Alia dalam bahasa Sri Lanka adalah bermaksud gajah. Keh keh.
Bercerita mengenai encik Khairil Amri dalam entri yang lepas, aku nak cerita pulak mengenai adik perempuan beliau yang sangat hot. Alia namanya (aku eja sebagai Alya)
Aku tau adik beliau tak rajin menelaah blogspot termasuk laa abangnya jugak biarpun yang sekor memang gila main Friendster manakala sekor lagi tengah gilakan Facebook. Jadi aku berani laa nak bukak cerita-ceriti di sini tanpa segan silu.
Aku mula-mula kenal dia neh masa dia darjah 3 dan aku tingkatan 4 (pergh, giler ahh). Masa neh dia budak hingusan je lagi dan kuat memerintah. Anak manja laa katakan sebab masa tu dia anak kedua dan adik dia masih taraf-taraf baby lagi masa tu. Sekarang dia adalah akak kepada 2 orang adik comel masing-masing laki dan pompuan.
Aku langsung takde sejarah pun dengan dia sampai laa aku terserempak dengan Friendster dia beberapa tahun lepas dan mula membuat komen-komen menggoda untuk dengan niat untuk menyakat si abangnya.
Gurau, gurau gak. Tapi semenjak aku mengenali cik Ryn kita, aku memang telah menjadi semakin galak untuk mengumpul koleksi adik angkat pompuan (tanak laa laki, geli) dan secara entah macam mana aku terasa syok sendiri pulak nak mengangkat si Alya neh menjadi adik aku.
Tapi dia taknak laa pulak. Sebab dia sendiri pun dah ada dua orang abang. Cam pelik je laa nak tambah abang sorang lagi. Apatah lagi aku neh haa yang sememangnya langsung takde bakat jadi abang; sebab aku pun bertaraf anak bongsu je. Jadi “abbanngggg…” boleh laa.
Dengan perasaan yang semakin galak mahu menyakat encik Khairil Amri atas sebab-sebab yang perlu dirahsiakan; dengan selamba aku yang selama neh memang dikenali sebagai lelaki tak romantik dan suka mungkir janji, tetiba rajin pulak bagi hadiah besday kat dia. Tahun lepas aku bagi t-shirt free yang aku dapat dari encik Bio-Nik. Tahun sebelumnya tu aku bagi dia beg murah dari Al-Ikhsan. Oh ye, kalau korang belum tau, aku neh memang kedekut taik idung masin orangnya.
Dalam penghujung tahun lepas kalau tak silap, beliau pernah menasihati aku something. Aku dah tak ingat apa yang dia tulis sbb mesej yang aku save dalam draft henset aku dah hilang sewaktu kena format masa henset aku jatuh kat hiway dulu. Nasihatnya tak lah makan dalam sangat tapi terkesima jugak aku sebab budak yang selama neh aku anggap kecik (tak relevan langsung dengan gajah) rupa-rupanya sekarang dah besar panjang dan boleh berfikir sendiri.
Oleh itu aku berniat mungkin aku dah tak patut membuat sakatan ala-ala budak tak cukup umur lagi. Apa yang berlaku antara aku dan encik Khairil Amri pun telah aku lupakan dan anggap tak pernah ada apa berlaku. Maka aku bawak haluan diri sendiri ini yang secara jujurnya aku rasakan, cuma layak hidup untuk menjaga diri aku tanpa perlu menyibuk hal orang lain sebab diri aku sendiri masih banyak cacat celanya.
Al kisah 29 Oktober yang lepas merupakan besday si Alya neh. Aku memang ada pasang niat nak send wishes tapi hari itu aku tak cukup tidur kerana tengok bola Arsenal lawan Liverpool dan paginya pulak aku kena sambung overtime. Kebetulan hari hujan pulak tu, jadi memang aku terlupa terus dan terlena di tempat kerja bermimpi sebasah-basahnya laksana air hujan yang menderu menimpa bumi di kala itu. Cewah! (Macam haram!)
