6.8.09

CAHAYA SAYANG




Entah agaknya dah berapa juta rakyat Malaysia (mahupun Indonesia dan Singapore) yang telah mem-blogging-kan tentang drama bersiri sensasi arahan Khabir Batia di TV3 bertajuk Nur Kasih.

Untuk melarikan diri dari konsep stereotaip atau mengulas kembali isu yang telah basi, inginlah aku mengajak kamu semua untuk bersama dengan aku menilai karya ini pada tahap artistik dan abstraktik yang tertinggi. Kerana hasil pacuan konsep cerita, skrip dan plot, serta sinematografi kreatif yang beridentitikan tersendiri oleh saudara Khabir Batia, sememangnya menggamit anda supaya memberi pengamatan serta penghargaan paling optimum ke atas hasil kerja keras mereka.






Pertamanya aku suka mendengar pendebatan sesetengah pihak yang mengatakan ia adalah drama berunsur dakwah dan ada pula yang mengatakan tidak. Bagi aku, Nur Kasih lebih menggambarkan isu kemasyarakatan, pengorbanan dan persepsi individu mahupun sesuatu bangsa terhadap sesuatu topik global/nasional. Ia sering diselitkan dengan unsur sinis yang bersifat tidak keterlaluan dan tidak pula terlalu ‘direct to the point’ atau sesetengah pihak menggelar sebagai ceramah/khutbah seperti kebanyakan karya Datuk Yusof Haslam dalam drama siaran RTM.

Jadi, adakah unsur dakwah itu dinafikan sama sekali kewujudannya? Tidak pula. Cuma ia tidak menjadi tema utama atau asas dukungan cerita sebaliknya sekadar diselitkan sebagai cebisan untuk renungan bersama.






Walhal melihatkan watak yang dimainkan oleh Datuk Jalaluddin Hassan, Fizz Fairuz serta Tiz Zaqyah agak lari dari persona peribadi atau watak-watak lain yang pernah mereka bawa sebelum ini; bagaimanapun masih tidak terdapat sudut kejanggalan dalam menonton Datuk Jalaluddin Hassan bersingletkan Pagoda sambil menunggu masa untuk Izrail mencabut nyawa. Amat kontra sekali dengan imej bekas pengacara Who Wants To Be A Millionaire ini.






Bercakap dari sudut ‘casting’ atau barisan pelakon pula, adalah sesuatu yang amat menakjubkan apabila produksi drama ini mampu mencari pelakon kanak-kanak yang memiliki perwatakan serta rupa paras hampir serupa dengan pelakon asal yakni pelakon dewasa. Dua perkara yang ingin aku ketengahkan adalah; perhatikan wajah Fizz Fairuz serta Remy Ishak, terdapat sedikit persamaan di antara keduanya terutama dari segi warna kulit yang amat bersesuaian dengan watak selaku anak kepada Datuk Jalaludin Hassan. Dan watak Aidil serta Adam ketika kanak-kanak juga mempunyai persamaan yang sama untuk lebih menjayakan sudut kesinambungan cerita ini. Seperti yang aku katakan tadi, amat menakjubkan apabila perkara-perkara detail seperti ini berjaya diberi perhatian dengan begitu teliti.


Apa? Kebetulan je ke? Adakah satu kebetulan juga apabila FilmScape (syarikat produksinya) mengupah antara 5 hingga 6 syarikat talent agency bagi tujuan membariskan pelakon-pelakon berpotensi ini?

Sekiranya kebetulan, ingin aku ke utara kan dua contoh yang agak simple dan remeh temeh tapi mampu memberikan persepsi berbeza terhadap cara kita menilai drama melayu kita kala ini.


Di satu sudut, RTM menyiarkan drama Si Capik, di mana salah satu adegannya Si Capik ini begitu kecewa kerana masih belum mendapat kerja. Ibunya digambarkan sebagai penjual kuih di tepi jalan dan kos belajarnya di universiti dahulu ditanggung oleh satu entiti lain (tak ingat samada saudara ke atau keluarga angkat yang kaya). Jadi wataknya berlatarbelakangkan seorang graduan muda yang miskin yang sedang cuba mencari rezeki. Namun panggilan telefon yang diterima dari salah satu majikan tempat beliau ditemuduga dijawab menerusi handphone Nokia N95. Aku yang dah bertahun kerja ni pun mampu pakai N70 je.

