dari sifat tanggungjawab manakala naluri adik beradik timbul dari sifat melindungi dan menyayangi. Bunyi agak serupa tetapi hakikatnya tidak sama.


Semua orang memiliki ibubapa, tapi tidak semua orang memiliki adik beradik. Jadi saya pasti ramai yang jelas dengan hubungan ibubapa ini tapi masih ramai yang tidak sedar signifikan hubungan adik beradik. Adik beradik ini sangat berbeza nilai intimasinya; walaupun kadangkala kita melihat seseorang individu itu lebih rapat dengan sahabatnya berbanding adik, kakak atau abangnya sendiri. Antara adik beradik, tidak timbul soal menyusahkan di antara satu sama lain. Tidak kira seberat mana pun permintaan untuk berkorban di antara adik beradik ini, ia seringkali berjaya dipenuhi. Sedangkan melalui sahabat, kita selalunya mengambil kira banyak sudut sebelum kita meminta sesuatu dari sahabat kita. “Berbaloikah aku menolong dia?” “Apa jasa-jasa dia kat aku selama neh?” soalan-soalan seperti ini tidak dapat lari dari hati kecil kita biarpun di pengakhirannya kita tetap hulurkan juga sebarang bantuan dengan seikhlas hati.


Bagi adik beradik pula, biarpun pernah bertumbuk sesama sendiri, pernah melempar buku teks sehingga menghinggap kepala, pernah mengeluarkan kata-kata kesat malah pernah tidak bertegur sapa dalam rumah; namun apabila tiba masanya untuk kita menjalankan tugas sebagai adik beradik, biasanya tak pernah gagal.


Sewaktu aku melarikan diri dari rumah ketika berumur 12 tahun, kakak aku kat Melaka lah yang banyak menolong. Ketika topup tak berisi tatkala emergency, kakak aku kat Hulu Kelang lah yang membantu, Tatkala aku hampir-hampir failed subjek Matematik Moden sewaktu SPM, kakak aku kat Bangi lah yang sibuk membelikan buku latihan. Basikal pertama yang aku miliki, kakak aku kat Brickfields lah yang hadiahkan dulu.




Bersambung…

26.10.08

Satu

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Skop perbincangan yang akan cuba saya sentuh dan perhuraikan dalam ‘entri berepisod’ kali ini adalah mengenai konteks norma-norma perhubungan. Ops, bukan hubungan cinta oke! No no no no no no no no no, I’m not Dr. Love. Sayalah orang terakhir dalam senarai orang yang anda patut hubungi sekiranya mahu mendapatkan pandangan dan nasihat dalam masalah cinta anda. Saya bukan ‘M’. Saya adalah ‘L’ (loser).


Konsep hubungan yang akan dikupas di sini adalah bersifat general atau am. Mengikut hieraki intimasi yang mampu saya kenalpasti, kategori-kategori hubungan sesama manusia dengan seorang manusia yang lainnya bolehlah dibahagi kepada 8 bahagian iaitu: ibubapa, adik-beradik, sahabat-handai, rakan-taulan atau kawan-mawan (bukan kawan- mengawan), teman rapat, kenalan biasa, musuh tradisi dan pujaan hati (untuk hubungan pujaan ini biasanya terbentuk secara satu hala sahaja).


Tak perlu nak diperincikan setiap satunya kerana rata-rata pembaca blog saya faham bahasa Melayu dan melalui nama gelaran hubungan saja sudah cukup untuk anda mengetahui maksud yang saya cuba sampaikan di sini.


Menariknya, melalui kajian yang telah saya jalankan mendapati; kesemua hubungan ini terbentuk tak kira samada anda mempunyai hubungan darah dengan seseorang itu ataupun tidak. Ramai yang beranggapan ibubapa dan adik-beradik tergolong dalam kumpulan keluarga. Sebenarnya saudara-mara lah yang lebih sesuai dianggap keluarga, dan golongan mereka tidak disebut di atas tadi kerana ada kemungkinan mereka termasuk dalam kategori kawan, kenalan mahupun musuh tradisi. Sementara ibubapa dan adik beradik tidak memerlukan pengkaitan DNA pun untuk membentuk sebuah perhubungan yang sihat dan penuh kasih sayang. Ini dapat dibuktikan melalui fenomena ibubapa yang mengambil orang asing sebagai anak angkat mereka, mahupun abang-abang senior Tingkatan 6 yang gatal mengambil gadis-gadis freshie Tingkatan 1 sebagai adik angkat mereka.


Yang diperlukan untuk memantapkan pengukuhan sesuatu hubungan ini hanyalah kadar tempoh matangnya. Setelah hubungan ini dibentuk dan disemai buat tempoh beberapa tahun, secara tak langsung akan melahirkan naluri ambil berat dan berkasih sayang di antara mereka ini. Setelah sampai tempoh peringkat ini, tidak timbul lagi soal samada mereka mempunyai hubungan darah biologi secara langsung atau tidak.