Tanpa disangka-sangka beliau menghantar SMS untuk claim wishes yang aku terlupa nak bagi.
Tak ada apa yang pelik dengan cerita neh kan? Cuma bagi aku, you never how your life and action will affecting others. Once you realized it, you know you’re still someone even you consider your life as meaningless as mine. Kalau aku ditakdirkan mati satu hari nanti sebelum korang, aku minta maaf kalau aku tidak dapat lagi menjadi peneman duka dan tawa. Sesungguhnya, apa yang aku impikan cuma agar korang masing-masing mendapat kebahagiaan dalam hidup masing-masing dengan keputusan yang telah korang ambil. Bak kata iklan L'Oréal; YOU’RE WORTH IT!
P/S : Kepada mereka-mereka yang berkenaan (Ijal, Aiman, Apeet dan lain-lain lagi yang seangkatan) sila jangan repot apa-apa kat abang(-abang) beliau oke! Nak kecoh-kecoh pun buat apa. Bukan dapat duit pun. Dapat dosa mengumpat ada laa. Pandai-pandai laa tolong member korang neh kaver line. Kalo tak kang gua sula sekor-sekor jap lagi.
Tengah pikir barang murah apa pulak yang aku nak bagi kat dia tahun neh.
~”Tak takut 16 sebatan ke Jai?”~
6.11.09
PAST TENSE 3 : GAJAH 29 OKTOBER
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Friday, November 06, 2009 8 KoMen
5.11.09
PAST TENSE 2 : EMMA 4 OKTOBER
Well, neh gambar sebelum aku dapat gambar dari Galway hari tu. Tapi lambat sikit nak upload sebab gambar-gambar penting kebanyakannya dalam henset member aku, iaitu encik Syariz.
Asyik terlupa je nak mintak Bluentooth ngan dia. Jumpa pun seminggu sekali je.
Al kisahnya pula gambar ini diambil ketika majlis persandingan salah seorang teman sekolah aku tapi bukan sekelas. Beliau pernah di highlight dalam blog aku neh dalam episod ‘ROAD TO PD’ yang lepas. Nama beliau adalah Ermawati tapi aku panggil Emma je.
Ini merupakan hari bersejarah buat beliau; suami beliau, dan dua lagi jiwa yang lain. Aku tanak laa kecoh-kecoh atau gosip-gosipkan di sini sebab amat penting untuk aku jaga hati insan-insan yang aku ambik berat neh.
Apa-apa hal pun antara tujuan asal dorang berkahwin adalah disebabkan mak bapak si Emma ni akan pergi menunaikan haji tahun ini. Alhamdulillah. Tapi kat rumah dorang nanti dah takde orang laki yang akan menjaga beliau dan adik perempuannya. Maka elok sangatlah dikahwinkan sebelum berangkat ke tanah suci. Bak kata orang bila pergi naik haji ni sama macam pergi berjihad jugak.
Salah seorang rakan ‘seperlepakan’ aku pun, encik Mohd. Khairil Amri pun berkemungkinan akan dijodohkan dalam masa terdekat setahun dua neh sebab mak bapak beliau pun ada planning yang sama. Tak pelik pun, sebab beliau memang ‘liar’ orangnya dan memang ada keperluan untuk ada orang tengok-tengokkan. Wakakakaka. Tunggu laa jodoh dia nanti macam mana. Aku? Aku maintain sepi beb!
Macam biasa, soklan paling wajib berkumandang di udara ketika itu tak lain tak bukan adalah “Ko bila lagi?”. Biasanya pompuan lah yang terkena tempiasnya. Laki-laki macho macam aku neh buat tak heran je sebab kami tau kami makin tua makin laku. Lalalala…
Tapi tetap menjadi satu sentapan bila tengok member-member perempuan yang satu ketika dulu pernah seronok bertepuk tampar dengan aku; tetiba di hari itu mengendong anak kecil yang comel tapi kuat memerintah dan galak menangis di khalayak umum. Tengok kanak-kanak seusia 2-3 tahun berlari-lari di halaman rumah, rasa macam tak percaya je masing-masing sudah bertaraf makcik biarpun aku masih kekal sebagai teruna hot idaman se-Malaya (geli laa mat).
