Disclaimer : Okeh, aku tersilap. Pejal Tahir tidak menang, sama juga nasib dengan Yuna (kau tetap kalah, Tirah!). Maka seperti yang dijanjikan, silalah kerat jari-jarimu itu samada secara berirama atau solo.
Sesungguhnya lagu yang berjaya menggondol kejuaraan, Aizat – Pergi memang karya yang baik tetapi aku percaya pengaruh undi simpati adalah penyumbang kejayaannya di sini di samping intro persembahan yang kelihatan mahu cuba menampilkan lagu ini dalam konsep 1Malaysia konon-kononnya. Ceh. (ayat umpama lagak orang kalah judi nampaknya)
Sama juga kisahnya dengan Pejal Tahir yang sengaja berjalan bertongkat menuju ke hadapan pentas sedangkan beliau sepatutnya boleh berdiri satu tempat sahaja. Menduduki tangga ketiga walaupun kualiti suara beliau malam itu jelas kelihatan tidak optimum (sila jangan kaitkan sesi karaoke saya dengan insiden berkenaan, oke!) sangat mengecewakan biarpun lagu yang dipertaruhkan sebenarnya sudah cukup kuat. Namun untuk berada di pentas Anugerah Juara Lagu sambil membuat persembahan ketika kaki berdenyut sakit; beliau harus dipuji kerana berani menunaikan tanggungjawab sendiri.
Yuna cukup mengejutkan aku secara peribadi kerana aku sudah awal-awal menyangka bahawa beliau tersepit antara cuba membuat gimik atau persembahan vokal. Lagu beliau yang bersahaja tidak sesuai disampingkan dengan gimik yang over, maka beliau perlu pilih salah satu untuk menambat hati juri professional malam itu. Tetapi, beliau tetap berjaya menampilkan persembahan unik yang menonjolkan bakat suara sebenar serta gimik persembahan yang simple tapi menghiburkan pula. Suka tengok dia menggoyangkan badan sambil memetik gitar; kelihatan begitu rileks dan enjoy sekali.
Persembahan awal Siti Nurhaliza dan Lan The Typewriter tidak sempat aku saksikan (cuma dengar sahaja) kerana kedai makan yang menyiarkan layar besar tempat aku menonton ketika itu mengalami masalah dengan projektornya. Tetapi menerusi sayup-sayup suara Siti yang kedengaran dari kedai sebelah cuba membawa Lagu Untukmu, aku percaya ia adalah sesuatu yang menakjubkan maka aku sedang menuggu sekiranya ada insan-insan yang meng-upload persembahan tersebut di Youtube untuk aku saksikan sendiri nanti.
Apa-apa hal aku rasa konsep Anugerah Juara Lagu kali ini yang diberi nafas baru ternyata segar dengan pengenalan tanpa kategori. Promonya juga mengagumkan. Tidak ada lagi minus one sebaliknya alunan muzik dibimbing oleh orkestra. Sesi pengenalan senarai juri juga tidak lagi mengikut rentak lama yang membosankan. Takziah aku ucapkan pada Pejal Tahir (sebab tak perform) dan Yuna (sebab tak menang) dan tak perlu ucapan tahniah untuk Aizat. Bla bla bla…
~Okeh, mungkin aku ada badi sikit kot. Jom ikut aku pergi mandi bunga. Lalalala~
P/S : Selamat hari jadi, bekas kekasih gelapku!
“Dulu Saya Bagi Peluang, Tapi Kalini Takkan Bagi Muka” – Dituduh Ibarat
Ular, Yuka Kharisma Mahu Ambil Tindakan
-
Baru-baru ini, usahawan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali
sebagai Madammu telah mendakwa penyanyi, Yuka Kharisma sebagai seorang
individ...
1 hour ago
3 KoMen:
tahniah kpd pemenang.... cayalah.
kalau harapkan maksu, apa pun tak reti, setakat sumbangkan lagu jer.
mungkin maksu pun ada badi, kena mandi bunga, tapi i mandi kat tempat privatelah... ciao beb.
p/s: nak pegi cari kain kemban
aku rasa ajl kali ni mmg segar dan best ...
sbb aku suka promo dia..hehe
maksu : skodeng time.
dilot : aku suke semua!
Post a Comment