Err, aku bukan orang Kedah. Tapi kalau dapat jodoh orang Kedah best jugak.
Aku teringat masa Faizal Ismail ajak Cheryl Samad buat group indie band bernama Ketir (sila translate sendiri dalam bahasa utara).
Sebenarnya aku nak tampilkan lagu Ahli Fiqir dalam HMI kali ini bertajuk Derita Merindu.
Lagu ini bukanlah asing sangat atau jarang diketengahkan walaupun konsep HMI aku ini sebenarnya untuk memfokuskan lagu yang unik dan tidak mendapat promosi atau pengiktirafan yang sepatutnya dari peminat muzik tempatan.
Lagu ini, kalau setakat nak dengar 2-3 kali sehari kat radio memang sangat mudah.
Tapi bagi aku lagu ini tetap unik sebab setiap kali aku terdengar intro nyanyian Daly aku akan berkata secara spontan “Laa, lagu melayu rupanya. Aku ingatkan lagu baru Linkin Park ke, One Republic ke tadi…”
Teringin jugak nak dengar omputeh kata “Wow this is a nice song! Where is it from?” dan kita boleh menjawab “From a malay group currently active in Malaysia, Singapore and Indonesia also.” Tak boleh laa nak kata group dari Malaysia. Ini bukan Malaysian. Ini 1Nusantara punya group. Kalah visi Najib.
Ye laa, asyik-asyik kita didengarkan dengan ayat seperti ini, “Wow this is a nice song! Where is it from?” lalu mereka menjawab, “from Hawaiian singer with a song called Mamula Moon.” Teka laa sendiri lagu apa yang aku maksudkan. Pastu jenuh laa kita kena berdebat lagu mana keluar dulu, siapa ciplak siapa dan sebagainya. Eh, dah masuk bidang politik lak neh.
Lagu ini tiada kena mengena dengan aku. Aku tidak menderita dan aku juga tidak merindu. Aku lah jejaka sepi yang cukup hepi.
Cuma, lagu ini sedap iramanya, tambahan pula apabila digemersikkan dengan suara Mawar Berduri; damn! Dan liriknya pula…
Okeh, HMI tamat untuk minggu ini!
“Dulu Saya Bagi Peluang, Tapi Kalini Takkan Bagi Muka” – Dituduh Ibarat
Ular, Yuka Kharisma Mahu Ambil Tindakan
-
Baru-baru ini, usahawan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali
sebagai Madammu telah mendakwa penyanyi, Yuka Kharisma sebagai seorang
individ...
1 hour ago
6 KoMen:
aku suka lirik ahli fiqir.
sangat melambangkan kemelayuan.
cuba ko dengar lagu tobat maksiat pulak pasneh.
wakakaka
sedap sgt ke lagu tu? tak prnh dgar lagi.tapi lagu2 ahli fikir lirik die sangt bermsg.
jom kita buat band nak? haha.ajak aiman.i leh jadi mawar brduri..=P
ummi : seb baik ko tak soh aku dengar lagu 'party like these'. :|
afnie : aku tak reti main instrumen. aiman aku tatau laa tapi aku takut nanti masing2 berebut nak jadi vokalis. ahhahahaha... sama2 gile glem.
wah, best lah lagi ni.
tak pernah dengar pun before this.
hee jarang dgr radio.
maksu pandai cakap ketir dalam loghat utagha, tapi...tak per ler. i keep it to myself aje ler
fuza : ye ke? jarang ke? aku pon tak tentu masa gak sebenarnya. ikut sempat aje.
maksu : tanak dengar! :P
Post a Comment