Ahh, tak sabarnya rasa nak ‘buat’ anak.
*Walimatul urus
*Jamu mempelai
*Raja dan Rani sehari
*Pengantin dan kaki-kaki penyibuk yang suka aktiviti makan free.
“Eh, ko kat mana Jai?”
“Tu, belakang kamera tu.”
~Heh, macam laa ada orang nak kat aku pun~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Thursday, November 05, 2009 6 KoMen
4.11.09
PAST TENSE 1 : GALWAY 11 OKTOBER
DISCLAIMER : Entri ini tidak ada kena-mengena dengan entri ini. (Habis yang ko nak link tu jugak buat pe, mangkuk si Ajai neh)
Ini adalah entri bertemakan evolusi siri ‘Re-Post’ dalam blog aku.
Sebenarnya aku ada nak berkongsi beberapa keping gambar di blog ini tapi akibat kekangan waktu aku gagal berbuat demikian.
Tapi apa susahnya ye tak? Diinspirasikan dari blog cik Tipah kita, aku rasa takde masalah untuk aku sedikit lewat bercerita. Al maklum laa, aku neh pun selalunya busy bagai nak rak dalam cuba nak menyelesaikan pelbagai masalah negara yang melanda ketika ini (kepala hotak laa ko Jai).
Ada 3 bahagian bersiri kesemuanya. Kali ini aku nak sentuh tentang sebuah kawasan di barat Ireland yang diberi nama Galway.
Al kisahnya, salah seorang teman ‘seperlepakan’ aku yang bernama encik Norris sedang menyambung pengajiannya setahun di sana ketika ini; jika anda masih ingat entri saya yang bertajuk ‘TAK BOLEH DIBUAT BOYPREN’.
Dengan penuh rasa berlagak dan bongkak, beliau berjaya membuatkan aku jeles dengan menyajikan permandangan menarik ketika melawat Galway. Cis, aku paling jauh pun pernah sampai cuma Pengkalan Kubor kat sempadan Golok sana. Johor pun aku dah tak ingat bila kali terakhir aku pergi. Thailand dengan Singapore memang haram laa aku tak pernah jejak kaki. Sabah Sarawak dalam gagasan Malaysia apatah lagi. Kalau nak merasa pun cuma kena berharap cik Rynak akan masuk meminang aku yang sepi neh satu hari nanti.
*On the way thru’ the hiway
*Mereka dan keluarga mereka
*Angin bersepoi seribu bahasa. Menarik kan tempatnya?
*Layan jiwang karat siottt
*Abstrak?
*Cam New Zealand (macam laa ko penah pegi sana Jai!)
*Kontras
*Angle paling cun
*Luas mata memandang
*Takde benda lain nak tangkap ke?
*Peaceful surrounding
*Bahasa apa tu? Mahathir punya nama ke tu?
*Arghh… tengok gambar pun macam dah boleh dengar pukulan ombak
~Tunggu engko balik, nanti kita dapat tengok Ijal bersanding. Wakakakakakakaka...~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Wednesday, November 04, 2009 7 KoMen
Label: Pena Dari Meja Pujangga
3.11.09
BOLA
Mesti ada yang ingat aku nak cerita pasal bolasepak, kan? Takde lah. Aku nak mengisytiharkan hari ini sebagai hari mengutuk member sendiri.
Tak ramai member aku yang baca blog aku atau tau yang aku ada blog, tapi ada laa jugak beberapa di antara mereka yang tau dan juga kerap baca. Tapi hakikatnya aku tetap berasa selesa untuk mengutuk mereka di sini sementelah aku merasakan mereka tidak akan berhati busuk untuk merepot pada member-member yang lain kerana mereka yang membaca blog aku ini terdiri daripada orang-orang yang baik-baik belaka. (sungguh plastik dan spastik sekali perenggan ini, bukan?)