Bagi peringkat seterusnya bermula dari sahabat sehinggalah pujaan, kesemua bentuk hubungan ini mempunyai pola yang hampir serupa, iaitu taraf perhubungan ditentukan faktor masa dan keserasian hubungan itu sendirinya.




Bersambung…

23.10.08

DURJA SEORANG DURJANA

Bila Sang Pujangga bermadah kata :


Durja

20.10.08

4 SYARAT JE…

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Kalau kumpulan KRU boleh sesuka hati je nak buat syarat untuk jodoh dorang melalui lagu ‘4 Syarat’ mereka (Sila gugel sendiri. Saya malas nak distribute, takut kena saman), kenapa tidak aku?


Tapi aku tidaklah sekejam mereka untuk menggariskan figura-figura menyerupai artis-artis wanita terkenal sebagai memuaskan nafsu keparat mereka yang tak bertempat itu. Syarat aku agak mudah je sebenarnya:


  1. Pakai spek mata (Supaya mata nampak lebih seksi gitu, hehe)

  2. Berkerjaya ataupun menganggur (Tak berapa suka nak layan budak sekolah/student, takut kena 16 sebatan, har har har!)

  3. Cikgu (Kalau boleh. Cikgu-cikgi neh biasanya ada sifat keibuan, hehe. Kalau dapat kerani kerajaan pun okey gak. Yang penting banyak cuti senang aku nak bawak keluar jenjalan)

  4. Hug-able (Kalo kurus sangat takut patah riuk pulak tulang tu nanti, kalo terlebih gemuk pulak takut tangan tak sampai. Senang citer nak yang sedang-sedang je)


Aku tak ambik peduli pasal ukuran dan bentuk tubuh badan (Body straight ke, segitiga ke, trapezium ke), tak kisah pada paras rupa, tak skeptikal tentang ketinggian (Biarpun aku pendek) dan takde masalah mengenai umur. Bab-bab yang tu semua aku tolak tepi; aku anggap semuanya sebagai ketentuan Illahi. 4 syarat kat atas tu pun sebenarnya sekadar garis panduan untuk mak aku andaikata aku dah masuk zaman ‘Bujak’ (Bujang Terlajak bak kata Cik Tyrark) nanti dan kot-kot mak aku nak tolong carikan jodoh ke… Hehe…


Ada sesiapa yang memenuhi walaupun salah satu dari kelayakan di atas? Berminat? Sila hubungi emel saya dengan kadar seberapa yang segera.


Oh ya, sekiranya anda seorang yang tak pandang paras rupa mahupun harta, suka tengok wayang, lebih prefer main SMS atas dalil dapat menjimatkan kredit henset memasing, sanggup berdating tak lebih sekali dalam seminggu (Saya agak malas nak keluar sebenarnya), tatau masak tapi ada keinginan untuk belajar; kelebihan-kelebihan ini akan mendapat pertimbangan yang lebih serius oleh pihak saya. Good luck!



Pesanan untuk Encik Suparjo yang mengaku Kachak : Selepas membaca entri saya ini, silalah CHreT dengan nada sejeles yang mungkin. Saya tidak marah kerana saya faham daya seksualitas saya tidaklah sebuas anda yang mendambakan Vanidah Imran selaku pelengkap pasangan. Saya ini amat merendah diri orangnya. Betul-betul Hau Liau!




~Sesuka hati aku je…~

13.10.08

Al-Kisah Atan Yang Keji Bersama Gambar-Gambarnya

Bila Sang Pujangga bermadah kata :




Scene 1


Atan : Abang Zainal tak balik kampung ke tahun ni?

Abang Hairi : Dia balik sekejap je masa bulan puasa hari tu. Si Abdul Rahman nak masuk meminang orang Terengganu hari raya keempat nanti. Dia sibuk laa nak setelkan kerja rombongan untuk anak sulung dia tu.

Atan : Huh, sepandai-pandai buaya membaham, ke jinjang pelamin jua akhirnya.


Scene 2


Mamat A : Apasal awek kat 7E tadi tu kerek sangat ahh? Aku tanya nak mintak topup pun buat muka ketat. Muka je cun, tapi sombong nak mampus!

Atan : Hish! Tak baik ko tuduh dia sombong macam tu. Aku rasa dia tengah period tu.

Mamat A : Dia yang period, ko pulak yang boleh ‘rasa’?


Scene 3


Atan : Mak! Duit raya Atan mana?
Mak : Sesia je ngko neh bela janggut…



Bagaikan irama dan lagu, hatta gambar dan ‘kapsyen’ pun sebenarnya tidak dapat dipisahkan. Mari kita tengok koleksi gambar terbaru saya ketika musim raya hari tu.


*dah macam pengacara rancangan ‘Motivasi Pagi’ pulak dah…


*jejaka misteri di pagi Aidilfitri. Hantar kat majalah URTV untuk ruangan mencari jodoh pun bagus gak neh… Hmm…



*Opsss…



*Yadi dan Pa’an. Sepasang sepupu yang tiba-tiba mengaku BFF (Best Friend Forever) kat kampung Bukit Betong. Sedara-mara dah bertahun-tahun tapi first time dapat jumpa dan bermain sama, begitulah gamak jadinya. Huhu…



*Amar Farhan dan Farah Diba. Kalau diajak berborak, sungguh bising mulut mereka ini mengalahkan ahli-ahli parlimen sedang bersidang.



