3.8.09

PERMULAAN SEKALI LAGI

“Berapa banyak kali permulaan daa…?” suara sumbang yang berdesing itu cuba mengganggu tumpuanku.

“Eh, blog aku, suka ati aku laa!” egois ini membangkitkan amarahnya.

Dah hampir genap 6 bulan aku tidak mem-posting entri. Aku tak cakap aku dah berhenti menulis, aku cakap aku cuma tak posting je, lalalala.

Update sikit. Alkisahnya setelah aku celebrate birthdayaku 6 bulan yang lepas, secara rasminya aku menjadi mangsa pertama operasi pembalingan telur bercampur tepung bercampur kunyit bercampur dengan serbuk kopi. Berikut adalah bukti yang telah saya serahkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan selanjut untuk diambil.





*Salah seorang suspek yang sedang ditahan reman hingga kini



Berikut pula adalah gambar-gambar sebelum ‘serangan’ tersebut dilakukan. Pada ketika ini aku amat hensem, bukan?





*Tuh, tuh... nampak tak budak belakang tu. Budak neh suka sangat dok belakang aku diam-diam sambil tersengih cam kerang busuk kan? Ish, entah-entah... Sian awek dia kalau dapat tau perkara neh.



Alkisahnya lagi tersebutlah kisah bahawa kepala aku mulai gatal-gatal teruk akibat kelemumur yang rupa dah macam salji kat pergunungan alps (mungkin hasil tindakbalas kimia kelemumur normal dicampur dengan telur mentah) makanya aku mengambil keputusan drastik untuk membotakkan kepala.




*Ngeri.jpg



Dah nampak rupa macam perogol bersiri yang selalu mengendap rumah korang malam-malam tu je kan?

Namun upacara serangan itu tidak berhabis begitu sahaja malah ia telah dijadikan takwim tahunan. Mangsa seterusnya yang pernah terkena adalah Encik Amri, Encik Arip dan Encik Kamal juga. Ye, Encik Kamal yang mengakui dirinya Bio-Nik tapi bila nak kena baling telur habis dua pusingan gelanggang futsal dia lari semata-mata akibat takut dengan kami.

Sesungguhnya ketika entri ini ditaip pun, terdapat tiga nama calon yang sedang dalam perhatian Jawatankuasa Jemaah Pembaling Telur sedang diproses untuk diserang tak lama lagi.

“Itu je ke keje ko selama 6 bulan neh Jai?” suara itu bergema lagi.

Eh, tak laa. Ada laa beberapa perkara lagi yang aku buat. Sebagai contohnya beli laptop dan sebagainya.

“WHATTT?!!”

Ehehehe… sememangnya impian aku untuk memiliki laptop sendiri. Dan kini telah berhasil. Setelah aku berjimat cermat dengan mempuasakan diri aku ke CC terdekat bagi tujuan mengupdate blog.

“Tipu laa ko!” Memang aku tipu pon. Kejadahnya simpan 10 ringgit seminggu leh sampai beli laptop pulak. Kalo boleh dah tentu aku pakai kereta Porche skang neh.

Ada laa dua tiga cerita berangkaian untuk aku jelaskan situasi yang sebenar tapi malangnya aku rasa takkan muat kat sini. So takyah citer je laa kan?

Yang penting skang aku boleh kembali mem-blog dan aku boleh mem-blog sepuas-puasnya bila-bila masa sahaja yang aku suka. Kalau korang ingat sebelum neh aku kuat sangat membebel sampaikan entri panjang berjela, hah, korang tunggu je lah lepas ni.

Lalalala…

11 KoMen:

wos said...
This comment has been removed by the author.
wos said...

akhirnya...
oke, cepat.. apdet lagi..
aku tak sabor dah nak gelak2 nih..
anyway, hepi belated besday..
baper umo ko aaa??
jap lg ko dok panggil2 aku akak..
skalik ko lg kertu dr aku..
ciss..
*aku delete komen yg kat atas tu.. ko jgn saspen lak.. typo la.. ahaks

so'od said...

weh setakat 6 bulan apala sgt.. dulu setahun lebih berabuk, selamber je sambung balik kan

haha!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...
This comment has been removed by the author.
LadyTiz said...
This comment has been removed by the author.
LadyTiz said...

"Ada laa dua tiga cerita berangkaian untuk aku jelaskan situasi yang sebenar tapi malangnya aku rasa takkan muat kat sini. So takyah citer je laa kan?"

sepanjang aku kenal penulisan ko ni, kalau ko dah stat citer pasal laptop tu je mesti ko akan mulakan dengan sejarah laptop dulu kan kan??

maka, mmg bernas keputusan ko tak cerita kat sini.

*larikkkkkk

Psst: setelah aku log in ID aku ade kt blogger.com, baru la komen box ko ni berfungsi... tu pun separa cacat sebab button 'cacat ulasan' tu kuar sparuh. jgn tnye aku apsal.. tnye la pemilik blog ni!

LadyTiz said...

huh.. 'cacat ulasan'??? mmg cacat pun. wakakaaa

Mak Su said...

hiihhi, tegelak membacanya

velkam bek

MakcikMuda said...

oke la lepas nam bulan ade entry baru.
dulu, setahun 3 entry aje. hahahahhah!

Rizal said...

idup lg yer ko....
lpas kne baling telo trus x update blog..
tension smpi memebotakkan kapla...

sian ko kan jai..
bela rambut panjang2...
rebonding bagai...
kne telo trus botak kapla...
hahhahah...

blog x uptade...
kapla botak lg...
sian2...

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kak wos : ala kak... saye baru 29, muda setahun je dr akak... (ekekekekek)

arm : tapi dah jadi cam trend lak neh :-j

tyra : jaga laa ko tirah... jaga laa...

maksu : maceh maksu...

ryn : yeke setahun 3? tak igt pon? lalala...

ijal : tade kene ngene ngan telo pon. ko je saje wat spekulasi

Post a Comment

Any Comment? Anybody?