Apabila anda telah bersetuju untuk duduk semeja dengan aku di kedai mamak sambil menonton bola, maka anda berhak untuk dibahan, disakat, dikeji, disakitkan hati, dikutuk dan dihina oleh aku. Menariknya di sini kerana setiap orang rambut je sama hitam, tapi rebonding masing-masing kat kedai lain-lain. Jadi sudah tentu hati mereka juga tak sama. Ada yang kuat melantun, dan ada yang tidak. Untuk aku menerangkan satu-satu perangai dorang, lebih baik aku samakan dorang seperti bola. Kerana bola itu sifatnya melantun, dan kami pula memang suka tengok bola. Nampak bersesuaian gitu.
ACAB : BOLA BOLING
Acab ini sukar nak melantun. Macam berat sangat je nak melantun; tapi jangan salah sangka. Hanya dengan sedikit skil swing ketika anda membaling, dia boleh dilantunkan mengikut kehendak yang anda suka malah beliau nampak begitu ringan melantun namun cukup kuat untuk menjatuhkan pin-pin atau maruah dan airmuka sesiapa sahaja yang beliau kehendaki. Jadi, berhati-hati sebelum membuat balingan.
AIMAN : BOLA SQUASH
Squash dimainkan di dalam bilik tertutup di mana bolanya dilantunkan pada dinding untuk kita capai semula. Aiman seorang yang agak susah untuk dibahan kerana beliau lebih banyak idea untuk membahan orang lain. Namun sekiranya anda memiliki peluang untuk membahan beliau, maka apabila dia melantun balik silalah jangan cepat tamatkan set sebaliknya teruskan lantunan anda dan anda akan dapati diri anda berada dalam pertarungan yang mendebarkan sampai ke subuh esok hari.
AMRI : BOLA PINGPONG
Kecil (tapi tak padan dengan saiz beliau yang sebenarnya gedabak), kosong didalamnya, dipenuhi angin-angin ammonia. Mudah untuk dilantunkan tapi mudah pula diterbangkan angin sehinggakan anda tak tahu ke mana dia telah pergi. Bawah meja ke, dalam baju ke, mana entah! Selalunya begitulah pun kalau beliau bercerita. Dari satu poin, tiba-tiba entah macam mana boleh sampai ke satu poin yang lainnya yang memang takde kaitan langsung.
APEET : BOLA GULI
Pun kecil jugak (kali neh memang bersesuaian dengan saiznya). Tapi keras. Kadang-kadang impak lantunannya nampak lemah atau boleh tak perasan pun. Tapi sekali dia merejam ibu jari kaki kita, berminggu-minggu kita jalan terhencot-hencot.
APEK : BOLA SEPAK
Resmi bola sepak, bila kita sepak, dan terkena badan orang lain; biasa laa tu kalau orang tu sakit. Begitu juga apabila kita dirembat kembali. Lantunan beliau adalah pada kadar normal sebenarnya; bergantung mengikut kekuatan sepakan kita terhadap beliau.
AZMIN : BEBOLA IKAN
Selalunya dia tidak melantun kerana dicampakkan di dalam air untuk direbus. Kadangkala kita goreng pula secukup rasa. Namun yang pasti, isinya berlemak (lemak ikan laa tapi) dan sedap diratah beramai-ramai.
IJAL : BOLA RAGBI
Rupanya lonjong (nasib baik bukan American Football. Kalo tak, kang ada yang mengamuk tak pasal-pasal). Jarang melihat orang melantunkannya sebaliknya lebih seronok untuk dibimbing bersama untuk menjaringkan touchdown. Tapi, ada masanya penalti perlu dilakukan, maka ketika itu beliau akan disepak melambung tinggi keseorangan di udara tanpa ada sesiapa nak tolong back-up. Tolong gelak je boleh laa kot.
NAWFAL : BOLA KERANJANG
Orangnya tinggi macam Sakuragi Hanamichi, dan matanya pun boleh tahan gak keranjang. Biasanya orang main bam-bam berulang kali dan beliau susah nak terlepas dari tangan. Maksudnya di sini bahan dia macam mana pun dia takkan nak blah punya. Dan dia jarang melantun balik untuk menyakitkan kita biarpun sifat semulajadinya keras macam bijik kelapa. Kalau kita terkena pun tu dikategorikan sebagai tak sengaja.