Dalam Nur Kasih pula, watak Nur Amina (dimainkan oleh Tiz Zaqyah Razak) ketika menuntut di UIA, digambarkan sebagai seorang wanita yang sedang melarikan diri dari berhadapan dengan ibubapanya, dengan cuma berbekal duit biasiswa, dengan tak cukup makan tapi segan nak bagitau roommate-nya; selayaknya beliau hanya menggunakan handphone Nokia 1100. Padahal kalau nak dikira si Tiz Zaqyah ini yang berprofession selaku model sambilan sudah tentu memiliki handphone canggih untuk kegunaan; boleh je kalau dia nak tayang handphone dia di kaca tv. Tetapi produksi dan pengarah sudah pasti ingin menitikberatkan soal detail ini agar ia tidak mencacatkan persembahan karya mereka.




*Kabir Bhatia (Sang Pengarah) dan Mira Mustaffa (Si Empunya Idea)



Perjalanan cerita drama Nur Kasih ini lebih bersifat novelette sebenarnya, andai korang luangkan masa untuk menonton maraton 10 episod seperti yang pernah aku lakukan beberapa hari lepas. Dengan cara ini juga, anda akan dapati emosi yang menusuk jiwa anda akan lebih tajam bisanya berbanding sekadar menonton per episod setiap hari Jumaat seperti sekarang. Dan anda juga akan perasan prolog serta pembahagian bab dengan gaya seperti yang selalu anda baca dalam novel kegemaran anda. Dengan cuma ditambah muzik latar belakang yang bersesuaian, ia berjaya menjadikan pengalaman anda menonton drama ini lebih bermakna.


Di akhir sekali yang ingin aku kupas adalah mesej cerita. Ya, mesej yang ingin cuba disampaikan atau mesej yang berjaya diterjemah sendiri oleh para penonton. Ada orang kata dorang buat cerita itu cerita ini mengenai bohsia, lumba haram, samseng mahupun kisah kejalangan kerana mereka mahu cuba menyampaikan sesuatu mesej. Bagi mereka, mesej lah yang paling penting dalam menilai kualiti satu-satu cerita. Tapi kalau pemerhatian penonton asyik dipesongkan dengan adegan-adegan tak senonoh, ditambah pula dengan hasil pengarah fotografi yang tangkap muat, perkembangan plot pulak tak kemas; manakan nak sampai mesejnya, betul tak?

Dan mesej ini sepatutnya bersifat abstrak. Barulah karya seni namanya. Sekiranya tidak abstrak pula, dibimbangi akan menjadi cerita khutbah, membuatkan penonton kian jelik dengan skrip berulang-ulang serta nasihat dari para pelakon yang nak tunjuk poyo kononnya doranglah manusia paling mulia dan sempurna dalam dunia neh.


Di akhir kata, aku ingin menjerit “AKHIRNYAAA!!!!!!!!!” sambil menadah tangan ke langit tanda bersyukur kerana ada jugak drama melayu yang berkualiti untuk aku tonton setelah menunggu sekian lama. Sesungguhnya yang aku minta bukan bajet berjuta-juta untuk CGI berbagai-bagai (ehem ehem), cuma sedikit kekemasan dan kesungguhan dalam mempersembahkan sesuatu cerita. Asyik nak mengharapkan drama atau filem Hollywood je; sampai bila kita nak disuapkan dengan agenda barat, ye tak?

Syabas kepada semua yang terlibat dalam usaha memerah otak, keringat serta kreativiti dalam menghasilkan karya paling berseni ini – eksklusif dari saya, Akeji Hiroshi.



Drama Nur Kasih boleh disaksikan pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Atau layari www.tv3.com.my untuk mendapatkan akses 'Catch-Up TV'.

7 KoMen:

wos said...

tak penah tengok la drama nih..
aiseh..
dr cara ko citer cam best lak..

Rizal said...

tiz zaqyah....
lalallalalala....

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kak wos : tu blom saye jd pengarahnye lg kak... (ececeh, pasan...)

ijal : sedap kan namenye... sayang sungguh laa...

cendawanintim said...

bila baca ulasan ni cam besh jer...kena tgk catch up nih!

pish said...

jai, sorilah..aku pun suka cite nih..haha!
pasni tolong review setem plak..

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kak cendawan : memang wajib kak...

pish : maafmu tidak ku terima. setem ke? dah kuar ke? insya-Allah bakal dijadikan mangsa elaborate aku gak pasneh...

Anonymous said...

+kuca kuci+

huhu..sorri..tibe2 nak interrupt
citer2 kabir bhatia memang kelas!!

mungkin sebab die orang yg teliti
ditambah pulak idea2 menarik sang isteri..
saya dapati pelakon yg kaku pun bleh jadik smooth bile berlakon citer2 kabir bhatia...

akhirrrrnnyaaaaaaaa!!
ya..saya pun menjerit sedemikian jugak!!!

Post a Comment

Any Comment? Anybody?