*Teja Myasara, adik kepada Tuah Muliadi. Sungguh retro+canggih nama anak-anak buahku ini.



*paksu bersama si Pa’an. Jangan gatal-gatal nak bikin pertandingan “Mari Mengira Jumlah Jeragat Encik Akeji” pulak tau!



*duit raya terkumpul setakat tahun 2008 ini. Disumbangkan oleh cik rynak. Bagi yang rabun dekat tu, tulisan yang tertulis di dalam kad sempena hari raya neh berbunyi seperti berikut: “Dwet raya! Jgn byk komplen!!” Kejam…




~Lalalala… Tu bulan!~

4.10.08

SETELAH…

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Setelah 30 hari Ramadhan melewati kita…


Setelah sebulan aku bekerja sebagai tukang cuci pinggan di Shah Alam…


Setelah aku berjaya mengeluarkan diri aku melewati dua sempadan negeri sehingga ke Melaka untuk kesekian kalinya…


Setelah aku memiliki cenderamata Goodie’s Bag dari Sony Handycam Promotion Tour’s Team tanpa perlu menjawab soalan tentang rancangan Pandanganku Ceritaku di atas pentas Mahkota Parade… (thanks to Ms. Jojo and friends)


Setelah aku berjaya memiliki kasut futsal ku sendiri… (tidak perlu lagi meminjam di sana sini)


Setelah aku bersua muka untuk pertama kalinya dengan Cik Tirah, Encik Arm, Cik Azza dan Encik Apeng di Sunway Pyramid… (thanks to Ms. Tirah)


Setelah aku bertentang mata pula dengan Cik Elyana, Cik Almy Nadia dan Cik Yatt, sudah tentu untuk pertama kalinya juga… (thanks to Mr. Kamal pulak)


Setelah (juga untuk pertama kalinya) aku menghabiskan RM750 untuk membeli kelengkapan baju raya dan sebagainya serta budget duit raya untuk anak-anak buah aku semua… (mostly thanks to Mr. Amarizal)


Setelah aku melenjan motor kapcaiku ke merata tempat sehingga mencatatkan perjalanan sejauh jarak 1000++ kilometer untuk bulan ni sahaja…


Setelah berat badan aku kembali naik dan saiz pinggang serta saiz baju raya ku tidak turun menjelang hari lebaran ini… (damn!)


Akhirnya kini aidilfitiri menjelma lagi.


Aku takkan menjadi munafik mahupun hipokrit, maka aku perlu untuk mengakui yang aku telah gagal (lagi) untuk berpuasa penuh buat tahun ini. Banyak hari jugak yang aku terlanggar tapi takde laa sampai seminggu pun. Tak perlu perincikan perangkaannya mahupun menghuraikan seribu alasan untuknya kerana aku tahu kesalahan aku setiap satu.


Yang menjadi harapan aku kini cuma tinggal satu…


Pernahlah kiranya aku mengguris hati kalian, tercuri harta sepencarian, kesat melontarkan perkataan, lancang mengganggu-gugat perasaan, tak sengaja tercabul kehormatan, melontarkan pandangan tanpa sempadan…


Dari hujung ibu jari kakiku yang kukunya baru diketip ini, sampailah ke hujung rambut rebondingku, disuakan pula salam sepuluh jari yang tersusun rapat; meminta seribu kemaafan dari korang semua. Aku tahu aku ini insan hina, aku tahu aku ini banyak dosanya. Bukan gunung yang ku pinta, sekelumit simpati kemaafan cuma.


Syukur ke hadrat Illahi, kita masing-masing masih mampu merayakan Aidilfitri tahun ini. Biarpun aku tak cukup syarat, (lalalala) tetapi tidak keterlaluan rasanya untuk aku mengucapkan:


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 HIJRAH BUAT SEMUA PEMBACA BLOG YANG DICINTAI…


Time for new pantun!


Tahun 2006 dan 2007 telah aku hadiahkan 10 rangkap pantun pada teman-teman rapat aku. Tahun ini aku cuma nak potretkan 3 rangkap je supaya mesej pantun raya SMS aku untuk blogger & non-blogger nanti tidak akan memakan duit top-up yang banyak. Har har har haruan makan anak!



Ibu terlupa memasang pelita,

Anak tak sempat bakar mercun bola;

Syawal menjelma petanda gempita,

Jom bermeriah kasi kecoh satu Malaysia.


Cuaca buruk harapnya tiada,

Takut kotor kasut baru saya;

Budget minyak berpada-pada,

Jangan pula sampai tak berziarah raya.


Dulu duit raya singgit boleh le,

Sekarang not biru muda mana laku;

Setahun telah berjaya aku mengumpul cela,

Harap korang kasi clear nak buat dosa baru.





~First time pakai baju melayu beli kat butik… Yehaa!~