NORIS : BOLASEPAK JENAMA KAPPA
Kenapa berjenama Kappa? Cuba anda kutuk liga Itali atau pasukan kebangsaan mereka di hadapan beliau; dan beliau akan melantun balik seadanya. Tapi dia tak sama macam bola jenama lain sebab kalau anda kutuk Liga Malaysia atau English Premier League, beliau tidak akan memberikan sebarang respon lantunan. Bola yang unik, bukan?
PAK TAM : BOLA BLACK LUCKY BALL
Sekiranya anda lucky (sekiranya dia ada mood), apabila anda membahan dia, dia akan melantun semula seperti rejaman bola snuker di perut anda. Anda pernah rasakan bola snuker hinggap di perut anda? Aku tahu perasaannya kerana aku pernah beberapa kali menahan bola futsal rejaman kaki beliau ketika aku menjadi goalkeeper yang mana membuatkan aku kepedihan sana dan sini. Sekiranya anda tidak lucky, dia cuma akan tersengih kambing sahaja mendengar kutukan anda terhadapnya.
SYARIZ : BOLA LISUT
Selalunya ia tak dapat dijangka bila akan muncul. Sama seperti fenomena di kedai mamak yang tiba-tiba memasang siaran Major League Baseball di malam minggu tanpa sesiapa menduga. Setelah ia muncul, barulah orang ramai sedar yang malam itu tiada permainan liga, mungkin kerana ada kelayakan World Cup dan sebagainya. Namun walaupun jarang-jarang dapat tengok, sifatnya tetap laju; berpuluh kilometer sejam lajunya dan kalau terkena badan kita, pasti sakit tak sudah. Hakikatnya kalau terkena kat burung, dengan selambanya burung itu boleh menemui ajal (sila tonton video di sini). Itu baru burung di awangan, belum lagi terkena kat burung aku. Lalalala…
Susunan nama di atas adalah mengikut abjad ye, harap maklum. Sila jangan ada yang terasa lebih-lebih.
“Jai, ko pulak melantun cam mana?”
“Aku? Melantun? Bila masa pulak?” Keh keh keh…
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Tuesday, November 03, 2009 7 KoMen
2.11.09
POLITIKUS
Hah! Ingat aku nak membebel pasal politik laa tu. Lalalala… Takde laa…
Sama ada anda perasan atau buat-buat tak perasan, blog aku neh banyak mempamerkan link-link ke blogger yang berorientasikan politik.
Tapi yang aku nak ceritakan kali ini, adalah mengenai blog seorang ahli parlimen; lebih tepat lagi dari Kulim Bandar Baharu : YB Zulkifli Noordin.
Dalam banyak-banyak blog YB yang aku pernah perhati, hanya beliau seorang sahaja (setakat ini) yang aku lihat benar-benar ikhlas dalam penulisannya. Tidaklah aku ingin memperkecilkan blogger-blogger YB atau ahli politik yang lain, tapi penulisan saudara Zulkifli Noordin ini amat menarik untuk dibaca. Bahasa yang digunakan simple, relaks dan lebih general dari sekadar menumpukan pada satu-satu isu semasa. Most of other VVIP blogger kebanyakan nampak seperti ditulis oleh assistant masing-masing.
Terasa macam baca blog member rasanya!
Dan yang masih menariknya, walaupun tanpa ciri-ciri plastik seperti kebanyakan yang ada pada YB lain; isi beliau masih tetap mantap dengan renungan dan pengajaran dan keghairahan membincangkan sesuatu perkara, tak kira dari mana pun lokasi beliau bercerita atau isu apa pun yang beliau cuba sentuh.
Try laa kalau tak percaya…
http://zul4kulim.blogspot.com/
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Monday, November 02, 2009 2 KoMen
Label: Poli - Tikus
